Tuesday, January 22, 2008

Dari Sehari Ke Sehari.......

Sudah hampir 2 minggu aku begitu sibuk dengan kerja di pejabat dan aktiviti tambahan, sehinggakan aku perlu bawa pulang naskah pejabat ke rumah. Sekali lagi 'putaran hidup' ini akan aku tempuhi, sebagai seorang pekerja, seorang pelajar, seorang traveler dan sebagai seorang blogger. Keputusan aku untuk menyambung pelajaran tidak dipengaruhi oleh sesiapa, malahan sudah lama aku memendam rancangan untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Mengenangkan yang sebelum ini kerja di pejabat tidak begitu sibuk dan banyak pula masa untuk berblog, apa salahnya kalau aku ambil kesempatan untuk menghabiskan masa 2 tahun akan datang mentelaah pelajaran dan meningkatkan ilmu serta pengetahuan. Apa yang sangat-sangat aku perlukan tatkala ini ialah persefahaman dan timbangrasa dari mereka yang rapat di sekelilingku (alhamdulillah, setakat ini semuanya beressss), dan percutian singkat setiap bulan...... tetap nak bercuti juga nih!

My creation

Hujung minggu lepas aku dijemput oleh salah seorang rakan yang bertugas di Shell, acara makan malam di Fratini's. Fikirku itu merupakan majlis pasca-harijadi beliau, silap sangkaanku rupanya.... ternyata majlis tersebut dibuat sebagai mengucapkan rasa terima kasih di atas persahabatan yang dijalin sebelum ini, dan juga majlis perpisahan kerana beliau akan meninggalkan Miri untuk bertugas di Shell KL. Dua meja panjang ditempah khas, dengan santapan ala-Itali, nampak sungguh menyelerakan walau selera makan aku tidak begitu teruja. Selesai makan, acara berkaraoke pula disambung di Rex Box, yang pastinya penyanyi handalan kita ikut serta - Wan Hidayat. Kepada Anwar Omar, selamat meneruskan tugas di KL dan semoga cita-cita anda untuk menjadi seorang Ahli Politik yang berjaya akan tercapai.


Sibuk sekarang ini orang di KL bercerita pasal Donut sedap buatan J.Co di Pavillion dan Pyramid. Sudah bertahun aku menjamah kesedapan Donut tersebut setiap kali berkunjung ke Indonesia, sehingga kalau ke Batam, pasti aku bawa pulang beberapa dozen ke Malaysia, termasuklah ke Miri. Semalam aku teringin sangat menjamah Donut, secara tidak sengaja aku terserempak dengan Donut pelbagai rupa dan warna di Hot Cross Bun Bakery semasa sedang membeli juadah roti-rotian. Rasanya tidak kurang sedap dan berkualiti, lembut, tidak terlalu kenyal dan tidak gedebab. Aku kena berhenti sebentar menulis entry ini, untuk sambung makan Donut yang berbentuk duri-durian berinti apa-apa.... akan bersambung dengan entry lain mengenai cuti pendek di sebuah negeri.

27 comments:

DBI said...

lupa nak wish plak..selamat belajar..master aper erk???

selamat makan donut..

YAZriE said...

Anwar Omar?? my school mate la..opsss....

muin said...

All the best bro rush...
pi mana2 blog mesti dok tyg Jco donut tu..bila laa nk merasa..erkk

sayda said...

donut durian ada?

heheh.

Aladdin a.k.a. Gustiadipati said...

tu dia...patut lama tak update, apa2pun all the best to you (",)

Luaq Ezplanade said...

Erm~! Donut? Dah lama tak makan donut tu..hahahaa...apa2pun i wish u gudluck in ur study and terus maju dlm apa jua yang dilakukan dan kesejahteraan.....

Rush Murad said...

dbi - tq..eerkkk... Master? KungFu Master... boleyyy? :)

yazrie - ur classmate kat mana? Alam Shah or UTP?

muin - tq. yer lah, depa dah kemaruk makan donut J.Co... tapi pic donut i tu bukan J.Co ekkk...

sayda - bentuk berduri ala2 durian belanda gituh.... tapi tak sedap..

aladdin - tgh stress lite2 nih... tq.

khairul - terserempak donut tu masa balik dari ur bank hari tu... not bad ler. thanks for ur kind wishes...

Lily.Lulu. said...

uhhhh .. sodap nyeh donut itew.. especially yang cokelat belah kiri bawah tuh ..

adehhhh .. teruja !!

:D

A f f e n d i O s m a n said...

donat durian? isk......lagu mana la rasanya ek? macam lempuk kot?

dah kurang makan donat2 ni, sejak2 nak kena buat blood investigation, makanya kena la kawal2.....

Anonymous said...

sedapnye! sedapnye! the doughnut sure cam sedap, anyway, thanks for linking me, :-D

fishy@ike

Pato & Pearl said...

aaaahhhh gambar donut lagi. Today i catch up on blog reading. Gi blog Red mummy ada donut. Datang sini, donut lagi...malam malam mana nak carik donut ni....uhuk uhuk..

Pearl@home(pato work so how to get donut??????) hehe

YAZrIE a k a izz12181 said...

TS: kat Alam Shah...btw, bila nk balik jb?? heheheeheh

Rush Murad said...

lily - yg cokelat tu, i makan topping dia jer...ehheheheee... i makan utk u ek? my fav yg ada grated cheese tu, sedap gilerrr..

fendi - bentuj doroyan jek, rasa tetap butter cream

fishy - u most welcome... nak i belanja u donut ker? mai habaq..

Pato&Pearl - kesian nya tak leh nak comment, ada bugs kottt... hari tu pi S'pore tak sempat nak beli donut hebat KKreme tu..

yazrie - ooooo... u rupanya.. kenal anwar ek? sekolah alam shah ek? ehehhheeeemmmm.... plan balik jb lama lagi, early April nanti, tu pun transit... nak pi mana tatau...

Along Abdul Karim said...

Hehehe.. baru la nie balik dari Hot Cross Bun Bakery.. order birthday cake untuk esok..
Tak perasan lak ada jual donat kat situ tadi.. esok masa pi collect cake nak borong la ;p
Looking forward your next entry.. cuti pendek di sebuah negeri?.. cuti dengan mission tu ke :)

blackpurple @ jowopinter said...

Ambil kursus apa ek? Lepas ni terus sambung PhD. Lepas tu boleh panggil kau Dr Rush. :D

Donut J.Co di Pavilion tu kalau nak beli beratur sampai 2-3 km panjangnya..

Aladdin a.k.a. Gustiadipati said...

kalau pekena kueh keria lagi best...hehehe

YAzrIE said...

TUDIIIIAAAAAAHhhh....transit pi mana tatau?? opssss

tyah said...

Tanamkan dalam khayalanmu tentang kejayaan dan biarkan kejayaan itu tertulis dalam hatimu. All the best to u Rush:)
Beli premix donut kat Supa Save then buat sendiri lagi best.

Beruang Madu said...

Bro... semoga berjaya yer... thanks

Sastri said...

hmmm... hari tu ke pavillion... tak beli plak J.Co donuts ni... sebabnya Q panjang ya amat and don't feel like adding to the length of the Q... maybe next time... :D

Rush Murad said...

along - b'day sapa ek? u ker? happy belated b'day... donut tu very limited, ada beberapa bungkus sahaja..

jowopinter - buat kursus mudah2 jek... yg ni pun macam tak larat, nak sambung Phd? pitammm... but mana tahu kalau terbuka hati nanti... i buat MSc Information Management.

aladdin - dah lama tak makan kuih keria... tapi keledek tu bira lebih banyak dari tepung dan sira gula tu kena tipis2...

yazrie aka penghuni artemis.. boleyyy??? hehehehehe... transit nak piiii... ngirai laaaa..

tyah - u always ada kata2 hikmah yg bagus2 macam ni... i like ur sms yg lepas2... cantik ayat2 tu..

beruang honey - thanks ek...

sastri - citer u sama macam citer jowopinter, pergi saing2 ke? worth queing tauuu...

Along Abdul Karim said...

Birthday 'kite' lambat lagi ;) it's actually belated birthday my best friend sekali dengan my niece (kebetulan birthday pada 1 hari yg sama).. will story that kat my next entry.
Nak tanya.. kat area mane Rex Box yg u cerita tu?

tyah said...

Jwpn pada kata hikmah itu adalah membaca:)Ishhhh.. Shiela Majid:(( soru lah tyah tak dpt tengok konsert SM in KL.

Rush Murad said...

along - Rex Box tu area Pelita, belakang sekali yg menghadap jalan ada gerai2 jual buah...

tyah - Iqra'.... "0

Along Abdul Karim said...

la.. nama je org Miri tapi tak tau pulak ada karaoke kat area tu.. area Pelita tu maksudnya dalam bangunan pelita yg kat station bus tu ke?..
Nanti En.Tepak tolong tunjukkan la yek ;p Pekena lagu seiring & sejalan release jugak tension..hehehe

Along Abdul Karim said...

La nie dah tahu rutin harian En.Tepak Sireh cam mane, pandai2 sendirilah i nak pie cari kat mane Rex Box tu.. ~ TAKE CARE!!!

YAZrIE said...

motiffff nk pi ngiraiii? hahahahhah