Monday, January 28, 2008

Mencari, Ketemu Dan Kemudian Hilang.....

Hampir setiap bulan sepanjang 2 tahun akan datang aku akan terbang ke Negeri di Bawah Bayu, Sabah. UiTM cawangan Kota Kinabalu akan menjadi tempat persinggahan kerana di situlah aku menimba ilmu secara teori untuk menyudahkan pendidikan lanjutan dalam bidang Sains Pengurusan Maklumat. Kali pertama aku bertemu pandang dengan UiTM cawangan Sabah, hati sudah terpaut, apa tidaknya lokasi yang sungguh damai dan ala-resort tebing tinggi berlatarbelakangkan lautan, pelabuhan dan Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar dan pulau-pulau kecil amat mengasyikan. Bertuah sungguh penuntut-penuntut di sini kerana kampus ini menjanjikan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan tenang, berbanding kampus-kampus di tengah kesibukan bandaraya seperti Shah Alam. Rutin mendatang akan terlihat seperti berikut; menaiki pesawat jam 8.05 pagi Sabtu dari Miri, tiba di Kota Kinabalu 30 minit kemudian. Langsung ke kampus yang terletak 20-30 minit perjalanan menaiki teksi, tepat pada waktunya untuk menghadiri kelas yang bermula jam 9.00 pagi. Pulangnya, menaiki pesawat jam 6.55 pagi dari KK pada hari Isnin, sampai di Miri 30 minit kemudian, terus ke pejabat untuk memulakan tugas sekitar jam 8.30 pagi.
Dalam kesibukan dan keletihan semasa di sana, sempat juga 'berpeleseran' di tengah bandar bersama Hani yang baru berpindah dari Miri pulang ke kampung halaman di Papar, Sabah. Makan malam bersama Pensyarah dan teman-teman sekuliah di Grace Point, yang ada tugu peringatan Double Six (The Double Six Tragedy was a plane crash which took place on June 6, 1976. The crash killed everyone on board the flight, including Tun Fuad Stephens, the Chief Minister of Sabah at that time). Sempat juga 'mengeteh' di KK Water Front yang nampaknya semakin uzur dan tidak bersih. Keesokannya waktu senggang aku untuk 'bershopping' dan bersantai melihat kesibukan warga KK membeli-belah untuk persiapan Tahun Baru Cina. Petang itu aku cuba mencuri masa untuk menikmati makanan di Secret Recipe, sudah pastinya Tom Yam Goong menjadi pilihan selain dari Prune Cake yang masam-masam manis. Selain Hani, sepupunya Junaidi aka Tuku juga menemani kami, ingat nama Tuku? Watak Sudirman dalam filem Kami, dari situ dia mendapat jolokan Tuku.
Petang itu Hani memandu perlahan menuju ke pekan Papar sambil bercerita lagak pemandu pelancong, satu perjalanan darat yang memakan masa hampir 40 minit melalui kawasan tepi pantai dan perkampungan pelbagai suku kaum. Sesampai di Kampung Benoni yang terletak 7 kilometer dari Pekan Papar, hari sudah semakin gelap dan niat untuk mengambil gambar di 'tambang' perahu di muara sungai terpaksa dilupakan. Damai sungguh perkampungan orang-orang Melayu yang menggelarkan diri mereka suku 'Brunai' ini. Hampir 95% penduduk di perkampungan ini terdiri dari suku Melayu Brunai, dan hampir kesemua mereka mempunyai pertalian darah. Yang pastinya aku akan kerap berkunjung ke kampung halaman Hani dan Tuku ini.....

34 comments:

Nurul A. Abid said...

Kental juga semangat menyambung pelajaran. I pernah kerja sambil belajar, it was challenging balancing work and study especially masa part kena buat assignment and exam. Yang part senang compared to masa full time student was senang nak faham sebab boleh relate dengan actual working experience.

Selamat Maju Jaya, Usaha Jaya MARA :D

Rush Murad said...

Nurul, it's not easy. Sekarang ni terlalu byk assingments kat ofis, unlike 2 years ago. Dulu boleh pi travel selalu, sekarang ni... very tight schedule, assignments plak byk and kena buat memacam research... thanks for ur doa... insyaAllah, mudah-mudahan dapat selesaikan within the right timing with the right kind of result... :)

Nikli said...

Rasanya keje sambil belajo lagik best...kan inchik tepak..tapi i xpenah laa..cuma waktu kelas dulu, full time student slalu tetinggal blkg compared ngan org yg da keje..
kite bole apply ape yg kite keje n blajo.. full time student just blajo secare teori je...praktikal xde..mcm nurul ckp loo...tatau lee...just opinion je
Usaha Taqwa Mulia...
UiTM dihatiku...

aNgRiAni said...

~ oooo...rush dah gi kg benoni, papar...lalu kg saya lah tu...kg saya kat putatan...hihihi...selamat menjadi students semula...tapi mak aii! padat and bizinyer awak...nt kalau kebetulan saya ada kat kk, awak pun ada, boleh ler jumpa and kenal2...hohohoho...

~ semoga berjaya dengan sukses...

Rush Murad said...

Nikli - ada pros and cons sebenarnya. cuma org dah kerja ni lebih matang (tua?), ada pengalaman/praktikal ttg sesuatu perkara.... boleh relate dgn apa yg diajar. tapi kalau dah kerja tu, memang busy lah jadinya... tapi if tau time management etc, then tak sesusah mana... budak UiTM gak ek?

angriani - u org sana ke? ingatkan org semenanjung kena bertugas di sabah. betul ke nama Putatan tu berasal dari buah "Putat"? buah putat tu buah apa? macam mana rupa? nak jumpa bolehhhh... pi makan2, lepak2 ek?

Zoulkieflie said...

abg tepak,tak lama lagi,turn saya pulak pi sabah..gambar yang abg tepak sediakan semuanya cantik2.tak saba nak pi..

A f f e n d i O s m a n said...

bang shidi

wah...skarang bergelar maha'situa' katanya! Laaariiikkk

slalu la pi sabah....agaknya kan, ada tak bukak cawangan kat sana? opsss....sambil menekan buzzer teeeeeettttttt

Beruang Madu said...

hmmm..dlm banyak2 negeri kat Malaysia ni...sabah lah yg belum pernah pegi..teringinlah... bile lah ada masa free nih

Rush Murad said...

Zoul - tak nak ajak pi KK sekali ker?... gambar apa yg cantik? pi lah tgk pic yg last year kat blog ni, lagi cantik pic pulau2 kat sana..

fendi - mahasitua laaa.... tak per lah, kita pun nak naik pangkat and gaji macam u, kan? M44? cawangan Sabah? tidak terlintas lagik, tak cukup 'kakitangan' nak handle... boleyyyy???

honeybear - best tau Sabah, seriously. thats why i pilih kampus kat sini instead of Shah Alam atau Kuching... AirAsia tgh sale nih, pi lah....

Along Abdul Karim said...

Rupa-rupanya nie lah mission yg En.Tepak Sireh katakan hari tu yek.. wish u 'SELAMAT MAJU JAYA' on your mission. Seronok la.. kiranya saya punya rezeki lebih dan diberi pilihan nak jugaklah ulang alik selalu ke Sabah nun.. Memang tujuan kesana utk satu mission yang besar namun kiranya berkesempatan apa salahnya 'sambil menyelam minum air' kan? ;p * itu yg En.Tepak Sireh katakan pada saya hr tu :)

Rindu le nak ~bercanda dipasiran pantai~ lagi... entah apelah yg sibuknya i sekarang nie sampai tak sempat2 nak habiskan cerita vacation waktu di KK hari tu... you're absalutely right.. pulau-pulau kat KK tu memang marvellous!!! Agaknya memang schedule kat office 'kite' nie semua tight di awal-awal tahun kot.. hehehe..

Apa-apa pun mudah-mudahan En.Tepak Sireh akan sentiasa sihat & ceria untuk terus menjalani rutin harian baru sebagai pelajar dan pada waktu yang sama bekerja. Ingatkan bila dah ada 'sedikit keberanian' nie nak set la appointment dengan En.Tepak Sireh.. tapi tak pe lah.. hingga tiba satu masa yang sesuai i akan jumpa jugak my 'blog celebrity' nie ;p... INSYALLAH!!

Red Mummy said...

abang hensem

aku dah sampai ke sabah

sipadan bagai sume dah lepak

aku nak ke sawak...

bulan bila taun bila yg tak tau...

hahahhahaha

oi jadi turun?

dirtypap said...

ntah bila agaknya dapat sambung belajar mcm ko? harap2 tahun ni dapat la rezeki lanjut pengajian untuk percubaan kali ke dua. kalo tak dapat jugak nak balik semenanjung la. dah bosan jadi orang pulau. btw, selamat belajar!

Aladdin a.k.a. Gustiadipati said...

belajar di mana2 pun sama yang penting semangat tu. gd luck rush...(",)

dbi said...

berkungfu master kat uitm KK yer..?
selamat belajar..kuranglah activity jalang jalang tahun ni??

~wan hidayat~ said...

Wishing u good luck in whatever you do...dunia dan akhirat :)

A f f e n d i O s m a n said...

aku baca message kak red...

"jadi turun"

turun mana taktau?

Rush Murad said...

along - tertunggu2 jugak sambungan ur entry pasal KK tu. schedule ofis kita? hehehheee.. i masih tercari2 u ni yg mana satu, selalu lepak cafe ek?

redmom - kau memang... sipadan pun kau dah jejak. aku ni asyik postponed jer nak pi diving kat sana.. jadi ler turun, nanti aku contact2, kali ni tak rushing, ample time dok tercongok kat klcc tu nanti..

pap - kau dulu yg pi further study kat brunei tu apa citer? halfway ker?

aladdin - tq. errrmm... persekitaran/lokasi tempat belajar mempengaruhi sebenarnya.. i dah belajar kat beberapa tempat, ianya ada kesan psychology...

dbi - tu lah, kurang aktiviti berjalang2.... kalau jalang pun kat Sabah jer... tak sempat ler n ak pi terengganu, sorang lagi tu pun busy semacam...

fendi - spyyyy kah? yerrr, nanti i bgtau tarikh, i calling2... konpem turun, 2 minggu lagik..

shahril aley said...

wah mencabar betoi hidup rush utk 2008. semakin busy dengan study & kerja. lepas ni terpaksa dikurangkanlah aktiviti berlibur ke negara asia tenggara ni. it's okey la nak study part time mcm rush cakap la kalau pandai bahagikan masa & kerja=time management. so kalau bulan jun boleh lah jumpa di KK. nak berlibur di sekitar KK. tak sabar ni....

chell said...

wehhhh... nak wat pembetulan sikit.. kazen aku tu nak eja nama dia tookoo.. bukan tuku.. kang org asyik teringat arwah sudirman hj arshad lak dalam cerita KAMI tu.. btw.. thanks a lot pasal diner tu.. pasal tengok2 kan (if u know wat i mean.. heheheh).. sikit lagi nak terlepas flight, kann.. hehehehe.. lain kali kena tolak b4 5.20.. baru tak kena tegur dgn abang kaunter airasia tu.. ahaks.. all d best...

Rush Murad said...

shahril - mencabar for the next 2 years... so far masih boleh control/manage. memang kena kurangkan aktiviti berlibur, jenjalan (tapi dah beli plak tiket pi obersee...itchy feet betul). insyaAllah, kalau kena tarikh, boleh jumpa kat kk ek?

chell aka Hani - tq so much! tookoo? mcm coocoo plak, heheheh.. tengok2 sesikit jer... next mth aku skip, pi kelas kat shah alam jek... kau nak dtg sini ek?

aNgRiAni said...

dah gi kg benoni...lalu dpn kg saya tu rush...kg saya kat putatan...hehehe...jdik student huh? gud luck and gud look...hehehehe...

dav_perantau said...

salam...entah nak panggil aper ni..panggil rush eh..salam pengenalan...terima kasih wish..ahaks...nice blog eh...leh jadi pembaca setia kat sini..ok

Rush Murad said...

angriani - tq... gud look? heheehheheehe...... single and available...

dav_perantau - salam kembali. tq, simple blog dan kekadang merapu, but i will make sure yg blog ni bukan 'blog syok sendiri'.... :) do come again.... nanti i link ur blog ek?

Nurul A. Abid said...

Chop...pasal tajuk n3 nih...rasanya faham apa yang Mencari & Ketemu tapi apa yang Kemudian Hilang...konfius..:D

Rush Murad said...

nurul - beberapa org personally tanya pasal tajuk tu, memacam spekulasi. semalam ada orang tu sampai masam2 muka pasal i tak setuju dgn tekaan dia yg menyimpang jauh. Mencari - mencari ilmu, mencari masa sesuai utk menyambung study. Ketemu - yes, i dah jumpa tempat/bidang belajar yg sesuai dan bagus, ketemu dgn pensyarah2 lama i (i came frm the same faculty dulu). Kemudian Hilang - yang ini.... biarlah Bangunan Tabung Haji KK sahaja yg jadi ingatan....

Lily.Lulu. said...

selamat kembali ke alam sekolah bang tepak :D

hehehe ..

UiTM KK tuh kita pernah lalu .. masok x pernah ..

Nurul A. Abid said...

Alahai....perkara kecil macam tu pun boleh bermasam muka ek...sabar aje lah...munkin lagu background ni yang timbulkan spekulasi kut...*wink*

P/S : Eh, nak turun KL/Shah Alam lagi ek...reti2 lah calling2.

Nikli said...

bab yang Ilang tuh sedey jeee bunyik...heheh...

Aladdin a.k.a. Gustiadipati said...

Jom belajaq buat nasi kandaq...bole bukak kat Miri (",)

Qamariah yunos said...

hey u... best nyer tengok blog awak niii... suka travel travel.. i likee.. =)

Along Abdul Karim said...

Memang niat nie nak selesaikan cerita tu.. tapi seminggu nie memang tight habis. 2hr workshop di Marriott, sambong lak 1hr kat office then start ofis move dept. kite org sampai Ahad nie ~ itulah pasal. Dah demam nie pun telan panadol je la.. huhuhu.. alhamdulillah anti-body nie ade kuat sikit tak sampai demam terok, tukar suara je.. hehehe.. ~ la merepek la pulak ;p
schedule ofis kita? hehehe.. manelah sama yek.. department pun dah lain2..
lepak cafe?.. wuiii boleh dikiralah.. jarang sangat2.. tak yah cari i la.. kalau dah janji-Nya terjumpa, tup je depan mata.. macam mula2 jumpa dulu :)

aNgRiAni said...

~ asal nama putatan mmg dr nama putat...tg aru lak asal dr nama pokok ru...tapi camner buah putat tu, riani pun tak tau...tak ponah jupe...

~ UiTM tu kat menggatal kan...cuba tnya org sana knapa nama menggatal...hehehe...kalau tak silap riani kat menumbok (hehehe...best kan nama tempat2 kat sabah ni...) ada kg nama menggaru...hohoho...

Anonymous said...

rush, dah selalu sangat baca blog you macam kenal sangat dengan u - ini u lagi beulang kat kk mudah2an terserempak dengan u - jgn heran kalau di tegur - apa ya password nya - tepak sireh mungkin?????? nsl

Anonymous said...

abg tepak..apa yang datang,ape yang hilang..?dalam maksudnya tue..

-chiok-