Thursday, March 27, 2008

Travelogue: Macau - Hong Kong - Shenzhen

DAY 1: The Venetian - Macau


Penerbangan dengan pesawat Airbus AK510 dari Kota Kinabalu ke Macau mengambil masa hampir 3 jam, dan tepat jam 8pm kami telah pun selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Macau. Suasana awal malam ketika itu diliputi kabus dengan suhu sekitar 20'Celcius, terasa selesa dan nyaman. Kami menaiki teksi menuju ke Casa Real Hotel yang jauhnya sekitar 15 minit dari Lapangan Terbang, hotel bercirikan senibina Portugis ini terletak berhampiran dengan terminal ferry dan Fisherman's Wharf serta berlatarbelakangkan Guia Hill yang terdapat rumah api berusia ratusan tahun. Selesai check-in dan membersihkan diri, kami terus berjalan kaki menuju Sands untuk mengambil shuttle bus menuju ke The Venetian - sebuah kompleks membeli-belah, hotel, casino dan resort terbesar seumpamanya di dunia.

My creation

Untuk sampai ke bahagian deretan kedai-kedai, kami terpaksa melalui bahagian Casino yang cukup luas dan dipenuhi dengan suara hingar-bingar pelanggan dari pelbagai bangsa yang sedang mencuba tuah-nasib. Kedai-kedai di sini dibina dengan berkonsepkan kota Venice di Itali, siap dengan terusan dan siling yang dilakarkan awan-awanan siang. Terasa sungguh hidup dan ceria suasana persekitaran pusat beli-belah tersebut. Kami kesuntukan masa untuk menjenguk kedai-kedai yang ada, maka bersesi foto sahajalah yang sempat sebelum tempat ini ditutup pada jam 11pm. Memang tidak puas rasanya berada di sini ditambah pula banyak lagi kemudahan yang disediakan tidak di'explore'. Menyusuri jalan-jalan di sekitar The Sands pada waktu malam tidak begitu mengujakan namun kesegaran udara mengajak kaki terus menapak di atas 'coble stone' tinggalan pemerintah Portugis di kota ini.

Tips: Pengangkutan percuma ke Venetian di Cotai Strip yang terletak sekitar 15-20 minit dari pusat bandar Macau. naik shuttle bus dari The Sands, berdekatan The Fisherman's Wharf.


DAY 2: Fisherman's Wharf - Macau

Semasa sedang menyusuri jalan-jalan di sekitar hotel pada malam sebelumnya, kami terlihat beberapa bangunan unik seolah-olah ada sebuah taman tema atau dataran riadah yang menarik. Keesokannya, setelah selesai berkemas untuk mencari sarapan (kami jumpa tempat makan yang dicadangkan dalam Internet, tetapi kedainya tutup pada hari itu), kami terus menuju ke suatu tempat yang dinamakan Fisherman's Wharf, hanya 10 minit berjalan kaki dari hotel. Sebuah taman riadah yang baru sahaja selesai dibina berkonsepkan Mini World, dengan replika bangunan di beberapa kota terkenal dunia seperti The Coliseum di Rome, New Orleans street di USA, Mesir, England, China dan lain-lain. Masuk ke dataran ini adalah percuma, dan kami mendapat tahu bahawa akan ada 'street parade' pada petang itu bersempena dengan sambutan Easter Day.

My creation

Tidak jauh dari tempat tersebut terletak pula pusat beli-belah Yaohan yang sederhana besar yang baru sahaja dibuka, sempat pula kami shopping sebelum bergegas pulang semula ke hotel untuk check-out dan menuju ke terminal ferry untuk ke Hong Kong. Ada beberapa syarikat ferry yang beroperasi di sini, antaranya Turbo Jet dan First Ferry Macau yang menuju ke Kowloon dan pulau Hong Kong serta ke beberapa destinasi di tanah besar China. Perjalanan ferry laju dari Macau ke Kowloon mengambil masa sekitar 1 jam dan berlabuh di jetty kompleks Guangdong Road, Tsim Sha Tsui.

Tips: Untuk jadual perjalanan dan harga tambang ferry, sila klik di sini. New World First Ferry lebih murah tambangnya berbanding Turbo Jet. Di terminal 'Depature', naik ke tingkat 2 dan cari kaunter ferry, jangan hiraukan 'penjaja' atau 'ulat' yang menawarkan tiket ferry.

DAY 2: Kowloon, Hong Kong


My creation

Kami agak keliru dengan tanda arah dan arahan dalam peta untuk menuju ke tempat penginapan yang telah di'booking' melalui Internet. Dalam pada mencari alamat hotel tersebut, kami terserempak pula dengan premis HardRock Cafe, langsung singgah untuk beberapa ketika sebelum keluar dengan beberapa beg plastik besar berisi t-shirt dan cenderahati. Selesai check-in, kami turun semula ke Nathan Road untuk mengisi perut yang terlalu lapar ini, dalam meninjau-ninjau itu, kami ditegur oleh seorang pemuda Pakistan yang bertanyakan jika kami ingin makanan Halal, langsung dibawanya ke sebuah restoran yang menghidangkan pelbagai jenis makanan Pakistan yang sungguh lazat.

My creation

'Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati' Memang tepat sekali ayat tersebut, kami berasa lebih segar dan bersedia untuk 'explore' Hong Kong setelah perut diisi dengan makanan lazat dan halal. Destinasi seterusnya ialah Victoria Peak, kami ke sana menaiki MTR, berjalan kaki sedikit menaiki bukit sebelum tiba di stesyen The Peak Tram untuk mengambil Tram (macam cable car Bukit Bendera, tapi yang ini jauh lebih elok). Sampai di puncak Victoria agak sudah lewat petang, ditambah pula dengan kabus yang cukup tebal pada hari itu. Memang syahdu dan tenang berada di puncak ini, ditambah pula dengan pemandangan kotaraya besar Hong Kong yang bermandi cahaya dan suhu dingin sekitar 15'Celcius. Kami menghabiskan masa beberapa jam di atas puncak ini, terasa seperti tidak mahu turun. Memandangkan kami perlu beratur panjang untuk pulang turun dengan menaiki Tram, Wan mencadangkan untuk menggunakan bas 'double-decker' pula. Tambangnya jauh lebih murah tetapi jalan menuruni puncak bertopografi berlingkar-lingkar, memakan masa dan membuatkan kepala aku pening seperti hendak muntah (sudahlah semasa dalam ferry menuju ke Hong Kong aku telah muntah!). Kami tidur agak lewat kerana menghabiskan waktu dengan berjalan sekitar Kowloon, sempat pula bergegas ke Hard Rock Cafe sekitar jam 12 malam untuk membeli sehelai lagi baju setelah baju yang dibeli pada siangnya tidak muat.

Tips: Pastikan anda mempunyai peta Hong Kong yang lengkap dan jelas kerana jalan-jalan di sini agak bersimpang-siur dan menggelirukan. Peta-peta percuma boleh didapati di hotel-hotel sekitar Macau dan stesyen MTR.

Tips: Makanan Halal yang murah (ada juga yang tidak begitu murah) boleh didapati di Chungking Mansion, Nathan Road. Mess atau restoran kecil terdapat di dalam bangunan ini yang tidak kelihatan dari luar atau Ground Floor bangunan.


DAY 3: Disneyland vs Shopping in Hong Kong


Rencana asal ingin menikmati sarapan ala-Pakistan di Chungking Mansion tetapi dibatalkan kerana ingin jimat waktu, ingin sampai awal ke Disneyland. Kami menaiki MTR dari Tsim Sha Tsui menuju terus ke Disneyland. Cuaca berkabus dan mendung, cukup untuk membuat hati kami gusar takut-takut nanti hujan lebat akan turun, maka acara untuk bersantai-santai terpaksa dihadkan. Kami mengikut plan dan trail yang terdapat di dalam brosur yang disediakan, menuju ke Adventureland dan singgah di rumah Tarzan dengan menaiki rakit kecil, kemudian menikmati persembahan The Lion King yang mempersonakan. Menjelang tengahari, hujan sudah mulai turun dengan lebat, pergerakan kami agak terhad namun kaki tetap laju melangkah.

Disneyland Hong Kong

Persembahan kedua yang kami tonton ialah The Golden Mickeys, yang memaparkan karektor-karektor dari filem-filem animasi terbitan Disneyland seperti Sticth & lilo, Tarzan, Beauty & The Beast, Cinderella, Mulan, Little Mermaid dan lain-lain. Kami bernasib baik kerana mendapat tempat duduk di barisan hadapan sekali (mengalahkan budak-budak pula) memandangkan auditorium tersebut hampir penuh. Kami juga meluangkan masa untuk membeli sedikit cenderahati dan meninjau-ninjau di persekitaran taman tema ini sambil berfoto. Acara street parade pada petang itu dibuat secara ringkas sahaja memandangkan hujan masih turun. Memang amat menyeronokkan berada di dalam taman Disneyland, terasa seperti kembali ke zaman kanak-kanak apabila melihat beberapa karektor yang begitu sinonim dan melucukan.

Selesai beriadah di Disneyland, kami menuju ke Central Hong Kong District, pusat beli-belah terkemuka di sini. Banyak pilihan dan harganya juga berpatutan, dari barangan berjenama sehinggalah yang dihasilkan di Hong Kong sendiri, rasanya lebih banyak masa perlu diperuntukkan untuk aktiviti shopping. Dari Central kami ke Mongkok, pasar malam ala-Petaling Street, niat di hati ingin mencari t-shirt 'Cap Ayam' dan sebagainya, hampa! Hampir kesemua kedai sedang berkemas-kemas untuk tutup. Kami cuma sempat membeli beberapa cenderahati kecil untuk dibawa pulang buat kenang-kenangan. Hari yang cukup panjang buat kami, keletihan tetapi masih tetap bertenaga!

Tips: Sekurang-kurangnya 4-5 jam perlu diperuntukkan untuk beriadah di Disneyland. Sila lawat ke web Disneyland Hong Kong untuk mengetahui jadual persembahan.

Tips: Mongkok tutup agak awal, sekitar 11pm. Pastikan datang lebih awal di sebelah petang. Selain dari Mongkok, Stanley Street juga terkenal dengan pasar malamnya.



DAY 4: Cultural Village in Shenzhen

Kami menuju ke tanah besar China, Shenzhen dengan menaiki MTR-KCR atau keretapi dari Tsim Sha Tsui. Dari sini kami perlu berhenti di stesyen Lohu, ada transit untuk tukar train supaya tidak terlajak ke Lok Ma Chau. Setelah keluar dari imigresen Hong Kong, kami berjalan kaki pula untuk masuk ke sempadan Shenzhen. Kami diarahkan untuk membuat visa di dalam kompleks yang sama, tetapi perlu beratur panjang selama 2 jam (high peak season). Selesai dengan urusan visa dan imigresen, kami menuju ke stesyen metro MTR Shenzhen yang terletak bertentangan dengan pusat Imigresen, untuk menuju ke destinasi hotel penginapan kami di The LOFT, Qiao Cheng Dong, OCT (Overseas Chinese Town). LOFT (were formerly gritty industrial areas but have since experienced gentrification. The warehouses contained within the neighborhoods have often been converted to trendy nightclubs or high-priced apartments and condominiums) di Shenzhen baru sahaja dibuka, dan secara tidak sengaja aku terbaca di Internet mengenainya, di sini ianya lebih merupakan 'modern arts and urban cultural village'.



Shenzhen

Setelah berehat seketika di The LOFT yang bercirikan Scandinavian ini, kami langsung menuju ke taman tema Splendid China dan Cultural Village yang terletak 20 minit berjalan kaki dari The LOFT kami. Agak ramai juga pengunjung yang berada di sini, dengan pelbagai aktiviti dan persembahan. Kami menuju ke bahagian Splendid China terlebih dahulu, miniature bangunan, objek, monumen bersejarah, perkampungan terkenal yang terdapat di serata Negara China yang besar dan pelbagai itu. Cukup teliti, halus dan tepat rekaan miniature yang dibuat di sini, membuahkan niat untuk melawat ke tempat sebenar seperti Great Wall, Imperial Palace, Lhasa dan lain-lain. Selain dari miniature tersebut, ada juga rumah-rumah bersaiz asal terdapat di bahagian Cultural village yang menempatkan beberapa rumah suku kaum minoriti seperti Uighur, Mongol, Xian dan Tibet. Apabila tirai malam berlabuh, satu persembahan kebudayaan pula dihidangkan kepada pengunjung di auditorium terbuka, persembahan menarik ala-Citrawarna tetapi dengan props yang lebih menarik dan grand. Babak-babak kewujudan Negara China dari zaman batu, zaman peperangan sehinggalah kini.

Selesai persembahan, kami bergegas menaiki MTR menuju ke Lao Jie, setengah jam perjalanan untuk membeli kain sutera dan cenderahati. Sekali lagi nasib untuk shopping barangan tempatan tidak kesampaian kerana pasar malam di Lao Jie baru sahaja bersurai. Dalam kelaparan dan melilau di jalanan bandar Lao Jie, aku terpandang beberapa orang penjual ala-Sate atau kebab yang muka mereka seperti berketurunan Turki. Dalam hati terdetik, mereka ini mungkin orang Islam Hui dari Xinjiang atau Xian. Aku bertanya kepada salah seorang yang berkopiah "Halal?", dia majawab "Halal!", "aku bertanya lagi "You Muslim? Islam?"... "Musulim... alhamdulillah" itu jawab beliau. Sate kambing yang paling sedap pernah kami makan! Agenda malam itu kami sudahi dengan bersantai menghirup Cappucino di salah sebuah cafe berciri Renaissance di LOFT.

Tips: Bayar tiket sekaligus untuk masuk ke Splendid China dan Cultural Village. Jika menginap di The LOFT, tiket boleh dibeli di sini dengan diskaun. Persembahan pentas bermula jam 7.30pm, tetapi pengunjung dinasihatkan berada di sini jauh lebih awal kerana banyak persembahan di serata Cultural Village. Sila bawa bekal makanan sendiri seperti roti dan buah-buahan.

Tips: Satu lagi tempat wajib dikunjungi ialah Windows of The World yang terletak tidak jauh dari Spendid China.

Tips: Makanan Halal boleh didapati di Shenzhen, masalahnya ialah tiada logo halal dan 'signage' restoran dalam tulisan Cina "Restoran Muslim-Halal'.


DAY 5: Leal Senado in Macau

Kami keluar dari LOFT agak awal kerana merancang untuk 'explore' kota pelabuhan Shijezhichuang, iaitu stesyen paling hujung di Shenzhen. Kami berjalan menyusuri deretan bangunan-bangunan pencakar langit dan akhirnya berhenti di Walmart untuk membeli sedikit buah-buahan, roti dan minuman. Kami pulang semula ke LOFT dengan berjalan kaki beberapa kilometer sebelum menaiki teksi menuju ke pelabuhan Sekou yang jaraknya 17km. Perjalanan ferry memakan masa 80 minit dan berhenti di pelabuhan lama Inner City Macau yang begitu terpencil.

Macau

Kami cuma mempunyai masa lebih kurang 2 jam sebelum perlu ke Lapangan Terbang Macau untuk menaiki pesawat untuk pulang. Dalam masa sesingkat itu, kami sempat meluangkan masa di Leal Senado atau Senate Square dan juga berhimpit-himpit berjalan melalui lorong-lorong sempit menuju ke St. Paul Ruins yang menjadi mercu tanda pelancongan Macau. Memang terserlah corak senibina Portugal dan Semenanjung Iberia ke atas bangunan-bangunan lama yang masih lagi tersergam gagah dan indah di Macau. Lorong-lorong sempit mengingkatkan aku akan kota-kota lama di Eropah, cuma bezanya di sini ialah papan tandanya berkaligrafi Cina. Memang tidak puas berada di Macau sebenarnya kerana masih banyak lagi tempat-tempat menarik belum lagi diterokai dan dilawati seperti muzium dan pusat kebudayaannya. InsyaAllah, suatu hari nanti, aku akan sampai ke Macau lagi. Kami menarik nafas lega dan puas sebaik sahaja memasuki pesawat AK511, walaupun betis dan tapak kaki kami terasa amat sakit dan lenguh.

Tips: Ada dua pelabuhan di Shenzhen, satu di Louhu dan satu lagi di Sekou yang kurang penumpang dan tidak sibuk. First Ferry Macau juga menjalankan perkhidmatan di sini.

Tips: Ferry dari Sekou berhenti di Inner City Macau dan bukannya Fisherman's Wharf. Bangunan buruk dan kecil di belakang jalan sempit, gambaran Macau sebenar 10 tahun lalu. Teksi dari sini ke Leal Senado mengambil masa kurang 10 minit, kalau tiada bagasi, berjalan kaki sahaja dari sini sambil melewati A-Ma Temple.

54 comments:

Rn8 said...

wah...seronok nyer...! nak g china jugak lah...hehehe..

Hairepotter said...

Apsal error gambau...teruja nak tgk gambau...

WanHidayat said...

Rush: "Wan...ko sakit ke?".
Wan: "Tak lah...ok jeak".

Allah jea yang tahu betapa aku sakit waktu tuh, tak sabar nak sampai ShenZen. Badan tak selesa...ermmmm...alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Terima kasih sebab sudi 'teman' sy sampai ke sana. Terima kasih juga atas ilmu dan tunjuk ajar.....bila lah dapat merasa satay kibas sesedap malam di ShenZen lagi....

shahril aley said...

wah bang tepak sungguh kagum skali dengan kisah perjalanan. ermmm kalau macam ni semua negara nak pi melancong mau saving 0. hahaha... tak pe la pi jalan dekat2 dulu la. tempat jejauh kena kumpul banyak skit duit & cari keja gaji banyak gak. hehehe....

Anonymous said...

Bestnya jalan2 cari makan, luasnya pandangan..Syukur..selamat kembali.

Shah said...

Wow menarik jugak menjelajah ke rantau sana - sebelum ni tak pernah terlintas nak travel ke sana tapi lepas tengok gambar2 ni mcm menarik jugak ni...

dirtypap said...

seronotnya! hm... nak gi sana la nanti.

Lily.Lulu. said...

bang .. nak menjeles boleh x ???
hiks ~

nak menjeles tang pergi disneyland HK tuh .. huwaaaaaaa !!! itu saya ngan ziana berangan sangat nak gi sana ...

Insya-Allah one day dapat menjejakkan kaki kat sana :D


bang bang ... apa saya boleh ckp kan ... pictures tell a thousand stories ..

gambar bessssssssss !! sangat suke !!!!


yeyyyyyyyyyyyyyy
:D

terasa macam saya pulak yg gi holiday tuh .. hahaha :P

Nikli said...

ehh.. rupanya macau tuh best laa..
igtkan macau tuh macam pekan koboi jee.. rupaa cantik situ.. especially building sana... luv all those pics..

second pic tuh paling bst laaa tgk.. but the first pic mmg takleh cakap ape laah kan..

so, dah terer gune d40x tuh..?? nice shots laa.. and nice trip too.. hope, both of u dah enjoy ur stay kat sana..
:D

Luaq Ezplanade said...

Fantastic trip...wish one day nak pi sana jugak laa~! boleh minta tips2 from u nanti ekk?...heheheh

ZEYN said...

Abg Rush,

glad to see the smiles on both Hidayat's and your faces.

i just can't wait for my vacation this June.

artisticklytouch said...

bestnya jalan-jalan...bila nak datang pulau fantasi island plak?

Aladdin a.k.a. Gustiadipati said...

Amboi...jalan sakan nampak, awat tak ajak cheq, kempunan cheq nanti. Anyway aladdin's silent seketika sbb ada tugas di luar jumpa suku sakat... (",)

Anonymous said...

Best dpt holiday mcm nie....altho short...quick...yet memorable....pengalaman melalui semuanya amat seronok!! :)

Seeing the pics reminded me of how me & my colleagues explored HK overnite...transit jer... :) However...kenangan semua tu membuatkan mana2 akan teringat dan akan tertawa...n yes...HK as I shortly experienced it...was splendid! I cant even remember the 'oversized' mall near the harbour?? and yup! Just opposite it, is Hard Rock Cafe! Menyesal tak masuk... :( Remembered the train trip to Mongkok....train station--Tsim Sha Tsui kot?? Hmm...sempat juga we all pi shopping sket kat Mongkok...tpi satu stall jer...apa taknya...sebok bargain and memilih....haha

Well...perhaps one day I should try to also go to Shenzen...n Macau....love to visit places as well!!! Oh...Ive been to Beijing and to the Great Wall of China...dekat...apa nama tempat?? Badaling kot?? Memg perasaan happy sebab dpt menjejak kaki ke tempat bersejarah dan tourist attraction!

Disneyland...memg best and rasa mcm kembali ke zaman kanak2...yelah...dulu2 takde!!! :)

And...nice blog by the way! Well done! :)

Zoulkieflie said...

Abg Tepak,cantik cantik ye gambo yang di sediakan..hehe..

CaTwOmEnS said...

Best nyer dia travel tmpt org..
Tak ajak pun? Hu hu

Shopaholic Mama said...

Hi, after reading your HK travelogue, it was certainly different from what I experienced (or DID NOT experience!) when I was there years ago. Anyway, tks to you, HK will certainly be 1 of my top destination lists in future. I just need to harass the hubby thou chances are pretty slim since he just went there recently! Woohooo....

Rush Murad said...

rn8 - aikk... dengar citer next year nak pi Macau and Hong Kong? nak ikut boleyyy? jom kita buat rombongan cik kiah ek?

hairepotter - ok jerrrr... refresh ek? gambau besau kott....

wan - kalau i tau u tak sihat, sure lah i akan kurangkan bergerak, tunggu sampai u dah betul2 ok... tak pun.. i boleh dukung u masuk dalam back pack besar tuuu... ek?

shahril - yup, kena saving sikit2 dari awal, setiap bulan kena ketepikan sikit some money for my hobby ni.

Rush Murad said...

anonymous - thanks! alhamdulillah.... syukurrrr....

shah - same here, memang tak 'minat' nak jelajah oriental nih, tapi... lepas ni plan nak ke Beijing or Shanghai dan Xinjiang...

dirtypap - kau naik jer flight dari KK tuuuu.. dah dekat...

lily - wajib pergi... best banget, tapi janganlah pi masa musim hujan, kurang seronok. pic tu macam biasa2 jer... ambik guna Nikon dan SonyT10, adalah dalam 600 keping pics.. nak letak semua takut nanti jadi fotopages plak ek..

nikli - pi lah Macau from Jb... banyak tempat menarik, tak sempat nak pi semua. seriously byk bangunan2 lama yg elok2... masih terkial2 lagik guna D40x tu...

khairul - meh ler kita buat rombongan cik kiah pi sana reramai frm Miri ek?

zeyn - yer lah... we all tersenyum sampai ke telinga, walaupun letih tetapi ceria... uol nak pi mana bulan June?

artistickly - pulau fantasi? redang tu pulau fantasi ekkkk?? ada org tu nak pi sana tak lama lagik, dia nak minta diskaun stay hotel sana, boleh kah?

aladdin - jumpa suku sakat??? jengg...jenggg...jengggg....

anonymous - wahhh..... banyak tempat u dah pergi ek? I nak sangat pi Beijing and other places kat area Jinjang ooppsss... Xinjiang. Shopping kat HK memang menarik, belum diskaun lagi tapi barang dah lebih murah dari sini. Thanx for ur compliments! Do come again..

Rush Murad said...

zoul - cantik? pic jer ker yg cantik? model2 tu tak hensem ker? :)

catwomens - u nak ikut ker? kena jadi Mrs. Tepak Sireh dulu baru boleh ikut...ek? :)

shopaholic mama - u kena cepat2 pujuk rayu ur hubby ajak pi cuti2 ke HK... ur hubby tak shopping for u kat HK? :)

Along Abdul Karim said...

Tumpang gembira atas pengalaman menarik pengembaraan En.Tepak Sireh kali nie. Love the pictures a lots :)
Boleh share ilmu sikit? Cam mane nak buat gambar yang berkotak-kotak tu yek? Dapat buat through flickr je ke?..
Hehehe.. kata orang malu bertanya sesat jalan ;p

Rn8 said...

mana u dengar i nak g macau next year? hehehehe.... insya'Allah! bile nengok gegambor u nih...mmg excited giler! hehehe... kot2 next year kite serombongan cik kiah sesamer g bali. Tettt...! macam pernah ku dengar...tp di mana ekk! hehehe..

Nurul A. Abid said...

Somebody suggested Macau before deciding on going to Vietnam. Masa tu I cebik muka tak berminat. But after reading about yout travel and seeing the pics, teringin pulak nak pergi. In 3 weeks time, maybe dapat jejak ke Uncle Ben.

Anonymous said...

Hi again....Thnx!

Somehow, I am pretty sure one day u will sampai juga to Beijing...and Jinjang as u may call it...hehe..dgn cita2 dan usaha yg tinggi...insyaAllah akan sampai juga..n yup! kena plan betul2 supaya time berbaloi.. :)

Frankly, China nie takler my number one place to visit coz of many reasons...but its still a pleasure when u get to visit to lots of tourist attractions and tempat2 bersejarah..masa I pegi Beijing pun kawan yg ajak...rezeki lebihlah katakan tambahan ada tempat tinggal...(yg lain2 kena byr lah kan..hehe)...so, we dah plan awal2 pegi mana2...n of course Great Wall of China takleh miss!!! Nasib stamina kira OK lah...hahaha...sampai hari nie kdg mcm tak percaya dh jejak kaki ke tempat tu!! Padahal...entahlah..maybe 'aura' tempat tu kot?haha..

Juz to share, i pernah pegi Chingdao...tempat pun OK...masa pergi tu cuaca sejuk...n bnyk mountains and just saw few places of interests..and also to Guangxi..tpi tak sempat pegi mana2...but mostly business trips...so memg singkat jer! Bleh katakan 'tak berapa kenal' dgn tempat tu..haha..pegi Shanghai juga...sempat pegi tempat market ala Petaling Street tu juga..best giler!!...n very cheap but good quality!..ambil kesempatan dalam kesempitanlah katakan... :)

eik...oklah...i nie bila dah mula membebel...hmm...maklum...bab benda2 mcm nie memg suka! Dats y i always go to ur blog actually....silent reader gitu...again well done! All d best!

A f f e n d i O s m a n said...

bang shidi

mekaseh kasik sobenir tu ek!
appreciate that veri much....

gelas tembak sepasang yang ada naga tu dah selamat berposing kat ruangan barang cenderamata kat umah fendiosman.....

DBI said...

grand sangat rush.. :-)

Rush Murad said...

along - thanks! hopefully tips yg dipaparkan bermanfaat kepada pembaca. Pic tu, dalam flickr ada group, u cari group fd's Flickr Toys. Daftar dan.... macam2 adaaa...

rn8 - dah tersebar meluas cerita u nak buat rombongan cik kiah ke Macau next year, nak pi bali pun ok gak... hujung tahun ni ler, via KK or Kuching..

Nurul - best wooo... i tak puas jalan kat tempat2 ni, maybe akan ada revisit. U nak pi London ekkkk?? nak pi jengah rumah toooooottttt......ek?

anonymous - u tak der blog ker? if ada, sure banyak travel experiences n tips boleh kongsi, macam si Pato&Pearl tu... boleh buat bahan rujukan. China terlalu luas, tunggu lah i cari masa dan duit utk jelajah sementara ada kudrat ni.

fendi - small matter ler tuu.. lepas ni bila u pi jenjalan (pi mana tatau?) jgn lupa belikan i jugak souvenir. btw, pasu tu tak pecah punggg...

dbi - tak ler grand mana pungggg doc. travel org2 'berjimat-cermat'... lain ler ada org tu, shopping sakan, dalam blog dia pun ada pic dia bawa beg plastik berbondong2...nampak kah?

Rush Murad said...

along - thanks! hopefully tips yg dipaparkan bermanfaat kepada pembaca. Pic tu, dalam flickr ada group, u cari group fd's Flickr Toys. Daftar dan.... macam2 adaaa...

rn8 - dah tersebar meluas cerita u nak buat rombongan cik kiah ke Macau next year, nak pi bali pun ok gak... hujung tahun ni ler, via KK or Kuching..

Nurul - best wooo... i tak puas jalan kat tempat2 ni, maybe akan ada revisit. U nak pi London ekkkk?? nak pi jengah rumah toooooottttt......ek?

anonymous - u tak der blog ker? if ada, sure banyak travel experiences n tips boleh kongsi, macam si Pato&Pearl tu... boleh buat bahan rujukan. China terlalu luas, tunggu lah i cari masa dan duit utk jelajah sementara ada kudrat ni.

fendi - small matter ler tuu.. lepas ni bila u pi jenjalan (pi mana tatau?) jgn lupa belikan i jugak souvenir. btw, pasu tu tak pecah punggg...

dbi - tak ler grand mana pungggg doc. travel org2 'berjimat-cermat'... lain ler ada org tu, shopping sakan, dalam blog dia pun ada pic dia bawa beg plastik berbondong2...nampak kah?

rhoni said...

wah asik banget nih jalan2nya....pengen juga ke Macau/HK, natilah kalau ada waktu dan kelapangan.

A f f e n d i O s m a n said...

bang shidi

kan orang kata tak pecah....
hehehe termakan jugak pujuk rayu model (me, ayen and chen) kedai pasu tu ek? lalalalala


adi nak pi mana pulak ek pasni? timur semenanjung je....hiks...negeri mana tatau?

Rush Murad said...

rhon - recommended to go to Macau/HK... yuk bareng2?.... ehh.. nanti malam mau nelepon, mau nayaiin hotel2 di jakarta, rencana mau libur ke jakarta/bandung... keren nggak ancolnya?

tyah said...

waaaa manyak cantik wooo... !!! tapi naper muka muram kat satu pose tu? dah habis $$ shopping ker:)

Anonymous said...

Wah...kalau ada fan club memg heboh kan...hehe. Sorie...I takde blog...nak jugak tapi takde masa la nak blogging...masa nak baca blog pun kekadang dalam kesempatan yg ada jer..lagipun I ni bukanlah pro dlm area blogging ni...entah2 bila ada blog..habih hanco blog! hehe :) But for ur info...ur blog memg one of the blogs I would take my time to read...TERsangkut gitu bila TERbaca entry kat Mekah tu...hati turut sedu...sayu...rindu juga nak jejak kaki ke tanah suci...insyaAllah semoga tercapai...Teruskanlah hobi blogging awak yg positif ini k..good luck!

rhoni said...

Ancol sih biasa, kayak Sunway Lagoon gitu kalee, mau ke Jkt Bdg lagi? Tapi boleh lah buat cuci mata. Jangan lupa ke Bogor, kan waktu itu gak jadi karena peristiwa itu. Udh kebayang ke Macau, trus HK trus Shenzhen, baliknya dari Shenzhen aja kali jadi ga usah balik ke Macau lagi

Rush Murad said...

tyah - muka muram sebab banyak benda yg orang pesan tak dapat cari, especially China Silk for my mom n sisters n frens... masa pergi tu, kedai dah tutup...:( sooo... bawa balik jer lah duit yg lebih tu... :)

anonymous - i ni manalah ada fan club segala.. :I thanks very much coz sudi baca my blog ni. Entry Mekah? ermm... salah satu tempat yg sangat saya nak pi, dah sampai pun. InsyaAllah, kalau tiada aral melintang.... next month saya akan pergi sekali lagi....Amiinnn...

rhoni - iya deh, main2 di jkt-bdg lagi... ada yg mau bareng, mau liat2 jakarta kayak apa gituh loh...errm... mungkin sekali ke bogor. Summer in HK n Macau very hot! asik kalee yee nyuci mata!

muin said...

bestnyer dpt cuti2..dpt tgk gambar je laa...klu mcm tu x yah pi europe, dh kira pakej kn...

tyah said...

Tak per next trip boleh beli lagi. Kalau tau tempat senang cari china silk ni. My eldest uncle & 1 auntie kat southern china, seorang chinese uncle kat Junk Bay Hong Kong. Tapi tak sampai2 kat sana hahaha tengok pics depa hantar tiap tahun.

Anonymous said...

Yes...entry Mekah tu...kalau tak silap waktu awak sambut harijadi awak sekali kan? best giler aper....Mula2 terpegun dgn gambar2 yg ada...bila baca terasa mcm sedang baca novel tpi 'reality' gitu...ya Allah....TERsangkut hati...sayu sgt dgn apa yg awak kongsi...turut sekali airmata ini mengalir...seolah diri turut berada d Tanah Suci...doa dan harapan semoga sampai jugak nanti menjejak kaki di situ..doakan eik bila betul awak dpt pegi lagi...doakanlah yg terbaik buat semua umah k...mudah-mudahan awak akan dpt pegi juga lagi...amiiiiinnn....Tq so much..

wahdi said...

beautiful pics!!

Rush Murad said...

Muin - insyaAllah, suatu hari nanti u pun dapat jalan2 jugak... i ni dah umur 30++ baru dapat jejak Disneyland.. europe is too expensive lah.

tyah - u anytime boleh pi sana kan? nanti kalau dah jadi tokey 'cendawan'... boleh ler jenjalan...hiksssss... mana tau pasai 'cendawan'???

anonymous - since beberapa tahun lepas, sambut hari lahir kat luar negara... apatah lagi di Makkah, masyaAllah.... nikmat! i doakan u akan cepat sampai ke sana....amiinnn...

tyah said...

Adeh2 hang pi intai che pi blajaq cendawan ka? haha! 2 of your colleagues from IT Dept pun attended mushroom cultivation course last sunday. Tyah kata kat depa berdua; ini nak prepare life after shell ker?:)

arsaili said...

whoa..bestnya....bole la gi nanti

Anonymous said...

cantik2 pics yg u snap, ada bakat laaaaa... teruja nak melancong ke sebelah sana. berapa budget kalau nak pergi few days and few places macam ni? kerap u travel, kerja apa ni?

pisces gurl

Rush Murad said...

wahdi - thanks! i belum pro macam u, ambik pics semua 'malathop'!

tyah - kalau cendawan tu dah menjadi, pas2 ler kat sini sikit ek? buat sup cendawan linxhi..

arsaili - memang best... nanti if u cuti semester, boleh ler pi ek..

pisces gurl - thanks! i kena masuk kelas fotografi utk timba lebih ilmu. budget? ermm... tak ler mahal or banyak especially kami sharing the cost etc.. i kerja? ermmm... I only work 10 months a year.. so 2 bulan yg tak kerja tu, i bagi2 lah hari utk jenjalan...

rhoni said...

kok entry Jkt Bdg nya belum keluar?

Beruang Madu said...

now everyone can fly... bila suasana dah okay nanti kami pun nak ke sana... this is a good panduan rush...

kami nak santai santai... nak enjoy kemajuan dunis sebelah sini pulak... cantiknya gambar2 tuuuu.... best sangat....

Rush Murad said...

rhoni - belum pergi, macam mana nak ada entry??? ehh.... makasih ya for the tips etc.... masih lagi segar di ingatan libur2 kita di Jakarta dan Bandung last year....

beruang madu - "bila suasana dah ok"....?? ada yg tak ok ke kat situ? kat sana? di situ? :) hopefully i can upgrade myself dalam snap2 pic nih ek..

blackpurple @ jowopinter said...

Baca cerita dan tengok gambar-gambarnya pun jadilah... Hehehe!

haja said...

alamakkk...hong kong disneyland sudah menambat hati gueeee....nk pegi2....tp bile yek??adehhh

momilo said...

Dah pergi pun ya ke HK, Shenzhen and Macau ... memang nampak you had loads of fun. Visit my blog end June depan, kalu tiada aral, akak will be travelling to where east meets west, nanti ada ler ceritanya situ. :)

Rush Murad said...

blackpurple - mana puas setakat baca dan lihat jer, kena sentuh
baru puas....kan?

haja - pi ler bawak cik abang dgn babay pi sana, tunggu babay dah besar sikit, sure dia dah cerdik berlari2 sana-sini...

momilo - east meets west??? wahhh... kat mana tuuuu?? Istanbul kerrr? my dream destination tuuuu

Anonymous said...

hi bole tanya tak..berapa budget kamu habis arr p china tu?saya pun nak pegi tahun depan laa..email me marcella.ann@gmail.com ok..thanks..

Anonymous said...

berapa budget keseluruhan pergi balik ke china ari tu?

Pojiepooh Abdullah said...

Wahhhhh bestnya.. Wish i can go there too!
Tapi kalau pergi jangan lupa guna Flexiroam, mudah nak berhubung dengan keluarga di kampung :)