Monday, May 12, 2008

Jazzy Weekend In Miri

Malam minggu kelmarin aku keluar dari 'kepompong' di Desa Senadin, sementelah ada seorang staff aku menghadiahkan sekeping tiket berharga RM60 untuk 'halwa telinga' di Miri International Jazz Festival. Aku pelawa Wan untuk ikut temankan ke sana, memandangkan dia juga tiada rencana lain pada malam itu. Dipendekkan cerita, muzik-muzik yang diperdengarkan memang memenuhi citarasa muzik aku, ada Jazz, R&B, Blues dan beberapa Fusion Jazz berlatarkan negara pemuzik yang sedang membuat persembahan. Festival ini merupakan salah satu acara tahunan bertaraf antarabangsa yang diadakan di Bandaraya Miri semenjak 3 tahun lalu. Berkonsepkan 'beach party' santai untuk seisi keluarga, dengan deretan gerai makanan dan minuman, beberapa skrin besar didirikan di sekitar kawasan lapang selain dewan Pavilion Park Everly Hotel yang dijadikan venue atau pentas utama. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat, ramai berpakaian dengan konsep santainya, ada yang duduk atau berbaring di atas rumput beralas tikar, atau bergoyang kaki di atas kerusi yang disediakan sambil makan-makan, minum-minum dan berbual.

Hampir separuh penonton yang hadir menyaksikan persembahan di festival ini adalah warganegara Eropah selain dari penduduk tempatan Miri, Sarawak, Brunei mahupun yang datang dari semenanjung. Pada malam itu penonton dihiburkan dengan persembahan dari Borneo Jazz Quartet-Sarawak, Rumba Calzada-Canada, Charmaine Clamor-Phillipines/USA, Amar Sundy-Algeria dan t'inventielke-Belanda. Sebenarnya ada 2 sesi persembahan yang berlainan di festival ini, persembahan pertama pada hari Jumaat, dan keduanya pada hari Sabtu, yang juga merupakan kemuncak festival tersebut.

Kami pulang awal sekitar jam 11.30 malam walaupun acara dijadualkan berakhir sekitar jam 1 pagi. Sebab pertamanya ialah kerana Wan akan turun ke laut keesokannya, dan sebab kedua ialah angin sudah mula bertiup kencang menandakan hari akan hujan pada bila-bila masa. Semasa aku sedang menyiapkan entry ini (Rabu 14 May), keadaan di beberapa tempat di sekitar Miri amat menyedihkan kerana berpuluh-puluh pokok besar dan kecil tumbang/tercabut dari akar mahupun patah disebabkan angin kencang malam semalam. Aku dan Wan hampir-hampir terperangkap di bandar Miri kerana jalan-jalan utama tidak dapat dilalui disebabkan pokok-pokok yang tumbang melintang dan berselerakan di jalanraya. Fenomena ini dijangkakan akan berlanjutan sehingga hujung minggu. Nampaknya rencana aku dan beberapa orang rakan untuk diving hujung minggu ini terpaksa dibatalkan. Diving atas katil lah nampaknya.......

"Peu importe comment vous allez lentement, tant que vous ne s'arrêtent pas" - Confucius

30 comments:

arsaili said...

waa...seronoknya ye

Anonymous said...

Alhamdullilah...telah kembali ceria..Harap sentiasa berpanjangan.
If jadi g umrah July nie (kalau benarlan berita yang disampaikan)panjatkan doa supaya sentiasa beroleh ketenangan dan mendapat kedamaian jiwa dan rohani..Insyallah.

P/S:Minta sampaikan salam pada junjunganNya.

artisticklytouch said...

hmm..sini dah ceria, sana pun dah ceria opppsss..

am happy 4 both of u ha ha

wow jazz!!! me love tompi!! lain jazz pun layan tapi tompi je yang aku ingat.

zue said...

wel dunia semakin tua....banyak sangat bencana berlaku...gempa sana sini.....perang dimana2 ......wel buat renungan for myself .......have fun then....

Rush Murad said...

arsaili - seronok lah jugakkk..... ada lah juga entertainment yg tidak melaghahkan kat sini...

anonymous - perasaan ceria.... nikmat Tuhan beri. InsyaAllah saya akan pergi Umrah dalam masa terdekat ini... doakan semoga semuanya lancar. minta sampaikan doa... boleh... tapi siapa anda ni ek? nama?

artis - u pun suka tompi????!!! i tot tak ramai tahu pasal dia... i bought album dia yg terbaru di Bandung hari tu n album PLAYFUL.. tak sah kalau sehari tak putar lagu2 si Tompi ni... best eekkk?

zue - semalam keluar lagi amaran angin kencang di Miri ni, staff dibenarkan pulang awal takut stranded kat jalan etc. yes, dunia semakin tua..... dah nak sampai waktu.... tu pasal tanda2 akhirat terlalu banyak di sekeliling kita...

Chen said...

hi Rush!

Nice to meet you and thanks for dropping over my blog.

Just to let you know, the first blog I've ever visited and followed was Tukang Taip's. The second one I started following was yours for quite some time, as a silent reader.

I got my inspiration to include the 'list of placees I've visited' in my blog from your site's 'Countries I've Set Foot'. Kebas bulat2 actually, haha.

Have a nice day, Rush!

A f f e n d i O s m a n said...

"Peu importe comment vous allez lentement, tant que vous ne s'arrêtent pas" - Confucius


Confucius cakap peranciskah?
Hehehehe...

Ehmm..motif suruh orang kirim salam kat KIE? Tak penah nampak dia kat MYY ke sebelum ni? Dia dok kat piasau dulu!

Rush Murad said...

chen - my pleasure dude! Can you see my face blushing??? didnt know that i have a follower (perasan kan?).. I've noticed ur name so many time in Shah n Abang Bear's blog... and I noticed the list as well... macam pernah nampak gituh... and for sure ur blog will be my reference especially for Indo-China trip...

fendi - tak kata pun Confucius cakap French...matilaaa speku sajor... yg reti cakap french is me...matilaaaa riak katanya...
Piasau kah????? tak moh ler, nanti ada orang hangin satu badan...

A f f e n d i O s m a n said...

Oho...ada orang hangin jugek keh?

Haiyoooo

Perlukah nak hangin kalau tau orang kesayanggannya itu berstatus celebrity?

Kalau takut dilambung ombak, toksah la naik kayak!

Mrasa la peribahasa baru!

Zoulkieflie said...

diving atas katil?haha..motif?

Chen said...

I've linked you too, Mr Rush! Shall I call you Rush, or Murad?

Miri Jazz Fest sounds fun. We had a Jazz Fest in Penang too, at Batu Feringghi, but not too happening, cos they played slow numbers.

lindosh said...

komen masok ke tak td neh.. isk tanya sal rainforest festival tu.. bile ye

Rush Murad said...

fendi - no komen ekkk.... apa pun, i memang suka naik kayak sambil bercongkak... kau ado?

zoul - diving atas katil... tak pernah kah? tak pun renang kuak terlentang....

chen - thanks dude! call me Rush... :) next time u shud come to Miri for the Jazz festival..

lindosh - 11-13 July 2008... nak pi ker? rata2 org yg pernah pi sana kata bagus... i tak pernah pi lagik..

artisticklytouch said...

wah...aku pusing2 satu malaya enggak dapat cdnya!!!! takkan nak p Indon baru dapat beli...nak download asik dapat separuh je.

OMG he is the best ar...

my fren yg cuma kenal artis seksi amerika tuh suka kutuk2, ada ke patut dia panggil tempe! what the hell...tompi memang best..

WanHidayat said...

Bang Pendi, tahun depan mai lah Miri waktu International Jazz Festival...kita pi reramai, sy blanja tiket masuk, tarak kisah...

* celebrity???, tak tahu pun...CB vs CB...patutlah....No Komen!!!

* angin satu badan???...salah orang kot bang pendi...BJS...

*gambar terakhir>>>kudos dan kredit!!!

aNgRiAni said...

Abg Tepak...suker nengok gambar2 kat sini...ada seni...ahaks...betul laaa :-p...pasni jom laa jln2 ke Tawau...riani bawak gi makan makanan yg setap2... :-))

Nikli said...

best aarr..??

i always wanted to go.. kat penang pun xsempat, apatah lagik kat seberang sana...

yg rainforest music fest tuh plak dok plan since yr 2005 lagik.. tapi xjadik2.. :((

Lily.Lulu. said...

syioknyaa layan jazz .. leh buat tertidur . hihihi ~

alhamdulillah bang tepak selamat dari ribut taufan dan selamat sampai di rumah ...

:)

Rush Murad said...

artis - ada jual kat Speedy, Zoul beli kat Spededy Miri... kalau nak, nanti kami pi cari ekkk...

wan - fendi tu cuma suka joget2, ronggeng2, zapin2 segala.... u CB kah?? sorry, tak tau lah pulak dah dapat title tu.... :O

angriani - thanks for the comppliments :) Tawau, insyaAllah.... apa yg best kat sana ekkk???

nikli - mai lah datang miri ni.. penat tau kita asik menjemput... u pi lah dgn si lindosh tu sekali ke rainforest... :)

lily - yer, ramai gak yg tak minat dgn jazz, depa kata leh tertidur... but i appreciate the music la, ni almost hari2 masih ada saki baki storm/strong wind.. kena extra careful..

shahril aley said...

org slalu ckp genre jazz ni biasanye utk org kaya tapi skrg dah jadi kebiasaan dengar di radio & TV. sy pun suke jazz tapi idak la fanatik gile. mmg pasang niat nak tgk international cultural concert kat Sarawak Cultural Village..... asyik tgk kat TV je. tapi tak tau bile plak

Nikli said...

ehh, mmg btul btul ke jemput ke miri nihh..?? igtkan hari tuh sekadar nak pemanis mulut aje.. ye laa kann.. adat budi bahasa mmg le lumrah kita jemput tetamu datang.. tapi taksangka laa seserius nihh.. mekasih..

*terharunya...

WanHidayat said...

Abg...silap bukan CB lah...BC vs CB, hahahah, tahu tak CB??, BC tu abg lah...huhuhuh...

artisticklytouch said...

nak nak nanti kirim kat wan bila dia balik ganu eh

Rush Murad said...

shahril - org kaya? kalau yg tak kaya mcm i ni tak leh dengar ker? depa selalu kata jazz utk urban people, org bandar... entah ler... i love roberta flack since sekolah dulu, sedangkan ramai org tak kenal dia... mai lah sarawak plak..

nikli - sekeh baru tau, tak dak pemanis2 mulut segala, memang ikhlas ajak ni... plan cuti mai sini naaaa...

wan - BC? CB? apa tuh... BC=Beruang Comel kah? lariiiikk....

artis - entah bila lah dia nak balik ganu tuuu.... nanti i pi cari dulu album tu ekkk...

artisticklytouch said...

owh...terima kasih terima kasih

Chen said...

have a good holiday today!

shahril aley said...

ala makan ati plak bile sibuk term "org kaya". silap la patut pakai term urban people je. hehehe... erkk bang tepak tak kaya ke? rasa mcm jutawan je pasai sekejap pi sana sekejap pi sini. just kidding... ni nak jadi duta pelancongan sarawak ke? hehehe... ramai gak bang tepak ajak pi sarawak. nanti satu rombongan cik kiah pi sana mampu ke nak layan semua ni. hehehe :)

blackpurple @ jowopinter said...

Bilalah aku nak sampai ke Miri....


:)

A f f e n d i O s m a n said...

BANG SHIDI

main kayak sambil bercongkak?
cmane tu ek?


DAYAT

festival jazz je ke yang ada? festival irama malaysia ala2 kak ani takde ke?

insya allah kalau ada rejeki orang sampai lagi ke MYY ittewwww

bulan 8 ni ajak bang shidi pegi kuching naik kereta beramai2. dah ada orang panggil makan kenduri tu!

Rush Murad said...

artis - u r most welcome... will let u know kalau dah dapat...

chen - yup, cerita 'holiday' i dah siap tuu... hehehehehee... tq

shahril - duta pelancongan Sarawak? baru2 ni ada dapat offer frm 1 company di kuching utk buat portal pelacongan sarawak, tengh dok pertimbangkan nih... meh ler reramai ke Miriek...

jowopinter - insyaAllah.... mana tau tetiba kena buat landscape kat Miri niekkk...

fendi - best apa sambil berkaya, sambil bercongkak.. ala-ala duduk bersimpuh dan tertib gituh..