Tuesday, March 18, 2008

Anita Was Here.......

Hampir seminggu Anita, Ai dan sepupu aku Darwis menghabiskan masa cuti sekolah di Miri. Setiap hari penuh dengan pelbagai aktiviti shopping dan makan-makan, kurang pula aktiviti riadah meninjau-ninjau bandaraya Miri. Aku dan Zoul mengambil cuti sehari untuk menjadi 'tour guide' membawa mereka ke Brunei, sekali lagi aktiviti dipenuhi dengan shopping dan makan-makan. Di Brunei kami singgah di ladang kuda milik Sultan Brunei - motif? Beratus-ratus ekor kuda dipelihara di sini, dari sekurus-kurus dan sekecil-kecil kuda, sehinggalah yang gagah bermain aksi di padang polo.

My creation

Terima kasih kepada Zana si 'Dietician' yang cantik molek itu kerana menyimpan 7 biji Cheese Cake untuk kami bawa pulang, kepada Nuriz yang sungguh baik hati itu, terima kasih jugak. Makan tengahari di Pondok Sari cawangan Gadong memang tidak mengecewakan, kali terakhir ke sini ialah semasa berbuka puasa bersama Nuriz, Zana dan rakan-rakan. Menu masakan Jawa memang sebati dengan kami, apatah lagi dengan 'ambience' yang seakan-akan di tanah seberang itu. Tidak sah ke Brunei jika tidak singgah ke Nazmi textiles dan membeli sutera Dubai yang unik coraknya. Banyak helai juga kain dipotong, termasuklah kain samping songket Brunei yang berbeza motifnya dengan songket Terengganu. Tidak cukup dengan tekstil, Bohemia Crystal yang terkenal itu juga diborong sekali kerana harganya yang cukup murah di sini. Kunjungan susulan akan dibuat sebelum Ramadhan nanti, tidak puas 'lihat-lihat' kata mereka.

13 comments:

shahril aley said...

wah tak lama lagi bolehlah buke kompeni utk guide tourist melancong miri & brunei....
saya nak book bang tepak hujung tahun tapi tahun nye tak tau lagi. tak sabar nak pegi KK explore pulau manukan, kundasang, kinabalu park, pouring hot spring & kiulu water rafting. jom bang tepak bulan 6 ni.

viruspadu said...

seronoknya

nak ituttttttt....

bila la agaknya dpt merasa gi sana huhuhuhuh

Nikli said...

mau join jugak..
ada kosong kaahhh..??
:D

Qamariah yunos said...

waa.. nice wedding pictures.. lama dah tak gi majlis org kahwin..

Rush Murad said...

shahril - yer la, nak bukak tour company kat miri ni, sbb byk permintaan.... u will love kk..

viruspadu - meh ler sini, ajak baby yg comel tu sekali ekk..

nikli - mau kahhh??? jom arrr pi kuching dgn fendi next week...

qamariah - dah lama tak balik brunei ekkk?? kat UK tak der majlis org kawen ekk?

Anonymous said...

saje tanye, yg purple tu anita, yg mn satu ai n dawis...

- mim

aNgRiAni said...

huhuhuhuhu...sonoknyer...biler lak riani boleh ke sana??? kalau gi sana nt rush bawak gi ronda2 yer...yehaaaaaaaa....

Rush Murad said...

mim - macam kenal jer ekk?? darwis tu ahli band kumpulan di Indo.. kenal tak which boy band?

angriani - meh ler dtg Brunei, bukan jauh pun kalau drive dari sabah... nanti i boleh ajak jenjalan pi Miri sekali ek...

blackpurple @ jowopinter said...

Nak buat apalah agaknya kuda-kuda Sultan yang banyak itu ya...?

:D

Sastri said...

tingin nak p Brunei... Miri, last i was there in 1986 i think... visited my uncle and his wife with my grandma... he was staying at govt quarters kat Tanjung Lobang... or was it somewhere else? what i remember most, petang-petang p beach, jalan2..

Anonymous said...

boy band mana? spupu org indo ke?...mcm international...

- mim

Rush Murad said...

jowopinter - buat korban gantikan kambing n lembu pun ok ek?

sastri - tak der apa sgt kat Brunei ni actually.... Tg Lobang tu tepi pantai, byk govt quarters, pernah sampai sini ek? dulu lain, Miri la ni dah jauh berubah tauuu...

mim - i ni ada darah Jawa, darah banjar yg datang dari seberang....

Lily.Lulu. said...

besss nya bang !!! kalau macam tuh harus laa nanti cari masa melawat org2 kat Miri ..

nanti bawak kita jejalan
boleh kah ???

heeeeeeeeee
:D