Monday, February 11, 2008

Malay Engagement Ceremony II

I have the thought that spending the long weekend without traveling to anywhere is devastating. And having doing nothing during the CNY public holidays is another distressfull. So, let's not be devastated and distressed, let's do something or go somewhere - Go traveling? Well, apparently I managed to grab a seat to fly to an amusement park-on-an-Island next month, so no long journey during this CNY. Do the house chores? Oh! the skies were so gloomy for the last 4 days, can't do my laundry neither nor I can't do the brisk walking, and the weather really make you want to hide under your goose feather quilt all day long. But I'm so thankful to someone who was so kind to do the house chores for me, whilst I cook some Blackpepper Soy Sauce Beef, Cabbage Soup and Sambal Belacan for this great person. Nevertheless, I did spent my last weekend in the neighbouring country, 2 hours drive to a place where you may find very friendly and warm people - Brunei Darussalam.

Majlis Pertunangan

Majlis pertunangan rakan baik aku - Haizul dengan pasangannya Shila, bertempat di Brunei. Rombongan kami bertolak dari Miri seawal jam 8 pagi, hari Sabtu menuju ke rumah persinggahan keluarga Shila di Penanjong, yang terletak di dalam daerah Tutong - 40km dari Bandar Seri Begawan. Rn8 menemani aku sepanjang perjalanan konvoi 4 buah kereta, dengan bonet dan tempat duduk belakang kereta dipenuhi barang-barang hantaran/berian pertunangan. Setelah berehat dan makan siang, kami bersiar menuju ke Gadong Mall untuk shopping, dan aku pula sempat bertemu dengan Nuriz, Zanna dan Siti - minum petang di Wecan Cafe, terima kasih kepada Nuriz yang sentiasa sudi belanja setiap kali kami di Brunei. Sedang ahli rombongan lain sedang mula beransur masuk ke kamar tidur, Khairul, Rn8 dan aku menyelinap keluar menuju ke pekan Tutong, memandu menyusuri tepian sungai yang keruh airnya, mengintai-ngintai aktiviti tengahmalam warga Tutong, beberapa orang kelihatan sedang memancing ikan, ada yang masih duduk minum-minum di gerai dan kami mengenapkan tidak lebih dari 20 orang di ketika itu.

Barang Hantaran Pertunangan

Keesokannya, setelah bersarapan dan berkemas, rombongan pinangan bergerak menuju ke Perpindahan Rakyat Jati, di sekitar Rimba, transit sebelum menuju ke rumah pihak perempuan. Di rumah ini, kami dijamu makan tengahari, berkenalan dengan sebahagian wakil pihak perempuan, mengemas mana yang patut barang hantaran dan rombongan menjadi semakin besar dengan hampir 10 buah kereta menyusul. Kurang 20 minit kami sudah sampai ke destinasi, aku mula berkata kepada Rn8 "ini majlis perkahwinan atau tunang?!" Ramai yang menyambut rombongan kami, di sediakan 7 buah khemah untuk sekitar 200 para jemputan yang sudah sedia menanti kami, di dalam ruang tamu rumah pula sudah menunggu wakil dan ahli keluarga pihak perempuan. Wakil pihak perempuan memulakan bicara dengan mengalu-alukan kedatangan rombongan kami serta bertanya hajat. Wakil pihak lelaki menyambut bicara dengan 'pembuka mulut' iaitu sebentuk cincin dan sekeping wang B$100, kemudian mula berpantun seloka menerangkan hajat serta menerangkan satu-persatu barang hantaran, hadiah kepada pihak perempuan. Selesai bicara dan bertukar-tukar hadiah, diikuti pula dengan bacaan doa selamat, kemudian ibu Haizul menyarungkan cincin pertunangan di jari manis Shila dan seterusnya tetamu dijemput menjamu selera.

Malay People

Gambar dari kiri - Kakak kepada Haizul yang sungguh peramah dan sporting, Diana - yang bertungkus-lumus beberapa minggu lamanya untuk menyediakan barang hantaran bertema warna perang keemasan, cukup cantik dan sempurna, 14 dulang kesemuanya. Khairul yang menjadi separa jurufoto, dan aku memakai baju hijau pucuk pisang yang menyilaukan, Haizul yang berpakaian perang muda sedondon dengan barang hantaran. Majlis berjalan dengan cukup teratur dan sempurna serta meriah. Didoakan semoga ikatan pertunangan ini akan berakhir dengan ikatan pernikahan pula, dan semoga pada waktu itu aku masih berada di Miri untuk sekali lagi menjadi ahli rombongan.

34 comments:

Anonymous said...

alamak, kenapa ramai bebeno org yang ku kenali di dalam gambar2 tersebut? klon ker????? er kawinnya bila?

Nikli said...

kalau dah majlis bertunang pon dah macam tuh, mesti kawin nanti lagik meriah... best bila dapat tengok adat kat tmpt org... lucky u..
p/s: sampin coklat/perang yg haizul(i guess)pakai cantik bangat

Lily.Lulu. said...

bagus kan bang .. dapat merasai cara org Brunei bertunang ...

kalai dengan hantaran dengan khemah nya dan macam2 lagi .. memang meriah gile majlis pertunangan Haizul tuh ...

tahniah buat Haizul dan Shila !!

anyway .. bang tepak nampak glamerous dengan baju hijau itew ... dari jauh konpem sume org leh nampak .. kelazzzz bang !! ;)

Rush Murad said...

anon - kenal ker? siapa??? nikahnya....eeermmm... paling awal mungkin pertengahan 2010.....

nikli - kena buat majlis kat dewan lebih besar, memang meriah orang2 Brunei buat majlis perkahwinan, semua WAJIB berpakaian baju Melayu. kain samping tu dipanggil Jong Sarat dalam bahasa Brunei, itu buatan tangan orang Brunei, dan harganya agak mahal.

lily- lepas ni i pulak bertunang dgn orag Brunei...ooppsss... i yg selalu pokai ni mana ada duit nak pinang anak org Brunei... Haizul spend almost RM30K for that engagement's hantaran... i sengaja pakai flourescent, biar ada yg sangkut :)

WanHidayat said...

kalau lah sy turut berada di sana...mesti dah jadi badut hantaran...hehehehe,ruginya tak dapat pi tempoh hari...ermmmm ~speechless~ **&^%$#@!!!, hijau mmg menyerlah!!! sbb tu hantu2 kat kubur tu kluar kot.....

Boleh tak klu kawen tak nak barang hantaran segala....penat tengok barang2 tuh....14 dulang tuh bersamaan dengan sebiji kereta kancil...tak ternilai dengan sebuah rasa yg lama terikat....sikit lagi dah March???

A f f e n d i O s m a n said...

malay engagement ceremony

kalau salah baca mesti jadi my engagement ceremony...hat tu bila taktau?


teeetttt.......

rizal said...

ohhh my my... meriah betui...mcm hantaran wedding pulak..

ehhh, i spot err bakul rotan dengan riben rende2 biru.. huhu..

btw, thanks for stopping by yaa..

set hantaran warna emas tuu menyerlah..i like the whole theme.. :)

Zoulkieflie said...

wah,meriahnya..menyesal rasanya tak join sekali hari tu..apa apapun,tahniah dan semoga selamat berkekalan hingga ke jinjang pelamin di ucapkan kepada abg haizool serta tunangnya...

abg tepak bila lagi?hehe..

Anonymous said...

apa tak kenal, semua wajah2 ore Miri tu... yang selalu ku napok wiken2 kat kopibin ler, parkson ler... hehe... wow 2010 kawen??? lama tuuuu..... anyway enjois readin your blog walaupung sekali-skala cuma.. very kretip. tata c ya...

Nikli said...

dear author,
haa, bila lagik nak ade entry baru with e topic "My Engagement/Wedding Ceremony..."
since, i da kat johor nih, boleh jugak amik peluang nanti pegi majlis tuh..

p/s: thanks.. i dah link urs too...

Beruang Madu said...

lahhh... dah tunang ropanya di Haizul tu... takperlah pakcik ucapkan selamat mendirikan rumahtanggan yer nak... pakcik suka tengok orang kahwin... tapi tak suka org tanya pakcik pasal kahwin yerr... salam sayang Beruang Madu

Lily.Lulu. said...

omg .. 30k just for bertunang ?? gilaaa lah !!

bang .. cepat2 la kawen . nak jugak merasa makan nasi minyak orang johor yang berada di miri skang nih

oopss !!!
:P~

Rush Murad said...

wan - tu la pasal, kalau u join pasti lagi meriah, motif? sikit lagi dah March? ada apa di bulan March? nak bertunang jugak kah?

fendi - pandai jer ek nak tukar tajuk segala... nanti i masukkan tajuk 'My engagement Ceremony'... jgn terkezuttt..

rizal - memang meriah cuma tak der bunyi kompang dan bunga manggar jek... yes, warna emas tu memang cantik...

zoul - u pun patut join sekali, ni tak... pi jenjalan tempat lain. i kan dah.... tahun lepas, 2 kali pulak tuu.. :)

anon - silent reader ekkk?? yer lah, muka kami jer kat town Miri yg comel nih, nak lepak mana lagi selain kat KofiBin tu..

nikli - hiksss... ntah tahun bila la i nak kawen nih.. insyaAllah i jemput u sekali... nak buat kat Dewan Jublee Intan... :)

Honey Bear - taste?? kita ni sama jer dalam dilema, tak suka org tanya bila nak kawen... aku suka jawab " i kawen bulan May"..."but dont know which May.."

lily - actually more than 30K... nangesss.... yg kau suruh aku cepat2 kawen ni apasal? kau dah ada calon utk aku kah? nanti u introduce kawan u yg comel molek ekkkk... nanti kita jadi sedara, motif? :\

momilo said...

interesting blog, meriah ya ... have nice trip in march :)

blackpurple @ jowopinter said...

Wah! Meriahnya. Itu baru bertunang, belum majlis perkahwinan lagi. Kalau majlis perkahwinan nanti, tentu lebih meriah ek...

Along Abdul Karim said...

laa.. keciknye Miri.. huhuhu...
rasa-rasanya pernah jumpa la Abg Haizul yang bertunang tu.. terimbas kembali zaman sekolah2 dulu.. asal nak cash-out duit biasiswa kat BSN je mesti kena kat kaunter dia..
Apa-apa pun Selamat Bertunang dan semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin untuk Abg Haizul dan tunangan :)
hehehe.. statement "i kawen bulan May.." tu cam selalu ku dengar je.. kenape yek?.. sukelah kenal org yg sama lahir bulan May nie ;p

Anonymous said...

silent reader??? ye ler kot.. bukan setakat mua you all yang penah nampak, wajah depa2 dari Brunei tu pun selalu jumpak.. oklah next time i see u kat kopibin, i'll come over to say hello. tata..

Lily.Lulu. said...

bang .. happy valentine's day !!

siapakah yang bakal meneriima sekuntum mawar merah dari bang tepak agaknya ???

:D

arsaili said...

uikss lelaki mana bole hadir masa majlis pertunangan kan?..ahaks. Busy la bro lately, bersawang la blog..byk benda nak kena siap b4 balik OZ

DBI said...

bertunang pun meriah sangat...

warna hijau terang tu tak mencuri perhatian orang kah...overshadow si haizul gitu... :-)

CaTwOmEnS said...

bestnyer btunang mcm ni.. Meriah!! Kahwin tentu lagi ler wedding of da year...

Aladdin a.k.a. Gustiadipati said...

meriah...meriah. nak tunang la mcm tu (",)

Aladdin a.k.a. Gustiadipati said...

nak pi mana march ni???

Shopaholic Mama said...

Hi,

oh my, for 30k, i could have gone shopping round & round & round the world....

Luaq Ezplanade said...

Myblog updated dah~!....jom laa singgah~!....hehehehe

Rush Murad said...

momilo - thanks for the tips and thanks for dropping by.... nanti kita boleh bertukar2 tips pasal travel ek?

jowopinter - insyaAllah, kita doakan yg terbaik buat mereka ek..

along - Haizul tu dah lama banget kerja kat BSN, sure lah org di Miri yg tak ramai ni kenal dia...kan? u pun lahir bulan 5 gak ker? :)

anonymous - sapa ni ek?? ermmm semua dia kenal... konpius..

lily - same goes to u dear! u pasti dapat rose etc dari encik assistant kan? i... tak der ler beri bunga segala... just pi makan2 dgn kawan2...mcm biasa..

arsaili - lain padang, lain belalang... lazimnya si lelaki tak leh duduk sesama masa perbincangan tu, ikut memasing... dah nak buka semester ek?

dbi - i memang dah terasa sesangat pasal tu 'overshadowed'.. tapi nak buat macam mana, i cuma bawa sehelai jer baju Melayu... i plak yg tersangat segan....seriously!

catwomens - insyaAllah... semoga lebih meriah, lebih ramai yg hadir, lebih banyak berkattt... thanks for coming to my blog :)

aladdin - aloooo... i ngadu dgn ur wife ek.... nak bertunang lagik tuuu... :\ nak pi mana?? eermm... adalahhhh..... nak ikut?

shopaholic mama - yer lah, boleh pi banyak negara, pi makan kat tempat yg best2, leh shopping banyak benda... but bertunang ni sekali sahaja... ikut kemampuan. i prefer yg ringkas2 dan yg free... ada ker?

luaq - lamanya nak siapkan entry ni... banyak pic ek?

Aladdin a.k.a. Gustiadipati said...

hehehe...bole gak kalau nak pi mana2, habaq la bole join skali

ZEYN said...

Abg Rush,

were you at Puncak Perdana today??? i thought i saw you, and i thought you called out my name.

Rush Murad said...

aladdin - mau ikut kah???

zeyn - yes, i tegur u tadi, u pandang sekali terus berjalan laju... maybe u tgh busy kottt... :)

Aladdin a.k.a. Gustiadipati said...

pi mana??? not JAMBAN...nnt kena tgkp basah lak...hehehe...larikkk (",)

Along Abdul Karim said...

Yup.. i was born on May too ;) My collegue yang duduk sebelah i pulak same birthday with u :)
kebetulan sungguh statement u tu.. i pun selalu bagi jawapan cam tu tiap kali kena tanya ;p except.. bila nenek i tanya.. hehehe..

Pato & Pearl said...

We too were bz with engagements prep for Pato's nephew from CNY and over the weekend. Pearl had to do the "gubahans" for the nephews - One wants a blue theme and another wants a pink theme..But what impress us was bila ada majlis majlis cam ni kat M'sia orang melayu masih lagi gunakan baju melayu yang lengkap cam hari raya. Here, the guys wants ringkas ringkas so rarely lah u get to see them in complete set of baju kurung melayu except Hari Raya!!!hehehe

PS: Pearl tangkap idea from the picture for future reference..;)

P&P

viruspadu said...

sy suka la gambar2 kat sini

cantik2 belaka tauuuu

shahril aley said...

wah abg tepak amek berkat org bertunang sambil makanan angin ke brunei? dah mcm kampung sebelah plak brunei tu kan. hehehe... dah banyak entries ttg majlis tunang & kahwin posted kat blog ni. bile plak si tuan badan nak berteman.

takkan kat shell/miri tak de yang berkenan?