Sunday, January 13, 2008

Sibuk dan Padat!

Masih lagi bercerita mengenai aktiviti hujung tahun 2007. Aku bersama Zoul terbang menuju ke Bandaraya Johor Bahru, pulang ke kampung halamanku yang terletak kurang 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail. Memandangkan pesawat tiba hampir tengahmalam, kami terus menuju ke Bandaraya JB untuk bertemu rakan-rakan yang siap sedia menunggu, antaranya FendiOsman dan rakannya Syawal yang berkunjung ke JB-Singapura, teman rapatku Rosli dan Samsul. Cerita selanjutnya mengenai 'balik kampung' ada di dalam blog Zoul.

Keesokannya kami ke Pulau Singapura, Zoul, FendiOsman dan rakan-rakannya Syawal serta Syahir Nasir. Cerita mengenai trip ke Singapore ni ada dalam blog FendiOsman dan Zoul. Secara ringkasnya, suasana post-Christmas dan pre-New Year di Singapore tidak begitu meriah seperti yang disangka dan tidak seperti tahun-tahun sudah. Cadangan untuk shopping besar-besaran terpaksa aku lupakan, membeli ala-kadar sahaja. Tidak banyak barangan yang benar-benar menarik perhatian, diskaun yang diberikan juga tidak 'membeliakkan mata'. Cadangan untuk ke Pulau Sentosa juga dibatalkan, kesuntukkan masa kerana FendiOsman dan rakan-rakan perlu balik ke KL petang itu juga. Mereka meningalkan Orchard Road lebih awal, menuju ke destinasi lain. Aku dan Zoul masih berlegar-legar di setiap kedai, sehingga malam melabuhkan tirai - suasana Orchard Road bertukar rupa dengan kerlipan lampu, meriah tetapi tidak se'grand' jangkaan aku! Christmas in Tropics tetap hebat.

Sambutan Tahun Baru 2008 pula bertempat di Istana TAB, Pasir Pelangi. YAM Tunku menjemput beberapa kenalan rapat untuk majlis makan malam, hidangan istimewa ala-Barat pada malam itu - Roasted Turkey, Baked Maccaroni etc. Selesai majlis makan malam, kami semua menuju ke Hotel Mutiara untuk aktiviti seterusnya. Ini merupakan kali pertama aku menyambut tahun baru bersama Zoul, dan pastinya ianya meninggalkan banyak kenangan buat Zoul yang pertama kali menjejakkan kaki ke Johor Bahru, Singapura, bertemu bonda di Istana dan berkenalan lebih rapat dengan semua ahli keluarga aku.
Zoul perlu pulang ke Miri lebih awal, keesokannya aku pula terbang ke Pulau Pinang dari JB. Sudah hampir 3 tahun aku tidak pulang ke kampung sebelah abah. Kalau aku ke Penang pun, selalunya atas urusan kerja dan menginap di bandar beberapa hari. Di Penang, aku menginap di Gurney Hotel, bilik suite yang luas dan selesa serta mempunyai pemandangan kesibukan Gurney Drive dan ujuran pantai. Aidil atau Andhika Tharuna juga berada di Penang pada masa yang sama atas urusan kerja. Aidil ni merupakan rakan lama aku semasa di JB, setelah beberapa tahun kenal mesra, suatu hari kami berbual mengenai asal-usul dan kampung halaman. Kebetulan pula, nama kampung dan nama orang-orang yang disebut mempunyai persamaan, serta persamaan jalan cerita bagaimana moyang kami yang berhijrah dari Kraton di tanah Jawa menuju ke tanah Melayu dan membuka kampung Seri Merlong sekitar seratus tahun dahulu.


Berbalik cerita di Penang, masa selama 3 hari 2 malam di sana aku gunakan untuk bersantai sambil menjenguk saudara-mara di kampung. Memandangkan aku kurang sihat sepanjang pulang bercuti, maka 'mood' untuk buat aktiviti pantai terpaksa dilupakan. Di kampung cuma ada adik-beradik sebapa sebelah abah, orang-orang tua semua sudah tiada lagi, sudah lama meninggalkan alam fana ini, kalau ada pun cuma ibu saudara abah yang masih menetap di Machang Bubok, Bukit Mertajam. Kampung yang aku lawati ni di Jarak Atas, Tasek Gelugor, walaupun abah tidak dibesarkan di kampung ni, tetapi 'roots' dia masih di sini. Ani, sepupu perempuan aku yang masih 'single and available' mengambil cuti untuk melayan kerenah aku semasa di sana, bawa ke hulu-hilir, sempat bawa aku dan Aidil makan Pasembor di Gurney, melilau di Pasar Malam di Feringghi etc. Percutian singkat di Penang membuatkan aku ingin ke sana lagi.....
Dari Penang aku terbang ke Kuala Lumpur, agenda utama ialah untuk ke UiTM Shah Alam - mendaftar sebagai pelajar. Betapa aku rindukan zaman student dulu, menginap di Kolej Delima Siswa dan menjadi Presiden paling popular, memanjat Bukit Tonggek, menapak naik ke tingkat 6 Menara jika lif rosak (memang selalu rosak pun), belajar agama dengan Ustaz Wan Sohor Bani Leman yang sudah terkenal sekarang ni (masa tu dia baru balik Malaysia, kerap bercerita mengenai isterinya wanita Bosnia dan cuma naik motorsikal), makan-makan di Section 2, kena pindah ke Kolej Meranti yang macam rumah flat etc. Beberapa hari di KL dan Shah Alam aku banyak habiskan masa dengan shopping dan melepak dengan rakan-rakan. Sempat pula bertemu dengan Azman Abdullah, ex-classmate berasal dari Kuala Kangsar. Selain dari dia aku kumpulkan juga Jeff - pemuda warga Malaysia kacukan Turki-Hindustan, Zaimi dan Ismail. Sebelah malamnya kami ke Laman Istana Budaya menyertai majlis perasmian aktiviti kebudayaan di situ, setiap hujung minggu akan ada pelbagai aktiviti, percuma, meriah dan unik. Kami sempat menari, berjoget dan berpocho-pocho segala di tengah laman dalam hujan renyai. Semua 'fatigue' sepanjang hari lenyap apabila alunan muzik tradisional berkumandang.

Memang padat agenda percutian aku kali ini, pelbagai aktiviti termasuk menghadiri kelas/seminar sepanjang 3 hari di Puncak Alam (kawasan Jin bertendang, yaaa ampuunn...), menghirup udara segar di bendang, brisk walking sepanjang pantai Gurney, pertama kali merasai gulai ikan Betuk/Puyu dengan Ubi Kemili, berjoget lambak di Istana Budaya, melilalu sepanjang Orchard Road selama lebih 8 jam, sambutan tahun baru yang hingar-bingar, menghayati Danga Bay yang semakin meriah dan cantik (the best and most beautiful waterfront in Malaysia!!!).....

31 comments:

Nurul A. Abid said...

Wah, g Puncak Alam, main lalu aje teratak kite ek...ambil Masters dari bapak jin ke?

Sarah Mohd Shukor said...

Salam Abg Rush.

dah lama tak ke sini. n a bit excited to drop u few words. salam maal hijrah anyway. tu Kampung Jarak Atas, Tasek gelugur tu pun kampung roots ayah sy! wah! sekampung! tp yg ada kt sana tok-tok sedara sy je dah. around 60s. tok sy sendiri skrg di Kg. Permatang Pauh n Bakar Kapur, Kepala Batas. tak jauh sgt dr situ. ntah2 kalau dikorek2, ada bloodline plak kita kot :)

lindosh said...

salam maal hijrah bro!

mmg padat banget percutianmu itu ye.

rupanya abah bro org penang ye.. lepas neh boleh lah kerap datang sini eh!

Lily.Lulu. said...

bang ..

1st of all thanks for the souvenier .. i love it so much !!!

2nd .. tak sangka pulak kan .. u're my super duper senior masa zaman belajar. hahahaha !! really .. x sangka ...

kite pun rindu sangat zaman belajar .. zaman diploma duduk di kolej teratai .. kolej delima masa tuh dah jadi kolej siswi .. and kolej melati pon penah pegi jugak .. ada antara rumah kat situ dijadikan kelas .. dan betapa kita merindui seksyen 2 sebelah kolej melati tuh ...

bang .. ada rezeki will meet u .. pls pls do inform me k ??? kata bulan 2 kan nnt ?? update with me k ..


till then .. take care !!
;)

Rush Murad said...

Nurul - rumah u area tu ek? ya aampuunnn... i sesat barat nak pi, tawaf stadium shah alam tu lebih 5 kali, dah tu nak caru 'Batu Arang' sampai ke tol Seafield... haru laaaa..... kat situ banyak bapak Jin coz kawasan bukit bukau, seriauuu...

Sarah - Salam.... eeermm... what a small world kan? most of the villagers yg stay kat kg Jarak Atas tu, somehow bersaudara.. tu apa yg my aunties bgtau... btw my aunties pun umuq around 60's... manalah tau, lepas cari salasilah.. kita ni bersaudara... tapi la ni kita tetap bersaudara kan? saudara seIslam....

lindosh - lebih kurang citer u jugak yg ke Melaka segala... padat yaamatz... i ingat nak kontek2 u masa kat sana, tapi maluuuu.... :{

lily - i simpan benda2 tu since bulan berapa ntah... 'berkulat' tak? heheheheee... hope u like it.. sorry arrr... next time jer lah kita jumpa2 bila i turun kl next month ek... buat ala2 perjumpaa dgn bloggers segala... kalau ada yg sudi lerrr.. nanti kata tak jemput plak, kan fendi????

seksyen 2 tempat makan2 tu dah tak ada ek? best woooo makan ikan bakar cecah ayaq asam, dah tu depa punya air memacam jenis dan rupa... yer lah, u pun grad fakulti tu jugak ek? i did my second degree kat situ, saja malas nak kerja, sambung belajar, ni further lagik walaupun still kerja, juggling sana-sini.. i Presiden terakhir Delima siswa, dan Presiden Pertama Kolej Meranti/Cendana - logo dan motto Kolej tu ciptaan i tau, sampai la ni... ;)

FiSHY@iKe said...

Salam, bro rush, thats a great vacation indeed. JB-Singapore-Penang-KL, wow! I envy you. I wish I got time to have that kind of vacation rather than stuck here. By the way, mind if I link your blog to mine?

Nurul A. Abid said...

Kalau u call me for direction to Puncak Alam, takdelah tawaf Stadium Shah Alam sampai 5 kali & taklah sampai tersasar sampai ke Seafield. Malu bertanya jawapnya sesat jalan....I tak duduk kat tempat jin bertendang tu but on the way ke sana sah2lah lalu Bukit Jelutong where I am staying.

aNgRiAni said...

Salam ziarah tepak sireh...bestnya gi melancong...pernah gi singapore sekali tapi tak gi banyak tempat...tapi u and the geng memang ngam betul lah...kalau saya link blog encik tepak sireh dengan blog saya boleh?

A f f e n d i O s m a n said...

erkkk

ada muka cek sesat kat sekeping!
ehmmm motif? ka nak fokus muka baju belang tasty tu? huhuhuhu

Sarah Mohd Shukor said...

yes.. exactly. thats what my aunts said. semuanya sedara2 je kat situ. i could name a few that i remember most. pak chaq n pak noh. myb not familiar to u. 1 more is ceruk tok kun yg dekat je dgn situ. i used to go there. quite frequent. i'll ask my dad more on this. nice knowing this fact anyway :)

Anonymous said...

Seronoklah dah siap baca entry kali nie. Tak de tertunggu-tunggu dah apa cerita pengembaraan En.Tepak yg latest nie. Interesting especially part menjejak salasilah keluarga di Penang tu.
Saya sendiri tak tercerita lagi pengalaman pertama saya ke KK hari tu, padat sangat skrg nie dgn kerja yg tak de sudahnya. Nak pie lagilah.. tak puas rasanya. Itulah agaknya rasa keseronokkan mengembara yang selalu saya rasa tiap kali membaca kisah2 pengembaraan En. Tepak Sireh :)

opps.. nak letak link blog seseorg kat blog kite patut mintak izin dulu ke?.. mintak maaf En.Tepak Sireh :( saya tak tahu pun pasal tu.. Maaf!! maaf!! maaf!! nie nak mintak izin.. boleh ke saya? :(

~ TEROMPAH BIRU

blackpurple @ jowopinter said...

Pergh! Pdat sungguh aktiviti kau Rush.

Ubi Kemili itu apa ek?

Kalau ke Teluk Danga, jangan lupa jeling-jeling pokok-pokok instant besar yang ditanam tu. Susah-payah kami transplant dari projek DUKE KL ke sana. Hehehe!

artisticklytouch said...

haiyooo...boria anak tanjung ka!!! ini lagu menari boria atas KOMTAR

DBI said...

rush,
ubi kemili sedap..kat sini panggil ubi keling sbb kulit dia hitam...

danga bay mmg cantik..kat bandaraya pesisir,water front dia lap kaki sangat..siap hari ni...dua tiga bulan pastu dah pecah pecah..

Rush Murad said...

fishy - salam back to u bro! not really a vacation, just an escapade... and its really tiring due to my illness... thanks for linking...

nurul - tak teringat pungggg nak call u.... stay bkt jelutong kah? i went to visit my fren yg stay kat sana... next time kalau i pi rumah dia, i calling2 u ek...

angriani - salam...tak ler melancing sgt ke singapore tu, rasa macam balik kampung jer, enxt time nak pi night Safari Zoo kat Mandai.... geng blog tu dah jadi geng jenjalan, kan fendi? thanks for linking my blog...

fendi - yer, asyik2 muka hang dalam blog i ni, tak leh lari dahhhh.... ada org silap ingatkan pic syawal tu si zoul... dah senegeri kan?

sarah - nanti i pi tanya depa pasai nama2 tu naaaaa.... rumah we all semua belakang masjid jarak atas tu lah.... kat tepi ada bendang segala...

terompah biru - ada blog jugak ek? kenapa tak sign-in? tahun ni nak kurangkan pengembaraan, so kisah2 jenjalan ni akan berkurang agaknya.... tapi kalau tgk schedule, macam tiap2 bulan jugak kena fly-out frm Miri ni... seronok travel ni, lagi seronok kalau bawa duit bebanyak kan? bukan nak shopping, just in case. btw, this mth akan ada cerita di KK plak... silakah ifnak link, blognya apa address?

jowopinter - padat dan sendat... ubi kemili tu macam kentang tapi size ibu jari kaki jer, comel tapi isi padat, manis dan rasa ubi lahhh... ubi kemili bukan makanan org jawa, tu pasal u tak tau ek?

artistickly - sah uol pernah join grup boria...kan? kan? kan?....

Rush Murad said...

dbi - ubi kemili tu tak fofular kat Johor ni, ubi keling? kalau kat KL depa panggil ubi Hindraf....hikssss.... dengar kat Kuala Terengganu sekarang ni hebat, memacam pembangunan.... teruja sangat nak pi sana... eermmm...nanti Doc bawa kami pi jenjalan kat KT ek?

FiSHY@iKe said...

Singgah kejap, huhuhu, sori bro rush, just finished my exam last night, didn't have time yet to write a post but the drafts are already in my mind. InsyaAllah, in 1 or two days time, longer if anything came up last minute, :P

Shah said...

Bro aku baru perasan komen kau kat blog lama aku tu. FYI blog tu dah ditutup dah & aku dah mulakan blog baru kat www.shahsramblings.com

Semua post dari blog lama dah dipindah ke situ juga. Hope to see you there.

BTW you'll really enjoy Lombok especially if you visit the Gili islands.

andhika tharuna said...

macam tak puas jer jenjalan kat penang! anyway ada cerita terbaru tentang raden2, kerajaan demak n walisongo... n ada kaitan dgn kiter... :)

Sastri said...

wow... harussss jelessss nih... tahun ni nak gak p spore kalau boleh... huhuhu...

u have double degree? wat course apa dulu? ni wat masters in what plak? respect laaa kat u... boleh lagi juggle work and study and jalan2... huhuhu...

artisticklytouch said...

keji sangat speku ittew...

Lily.Lulu. said...

bang .. update laaa

Aladdin a.k.a. Gustiadipati said...

Rush...

Amboi sedap dengaq boria, teringat kat kampung halaman cheq...mana dpt lagu tu....bagi mai sat, pekhera ek...

Rush Murad said...

fishy - its ok dude! mesti dah lega sekarang ni ek, coz exam dah selesai... so 'honeymoon' kat mana? buat apa?

shah - aku tau blog kau ada problem, tapi tak tau ler dah tukar segala... weii... tak sabar nak pi Lombok nihhh... will consult u guys bila we all dah konpem pi sana ek..

andhika - kau buat ler special entry pasal tu, anyway... kalau kau dah baca 'buku' yg aku ada tu... sure boleh cari susur-galur, kan?

sastri - pi ler S'pore, kalau nak shopping kena tengok apa yg tak der kat M'sia ek..
cerita pasal paper qualification nih, panjang wooo... first dulu buat LL.B (Bachelor in Laws), then buat pulak BSc Info Studies, then masa kerja kat JB buat plak Dip In Logistic Operation, selesai yg itu ambik plak Internal Auditor exam (exam paling susah, dah tu paper kat UK), and sekarang ni buat MSc in Info Mgmt.... I work/study smart... tu jer tips... and... travel dapat hilangkan stress and 'rejuvenate'....

artistickly - keji kah? speku kah? ayoooo....

lily- update ker? anyway..... kan?

aladdin @ Syed....- boria ni sesedap nama hang jugak... kan? gustiadipati....lagu boria ni, hang pi cari di imeem.com, then taip saja perkataan boria.... pekhera apadia??? hahahahaha...

sayda said...

owh. jalan lagi?

Along said...

Terima kasih diatas kesudian En.Tepak Sireh mengizinkan 'link' tu..
Address blog? http://terompah-biru.blogspot.com/ - saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan yek :)
Dlm bulan nie En.Tepak Sireh akan ke KK ke?.. wah seronok nye.. looking forward for that story then.. take care

Lily.Lulu. said...

anyway ... huhuhu .. shhhhhh .... biarlah rahsiaaaaa

;)

bang .. check mail .. kite fwd something

Rush Murad said...

sayda - tak jalan lerrr... nak pi NZ pun kena tangguh... ntah bila sampai, kalau betul2 jadi, memang nak minta ur consultation ek..

along - u r most welcome. semua org bermula dgn very simple blog/writings... pi KK coz ada mission kat sana, bukan jenjalan.. tapi sambil menyelam boleh ler nak minum air.., kan?

lily - u kalau tak komen kat blog i, i sumpah u jadik 'mengkarung'... perlu ker mintak org mengomen blog kita? jawapppp....

Sarah Mohd Shukor said...

yup.. tok2 sedara sy pun semua dekat area masjid jgk. well, enuf said la kan. ada kaitan la nampak gayanya ni. salute la sbb still persuading ur study n at the same time working still.

Lily.Lulu. said...

bang .. perlu bang .. perlu .. kalau i tak komen kat blog u nanti u tooootttttttttt ....


nanti ai jugak nak kena pujuk kan .. dah terus tak mo berblogging lagi ...

kuciwa ai ~

*sob *sob

CaTwOmEnS said...

Uikss mai Penang awat tak habaq? He he salam perkenalan ek..