Monday, February 04, 2008

Begging for Bags......

Bonia Bags

It has been quite sometime since I blogged about my shopping spree, sebenarnya tak shopping mana pun, dan sebenarnya ada beberapa benda kecil yang mahu dipaparkan berserta dengan beberapa cerita atau tips. Bercerita kita mengenai 'bag', tentu secara separa sedar fikiran wanita akan tertumpu kepada 'purse' atau dompet, kemudian 'hand bag', bagi lelaki secara otomatis tergambar beg sandang atau sangkut, beg balik kampung atau 'luggage', beg bersukan untuk letak kelengkapan sukan, dan juga 'wallet' atau dompet. Bagi yang masih bersekolah atau menuntut, sudah pastilah beg menjadi salah satu aksesori penting untuk membawa buku-buku, simpan mp3 player, alatan menulis, 'kunci-kuncian', bekal makanan, alat bersolek, kamera dan bermacam benda lagi. Sebelum ini aku ke tempat kerja membawa beg sandang kecil berwarna hitam jenama Samsonite, mudah untuk menyimpan laptop, bawa 'tit-bits' dan simpan segala macam 'mak nenek'. Semenjak pulang dari Kota Kinabalu tempohari, aku menukar beg ke pejabat dengan jenis 'Messenger Bag', yang diperbuat dari bahan nylon lembut dan kulit lembu - lebih vintage dan stylo. Arakian sudah keterlanjuran berbelanja, aku beli juga 'abang' kepada Messenger Bag tersebut, Nylon and Leather Soft Suitcase yang ada dua poket di depan, sesuai untuk outstation 2 hingga 3 hari. Ruang dalamnya luas, mempunyai beberapa compartment dan buatannya cukup kemas, teliti dan berkualiti. Nampak lebih bergaya dengan Messenger Bag yang boleh disangkut di bahu dipadankan dengan dengan Suitcase sedondon yang dijinjing.

My creation

Dompet calf leather (kulit anak lembu) ini pula aku beli semasa berjalan ke Singapura akhir tahun lepas. Selepas diberikan diskaun, harganya masih jauh lebih murah dari di Kuala Lumpur. Warna cokelat gelap dan tekstur lembut menjadi tarikan utama untuk aku membeli dompet ini selain tempat penyimpanan kad yang banyak serta ruang untuk menyimpan kad SIM. Jenama Condotti ini tidaklah begitu popular di kalangan orang muda, tetapi cukup popular di kalangan ahli politik dan warga senior di pejabat, terutamanya beg kulit kecil seakan saiz toiletries bag bagi menyimpan telefon bimbit, cheque book, duit, rokok dan lain-lain. Ianya juga popular dengan menghasilkan pelbagai bentuk briefcase kulit yang bermutu. Sebelum aku menukar dompet yang ini, aku menggunakan dompet panjang berwarna hitam jenama Louis Vuitton, yang harganya mencecah ribuan ringgit (hadiah dari Anita). Dalam memilih beg atau barang, aku tidak mementingkan jenama, tetapi lebih menitikberatkan kualiti, practicality dan functionality.

Backpack

Beg 'Backpack' yang ini aku beli sebelum berangkat ke New Delhi, India, keberangkatan yang tidak menjadi kenyataan akhirnya. Agak sudah lama aku tidak membeli beg sangkut yang besar dan boleh memuatkan seorang manusia, kali terakhir ialah 4 tahun lepas semasa hendak travel menyusur Pulau Jawa. Sentinel 65 jenama High Sierra ini tidak murah harganya, tetapi kualti dan kemasannya memang terserlah. Boleh menampung berat sehingga 65kg dan mempunyai pelbagai fungsi sebuah beg trekking, mount climbing etc. Padding pada bahu, belakang serta pinggang memang cukup selesa dan menggunakan teknologi Ergo yang terkenal. Ianya juga dilengkapi dengan 'sarung' berwarna oren seakan 'cocoon' apabila disarungkan dari bawah beg, untuk mengelakkan basah hujan dan mengelakkan kerosakan ketika berada di dalam kargo kapalterbang. Tidak sabar rasanya hendak menggunakan beg ini untuk travel jauh......bulan hadapan.... masih ada salji kah di tempat itu?

Don'ts while choosing a manbag:
1. Don't stuff in too- big books in your messenger bag that can destroy the shape of a bag.
2. Grow up. Do not stick to your adolescent choice of bag. Back shoulder straps for office is too kiddish.
3. If your still not a man who can opt for messenger bags or briefcases, it is not necessary that you have to own one but make sure that your clothes have good pockets and that it doesn't spoil your outfit.
4. Do not choose a bag that has bells and whistles
5. Follow the function while choosing the bag than the fashion. It should have a clasp or a buckle only if it has a purpose.

35 comments:

Sastri said...

my dad used to pakai that condotti nyer briefcase... cantik dan tahan begnya...

blackpurple @ jowopinter said...

Aku kalau bab beg. Tak memilih sangat. Asalkan sedap di mata aku, dan selesa dipakai, aku ok saja. Tapi yang cap ayam tu tak lah...

Hehehe!

Rush Murad said...

sas - dah agak, org tua yg bergaya pasti pilih Condotti atau Hebe.... kan? father u masuk politik ek??

jowopinter - cap ayam...eeermmm... yer lah, kalah membeli tetapi menang memakai... Le Coq' Sportif tu cap ayam jantan tauuuu.... aku tgh cari brand KAPPA kat KL, tau kat mana ada?

Rn8 said...

macam ku kenal beg itu....tapi di mana ya? hehehe...

aNgRiAni said...

~ wow...lawa ler bag tu...mcm nak gi melancong bagai...ala award tu biasa ajer...tp yg penting tu mksud tersirat...hehehe...friendship ler...

~ ooops! sebelum riani teluper...i have something spesel for you...jeng..jeng...jeng...a spesel tag for u..http://angrianiworld.blogspot.com/2008/02/friendship-link-meme.html

muin said...

Bang aku suka la ngan messenger bag tu...nmpk stylo n classy

Dah lama nk beli backpack, jenama apa yg ok tp harga x terlalu mahal?

arsaili said...

suka pakai bag shoulder straps ahaks...

WanHidayat said...

"Dalam memilih beg atau barang, aku tidak mementingkan jenama, tetapi lebih menitikberatkan kualiti, practicality dan functionality".

~lalala...lalala....lalala...~ :)

DBI said...

cantiklah messenger bag kat atas tu..mahal tak harga???

ubat kolesterol tu= LIPITOR.

Aladdin a.k.a. Gustiadipati said...

teringat beg sekolah dulu...yang jenis peti kotak2 hitam-merah (",)

Rush Murad said...

rn8 - hehehhee... beg idaman ya? tak per la, nanti dah cukup modal, boleh beli ek...

angriani - lawa... that's why i beli... beli kat KK tuuu.... melancong bawak beg besau... apa yg tersirat tu? ada lagik ker tagging2 nih???? eermm.... ingatkan dah pupus... hikss...

muin - nampak classy ek... backpack, tengok ler, kalau yg saiz kecik or sedang2 macam utk pi kuliah, pi kerja or setakat nak pi jenjalan 2-3 hari, beli brand Deuter, mahal sikit tapi bagus. tapi kalau nak yg besar2 tu, kena tgk budget, if budget kecik... beli brand Dunlop dah kira ok... ada banyak saiz besar. ada byk criteria utk pilih backpack ni...

arsaili - u still student kan? that's why u still suka yg shoulder straps tuu... most male student pakai yg tu... kat opis ni most of our engineers memang guna yg shoulder straps... trend agaknya..

wan - perli nampak???? brand does come with quality and of course the pricey tag... kalau dah nak cari yg berkualiti tinggi, ada nilai estetika etc... pastilah mahal... kan?

dbi - messenger bag tu sekarang ni ada jual kat most of Parkson, Metrojaya, Isetan outlet yg ada kaunter Bonia, kira New Arrival item ler ni... harga berpatutan...
nanti inak cari LIPITOR tu kat farmasi, kena ada doc prescription tak? or just pi sana?

Rush Murad said...

aladdin - i tak ingat ler beg sekolah yg i pakai masa kecik2 dulu, coz asyik bertukar2. i always nak yg kotak bercorak chekered tu... tak pernah dapat... coz kat area i tu, yg still pakai beg kotak tu budak2 India dari estate Kulai....ehehhehehee...

A f f e n d i O s m a n said...

bang shidi...

fendiosman ni bawak beg itam tu je..beg lain takde dah...

tapi kalau nak beg ala2 pram MAS...memang ada, dari beg sampai garment carriernye semua cukup, tolak logo MAS je takde...hahahahahha


lipitor? makan waktu malam...sah kencing malam

Along Abdul Karim said...

Disebabkan selalu 'kuang kuit' (ulang alik) MYY-KK nie kenalah ada beg yang sesuai utk frequently travel kan?..
Mesti pergi somewhere cuti 4 hari CNY nie..
..."Tidak sabar rasanya hendak menggunakan beg ini untuk travel jauh......bulan hadapan.... masih ada salji kah di tempat itu?"...
Sound interesting!! Looking forward for that story.. Selamat bercuti ;p
* cuti CNY nie peluang untuk i habiskan cerita my trip ke KK.. even cerita tu cerita lama tapi masih segar dlm ingatan.. each moment was wonderful.. wish me luck!!

Qamariah yunos said...

i link u yaaa... boleh??

Aladdin a.k.a. Gustiadipati said...

Nak cari beg simpan Ang Pau...Gong Xi Ni...(",)

Sastri said...

my dad takde la masuk politik... keskeskes... dia cuma mengikuti perkembangan dari jauh... :p

Along Abdul Karim said...

La nie baru saya tahu siapa yang En.Tepak Sireh katakan familiar kat blog saya tu.. baru perasan ade gambar dia kat blog En.Tepak Sireh hari nie :)
u're right.. small world uh ;p

Rush Murad said...

fendi - pernah makan lipitor kah? kenapa 'ngompol' ? i nak pi cari jugak... ni atas nasihat DBI..

along - CNY ni tak pi mana2, cuma seberang jambatan pi Brunei... nanti ada entri pasal special occasion kat Brunei tu.. yg caption tu, bulan depan baru ada trip... yess... tak ler jauh sangat, tapi dengar cerita ada salji kat sana...eermm... kena tunggu ler entry yg tu ek.. u jgn beritau kat 'budak' tu yg i ada blog, depa semua tak tau.... nanti satu kelas semua jengok sini, not ready yet.... ok?

qamariah yg comel - boleh nak link,nanti i link u jugak ek? bila nak balik Brunei? wahhhh seronoknya tgk u main snow....

aladdin - u dapat angpow kah? atau u suka pow orang? :o

sastri - eeermmm.... eeermm.... masuk bertanding kah?

tyah said...

Bila bawa beg gini ingat lagu si aishah fan club time AJL dulu dulu..huhu..

shahril aley said...

hahahah nak tergelak je bila baca komen wan. nampak dari segi gaya hidup rush mcm tak sinonim je ayat tu. mungin patut tukar dalam bentuk persamaan jenama=kualiti+practicality+functionality. tapi kalau nak ikut barang berjenama mesti boleh tahan harganya kan (MAHAL).....

chell said...

jeles arrr nengok beg tuh... tggu jd exec dulu, br dpt beli kot... hehehe

Nurul A. Abid said...

Thanks for sharing this. At least I know what to get fot The BF as a gift. Mati akal sebenarnya nak beli hadiah untuk lelaki nih. Brand Condotti tu kat KL cari kat mana ek? Looks practical for a frequent business traveller.

Taklah into collecting bags tapi I am eyeing for an Aigner handbag.

Rush Murad said...

tyah - ada2 aja... i pun dah lupa mcmana rupa beg aishah tuu... la ni aishah tu gemuk gilerrrr ek?

shahril - eeerrr... i setuju ler formula u too...mcm betul plak ek?

chell - tq sebab temankan aku shopping beg tu... tookoo dah balik? :)

nurul - antara hadiah paling mudah nak belikan for men ialah Cologne/Perfume, Wallet, Tali leher (if dia pakai), Pen.. nak belikan hadiah Valentine ek? Beg tu brand Bonia, and the wallet is Condotti, cari kat Isetan, Metrojaya. bag Aigner?? wowwww!!!

Nurul A. Abid said...

Yup, I basically know now what he likes and his collectible items but so limited kan gifts for men? Kena jadi lebih creative ckitlah. I don't celebrate Valentine and made it known to him, he should be relieved about that...

Kena tunggu Aigner salelah...which means kena willing to depart at least RM1500. Phew!!!

Lily.Lulu. said...

bang .. kita gi genting ari tuh pun pakai beg dueter yang boleh memuatkan 4 org kanak2 .. hahaha ..

tapi yang kena angkot beg tuh encik assistant la .. hehehe

nih nak ke bandung akan bawak beg besar gedabak tuh jugak .. satu dia satu saya ... senang nak gerak


konpem patah bahu kita nanti
hiks ~

:D

Rush Murad said...

Nurul - why not make it a history, celebrate Valentine with someone that u really love... why not? right? simple candle lite dinner etc... u eyeing on Aigner? i can only afford its belt... next month kita dapat bonus ek?

lily - i nak sangat beg deuter, tapi tak terbeli lagi (or tak mampu?)... lucky u ada assistant, kalau i??? cerita bandung ekkk??? eeermm.... kita lihat sapa yang kenaaa.... oppsss... kita lihat sapa yg pergi duluuu.....

Red Mummy said...

bang

x yah approve komen ni

when r u coming down to kl? 15th onwards ye?

if u do so, kita meet up hush2 ye...

something is not right somewhere wt budak yang aku sms kat ko aritu, so let s keep it quiet but among the frens the bloggers, everyone knows already.

chow...

Red Mummy said...

bang

as per my previous comments, jangan approve.. fyi only.

lalalalalalla...

Pato & Pearl said...

Messenger Bags are in style. If you watch I Am Legend where Will Smith carries that bag in the movie poster...style lah..
We are currently using the backpacks from EagleCreek for travelling. Dah missing zip lah, colour runs lah, layer kat dalam tu peeling lah....tapi tetap sental jugaklah until ada SALE menggila..hehehe.
Pearl eyeing to change her Timberland trekking shoes to the customade colours punya...
So how, next posting pasal shoes pulak ke?..hehe

P&P

Along Abdul Karim said...

Ya Allah.. Baru hari nie saya baca pesan En.Tepak Sireh pasal 'jgn bagitahu' tu.. Mintak maaf sesangat.. MAAF!! MAAF!! MAAF!! sungguh-sungguh nie!! Rasa bersalah sangat.. :(

athena-stars said...

well if my level of understanding of the language is right then i guess i share the same situation as you do. i'm constantly begging for shoes...especially mahnolos or choos, or buenos.

good taste reflects highly of a person, and i've enjoyed reading your blog. was looking for a restaurant when i chance upon yours.

witty, funny and entertaining, you can consider me an add on as one of your latest fan. :)

keep writing!

Rush Murad said...

P&P - if Will Smoth yag pakai bag tu of course nampak macho, if me sling kat shoulder akan terserlah my round tummy :) I saw Eagle Creek hari tu kat Spore, macam nak sambar, but... terbeli benda lain... now too late, wait until my backpack dah rabak baru tukar. Entry on shoes...errrmm... i have to selongkar my shoes cabinet... lotto 'em..

along - no problemo, patut ler ekin call i dgn begitu panik... heheheehee....

athena - girls will always be girls... right? shoes, handbangs, cosmetics etc.... mahnolos just launched men line, and it looks so 'gauche'... not gonna wear 'em.
Will add u on the list babe..

Along Abdul Karim said...

fuh!! lega rasanya.. terima kasih sebab faham :)
Nanti belanja la yek ~ CNY Open House kat Piasau 100 ;p

artisticklytouch said...

Back shoulder straps for office is too kiddish.

- memang rasa kiddish tapi convinient haper!!!! my hands are free to do nasty things ha ha boleh terima tak alasan tuh..?? tak kira, nak pakai gak back shoulder straps