Monday, October 29, 2007

The 15th Day of Syawal

Open House Aidilfitri 2007

Buat pertama kalinya aku mengadakan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman aku di Miri. Ini merupakan sambutan Aidilfitri kedua aku di Bumi Kenyalang, semenjak berpindah ke sini. Seawal Ramadan lagi aku sudah merancang untuk mengadakan majlis Rumah Terbuka, sementalah kini aku mempunyai ramai kenalan di kalangan warga tempatan. Alhamdulillah, perancangan awal dan rapi, berserta bantuan rakan-rakan menjadikan majlis ini sempurna dan amat meriah.

My creation

Separuh dari jemputan terdiri dari kakitangan di bawah kelolaan aku, bersama keluarga mereka. Selebihnya ialah rakan-rakan yang berkerja di Shell, kenalan warga Semenanjung yang bertugas di sini dan teman-teman warga tempatan. Kemeriahan majlis Aidilfitri memang terasa seawal melakukan persiapan seperti mengemas rumah dan memasak secara 'bergotong-royong. Aku sengaja tidak mengupah 'Caterer' untuk menyediakan juadah majlis, sebaliknya aku memasak sendiri kesemua juadah pada malam itu. Antara juadah yang disediakan ialah Ketupat, Nasi Briyani, Ayam Masak Merah, Rendang, Sayur Lodeh, Acar Darat, Fried Seafood Spaghettii, juga dihidangkan buah-buahan tempatan (pelbagai jenis buah Pisang, buah Tampoi yang pertama kali aku merasanya, Papaya, Nenas, Limau Madu, Semangka), berbelas jenis kuih-muih/biskut/kerepek yang dibawa dari KL dan Johor, pencuci mulut yang diberikan oleh rakan-rakan (Kek 'Hati Pari' dari Rn8-Kuching, Cream Caramel dari Tyah-Miri, Amplang dari Lan Haris-Sabah, Kuih Cincin dari Hani-Sabah, Kek Batik dan Maruku dari Nuriz-Brunei, Kek Cokelat dari Anne & Boy-Miri).

My creation

Para pengunjung didendangkan dengan alunan muzik Zapin (Yayasan Warisan Johor) sepanjang malam itu. Di hujung-hujung majlis, beberapa orang teman, termasuklah Tuan Rumah menunjukkan kemahiran berzapin. Walaupun majlis dijangkakan selesai sekitar jam 11pm, tetapi ianya berlarutan melewati pukul 12 malam, kerana masing-masing masih seronok bersembang sambil menjamah kuih-muih (ada juga yang ulang makan.....sedap ke?). Alhamdulillah, syukur ke hadratNya, diberikan cuaca yang amat baik sepanjang hari itu (kalau ikutkan ramalan keadaan cuaca, petang dan malam itu sepatutnya 'Thunderstorm'), kesemua makanan menepati kesesuaian rasa dan rupa (tiada yang mengadu sakit perut atau muntah-muntah selepas makan - masyaAllah....ramai yang memuji pula!), dan yang paling utama ialah hadirin yang hadir semuanya berasa sungguh selesa (sambil menghayati sedikit budaya Johor/Semenanjung).

My creation

Terima kasih tak terhingga kepada semua hadirin yang sudi datang memeriahkan majlis tersebut. Terutamanya rakan-rakan yang berhempas pulas menyinsing lengan menyediakan persiapan - Wan Hidayat "The Cronicles", Zoul "The Chekered Boxes", Rn8, Khairul "Luaq Dome Ezplanade", Sham "Whitelighter", Hani, Antz "Save The World", Suraya, Farah, Aishah, Nuriz, 'Miss Dietician' dan lain-lain.

Tuesday, October 16, 2007

Celebrating Eid Mubarak......

At Suria KLCC, one of the most beautiful Eid Mubarak deco in a Mall. They even have live performances of Arab and Malay's traditional music.
Kemeriahan suasana Aidilfitri masih terasa di Miri, walaupun berjauhan dari kaum keluarga dan rakan-rakan di Johor. Aku bercuti awal seminggu sebelum Aidilfitri, 'berpeleseran' beberapa hari di Kuala Lumpur, berpeluang berbuka puasa bersama teman-teman lama dan baru (Adam Hamid dan Datin I), sempat bershopping di The Gardens, Pavillion (terserempak dengan rakan blogger Wahdi's), Mid-Valley Mall (the best Hari Raya deco), Suria KLCC, Lot10, Subang Parade (lebih 5 tahun aku tak jejak tempat ni), IKEA, The Curve dan tak lupa juga Bazaar di Jalan Masjid India (tersangatlah sesak, padat, sempit, semput!). Dari KL aku terbang pulang ke JB, dalam perjalanan dari airport ke rumah, sempat singgah di kedai menjual cat - perancangannya untuk mengecat rumah di pagi itu juga. Mission accomplished! Anita dan beberapa orang adik bergotong royong mengecat beberapa bahagian rumah, termasuklah 'feature wall' (perkataan favourite Eric Leong) yang diwarnakan dengan hijau Zaitun muda, pagar berwarna Madu dan bahagian dinding luar yang tersilap warna menjadi Merah Bata terang-benderang ala-ala Stadhuys di Melaka (tapi Mak kata dah macam rumah Keling!).
At Senibong, a Malay fishing village in Johor, facing the busy Singapore port. Now, it is one of the seafood heaven in Johor. Waiting for breaking Ramadan's fasting.
Di Johor Bahru lain pula ceritanya, lebih tertumpu untuk membuat persiapan Aidilfitri buat keluarga. Mood untuk bershopping masih berkobar-kobar, dan tidak sah sekiranya kalau tidak singgah ke Plaza Angsana untuk mencuci mata (rabun kah?). Setelah selesai berbuka puasa bersama Tuan Punya Hotel M-Suites (terima kasih Datuk R dan Datin M); dihadiri sama keluarga Datuk KP Johor, aku dan Noreen bergegas ke Plaza Angsana untuk menyelesaikan misi, sekali lagi mission accomplished. Sehari sebelum itu, beberapa orang rakan dari PTP (ex-majikan) telah mengatur majlis berbuka puasa di perkampungan tepian laut Senibong yang terkenal dengan makanan laut. Terima kasih kepada Mira yang bersusah payah mengatur pertemuan, dan rakan-rakan yang turut serta; Zaidi, Ali, Hafiz, Azham dan Intan. Malam itu kami bersama-sama menyaksikan secara langsung Angkasawan pertama Malaysia meluncur laju menaiki Soyuz-15 ke Orbit. Perasaan gentar berbaur bangga dengan kejayaan rakyat Malaysia - gentar akan kemungkinan-kemungkinan perkara buruk akan berlaku seperti Challenger dan bangga menjadi rakyat negara Malaysia!

Malam sebelum datangnya 1 Syawal, aku bergegas ke Plaza Angsana sekali lagi, kali ini menemankan Sham membeli persiapan terakhir Aidilfitri, belum beli baju Melayu, Songkok dan butang baju. Airry juga begitu yang masih belum membeli kopiah (sebab dia mengenakan Jubah di pagi raya). Sekitar jam 12pm kami keluar dari Plaza Angsana yang masih dikerumuni ramai pelanggan. Kami menyinggah di Restoran Singah Selalu untuk mengenangkan nasib berhari raya di tengah kota, tiada bunyi mercun, tiada ayam itik lari bertempiaran, tiada lembu atau kambing yang diheret, tiada kanak-kanak berkejaran di halaman luas/bendang, tiada berpanggang lemang ketupat.... walau apa pun, kami tetap bersyukur dengan kemeriahan dan kemakmuran negara ini, terutamanya Bandaraya Johor Bahru yang begitu pesat membangun.

Aidilfitri 2007

Aunties busy chatting but the focus here is on the fresh flower arrangement by myself, the crazy sisters trying to eat my Mak's Epiphytes Dendrobium orchid, photo of the day (my Mak really can act, dont you think so?), my little cute niece - Sarah.

1 Syawal, kami sekeluarga menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Rezeki yang Allah berikan melimpah ruah - bukan sekadar materialistik tetapi yang penting kesihatan yang bagus, nikmat menjalani Ramadan dengan tenang dan selesa serta rasa keinsafan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Semoga Allah kekalkan dan lebihkan lagi nikmat yang diberiNya ini.............

Terima kasih juga diucapkan kepada teman-teman blogger yang sudi mengutuskan kad hari raya. Maaf dipinta sekiranya aku tak sempat membalasnya..... Nurul - Serial Plant Killer, Zeyn, Shahril Aley, Dirty Pap, Dari Bilik Ini dan beberapa pembaca setia Tepak Sireh.

Di kesempatan ini juga, aku ingin memohon ampun dan maaf, zahir dan batin kepada semua pembaca blog Tepak Sireh sekiranya ada tulisan di dalam blog ini menyentuh sensitiviti individu, menggunakan bahasa yang kurang sopan, maklumat yang kurang tepat dan sebagainya.
============================================================================

200th Post..............
And it’s the 200th post on the blog since I started on June 2005! Not bad at all for a novice cyber-writer like me. Tak pasti berapa lama lagi blog Tepak Sireh ini akan bertahan dan berapa banyak lagi posting akan dibuat. Daripada idea asal ingin berkongsi hanya pengalaman mengembara berserta gambar, akhirnya menjadi sebahagian sebuah catatan perjalanan kehidupan.... dan perjalanan pengembaraan yang boleh dikongsi bersama pembaca/pengunjung. Ramai yang menyokong penghasilan blog Tepak Sireh ini, tidak kurang juga yang menjadi pembaca setia. Dari blog Tepak Sireh ini juga aku mengenali beberapa orang insan istimewa, rakan-rakan blogger yang sentiasa memberi sokongan moral, dan yang pastinya menjadi wadah kepada ahli keluarga mengikuti perkembangan aku yang jauh di mata. Terima kasih kepada semua!

Monday, October 01, 2007

Speeding To Bandar Seri Begawan

Nasi Tomato ala-Johor, Fruit Salad, Rojak Mamak, Sup Herba, Kuih-muih dan Air Tebu. Pic courtesy of Luaq Esplanade.

Berbanding tahun lepas, Ramadan kali ini aku banyak berbuka puasa atau Sungkai (dalam bahasa Melayu sini) di luar. Tahun lepas aku berbuka puasa seorang diri, tahun ini oleh kerana aku mempunyai rakan-rakan yang sentiasa berada di sisi, makanya aku lebih memilih berbuka puasa di luar. Hari pertama berpuasa aku memasak di rumah, Pasta bersos tomato dan sedikit kuih-muih. Pada satu hujung minggu, aku memanggil beberapa orang rakan untuk makan bersama di rumah. Menu kali ini ialah Nasi Tomato, dan beberapa hari lepas aku memasak Pasta sekali lagi untuk berbuka. Paling tidak dapat aku lupakan ialah bersungkai di atas kapal, terima kasih kepada Wan dan rakan-rakan beliau dari PBJV kerana memberi kesempatan bersungkai bersama-sama di atas Penta Perkasa. Lain sungguh terasa semasa di atas kapal, makan seperti ala-kantin tetapi lauk-pauk yang dihidangkan cukup pelbagai dan banyak. Kami juga pernah sekali bersungkai di hotel, sengaja ingin bertukar selera, dan hidangan bersungkai di Park Everly Hotel memang tidak mengecewakan (ada disiarkan di blog Luaq Esplanade).

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Hari Sabtu lepas aku bersungkai di Bandar Seri Begawan, di atas pelawaan rakan sekampung yang bertugas di sana. Terima kasih kepada Nuriz dan rakan-rakan kerana sudi menjemput kami bersungkai di BSB, makanan ala-Indonesia di restoran Pondok Sari Wangi memang menepati citarasa aku. Dari Cendol yang cukup manis dan lemaknya, sehinggalah kepada Ayam Bakar sos Sate dan Tauhu Telur berkuah kacang yang semuanya sempurna.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tidak sah berkunjung ke BSB sekiranya tidak membeli ole-ole Bohemia Crystal, dah lebih-lebih lagi ada jualan murah ketika ini (DBI pasti makan hati dengar.....dah ler murah, ada 40% diskaun lagi). Di Gadong Mall pula ada didirikan Bazaar Ramadan yang menjual pelbagai jenis barangan keperluan rumah, kuih-muih serta pakaian. Wan membeli 2 pasang Kain Samping atau Sinjang (Bahasa Brunei) untuk dikenakan dengan Baju Melayu berwarna Perak dan Biru, aku pula membeli beberapa helai tudung Turki dan kain pelikat. Dalam perjalanan ke BSB, kami singgah di Kuala Belait untuk mengambil Baju Melayu yang ditempah jahit. Jangan tidak percaya kalau aku katakan upah menjahit Baju Melayu Teluk Belanga di sini cuma B$15 sahaja sepasang!!!! Dan disesetengah tempat upahnya cuma B$12-13 sepasang!. Makanya kami menempah 2 pasang baju sekaligus di dua buah kedai yang berbeza. Kain untuk baju-baju tersebut juga dibeli di Brunei, berkualiti dan murah harganya. Tukang-tukang jahit di sini kebanyakannya warga India dan Filipina, dan di pekan sekecil Kuala Belait itu sahaja, terdapat lebih 10 buah kedai jahit. Terima kasih juga kepada Zoul yang turut menemani 'speeding to Bandar Seri Begawan'......