Wednesday, May 07, 2008

Bolak-Balik.....

Kebelakangan ini, kerap benar perasaan dan hati ini dibolak-balikkan. Entah memang disengajakan, entah tidak - Allahu'alam. Harap-harap sahaja semuanya kebetulan. Kadangkala kita menjadi begitu sensitif dengan persekitaran, dengan cara fikir, dengan tindak-tanduk mahupun percakapan. Kadangkala kita rasa seperti tersisih, disisihkan dan mahu juga menyisihkan diri. Kadangkala kita rasa seperti tertipu, dipermainkan oleh akal sendiri, oleh tingkah-laku sendiri, oleh gerak-hati sendiri. Kadangkala juga kita menjadi sesak nafas, sendat fikir tetapi masih lagi waras. Selalu juga cuba membetulkan keadaan, dan selalu itu juga kecundang sebelum sempat melihat hasilnya. Apalah agaknya hikmah kepada semua ini?
Hidup ini penuh dengan tanda-tanya, ada banyak perkara yang kita tidak pasti dan samar-samar kejadiannya. Kerap juga kita ambil sambil lewa, malas untuk berfikir, biarkan ianya beransur-ansur mengesot pergi dalam keberadaannya dengan harapan suatu hari nanti ia akan kembali normal seperti sediakala. Tetapi kerap juga kita berfikir panjang dan dalam-dalam, hingga rasuk ke dalam mimpi, tusuk dalam hati, terpendam dalam dendam. Natijahnya..... membunuh diri sendiri secara perlahan-lahan, hati jadi batu, jiwa jadi kematu, perasaan jadi abu.

Aku tidak sabar menanti hari itu, yang akan mendamaikan jiwa dan rohani ini. Pasti nanti aku akan tenang, dalam duniaku yang tersendiri, dalam kapsul waktu yang ku atur sendiri, tanpa ada kacau-bilau fikir, dan tanpa ada mereka yang membolak-balikkan perasaan..... alangkah indahnya jika itu semua kekal selama-lama.

"Si vous n'allez pas après ce que vous voulez, vous n'aurez jamais l'avoir. Si vous ne demandez pas, la réponse est toujours non. Si vous n'avez pas pas en avant, vous êtes toujours au même endroit"

23 comments:

zue said...

WEL MENDEKATI PADA ALLAH .....SEMOGA HATI NIE TENANG SETENANGNYA......FIRM N LAWAN AKAN BISIKAN SYAITAN....TUHAN TU MAHA DENGAR....SETIAP DUKA DITEMPUHI PASTI HIKMAHNYA MENUNGGU...RENUNGKAN SETIAP TERJADI PADA DIRI SENDIRI N AMIK KESEDARAN ATAS APA YG BERLAKU PERSEKELILING....AMIN

Rush Murad said...

zue - kata2 nasihat u sememangnya menyuntik rasa, hati dan fikiran. terima kasih kerana berkongsi....

Anonymous said...

Dy, ape he yobbbb? kesian kat kau, lately aku tengok kau macam sedih2 jek, kau tension duduk kat Miri ke? atau ada orang yang kau sayang lukakan hati kau? cisss... sapakah orang tu? kau tabahkan hati, kuatkan semangat, jangan sedih2 bro.

Meera

Nikli said...

Salam...

Mungkin ini semua dugaan untuk diri sendiri.. sbb Tuhan sayang sangat,kita terpilih untuk diuji..

terpulang kepada diri sendiri untuk menghadapinya..ilmu dan iman yang dapat membantu..saat2 diuji, bole jugak bermuhasabah diri..

saya doakankan agar ketemu ketenangan yang abadi..InsyaAllahh..
Aminn..

Anonymous said...

Daripada memendam perasaan seorang diri...lebih baik berkongsi isihati...tetapi pada hakikatnya...hanya insan itu sendiri yg dapat tahu apa yg tersirat dan tersurat dalam sanubarinye...segala permasaalahan,hanya dia saja yg tahu penyelesaiannya... dan...
hanya dia saja yg tahu ape yg dia mahukan/impikan dalam kehidupan. Hapuskan dunia fantasi yg mengganggu diri....jadikan impian itu realiti...agar kekal pegangan hati.From...QMF8833.

Nurul A. Abid said...

Kalau pompuan, ada excuse kata PMS, kalau lelaki, apa ek. Sabar ajelah...itu lumrah hidup. Kalau segala indah belaka tanpa dugaan, manusia akan alpa. Hopefully, hari yang dinanti menjadi kenyataan.

khayr said...

salam ammurush, khayr fikir senang je ubat utk ammu ni... "tukar" le status tu... dah sampai masanya... ada satu bhg yang tak cukup lagi, sbb tu ler rasa mcm tu... khayr rasalah he he he...

Rush Murad said...

Meera - I'm ok lerrrr.... maybe 'datang bulan' kottt...hahahahahaa... things shud be better, dun worry ekk..

nikli - ketenangan abadi?? urrrgghhh... hanya bisa diperolehi di 'sana'.... di syurga!

QMF8833 - yes.... saya sedang berkongsi isihati, saya luahkan sedikit-sedikit dalam blog saya, bukan untuk mendapat simpati atau mencuri perhatian... tetapi utk menjadi 'buah kenangan' di dalam Tepak Sireh betapa hidup ini penuh dengan cerita, dan mengingatkan saya yang akan perkara2 yang kerap lupa. btw, number plat kete sapa ni ekkk?? macam selalu nampak..

nurul - lelaki pun ada PMS jugak, cuma lahiriahnya tidak nampak jelas...dan tidak perlu pakai benda2 yang boleh menyerap 100% cecair tuuuu.... :) semoga semuanya lancar ekkk...

khayr - salam khayr... first time komen kat sini kan? walaupun selalu jenguk2 TS. tukar status?? insyaAllah.... itu semua kerja Tuhan, kita masih berusaha. Sampaikan pesan buat Baba Khayr "cuando vamos a hablar en idioma español de nuevo?". Minta Baba Khayr ajar cakap Bahasa Sepanyol tauuuu...

Qamariah Yunos said...

hope everythings alryt wif u der.. i happen to experience the same feeling few weeks past.. i hope suma ade hikmah d sebalik apa yg terjadii.. saya doakan suma akan jadi baik... amiinn~~

Hairepotter said...

Mula-mula tengah hangin satu badan...tarik nafas pun laju-laju. Masuk entry abang rush..... hilang terus rasa semput n hangin satu badan tuh.... Terus boleh berfikir secara rasional. Thanks abang rush...

artisticklytouch said...

jalan yang sebaiknya sudah kelihatan tetapi masih berat untuk melangkah kerana kita tak mahu menerima kenyataan bahawa itulah jalannya.

yang membuatkan kita teragak adalah kerana nafsu dan akal tidak bersependapat.

*mungkin relevan, mungkin tidak

Rush Murad said...

qamariah - thanks for the doa dear! i'm getting better (hopefully.... as the feeling keep bouncing...arrghhh...) u too...buat yg terbaik for exam ekkk...

hairepotter - hangin satu badan??? relakssss ekkk... ni mesti bz coz blog u dah lama tak update... alhamdulillah.. ada jugak faedahnya my tulisan ni, at least to u... :)


artis - ada jugak relevannya walaupun kurang tepat tekaan anda itu.... :)... i'm ok now... cuma 'org' tu jerrrr.... or is it me????

anne said...

salam pada tuan rumah.

thanks for dropping by my blog:-)

Tenangkan fikiran dgn selalu ingat Allah dan berdoa, k. Hope you will find peace.

muin said...

Ikut rasa binasa...
ikut hati mati...
ikut nafsu..buntu...
ikut iman...
Insyaalah Aman...

artisticklytouch said...

probably it's both of u...

kita saling memberi dan menerima bukankah?

ZEYN said...

Abg Rush,

whatever that may have bugged you, i hope it will go away soon.

take good care of yourself.

Rush Murad said...

anne - thanks for dropping by... nad for the doa.. :)

muin - sedang memilih yg mana satu..rasa, nafsu, hati, iman... susah sgt ingin memisahkan antaranya...

artis - mungkin jugak ada orang ke-3? mungkin juga ada yg cuba ganggu-gugat? mungkin jugak ada yg tidak mahu lihat kami bahagia... mungkin juga ada hikmahnya... pasrah...

zeyn - i pray hard for that... hope it will go away soon... very, very soon... tapi macam air laut, pasang-surut... tq for ur sms too..

artisticklytouch said...

mungkin juga tidak...

banyaknya mungkin..

xiiinam751 said...

Salaam.
Terima kasih kerana mampir di blog kakak.Terima kasih juga kerana mendoakan kesembuhan kakak.

Rush Murad said...

artis - aku suka tgk entry terbaru kau tu... ala2 sexy terlangkup... :O ya, hidup ni terlalu banyak kemungkinan...ekkk?

Kak xiiinam751 - insyaAllah... saya akan cuba berdoa utk akak agar segera sembuh... semoga akak sentiasa tabah dan kuat.

artisticklytouch said...

sexy terlangkup?

dalam...dalam...dalam...

i know, tell me something new!

A f f e n d i O s m a n said...

bang shidi....

orang shedey sangat2 ni
memang tak tenteram!
huk huk huk....

Sastri said...

Rush... i hope everything is going on fine with u... hmmm...