Tuesday, November 27, 2007

The Kedayan's Wedding in Miri

Upacara Mukun atau bergendang. Bermula sekitar jam 8 malam dan berakhir sekitar jam 2 pagi tanpa berhenti. Saling berpantun dan menari ala joget lambak.

Pertama kali menyaksikan adat perkahwinan orang Melayu dari etnik Kedayan di Miri. Memandangkan Zoul 'Chekered Boxes' berketurunan Kedayan dari sebelah ibunya, maka banyak persoalan mengenai adat-istiadat perkahwinan orang Kedayan aku ajukan. Sementelah yang berkahwin itupun merupakan Ibu Saudara Zoul. Beberapa hari sebelum majlis akad nikah, kaum keluarga yang jauh dan dekat sudah mula berkumpul dan menziarahi rumah pengantin perempuan untuk bertanya khabar, mengambil tahu persiapan dan membantu mana yang perlu. Malam setelah berlangsung majlis akad nikah (sebelah siang), diadakan pula sesi karaoke keluarga, tetapi jiran tetangga dan rakan-taulan boleh ikut serta. Sesi menyanyi ala-karaoke ini diadakan di halaman rumah dengan sound system dan speaker yang lengkap. Sehari sebelum majlis jadi (Ahad), diadakan acara Mukun atau Bergendang di sebelah malam. 3 orang wanita pemukul gendang/rebana berpantun seloka, berbalas-balas dengan sesiapa sahaja yang berminat untuk berbalas pantun. Sambil memegang mikrofon dan menari joget, si penjual pantun akan melantunkan suara sambil mengikut rentak gendang. Yang kerap menjual pantun selalunya golongan lelaki, tua mahupun muda. Acara Mukun ini memakan masa beberapa jam, sambil disaksikan oleh warga kampung dan penduduk sekitar Kampung Luak. Hari berlangsung majlis pula, tidak banyak perbezaan dengan etnik Melayu di Semenanjung Malaysia. Untuk gambar dan cerita selanjutnya, bolehlah melayari blog FendiOsman, yang ikut serta dalam majlis tersebut sempena dengan kunjungan muhibbahnya ke Miri dan Brunei.
Adat perkahwinan Kedayan, disampaikan oleh Piah Bte Karim (umur 70 tahun, 2000), Limbang, Sarawak.
"Adat perkahwinan masa dulu ani ialah kepala baiyairinya ialah kinkin pembuka mulut kayis laki-laki yang mengantati arah bini-bini karang ani inda lagi ada usuri sebagai penggantinya mun kelangkahan dulang adik kahwin dulu bagi yang bini-bini yang laki-laki inda pulang ada bagi kelangkahan dulang laki-laki ani masti bagi kinkin kepada yang dilangkahi dulang atu sepasang seorang tu sama seperti yang di bagi kepada pengantin perempuan kalau bangsa lani lagi banyak ankup dangan sepasang kasut kinkin sebantuk dan tudung dulang jua tanda bertunang kinkin sebantuk pembuka mulut seperti basar-basar jarum atu mulanya seratus saja belanja hangus kaban lima belas ijib saja seekong jadi kira mulanya belanja karun masa dulu atu."
Bangsa Kedayan.
Sejarah awal kemunculan suku kaum Kedayan di Borneo agak samar-samar sifatnya. Ensiklopedia Sejarah dan kebudayaan Melayu (1995 : 1120) umpamanya mencatatkan bahawa terdapat sumber lisan yang menyatakan orang Kedayan ini berasal dari Indonesia. Setelah beberapa abad mereka menetap di Brunei, mereka berhijrah ke Sabah dan Sarawak. Setakat ini, pengkaji yang membuat penyelidikan atas asal usul orang Kedayan sering mengaitkan tempat nenek moyang suku kaum ini dengan kepulauan Indonesia, khususnya dari Jawa. Namun Hose (1912) dalam kajian sejarah suku kaum Kedayan mendapati bahawa suku kaum ini mempunyai pertalian darah dengan pribumi di Kalimantan, oleh itu beliau mencapai keputusan bahawa orang Kedayan berasal dari Kalimantan.- En. Low Kok On, BA., MA. (USM) Pensyarah Sastera Rakyat.
Kedayan in Wikipedia
The Kedayan are an ethnic group residing in Brunei, Labuan, Sabah, and parts of Sarawak on the island of Borneo. They are also known as Kadayan, Kadaian or simply badly spelled as Kadyan by British. The Kedayan language (ISO 639-3: kxd) is the de facto national language of Brunei. It is spoken by less than 50,000 people in Brunei, 46,500 in Sabah and 37,000 in Sarawak. In Sabah they are mainly live in Sipitang, Labuan, Beaufort and Kuala Penyu. In Sarawak, Kedayans mostly reside in Lawas, Limbang, Miri and Sibuti area. Amazingly indigeneous people in Kutai, Kalimantan (Indonesia) share more than 90% similarity with Kedayan language although they do not called themselves as Kedayan. It is also interesting to note that Kedayan and Banjarese is somehow related in term of language.

The origins of Kedayans are somewhat uncertain, with some Kedayans claiming to have Javanese origins. However, most researchers consider them indigenous to Borneo, having become Islamised and influenced by Malay culture, after the establishment of the Sultanate of Brunei. Historically, the Kedayan people have occasionally rebelled against control (taxation) by the Brunei nobles. Kedayan are mainly padi farmers or fishermen. They have a reputation for knowledge of medicinal plants, which they grow to treat a wide range of ailments or to make tonics.

The Kedayan tend to settle inland in a cluster pattern, with houses built in the center and with fields radiating outwards. The Kedayans traditionally tended to be a rather closed community, discouraging contact with outsiders. Intermarriage among relatives was encouraged for economic and social reasons. As Kedayan do not follow Islamic inheritance laws, women are entitled to own land. If the husband dies, his property goes to the wife, but only as an administrator. She cannot sell the land without the permission of their children. When she dies, the children equally divided the property, regardless of sex or age. Sometimes the excess land is transferred free to friends or relatives if they are landless.

The Kedayan wedding ceremony is similar to that of the Bruneians Malays, with the difference that the bride is seated surrounded by candles and decorations, and the older folk will go up to her one at a time, and mark her forehead with powdered spices, similar to the Bajau practice. Aduk-Aduk is a ceremonial dance performed by the Kedayan people during holidays, especially at the end of the harvest season.

Song: Bapak Mek Datang by Miak Serawak

Tuesday, November 20, 2007

Health: Brisk Walking


Kawasan perumahan Desa Senadin tempat aku tinggal memang mendamaikan, selesa dan cantik. Di hadapan rumah sahaja sudah terbentang tasik biru buatan manusia. Pohon-pohon sekitar tasik sudah mula membesar dan memayungi kawasan pejalan kaki. Kenapa tidak aku ambil kesempatan ini untuk beriadah sambil cuba meningkatkan kesihatan tubuh badan?. Setelah dua hari berturut-turut aku berjalan kaki (brisk walking) selama lebih sejam setiap sesi, aku rasakan suatu kelainan, dari sudut fizikal dan emosi serta mental. Sambil berjalan laju, sambil menggerakan tangan, menggoyangkan punggung seakan-akan berdansa.... mp3 player pula rancak mendendangkan lagu-lagu dari album Kaer. Kenapa Kaer? aku suka rentak muzik yang pelbagai genre dalam album ini, lirik yg memberi kesan positif dan tempo yang tidak menjemukan. Selesai berjalan, aku sambung beberapa minit untuk stretching ala-Yoga, ala-TaiChi, ala-Silat, ala-Salsa. Aku tak peduli apa orang lain fikir setelah melihat aku seakan-akan mahu terbang, menumbuk, mencangkung, jingkit ballet dan kerap pula menari rentak Salsa sendirian. Aku dalam dunia aku sendiri, aku dengan perasaan yang berbaur (yang pastinya aku cukup kagum dengan ciptaan Allah di sekelilingku) dan aku tahu setiap gerak yang tercipta untuk kesihatan tubuh badan.... dan memenangkan stress.

Benefits of Walking
More energy to enjoy life
Weight management, with toned muscles and less body fat
Stress reduction
Deeper more restful sleep
Healthier bones and joints
Reduced risks for heart disease, diabetes, colon cancer, stroke, high blood pressure, and osteoporosis.

Why Walk?
There are many benefits to be gained from walking. These can include more energy, deeper and more satisfying sleep, stronger leg muscles, less knee pounding than running, lower body fat, higher metabolic rate, and reduced stress. Many students who walk or exercise study more effectively and have better recall. Daily physical exercise may also reduce your lifelong risks for heart disease, cancer, stroke, and high blood pressure, and may even slow the aging process. While 30 to 60 minutes of walking per day is ideal, you can still benefit from just a little bit of walking.

Nowadays, our lifestyles have changed from the past through dependence on vehicles, labor-saving devices, sedentary recreation, and a fast-paced lifestyle that leaves little room for physical activity. One result of this has been a dramatic increase in the rate of obesity in America. The Surgeon General has recently established the "obesity epidemic" as the single greatest threat to the public's health with an estimated 65% of adults overweight or obese (National Center for Health Statistics, 2004).

According to a CNN story, If each American walked for a half hour a day (the recommended minimum for good health) instead of driving, we would save the planet 64 million tons of carbon dioxide, 6.5 million gallons of gas, and incidentally lose 13 pounds a year. Walk to save the Planet?

Song: Seribu Impian sung by Kaer.

Sunday, November 18, 2007

Cik Sri Siantan's Letter....

Semenjak aku berblog segala, banyak juga email yang aku terima dari pembaca, pemerhati, rakan-rakan sekampung/sekolah yang dah berbelas tahun tak jumpa, serta mereka yang mencari maklumat mengenai tempat-tempat percutian/pelancongan yang pernah tersiar di laman Tepak Sireh ini. Ada juga yang mengirim email bertanyakan hal-hal yang tidak bersangkut-paut dengan apa yang dipaparkan, ada yang bersifat peribadi, dan ada juga yang meminta nasihat dalam perkara-perkara tertentu. Sebelum aku meneruskan apa yang hendak dipaparkan kali ini, ingin aku melambai tangan sambil mengucapkan 'Bon Voyage' kepada Kak Zam dan rombongannya dari Putrajaya yang akan bercuti ke Bandung - mudah-mudahan maklumat dan tips yang diberikan dapat membantu. Kepada Arni, selamat berhoneymoon awal bulan depan ke Bali, ucapan terima kasih juga kepada laman blog Pato&Pearl yang banyak menyumbang maklumat mengenai Bali.

Baru-baru in aku mendapat email dari seorang teman siber, katanya telah lama mengikuti perkembangan Tepak Sireh bla bla bla bla....Beliau mengajukan banyak soalan peribadi kepada aku, antaranya; bagaimana ingin sentiasa gembira dan ceria, bagaimana mengatasi masalah hidup/kerja/persahabatan/percintaan, bagaimana ingin berjaya dan banyak lagi. Aku pernah siarkan dahulu mengenai 'mencapai kebahagiaan' yang bersangkut paut dengan kerja dan rezeki yang Allah berikan etc. Dipendekkan cerita, aku sertakan email dari pengirim tersebut yang telahpun aku edit serba-sedikit. Mungkin ada antara pembaca yang boleh memberi nasihat atau buah fikiran kepada beliau (sebab bab nasihat orang lain ni memang aku kurang arif). Pengirim ialah seorang remaja lelaki, graduan yang baru 2 tahun bekerja dan kini sedang membina karier dalam bidang IT. Beliau bersetuju untuk email ini dipaparkan.

"........Bro, saya memang amat sayang kepada lover saya.... i love her so much!. Walaupun baru beberapa bulan kenal dia, kami seperti sudah terlalu lama kenal dan jumpa. Before this, saya pernah bercinta semasa di university dulu, tetapi tidak sekuat ini, rasa seperti baru pertama kali bercinta..... i'm deeply in love. Saya sangat sayang kepada dia. Kami datang dari negeri yang berlainan tetapi sekarang bekerja di bandar XXX. Semenjak bertemu dengan dia, setiap hari kami akan berjumpa, makan bersama, menonton movie, shopping etc. Dia sahajalah yang ada dalam fikiran saya. Dia memberikan saya motivasi untuk kerja kuat, fokus dan sememangnya membuatkan saya happy selalu. Baru-baru ini dia ada memberitahu yang ada seseorang meminati dia, saya tidak ambil peduli kerana orang yang admire dia tinggal beribu batu jauhnya, rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara. Semenjak itu saya perasan yang dia kerap menerima panggilan telefon atau sms dari admirer tersebut. Dia juga kerap menghubungi admirer tersebut, dan alasan yang diberi "dia cuma kawan biasa...". Kelmarin saya singgah ke rumah dia untuk lunch, kemudian saya ternampak ada bungkusan hadiah di biliknya, saya buka dan baca isi surat/kad yang dikepilkan bersama hadiah. Memang mereka sedang dilamun cinta, berjanji itu ini (naik pelamin?). Saya serta-merta menjadi down dan tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Saya juga dapat tahu yang dia bercadang untuk melawat/berjumpa admirer tersebut suatu hari nanti. I dont know when. Dia selalu memberitahu yang dia sangat sayangkan saya, saya inilah sahaja kekasihnya. Tetapi setelah apa yang berlaku, saya yakin, bukan saya seorang sahaja yang bertakhta di hati dia. Dia seperti tidak sedar atau buat-buat tidak sedar dengan apa yang sedang berlaku. Saya fikir cara terbaik ialah untuk mengundur diri dengan baik dan membiarkan mereka. Saya tidak suka menimbulkan konflik dan berbalah. Saya yakin dia amat matang dalam hal ini dan tahu apa yang sedang dia lakukan. Mungkin jodoh dia bukan dengan saya, saya bukan yang terbaik untuk dia dan mungkin juga sudah tersurat di azali, dia akan bersatu dengan admirer tersebut. Saya ingin melihat dia gembira, saya ingin dia sentiasa gembira, saya ingin dia mendapat apa yang dicitakan..... insan sempurna buat dia. Bro, adakah tindakan saya ini betul? bagaimana saya ingin menghadapi dia yang sangat saya sayangi itu? .......memberitahu tentang isihati dan perasaan saya ketika ini...."

Itulah dia, keluh-kesah seorang insan. Aku tak ada komen selanjutnya mengenai masalah tersebut buat masa ini. Terpulanglan kalau ada pembaca yang ingin membantu memberi pendapat dan nasihat.

Wednesday, November 14, 2007

Memorable Vacation in Phuket!

My Phuket Trip 2007

Penghujung 2004, bandar peranginan ini dilanda musibah alam yang begitu dahsyat. Mengorbankan beribu-ribu nyawa manusia dan haiwan serta memusnahkan infrastruktur yang bernilai berbillion Dollar. Phuket, setelah berduka dan compang-camping dilanda Tsunami, kini bangkit dengan tekad dan rupa yang baru. Amat sukar ingin menyelami kedukaan mereka yang terlibat dengan bencana Tsunami di sini kerana hampir tiada kelihatan kesan-kesan bencana. Phuket yang pernah aku lawati hampir 9 tahun dulu amat berbeza dengan Phuket hari ini. Banyak bangunan baru didirikan di sepanjang Patong Beach, begitu juga dengan Phi Phi Island yang terletak di dalam daerah Krabi, telah berubah rupa sama sekali. November merupakan permulaan 'high season' percutian di sini, ramai pelancong dari Eropah datang berseronok dan menikmati keindahan alam Tropika yang mendamaikan. Penerbangan AirAsia AK876 meluncur laju dari Kuala Lumpur menuju Phuket Airport kurang dari 1 jam setengah, dan sejam kemudian kami sudah sampai di perkarangan hotel C&N, Patong Beach. Petang itu kami habiskan masa dengan membuat tempahan aktiviti atau 'tour' yang akan dilakukan sepanjang berada di sana.

My Phuket Trip II 2007

Tidak sah kalau melancong ke Phuket sekiranya tidak ke FantaSea, sebuah persembahan pentas bertaraf antarabangsa yang sungguh menakjubkan. Persekitaran luar pentas pula dihias seperti berada di alam kayangan beserta dengan taman tema yang begitu menyeronokkan, apatah lagi anda disambut dengan senyuman dan ucapan 'Sawasdeekhap'. Dengan bayaran tiket sebanyak RM150 seorang, anda dapat menikmati pelbagai hiburan di taman tema yang menarik; Lost Jungles of Pimai, Secret Garden of Nimanaradi, Holy Temple of Dheviviman dan Tiger Kingdom of Singhaviharn yang mempunyai beberapa sangkar dan kotak kaca mengandungi haiwan hidup seperti Harimau Belang, Lemur, Ular Sawa Albino, Katak Puru Gergasi, Burung Merak, Kambing Gunung, Burung Udan dan banyak lagi. Pelbagai irama muzik dapat didengar di sekitar kompleks FantaSea ini dan berbagai jenis cenderamata menarik juga turut dijual. Kamera dan video serta telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam pentas semasa persembahan. Malam itu kami labuhkan tirai dengan menikmati makanan Thai di sebuah restoran Arab-Thai disekitar JungCeylon.

My Phuket Trip III 2007

Pagi itu hujan turun dengan renyai-renyai dan matahari masih lagi belum muncul di celahan awan yang mendung. Selesai menikmati sarapan, kami bergegas pula menaiki van yang disewa khas untuk pakej hari itu - Rafting Safari di Phang Nga yang sejauh 2 jam perjalanan. Selesai penerangan mengenai aktiviti, kami dibawa menyusuri hutan dara menuju ke kawasan air terjun Tone Pariwat Wildlife Sanctuary Station. White Water Rafting di sini sungguh mencabar berbanding dengan pengalaman sebelum ini di Kiulu River, Sabah. Rafting sejauh 5km itu tidak terasa kerana terlalu fokus dengan 'kejutan-kejutan' arus deras, batu besar dan tujahan-tujahan tebing. Belum sempat berehat setelah makan tengahari yang disediakan, kami dibawa pula ke Kem Gajah Island Safari, menyusuri anak sungai dengan menaiki Gajah. Suasana petang yang cerah dan berlembayung memang sungguh mengasyikkan, ditambah pula dengan dendangan 'muzik hutan' - damai!

My Phuket Trip IV 2007

Sebuah kompleks membeli belah yang hebat dinamakan JungCeylon (Jongkang/Bahtera Sri Lanka) di bina di tengah-tengah kesibukan deretan kedai dan restoran di Patong Beach. Kompleks yang mengandungi beberapa buah tema beli-belah (Sino-Thai, Robinson, Carrefour) tersebut dibina dengan rekabentuk moden dan mesra alam. Sebuah bahtera bersaiz sebenar diletakkan di tengah-tengah medan pertemuan, menyediakan persembahan percuma 'Light & Sound' selama 20 minit. Ianya sesuatu yang baru bagi aku kerana pertama kali melihat percikan air dijadikan skrin penceritaan dengan cahaya laser berwarna-warni dan latar muzik hebat. Keseluruhan tingkat bawah kompleks tersebut dijadikan bazaar menjual pelbagai jenis kraftangan dan makanan hasil penduduk Thailand yang dilabel dengan nama 'That's Siam'. Tanggal 10 November, Wan Mohd Hidayat atau The Cronicles menyambut harijadinya yang ke 23 tahun. Kami menyambutnya dengan sederhana di Kafe Aiskrim Swensen, aku memesan aiskrim yang diletakkan lilin di atas sepotong pisang dan pihak Kafe memberikan sekeping gambar Polaroid secara percuma. Malam itu sekali lagi kami menjamu selera masakan Thai di Restoran Cairo, Arab-Thai berhadapan dengan JungCeylon.

Banyak kenangan manis terpahat dalam memori sepanjang percutian kali ini. Menaiki kapal persiaran Sea Angel di tengah-tengah Laut Andaman sambil bermandikan terik cahaya matahari, snorkeling bersama ikan di Maya Bay, makan tengahari di Phi Phi Island sambil beriadah, rafting di sungai deras berlatar hutan tropika, menyusuri anak sungai dengan menaiki Gajah bak seorang Hulubalang zaman dahulu-kala, terpegun menonton persembahan FantaSea yang setaraf Disneyland, persembahan mencuit hati Cabaret ala-Moulin Rouge di Maya- Paradise Complex...... semuanya menjadi antara kenangan terindah!

Monday, November 05, 2007

Cik Kiah's Entourage

Tu diaaaa..... aku dah packing barang segala nak pergi bersantai ke suatu destinasi percutian. This is going to be a 'very short trip' but it will be a memorable one. No... no... no... I'm not going back to my forefather's homeland to celebrate Diwali.... I'm going for some Scuba Diving, Sunbathing and Snorkeling at some beautiful white sandy beaches. Tapi tersilap terminal pula, sepatutnya pergi terminal kapal terbang..... tetiba sampai kat stesyen keretapi! How? Just ignore the above picture, tiada kena mengena... cuma beg yang dia jinjing tu macam kampit beras Basmathi (I like!), masak Nasi Briyani kah? Anyway, Happy Deepavali @ Diwali to all Indian readers.... I can't celebrate Diwali with you guys this year, so please keep some Idly, Dalcha and Lamb Curry for me when I'm back.

Di manakah destinasi percutian kali ini? Kali terakhir aku ke sana kurang lebih 9 tahun yang lampau. Banyak peristiwa manis semasa kali pertama jejak kaki ke sana, maklumlah masih muda remaja, dan pula bercuti seorang diri ala-ala membawa diri - adventurous. Kali ini pergi ke sana beramai-ramai, rombongan Cik Kiah gayanya, sebab lebih 10 orang ikut serta, hampir kesemuanya bujangan dan semuanya lelaki sahaja. Ustaz pernah mengajar, tidak boleh bercampur lelaki dengan perempuan yang bukan Muhrim dalam aktiviti 'laut' ni. Foto di atas tu merupakan salah satu pemandangan di tempat percutian yang akan dituju. Maldives? Mauritius? Bali? Batam? Pattaya? San Marino? Sri Lanka? Phuket? Danau Toba? Kita tunggu entry selepas pulang dari percutian. I've just lost my newly bought Sony camera, so tak der lah foto-foto yang menarik nanti. Sedang fikir-fikir nak cari kamera apa...
Beberapa hari lepas, sedang warga Miri sibuk dengan acara JomHebohTV3, aku terserempak pula dengan seorang sahabat yang begiru akrab dengan aku semasa tinggal di KL. Sudah lebih 6 tahun aku tidak menerima khabar berita dari Rizwienta, dan tetiba terserempak di lobi hotel. Tidak banyak perubahan yang aku lihat pada Riz ni, seperti 15 tahun lampau, semasa mula-mula aku kenal dia. Semasa di KL dulu, aku cuma mempunyai 2 orang teman rapat, Riz dan Cikgu Johan Arif, kemana-mana selalunya kami berdua atau bertiga sahaja, berkongsi cerita suka-duka, pergi menonton konsert, clubbing, shopping, outing.... hampir semua aktiviti kami lakukan bersama. Sekarang ni aku lihat Riz lebih cemerlang, berkahwin dan sedang menunggu cahayamata yang ketiga. Kerjaya sebagai seorang banker juga telah lama dia tinggalkan, dan sekarang ini bekerja sebagai Pengurus Promosi SRC - syarikat rekod yang mengedar album Siti Nurhaliza dan terbaru Erra Fazira. Selepas ni pastilah kami akan lebih kerap berhubung, walaupun tidak 'semeriah' sewaktu muda remaja dahulu.