Saturday, April 12, 2008

Travelogue: Jakarta & Bandung

My creation

Jalan-jalan cari makan, jalan-jalan shopping sakan - itulah motto percutian kali ini. Aktiviti penuh dengan acara makan-makan dan bershopping walaupun Jakarta bukanlah pusat membeli-belah hebat seperti Kuala Lumpur mahupun Singapura. Pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Johor Bahru selamat mendarat di Soekarno Hatta Airport sekitar jam 10 malam setelah hampir 2 jam di udara. Dari situ kami menaiki teksi Silver Bird ala-limousine ke Hotel Ibis Tamarin di Jalan KH Wahid Hasyim 77 Jakarta Pusat. Selesai berehat sebentar kami menuju ke tengah kotaraya, meninjau aktiviti warga metropolitan ini. Tidak sah kalau ke kota ini jika aku tidak menikmati Chotto Makasar dan Ais Krim Durian, terima kasih kepada Rayhan yang tidak pernah jemu melayan aku kalau ke sini, ditemani juga rakan-rakan baru Adrian dan Riza (yang kebetulan mengenali beberapa rakan aku yang bekerja di Petronas KLCC - what a small world!). Taufiq yang sudah beberapa tahun tidak aku temui, juga meluangkan masa bersama 'ngupi' dan ngobrol sehingga awal pagi.

DSC_1351

Selesai bersarapan keesokannya, kami menuju ke Stasiun Gambir untuk membeli tiket keretapi ke Bandung bagi perjalanan esok. Kami memilih Argo Gede eksekutif yang berharga sekitar Rp75000 seorang. Keretapi ekspress yang memakan masa hanya 2 setengah jam perjalanan dari Stasiun Gambir di Jakarta ke Bandung, selesa dan selamat. Selesai membeli tiket, dari Stasiun Gambir, kami menuju ke Dunia Fantasi Ancol yang jauhnya sekitar 30 minit menaiki teksi dari kota Jakarta.

Dunia Fantasi Jakarta

Gambar-gambar di atas menunjukan kawasan sekitar DuFan (Dunia Fantasi) di Ancol. Tiket masuk hanya Rp85000 seorang, dan pengunjung boleh mencuba kesemua permainan yang disediakan. Banyak tempat-tempat makan yang bersih dan enak di sediakan, tempat-tempat berehat keluarga dan permainan ekstrem terkini. Zoul tidak melepaskan peluang untuk mencuba permainan seperti Tornado, Roller Coaster, Viking Ship dan lain-lain. Di kawasan Amerika yang seakan-akan pekan koboi, ada persembahan jalanan seperti Can-Can dance, Red Indians, menembak dan rumah miring/condong. Beberapa jam kami habiskan di taman tema ini, cuaca yang panas terik membuatkan kami basah berpeluh dan kulit mula menjadi 'tanned'. Apa yang dapat kami rumuskan ialah, Indonesia tidak memerlukan sebuah Disneyland, DuFan ini sudah cukup menarik dan menceriakan. Selesai DuFan, kami pulang ke hotel untuk berehat sebelum keluar semula menuju ke Senayan City. Di sini terletak shopping mall besar dengan pelbagai jenama hebat, dan di sini juga kami bertemu seorang artis yang sangat aku gemari-bersuara gemersik dengan lagu-lagu yang bagus, sedang membuat persembahan percuma di concourse Senayan. Tidak lepas peluang untuk bertanya khabar dan berfoto bersama Marcell.

Dari Senayan, Rayhan membawa kami menikmati makan malam di kawasan Casablanca (ingat cerita seram Terowongan Casablanca?). Selesai menjamu selera, kami ngupi di Sarinah, yang dipenuhi dengan pengunjung muda dan 'hype', bercerita tentang perkembangan diri masing-masing sambil merancang untuk sama-sama mengembara ke beberapa buah pulau yang eksotik dan terpencil di Indonesia penghujung tahun nanti.

BANDUNG

Gambar di tengah-tengah mosaic di atas ialah pemandangan dari dalam bilik penginapan kami di Karang Setra, Bandung. Kami di jemput oleh pihak hotel di Stasiun Bandung, 15 minit kemudian kami sudahpun berada di dalam bilik yang selesa dan bersih. Hujan renyai-renyai, kabus dan cuaca dingin menyambut kedatangan kami ke kota bunga ini. Sekitar 10 minit berjalan kaki dari hotel ialah Parisj Van Java, sebuah shopping mall beraneka yang baru sahaja dibuka. Konsep menarik dengan pelbagai jenis kedai serta restoran 'chic' menjadikan tempat ini sesuai dilawati oleh sesiapa sahaja. Kami mencuba beberapa buah restoran yang terdapat di sini, antaranya ialah Sagoo yang menyediakan makanan ala-Cina Peranakan dan asli Betawi zaman dulu-dulu. Deko yang menarik ala-zaman sebelum perang dan menu yang menyelerakan, termasuk hidangan dari Melaka, Singapura dan Penang membuatkan kami sukar membuat pilihan. Sebelum pulang ke hotel pada malam itu, kami sempat ke Cihampelas Walk atau Ciwalk untuk sedikit membeli-belah dan makan malam di Resto Platinum.

DSC_1556

Kami bangkit awal untuk bersarapan ala-buffet, dan terus dijemput oleh pemandu yang telah kami upah untuk membawa kami bersiar-siar sepanjang hari. Kereta Toyota Innova hitam cukup selesa membawa kami ke tempat-tempat yang telah dipersetujui, pertamanya kami ke Ciwideuy, melawat topografi berbukit-bukau perkebunan teh, perkebunan strawberry dan Kawah Putih - kawah gunung berapi yang masih aktif. Semasa kami berada di Kawah Putih, terlihat 5 pasangan pengantin dengan kostum moden ala-barat sedang berfoto di beberapa lokasi sekitar tasik. Ternyata kawasan ini mempunyai latar pemandangan sungguh unik dan menarik untuk diabadikan.

Ciwidey

Perjalanan dari kota Bandung ke Ciwideuy mengambil masa hampir 2 jam, melalui kawasan desa Kopo-Soreang sehingga ke puncak bukit di mana ada perkampungan yang wujud khas bagi penanam teh. Suhu yang dingin, pemandangan hijau saujana mata memandang - terasa sungguh tenang dan mendamaikan. Sepanjang perjalanan mendaki bukit itu, kami dipaparkan dengan kebun-kebun strawberry yang berkilometer panjangnya dengan papantanda "masuk dan petik sendiri". Di pekan Ciwideuy dan Soreang terdapat banyak kereta kuda, yang menjadi pengangkutan utama penduduk di sini selain dari motosikal. Kami berhenti sebentar untuk makan tengahari di pekan Banjaran setelah beberapa kilometer mencari restoran atau Rumah Makan Minang. Kebanyakan rumah makan di sini menyediakan masakan Sunda iaitu suatu ras penduduk jati Bandung. Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke perkebunan teh Malabar Tea Plantation yang terletak di perkebunan Nusantara VIII, perjalanan yang memakan masa lebih sejam untuk sampai ke sana.

Aku membaca mengenai Malabar Tea Plantation ini dari laman Internet, seorang berbangsa Belanda; Karel Albert Rudolf Bosscha telah memulakan penanaman teh di kawasan bersuhu rendah Pangalengan ini sekitar tahun 1896. Rumah tempat tinggal beliau masih lagi di jaga rapi, malah semakin menarik dengan disediakan tempat penginapan untuk para pengunjung. Sesampai kami di sana, hari semakin gelap menandakan hujan akan turun. Suasana redup dengan pohon-pohon besar yang berusia puluhan tahun (dan mungkin ratusan tahun) menyambut kedatangang kami ke lembah ini. Setelah menemui penjaga rumah tersebut, kami dihidangkan dengan teh panas ala-Inggeris sambil bersantai di dalam rumah tersebut. Terasa seperti berada di sebuah 'cottage house' Eropah dengan di kelilingi perabot antik, taman indah dan suhu yang nyaman.

DSC_1646

Setelah puas berada di perkebunan Malabar, kami langsung pulang semula ke kota Bandung. Kami singgah di Bandung Super Mall untuk sekali lagi membeli-belah sambil menghirup kopi latte panas dan menikmati setengah dozen donut J.Co. Dari BSM kami langsung meminta pemandu membawa kami ke Ciwalk, untuk membeli-belah 'last kopek' sebelum berangkat pulang ke hotel.

Hari ke-tiga kami di Bandung, selesai bersarapan Nasi Kuning kami bergegas ke kompleks Parisj Van Java untuk ke sekian kalinya. Membeli ole-ole untuk rakan-rakan dan keluarga, yang kebanyakannya makanan kering yang hanya boleh diperolehi di Indonesia. Selesai Parisj Van Java, kami pulang ke hotel untuk chek-out dan seterusnya menaiki teksi menuju ke terminal Xtrans di Jalan Cihampelas untuk menaiki 'travel' (sebutannya trafel) atau 'shuttle van' menuju ke Soekarno Hatta Airport di Jakarta. Perjalanan hampir 3 jam melalui lebuh raya tidak meletihkan kerana kenderaan van eksekutif yang disediakan amat selesa.

Nota: Saya mempunyai 3 set peta dan 'guide book' berserta brochure mengenai Bandung. Kepada pembaca yang berminat untuk memilikinya, sila email kepada saya. Siapa cepat dia dapat. Set tersebut akan diberikan secara percuma.

===================================================================

SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR

DSC_1580-1

Zoul bergambar di tepi tasik Kawah Putih, kawasan gunung berapi yang masih aktif. Sepuluh minit setelah kami sampai di kawasan ini, tiba-tiba awan tebal 'turun' menyelimuti sekitar kawasan tasik. Sungguh indah pemandangan ketika itu.

Hari ini juga merupakan hari ulangtahun Zoul yang ke-21 tahun. Selamat menyambut hari lahir, didoakan semoga Allah sentiasa memberkati hidupmu di dunia ini dan hari akhirat. Semoga segala apa yang dicita-citakan akan menjadi kenyataan.

52 comments:

Shopaholic Mama said...

At last, some of the places you mentioned were familiar to me. I think I went ballistic at Dufan with my kids & even drop my handphone from 1 of the rides I took (yg pusing2 gila!) on the ground. Luckily my SE phone still worked except for some scrathes. If you had driven to Bandung, you wld have noticed those 'traffic light' performers - every time there's a red light, the kids instantly wore mask /costumes & sing / dance for the passengers looking out of the window (for money). Usually, we just stand by some small notes coz these scenes can be so heart-wrenching & we have no qualms in giving them money. Just imagine the jam / long journey from Jkt to Bandung & you see lots of these kids. I've never taken a train ride from Jkt to Bandung, so far only by kijang & trip by trip, the number of travelling time has been shortened from my 1st trip, a record 8 hours (we were conned its a 3 hour ride!) - not only we came out tired, we have plastic bags full of vomit as well some 'donated' along the way! This was also memorable coz we almost lost our lives when the driver cut cut lanes in a 2-way lane & our kijang almost went head-on with a bus. That ride was quite traumatic! Later on, the trips went down 5 hours & recently, it took us abt 3 hours to get there. Ok I better stop here, if not, its as if I am writing a blog entry in your comments page!

Zoulkieflie said...

Thanks..:)

Zoulkieflie said...

Bro,next time kita g lagi ek..hehe..

Lily.Lulu. said...

eeeeeeeeeeeee .. tak sabar nya !!!!! :D


menghitung hari .... (sila nyanyi ikot versi kriss dayanti ... hehehehe)


bang... next trip nak gi mana lagi yek ..

mane la tau kot2 boleh follow .. syiok tuh ...

A f f e n d i O s m a n said...

tudiaaaaa

obersi lagi nohhhh...
cek ober the semenanjung sajor! takat ke Tegegeg during wiken!

Anonymous said...

salam,

Saya nak travel map tu boleh tak?
Minta maaf,saudara tak kenal saya pun.Saya pun hanya sekali pernah comment kat cni ....pasal umrah.
kena kasi alamat ke?

saya yg tak malu,hehehe
zaharahs

Rush Murad said...

shopaholic mama - now it make sense ek? Once again i jadik budak2 masa kat Dufan, but this time a little more cautious, macam tak selamat jer nak main semua benda2 tu. About the 'pengamen' atau budak2 tepi jalan tu, Zoul hampir melinangkan airmata dan asyik teringat jer, bayangkanlah dalam hujan lebat waktu malam etc depa masih ada di jalanan, main gitar, tepuk2 tangan sambil menyanyi.... yup, naik teksi kat sana macam 'menggadai' nyawa... lepas ni kita kongsi2 cerita lah ek pasal pi jenjalan memana...gitu loh!

zoul - terima kasih daun keladi ek? tak serik ker ikut i pi jenjalan, naik kebas kaki kan? kena 'nagging' lagik... anyway, thanks for being a very budak baik dan dengar arahan masa pi travel tu.

lily - syok gilerrrr.... next month u plak pi sana kan??? Next trip??? I'm sure u pasti tak nak ikut punya... i pi next month... meh ler kalau nak ikut ..heheehhehe... mana tatau!

fendi - obersi dekat2 sajorrr... sukalah tu dapat pi TGG etc... meriah? sempat main 'congkak'? larikkkkk.....

zaharahs - u email me ur address, masih ada lagik. Complete tau map, brochure etc, very useful.

Along Abdul Karim said...

very interested... i wish i will be there too, insyaallah. Suka sangat nengok view2 sawah padi, kebun teh & strawberry tu.. hijau je!! Kawah Putih tu pun menarik, satu fenomena alam yang tak terdapat dikebanyakkan tempat.
DuFan tu pun nampak best, tapi kenape lak En.Tepak kata rasa cam tak selamat je nak main game kat situ?... apa2 pun entry kali nie memang marvellous la = story + pics + everything ;p

Seem En Tepak nie very familiar dengan negara Indonesia nie, then kawan pun ramei kat sana.. Nak tahu pasal Sumbawa, any idea?..

Salah satu lokasi percutian 'mesti pergi' untuk saya ;p

DBI said...

rush- next month jalan lagi???..tak payah unpacklah bag tu kannn...BTW..very adil n saksama... :-P

Hairepotter said...

Abang rushh...huhuh..dandan abang rush. Saya pun muka taktahu malu neh. Kalau ada set map tu lagik... kasi kat adik hairepotter yer... roziana@ump.edu.my thanks abang rushh...ahaksss.**wink**

Anonymous said...

bro, why don't you tell me you were in Jakarta recently? Hv you forgotten me already? :(

Ben Alawee

arsaili said...

iskkkk seronok bangat

Anonymous said...

bejalan ajo, mana nak keje, study, dating...

sbena nyer aku jeles, hehe...


- mim

Rush Murad said...

along - kawah putih tu tak ramai pelancong asing ke sana, selalunya depa pi Tangkuban Perahu sahaja, i prefer 'off the beaten track' - tempat yg jarang2 orang nak pergi. Tak selamat coz macam tak secure jer alatan keselamatan tu. Sumbawa, nak buat apa kat tempat jin bertendang tu? jauh, kena pergi melalui Bali atau Lombok, nothing much la, kalau nak surfing ok lah. better pergi ke Lombok atau Sengigi atau Gili...

dbi - next month? hujung minggu ni jer dah kena fly - wajib! Sah2 ler ada orang ingat i ni kerja jadi Crew syarikat penerbangan...ek? It's not easy to be adil n saksama...

hairepotter - ayooo... apalah nak malu... i pun jenis yg kurang malu kadangkala. Set tu dah habis diserbu, tetapi ada satu map yg i guna semasa kat sana, yg ni boleh lah u ambik ek? kena beri snail mail address, email to me jer.

'Z' Ben Alawee - I'm sooooo sorry! Bukan sengaja lupa, tetapi...waduuhhh... nanti di bilang apa kalau ketemu kamu tetapi tidak ketemu ama si Ben Alawee yang satu lagik itu. InsyaAllah, bulan Juni nanti..... di Solo aja deh ama Ibu.

nazmanazly@gmail.com - 012-2876814 said...

terasa puas membaca blog saudara! umpama diri ini turut serta dalam percutian yang sungguh mempesonakan ! menarik 2kali ...bukan sekali ! InsyaAllah next month temujanji kita di suatu tempat yang lagi indah nan suci..

Nikli said...

bang..
pics tell thousand words..
selamat berangkat ke tanah suci..
i doakan agar u selamat pergi, n selamat kembali..

p/s: mekasih atas semuanya..
:D

Rush Murad said...

arsaili - apa kurangnya u yg pi jenjalan ke Sumatera tuuuu :)

mim - jeles ekk? jom ikut sekali... sapa kata tak der masa? adaaaaa masa utk itu semua kecuali masa utk dating tarakkkk...

nazmanazly - u pun dah beberapa kali pergi jakarta kan? lagi meriah kan? shopping sakan kat bandung kan? next month?? insyaAllah...

nikli- i suka pic yg ada muka budak 2 orang tuuu... i snap masa tengah jalan sesak, i buka tingkap kereta dan terus snap candid... it turn out to be very 'lively' ek? mekasih jugak kat u ek... sudi hantar dan sambut kat airport hari tuuu..etc.

rhoni said...

emang mau kemana next weekend? KK ya?

Lily.Lulu. said...

next month jalan lagi bang ??? ke mana pulak kaki tuh nak terbang ???

paris barangkali ??
heheheh ~

:P

Anonymous said...

nak ikuttt, tapi....

takpo, tangkap gamba bebanyak letak sini, aku cuci mata la

- mim

shahril aley said...

wah seronok betoi ye kalau pi melancong tak amek pakej itupun dlm group kecik (krg dr 4 org) la. kalau besar masalah gak nak bergerak reramai ni. teringin nak pergi bali la.... bile nak cite tentang bali ni? asyik jakarta & bandung je.

Along Abdul Karim said...

Oppss.. bukan Sumbawa la yg sebenarnya dlm kepala nie. Actually, saya nak tahu pasal satu tempat bernama Sambas.. Ada gak cuba nengok2 dlm internet tapi tak banyak info yg dapat.. Kot2 En.Tepak tahu apa2 informasi pasal tempat tu :?

WanHidayat said...

...jauh di sudut hati...sy terlalu merindui abg...rindu itu suatu refleksi dari sebuah perasaan syg dan kasih...

[This comment not to be approved]

Gembo said...

Mrs Gembo: I ENVY you.. I'll just have to settle with reading ur blogs and hope that one day, hubby and I will be half as well-travelled as you are.. Btw, our "pride-n-joy" will be ready in May..Will extend the invites closer to time..

Nikli said...

suka sume gambaq..
:)

teringat citer kete kuda eksiden..
abis sume kelam kabut.. :D

CaTwOmEnS said...

jelesnya!!!!!!!!!! travel always! hu hu...

adly said...

salam kembali..ya saya memiliki model yg sama mcm anda. tiada masalah untuk bertukar ilmu tp ilmu yg anda ada lebih luas pemandanganya berbanding dgn saya yg hanya dibawah tempurung.

selamat menjelajah!

wahdi said...

Hi Rush~
Wa sekali berjalan berturut2..
nnt ada yg merajuk ek?

Btw, as usual, fabulous pics~

Rush Murad said...

rhoni - this Friday I'll be flying off to KK again... for my final exam for this semester, sambil tu nak pi pantai/pulau kalau berkesempatan... Mau ikut? after that nak duduk diam2 kat Miri ni :)

lily - Paris??? huhhhh... kena ada puluh2 ribu-riban baru boleh pi sana, semua barang mahal belaka... lokasi? rahasia dulu ekkk..

mim - that's why ler aku snap pic cantik2, biar orang lain leh cuci mata dan sama2 menikmati keindahan ciptaan Allah di muka bumi ni... bukan aku nak menunjuk2 ek, just nak share... gituh loh!

shahril - sekali sahaja i pi travel ikut pakej, serik lah.. terkejar2 dan tak puas. Selalunya i buat itinerary sendiri... kalau ada sesapa nak pinjam my itinerary, no problem..

along - oooohh... Sambas, tu terletak di Barat Kalimantan. Ada sedara-mara kat situ ker? Pemerintah sana berkeluarga dgn Sultan Brunei. Rasanya dari Kuching ke pekan Sambas tu tak jauh kot coz dekat dgn sempadan jer kan?

Mrs. Gembo - tq for visiting my blog. I've travelled quite a lot and that's why I always broke. I think I shud stop travelling and save money for big n nice house like urs.... :)

nikli - i snap pic kuda tgh berhenti tu masa ada eksiden antara kereta kuda dan mat rempit. Dah tu ada plak kuda yg tetiba melompat2 terkejut, jadi kelam-kabut tengah2 jalanraya masa tu..

catwomen - nanti kalau i pi travel ke Penang, u bawak i jalan2 ek?

adly - bawah tempurung??? hehehehee... kita sama2 kongsi ilmu D40x ni ek?

wahdi - berturut2 sampai naik 'lenguh'... thanks for the compliment! U lagik lah sifu...kan?

blackpurple @ jowopinter said...

Cantik gambar kau yang berlatar-belakangkan pokok-pokok itu.

Berjiwa gambar 2 kanak-kanak itu. Semacam ada ceritanya.

Cantik! Tahniah Rush!



Tahniah buat Zoul. Semoga diberkati Allah.

IndraPr said...

Thanks for (again) writing a nice travelogue on your journey to Jakarta and Bandung, and thanks for helping to promote my country's tourist attractions on this blog. :)

Along Abdul Karim said...

Thank you so much sebab emailkan saya laman web Sambas Kin ni TO' tu!! Really appreciated that :) Sejak tadi asyik sangat membaca wordpress tu w/pun banyak jugak perkataan2 yang saya kurang faham ;p
Why Sambas?.. sebab akar umbinya memang dari sana... moyang sebelah ayah (nenek) asal usulnya orang Sambas & (datuk) orang Brunei.
Nanti bila dah cukup pengetahuan pasal Sambas, niat dihati memang nak kesana menyusur salasilah keluarga, insyaallah..
p/s : just received the guide book & brochure yg En.Tepak Sireh kirimkan tu. Very interesting!! Tak sabar dah nak jumpa kawan2 chitchat pasal benda nie. Thanks again..again..and again :)

Anonymous said...

selalu sangat makan angin kat Indon, ada simpan cewek Indon ke? atau TS ni ada sedara mara kat Indon? jgn mareeeeee....

Muor

A f f e n d i O s m a n said...

main congkak?

Isk...takde papan congkak kat Tegegeg...

Rush Murad said...

jowopinter - arrr.... tu pic kat tepik tasik/kawah putih... pokok2 rendang jerrr.... sesuai kalau buat lokasi citer hantu/pontianak ke hapa ek? Yes, i love the pic yg ada budak 2 org tu, perasan tak yg mosaic pic tu ada muka budak gak? lepas ambik banyak kali, dia macam merajuk buat 'muncung' plak... :)

indrapr - my pleasure, buat sedikit 'amal-jariah'... :)

along - no problem, kan kerja saya di Kompeni ni ialah cari maklumat yg tepat, betul dan cepat... Org Sambas ialah suku Melayu asli.. i pun jadi teruja nak tau lebih lanjut.. Glad that u like the guide book etc tu.

Muor - cewek? InsyaAllah, kalau ada jodoh, they are nice people though...

fendi - i tot u dah jumpa beberapa keping papan congkak hari tu? tarak kah?

Nurul A. Abid said...

Nak bookmark this posting for my my future trip to Bandung. Very comprehensive...

Baguslah boleh adil dan saksama ek....

Qamariah yunos said...

wawawa.. seronoknye gi jalan2..
pernah jgk g jakarta ngan bandung nii.. tapi masa kecik2 dulu ngan family.. tgk gambar2 rush.. rasa nak g lagi.. nanti kalau qam pegi ngan kawan, bleh la tgk blog rush lagi skali utk guidance .. heee

artisticklytouch said...

uiks sekali lagik aku jeles...afsal weols susah sangat nak dapat cuti!

Blushwax said...

Wow.....your entries on your travels are just great! Damn nice pics and yes....envious of how often u get to travel.

Rush Murad said...

Nurul - it's not EASY though... :)

qam - bila nak balik Brunei? kalau cuti panjang, singgah ler Bandung tu... memang dah banyar perubahan dan semakin mahal!

artis - kau kerja jer sendiri, pasti anytime boleh pi cuti... tapi aku tak kerja sendiri, cuma kerja sendiri2, tak dak sapa nak kacau....

blushwax - welcome to Tepak Sireh! :) I'm juts luck I believe :). will return visit soon...

Eridzhuan Zhaineo said...

Ahhh....rindunya Jakarta dan Bandung. Kenapa tak pergi Bogor dan Puncak. Aku dulu every month selalu juga pergi Bandung....saja-saja perabis duit kat factory outlet kata sana. Time tu highway tak ada lagi. Kita orang lalu Puncak. Sekarang nie highway dah ada...sayanglah tak dapat menikmati pemandangan Puncak yang cantik tu.....

Pato & Pearl said...

best!!!...a reference for us when the ducks start rounding in JKT and Bandung nanti...Now, bersiap kepak nak terbang makan "APPLE" yang besar...hehe

P&P

Rush Murad said...

P&P - wahhhhhhhh..... nak pi 'BIG APPLE' ekkk? besttttt nyaaaaa... tak pernah jejak sana lagik nih... jangan lupa story2 ekkk...

camelia7677 said...

salam rush,
seronot baca cite gi jkrta bandung. sebenarnya akan ke sana tis comin Julai bawak anak cuti2. kat Jakarta dah booking hotel, tapi yang kat bandung masih blur nak duk katner? any suggestion...

Anonymous said...

SALAM..
emm..nak mintak tips skit la...kalau pegi jakarta puncak bandung geng2 pompuan shj.sselamat tak?...
xora

...ag.roronoa... said...

akum...boley dapatkan tak set peta dan 'guide book' n brochure mengenai Bandung?? kontek ikut email ok? rienoa_004@hotmail.com..

tq

zima said...

Salam, saya mmg berminat nak ke sana. bagus juga ada blog ni. mcm2 cite boleh baca.

Boleh tolong emelkan maps, brochure or guides to me? Thanks

zima.tusoff@gmail.com

huda said...

wah..memang memberi gambaran..tp mcm ne nak dapat kan driver yg leh bw kita jalan2 kat sana yek?

SueRosly said...

En Rushmooradt, I've made alink to your blo regarding this Bandung Jakarta trip. Thanks.

Anonymous said...

I really like when people are expressing their opinion and thought. So I like the way you are writing

Iwan Setiawan said...

Salam, saya Iwan, dari Bandung, menyediakan service transportation pakage All In (Sewa Kereta, Upah Supir (Driver), Petrol, Parking & Tol) dan booking hotel (atas permintaan) untuk pelancong di Bandung, Jakarta & Puncak. Selain untuk shopping, Bandung, Jakarta & Puncak juga terkenal dengan tempat-tempat sightseeing yang indah dan wisata makanan yang enak dengan harga yang sangat reasonable.
For further info, please contact me at :-
email : setiawantransport@gmail.com
add facebook : setiawantrans@gmail.com
sms/call : +6281221401090 (Iwan, Bandung Indonesia)
or can sms/call at : 0173029722 (Bella, Cheras, Selangor Malaysia)

PROGRAM – FREE & EZEY

Company Travel Agen iwan 100% milik orang ISLAM

Bocah Getas said...

mampir nich...
menarik sekali blog anda dan saya menyukainya..
salam....
oh ya ada sedikit info nich tentang kayu jabon dan bibit jabon semoga bermanfaat... :)