Monday, April 28, 2008

Makan Di Mana?

DSC_1877

Tiada dirancang, semuanya kerana tertinggal 'barang' di dalam kereta Harrier putih si Nurizz semasa beliau datang ke Miri bersama Zana beberapa hari lepas. Hari Ahad lalu, aku memaksa diri untuk memandu ke Brunei ditemani Zoul, hanya untuk mengambil 'barang' tersebut. Akhirnya kami dijamu makan tengahari ala-buffet di Empire Hotel oleh Nurizz. Terima kasih daun keladi..... lain kali bolehlah tertinggal barang lagi. Ini merupakan 'treat' dan 'theraphy' paling sesuai buat aku pada masa ini kerana baru sahaja selesai memerah otak mengulangkaji pelajaran untuk exam, dan juga dalam masa 8 hari aku berjaya menyelesaikan tidak kurang 8 assignments termasuklah essay for pre-thesis dan term paper yang sungguh 'membunuh'. Mudah-mudahan sahaja aku mendapat markah tertinggi dalam semua assignment tersebut terutamanya essay for pre-thesis bertajuk "Data Mining: Discovering Hidden Value In Organization's Data" dan term paper untuk subjek Issues in Information Society di mana aku telah memilih tajuk "Digital Divide: An Understanding" (matilah... sebenarnya nak tulis An Introduction, tetiba jadik An Understanding!!!).

Malaysian Food

Makanan yang tersedia amat pelbagai, dari Asian cuisine, Italian, Japanese sehinggalah makanan laut yang segar. Aku tidak lepaskan peluang menikmati daging kambing panggang dan lamb chop yang memang menjadi kegemaran. Oyster atau tiram yang diimpot khas dari Australia mengingatkan aku akan kisah 'berkongsi makan' di Sydney beberapa tahun lalu. Kali pertama makan Oyster buat Zoul, pada mulanya aku ingatkan dia akan muntah, ternyata silap perkiraan aku, ditambahnya lagi beberapa ekor Oyster tersebut yang dimakan mentah bersama perahan air lemon. Beef Noodle soup ala-Vietnam seperti yang selalu akan makan di Bonsen KLCC juga ada disediakan, selain Unage (belut) panggang bersama sos teriyaki, ada juga dihidangkan isi ikan Salmon dan Cod mentah yang amat serasi dengan selera aku.

DSC_1899

Selepas hampir 3 jam menjamu selera, kami turun menuju ke kawasan pantai berhadapan dengan hotel untuk menikmati keindahan landskap dan senibina hotel yang menghadap laut China Selatan yang membiru. Cuaca panas terik tidak menghalang 2 orang 'model' jemputan untuk bergaya di sekitar kawasan yang luas terjaga rapi dan indah itu. Hampir sejam juga masa dihabiskan dengan sesi berfoto di luar dan di dalam bangunan hotel tersebut sebelum kami menuju untuk acara 'shopping' kristal Bohemia di HH Serusop.

My creation

Sebelum berangkat pulang, kami singgah di Restoran Pondok Sari untuk menghilangkan dahaga; Cendol Jakarta, Es Jeruk Kasturi, Rujak Buah dan Rempeyek merupakan 'jajan' yang dipesan. Dengan bonet kereta yang penuh dengan pelbagai barang, kami pulang semula ke Miri dengan slogan 'Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Suka Hati, Walau Poket Tiada Isi, Bulan Hadapan Datang Lagi...'

12 comments:

dirtypap said...

Gendang gendut tali kecapi katanya! kalo tiap-tiap hari makan mewah camtu mmg boleh gendut mcm gendang. hehe!

Zoulkieflie said...

abg,seronokkan..walaupun tak sampai 24 jam kat sana,tetapi memang meriah kan..abg,saya ada cadangan..next timr kalau kak Nuriz datang Miri,abg letak je la apa apa barang kat dalam kereta kak nuriz..confirm dia ajak lagi..hehe..buat kak Nuriz..thanks for everything..

Rush Murad said...

dirty - memang dah gendut pun ni... mana u tau perut i ni depa buat gendang???? kuanggg...kuanggg...kuanggg....

zoul - best lah kali ni pi sana, tak tensi, shopping2, makan2... lelagik kalau ada orang yg layan kita ek?

aNgRiAni said...

abang tepak...waaa...bestnyer jln², makan², sembang² kan...pasni drive terus sampai tawau...wakakakakaka...KOBIS tu memang lawakz giler laa abg tepak...gelak guling² baca ayat abg tepak tu... :-p

Rush Murad said...

angriani - KOBIS... depa pasti tertanya2 pasal apa u gelak guling2 kan? hehehehe... kalau nak tau, kena pi blog si Angriani nih..

shahril aley said...

wah hepi betoi tgk muke zoul makan oyster tu. tak pe la skrg bloggers kat KL sibuk makan western kat william walaupun gerainya tak secantik dalam gambar tu. hehehe... lain kali turun KL ajak lily pi william. minah tu dah ditabalkan jadi duta tak rasmi william. :)

Lily.Lulu. said...

Alhamdulillah .. settel dah ye sume thesis dan assignment.

Memang tenang aaa kalau lepas tuh pergi makan tempat yang menyedapkan .. kenyang perot ... tambah pulak scenery yang menarik hati .. wallah .. besss je rasa

:D

Bila kita nak sampai Miri pulak nih ...

Rush Murad said...

shahril - makan2 tu pun sebab Nurizz nak celebrate belated bday si zoul sekali. suka lah dapat makan sedap2, lepas tu kakak2 dua org tu belikan hadiah macam2... nanti i turun kl, nak tengok si duta ni... nak bawak ke idak...

lily - begitu tenang sekarang ni, dah tak beserabut jadik ke nak mai Miri dgn Zana??? meh lerrrrr.....

Nikli said...

awat nihh...?? ade trip ke Miri ke..?? i pon nak join loooo... :)

makan dengan hepi skali 4 org nihh aaa... cantik aa tempat tuhh...

Anonymous said...

Walaupun gendut...abg rush tetap ensem.Nurizz rasa abg lebih segak sekarang ni dari 15 tahun dulu, masa zaman persekolahan kta.Memang jelas wajah gembira abang aritu...begitu gak dengan Zoul,walaupun dia banyak bersabar menunggu abang rush shopping. Buat abang rush....apelah erti persahabatan tanpa layanan mesra dengan penuh keikhlasan. Semoga ikatan persahabatan kita akan terus berkekalan.Jangan lupa our next plan yer cik abang.

Rush Murad said...

Nikli - jom lah plan datang Miri, mai dgn Jepun sekali... tempat tinggal, transport, makan-minum semua ditanggung beres.... jom!

Nuriz - thanks alot! gendut??? terima jerlah keadaan i sekarang ni, gendut sebab senang hati kottt... :)
yer lah... sapa sangka dah berbelas tahun tak jumpa, tup2 jumpa di Miri ni... yup, hopefully kekal ekkk..

Donat Kampoeng Utami said...

Salam kenal dari saya, Rosidah dari Indonesia.