Monday, August 27, 2007

Malaysia 50th National Day

Tunku Abdul Rahman shouts Merdeka! (Independence!) on 31st August 1957 at Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
In 1956, the then Prime Minister of Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj led a delegation to London to hold talks with the British Government concerning independence for Malaya. The Malayan delegation, comprising of four representatives of the Malay Rulers and four Alliance representatives, convinced the British Government to set a date for independence: 31st August 1957. And so it came to pass that on the eve of 31 August 1957, at the Selangor Club Padang (now known as Dataran Merdeka or Independence Square), the Malayan flag was hoisted to replace the Union Jack. Early the next morning the Tunku read the Proclamation of Independence at the historic Merdeka Stadium. On both occasions, Tunku's shouts of Merdeka! were joyously echoed by thousands of Malayans who were there, and the millions who followed the proceedings through the mass media. Malaya had officially gained independence from the former colonialists and became known as the Federation of Malaya, to be followed in 1963 by a change in name to the Federation of Malaysia. And every year since that momentous event in 1957, Malaysians of all races proudly celebrate the anniversary of their independence.
Malaysia has come along way since then. After almost half a century of progress, development and improvement, the country has become a role model for other developing countries, and shown that people of different cultures and religions can live and work together while maintaining their unique identities and their own traditions and customs. On a special occasions like Merdeka Day, the many races of Malaysia proudly don their traditional costumes and gather at various venues around the country in celebration of freedom, self-determination and unity.
Malaysia will celebrate her 50th Independence Day on 31 August 2007. The centre for National Day celebrations rotates around the states of Malaysia. Take for example last year, the main event will be held in Putrajaya. Festivities would start the night before with an open-air concert at the chosen venue during the 'Merdeka Eve Celebrations' with popular Malaysian singers and celebrities.
To mark the occasion on the morning of Merdeka Day, the main event usually begins with a spectacular parade down at the preselected venue with His Majesty The King, the Prime Minister, and other government leaders joining the mammoth crowd. Each state will be represented, as are the many ethnic groups that comprise multiracial Malaysia. The National Flag will be flown throughout the country, at office buildings, private homes and on vehicles. State shows, competitions and exhibitions will also be held in all states.
"Let there be spaces in your togetherness" said the Lebanese poet Kahlil Gibran. "Sing and dance together and be joyous," he continued "but let each one of you be alone." In his wisdom, the poet was referring to the importance of uniqueness and individuality, rather than isolation. Sensing this, the country's top leaders have never failed to stress the importance of being proud of your heritage.

The doctrine of individualism in unity has made Malaysia that much more special in the eyes of the world. Rather than put all the different cultures and customs in a melting pot and let everything fuse together, it is the rakyat's celebration of each other's uniqueness that have made them, and their country so successful. It's a win-win formula. And when they gather together on independence day, Malaysians are reminded of their roots and how they came to be what they are today. Hari kemerdekaan merupakan masa untuk mengenang sejarah silam, memperkukuhkan semangat kenegaraan dan cintakan tanah air. Selain itu ianya juga bertujuan memperbaharui azam kita untuk terus menyumbang kepada kemajuan dan kejayaan negara dimasa depan. Seharusnya tarikh kemerdekaan diingati sebagai satu tarikh keramat pengorbanan pejuang masa dulu yang sanggup mempertaruhkan nyawa mereka demi kesejahteraan generasai masa depan. Perjuangan mengisi kemerdekaan negara adalah tanggungjawab semua rakyat Malaysia agar hasrat kita mencapai kemajuan yang seimbang dan akan menjadi kenyataan. Sejak mencapai kemerdekaan 50 tahun yang lalu negara kita telah melalui pelbagai perubahan baik dari segi ekonomi , politik dan sosial.

Bapa Kebebasan
(Al-Fatihah untuk Almarhum Tunku Abdul Rahman)

Dialah yang memugar rimba sejarah
dan meletakkan batu tanda bertatah indah
dialah yang membina sempadan gagah
antara musim terjajah
dan gerbang waktu melepas gundah.

Dialah yang bergelar bapa
mewariskan sebidang tanah menganjur,
dengan bukit-bukau hijau mengimbau
disuburi jernih air sungai masyhur
bumi subur warisan leluhur.

Dalam lembut bicara semanis kata-kata,
dia menolak cengkam tajam
dari kuku-kuku hitam yang kejam
mengikis karat musibat
dengan minda yang padat berkat
lalu dia kembali melepaskan merpati
melayah di mega pelangi.

Dia yang meletakkan makna merdeka
dalam kamus peradaban bangsa
lalu kita meluaskan aksara
mencanai istilah bertuah
sehingga anak-anak warisanmu
berdiri di persada mercu restu
menjamah madu syahdu
dari embun di rumput baldu.
31 Ogos tanggal keramat
dia meletak tapak kebebasan di bumi warisan
tahun demi tahun kita kenang dan insaf
betapa hidup terjajah berbaur seribu masalah.

Dialah bapa!
yang telah mewariskan pada kita
Sebuah kemerdekaanyang perlu dipertahankan.

Ghazali Lateh, Mingguan Malaysia26 Ogos 2001.

Kemerdekaan Mengikut Perspektif Islam (click)

Friday, August 24, 2007

Moshi! Moshi! Sushi!


"Irrasahai mase....." sambut dua orang pelayang wanita sambil membongkokkan sedikit badan mereka, yang sedia menunggu di pintu masuk Restoran Nikko - the best Japanese restaurant in Miri. Selepas pulang dari kerja semalam, tetiba tekak ini terasa dan teringin untuk menikmati Sushi. Aku tak ingat bila kali terakhir aku menikmati Sushi, mungkin awal tahun ini - dah lama tu, sedangkan semasa aku baru-baru mula pindah ke Miri ni, hampir setiap minggu aku singgah ke restoran ni. Semasa di Johor dulu juga aku sering ke Genki Sushi atau Sushi King. Ada satu ketika aku terlalu 'mengidam' makan Sushi, hampir setiap hari selepas waktu kerja aku akan singgah makan Sushi di Jusco Taman Universiti, Skudai - berhampiran pula dengan tempat tinggal aku di Mutiara Rini.
Semalam Zoul dan Khairul de Luaq menemani aku untuk 'memenuhi' tuntutan nafsu makan Sushi. Semua makanan di dalam menu nampak sedap-sedap belaka. Antara makanan yang kami pesan ialah Unagi with Teriyaki sauce, iaitu Belut panggang yang sungguh lazat, Hotate Sushi atau Kepah dan kegemaran aku ialah kepala ikan Salmon dipanggang dengan Teriyaki sauce, selain Maki atau Roll terutamanya Soft Shell Crab. Puas sungguh dapat menikmati makanan Jepun yang segar dan berkhasiat, ditambah pula dengan Sup Miso dan Teh Hijau tanpa gula. Makanan yang dihidangkan di restoran Nikko ini memang segar dan berkualiti walaupun harganya jauh lebih mahal berbanding dengan Sushi King atau Genki Sushi. Tengoklah foto-foto kat atas tu, 3 orang punya makan....naik termonyeh! Selepas ni, aku 'craving' apa pula ek? Happy Weekend all......

Wednesday, August 22, 2007

TAG: 8 Random Facts About Me....

Kena TAGGED lagi ceritanya ni.... oleh sebab aku pun suka 'mengetag' blogger lain, dan apabila aku di'tag', maka kenalah sambut.... orang berbudi, kita berbahasa (ada kena mengena ke?). Kali ini aku di'tag' oleh Wan Hidayat - Cronicle. Memadangkan aku ni ada sikit kreatif, aku letak ler pics sekali berdedai dengan '8 random facts about myself'....rushmurad at Tepak Sireh.
♠ Post these rules before you give the facts.
♠ List 8 random facts about yourself.
♠ At the end of your post, choose (tag) 8 people and list their names (linking to them).
♠ Leave them a comment on their blog letting them know they’ve been tagged!
Aku menetap di Miri, Sarawak buat masa ini. Aku bukan suka-suka hendak memilih Bandaraya Miri sebagai tempat bermastautin, atau bukan kerana aku rakyat sejati bumi Kenyalang, dan bukan juga kerana aku penyokong Ngap Sayot.......ianya kerana aku telah di'kidnapped' oleh sebuah Syarikat 'gargantuan' yang menjalankan perniagaan minyak dan gas. Sebenarnya aku dilahirkan dan dibesarkan di Negeri Johor Darul Takzim, lebih tepat sekali di Kulaifornia, kau ado? nan ado kan? Kepada mereka yang kurang tahu, foto kat atas tu ialah pemandangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Johor di atas Bukit Timbalan, berlatarkan kawasan Istana Besar/Muzium Di-Raja Johor. Tahukah anda bahawa Bandaraya Johor Bahru adalah kota berkembar Istanbul di Turki? Dinch korang tak tahu kan?

I'm Internet addict! Yes I'm..... aku akan menghabiskan masa tidak kurang dari 5 jam dalam sehari melayari Internet. Aku tidak boleh bekerja tanpa Internet, aku akan kebosanan sekiranya line Internet rosak, aku akan separuh gila kalau line Internet terputus. Skop kerja aku terlalu bergantung kepada Internet, tiada Internet, maka tiadalah kerja yang hendak dibuat. Semua pencarian maklumat dilakukan atas talian, semua perhubungan melalui email, kadangkala sahaja menggunakan telefon ataupun bersemuka dalam mesyuarat. Sekarang ni aku sudah terlalu malas untuk duduk semeja bermesyuarat, aku lebih suka Netmeeting, teleconference dan sebagainya. Sambil bermesyuarat, aku boleh makan biskut cicah air kopi, kalau tak pun boleh tututuuuuttt tanpa ada orang sedar/bau....

Sik cayak ka? Semasa di Johor dulu, aku begitu aktif berpersatuan segala, selain pelbagai NGO yang aku sertai (termasuklah Persatuan Ibu Tunggal - motif depa register nama aku!), aku juga join Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kulai. Aku menjadi Ketua Pemuda cawangan Kulai, aku juga menjadi Ketua Penerangan Pemuda Bahagian, dan aku juga bertanding bagi pemilihan Ketua Pemuda Bahagian bagi menggantikan YB Datuk Dr Adam Baba (Setiausaha Parlimen Kem. Pengajian Tinggi). Motif aku masuk politik? Niat aku ikhlas, ingin membantu orang-orang Melayu terutamanya generasi muda, demi Agama Islam, bangsa Melayu dan Negara Malaysia. Motif aku masuk NGO? aku ingin menjadi masyarakat Malaysia yang prihatin dan bertanggungjawab. Motif aku masuk GPMS? (jawatan terakhir aku pada masa tu ialah Timbalan Presiden GPMS Negeri Johor), sebab kawan aku jadi Presiden, so aku jadi Timbalan jer la....

Aku ada lesen menyelam/diving dari NAUI - National Association of Underwater Instructor. Selalunya penyelam-penyelam 'leisure' akan ambil lesen PADI - Professional Association of Diving Instructors - sebab lebih mudah lulus dan cepat. Aku baru beberapa kali pergi menyelam (selam yang betul-betul dan secara professional), dan hajat untuk diving di Sipadan belum terlaksana lagi, InsyaAllah..... Banyak yang boleh dipelajari dari skill atau kemahiran yang didapati dari belajar menyelam ni. Biar belanja beberapa ribu ringgit untuk latihan dan mendapatkan lesen, tetapi ianya memang berbaloi. Ada sesiapa nak ikut diving di Miri?

Korang tengoklah beg travel aku ni, bertampal-tampal dengan pelbagai sticker dari pelbagai airport. Aku memang addicted pergi travel, semakin parah...... Kalau sebulan tak keluar dari Miri ni memang tak sah, jalan dekat-dekat pun jadilah. Tahun ni jer aku dan berjalan merata tempat, tu belum lagi sampai hujung tahun ni. Aku ada tahi lalat di bahagian tapak kaki, kata orang tua-tua, itu tandanya budak ni bila besar nanti akan kuat berjalan (bukannya kuat berlumba jalan kaki), atau berjalan jauh. Tepat betul telahan arwah Mbah. Semasa bersekolah menengah dulu ada seorang Guru lelaki India yang begitu mahir dalam membaca tapak tangan atau Palmistry (he introduced me to this interesting thingy), dia bilang yang aku ni akan berjalan jauh, akan selalu keluar negara etc. Pada masa tu aku macam kurang percaya, hanya untuk suka-suka, tetapi banyak ramalannya menjadi kenyataan kini (antaranya ialah 'awak akan berkahwin sangat lamba't....... ayyoyyo...)

Aku suka kumpul Porcelain atau tembikar terutamanya dari China. Koleksi aku agak terbantut semenjak berpindah ke Miri, kerana ruang rumah yang terhad untuk mempamerkan koleksi dan juga sukar mendapatkan Porcelain antik berbanding di Singapore. Walaupun begitu, koleksi terbaru dari Istanbul baru sahaja aku gantung, terima kasih kepada Suraya yang ke sana beberapa bulan lalu. Sedang congak untuk membeli almari kaca berbingkai Jati....

Aku suka makan Satay, lebih sedap sekiranya Satay tersebut telah disimpan semalaman di dalam peti sejuk. Selain dari Satay sejuk, aku juga makan ayam goreng (KFC, McD) yang sejuk dingin dalam peti sejuk. Tidak perlu dipanaskan atau masuk ke dalam Microwave Oven, hidangkan sejuk-sejuk tanpa kuah atau sos. Tabiat ni terdidik dari aku kecil, sebabnya setiap kali Abah pulang ke rumah pasti sudah lewat dan pasti membawa ole-ole. Selalunya aku sudah nyenyak lena, dan ole-ole makanan yang dibawa akan dimakan keesokan paginya - bangun tidur terus buka peti sejuk!

Aku mempunyai Six Sense yang cukup kuat. Ini bukan main-main ya, ini realiti. Rakan-rakan yang rapat dan dah lama kenal dengan aku pasti akan bersetuju. Semakin hari semakin kuat Six Sense yang aku miliki, sehinggakan rakan-rakan di KL kalau ada barang hilang atau ingin mencari sesuatu yang tercicir/hilang, akan menelefon meminta bantuan (ada yang menggelar aku 'Mak Esah', perlu ker?). Bukan itu sahaja.... otak aku ni sudah menjadi seperti 'Lie Detector', aku boleh tahu dan hidu sekiranya seseorang itu tidak bercakap benar atau ringkasnya berbohong. Six Sense ini juga kadangkala menganggu, kerana acapkali aku boleh merasa 'kehadiran' unsur-unsur mistik atau aura negatif - samada dengan mendengar, merasa atau melihat. Aku juga minat bidang Astrology, Palmistry dan yang sewaktu dengannya.
Aku sepatutnya mengetag 8 orang blogger, tetapi memandangkan 8 orang blogger yang akan aku ngetag itu baru sahaja selesai ditag, maka aku pun buat keputusan tidak mengetag sesiapa. Alkisahnya.......

Sunday, August 19, 2007

Weekend with the children....

Picnic With The Orphanages
Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak dari PERYATIM (Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak) sesampainya kami di bangunan Bumiko, Miri. Kami seramai 6 orang (Antz, Amalia, Zehan, Nizam, Zoul) menaiki 4 buah kereta, datang untuk membawa anak-anak tersebut 'outing' ke pantai Tanjung Lobang, bersempena dengan cuti persekolahan. Seramai 10 orang anak-anak tidak pulang ke kampung halaman samada kerana ingin mengulangkaji peperiksaan atau atas sebab peribadi. Mereka diiringi oleh 2 orang Warden asrama, Encik Khafiz dan Cik Yati, yang kelihatan amat komited dengan tugas mereka. Tiada acara khusus yang kami sediakan untuk anak-anak ini, program yang diatur atas inisiatif beberapa rakan ini sebenarnya lebih kepada ingin mendekati 'masyarakat', menyahut konsep 'masyarakat penyayang', dan juga atas rasa keinsafan, rasa kasih sayang, prihatin dan rasa tanggungjawab sebagai seorang Muslim.
Projek kecil yang diberi nama "Undercover Angels" ini telah mendapat sokongan dari rakan-rakan sekerja dan juga kenalan rapat. Sumbangan bagi menjalankan program tersebut telah dikumpul bagi membeli buku-buku rujukan dan latihan, makanan dan minuman semasa program dan sebuah almari buku yang ditempatkan di surau asrama. Projek seterusnya ialah untuk mendapatkan Personal Computer terpakai dan mengadakan satu majlis berbuka puasa dan terawih bersama-sama. Kami juga berkesempatan berbual mesra dengan Pengarah PERYATIM yang kebetulan datang melawat ke cawangan Miri. Ibu Hajjah yang begitu mesra dan murah senyuman, mengalu-alukan inisiatif kami dan seterusnya meminta kami menjadi Sukarelawan PERYATIM - bersama-sama menjalankan pelbagai aktiviti. Setelah mendengar taklimat dari Ibu Hajjah, kami tertarik untuk membantu membangunkan Perpustakaan Mini untuk anak-anak ini, apabila mereka telah berpindah ke bangunan baru seawal Januari 2008 nanti. Misi kami sekarang ini ialah untuk mengumpul dana serta mencari buku-buku baru dan terpakai untuk dimuatkan di perpustakaan. Selain dari itu juga, kami akan berusaha untuk membina sebuah 'wakaf' atau 'gazebo' pelajar di pusat itu.

Di penghujung 'outing' hari itu, anak-anak tersebut telah menghidangkan kami halwa telinga dendangan nasyid berlatar muzik ombak Laut China Selatan yang amat syahdu dan menyentuh emosi. Betapa Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, memberi kami akal untuk berfikir sejenak akan kepayahan dan kesusahan anak-anak yatim ini, dan menyelitkan perasaan untuk menyelami kesunyian dan kalbu mereka. Terasa begitu kerdil diri ini, betapa singkatnya hidup di dunia Fatamorgana ini, betapa Akhirat itu destinasi yang pasti........... dan betapa beruntungnya kita yang masih ada insan yang boleh dipanggil 'Ayah' dan 'Ibu'.......

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang turut serta memeriahkan program hari itu - Aned, Khairul de Luaq dan Haizul.
Sabda Nabi saw yang bermaksud:-"Sesiapa yang memelihara anak-anak yatim dari kalangan orang Islam dengan memberi makanan dan minumannya sehingga ia mampu berdikari maka Allah menyediakan syurga untuknya selagi ia tidak melakukan syirik".

Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya. (Al-Baqarah, ayat 215)

Friday, August 17, 2007

As I Was Passing My World Journey.....

My eyes bumped into MPHOnline Bookstore while browsing Maybank2U.com recently. I ended-up with 3 books, which safely couried to me less than 5 days from the date I order them. I even received a free gift from MPH, a Bookmark made of wood in a shape of our traditional kite 'Wau Bulan', by Arch "A Momento for you in conjunction with MPH Bookstores Support Malaysian Authors Campaign 2007".

As I Wass Passing by Adibah Main

A Year in the World - Journey of a Passionate Traveller by Frances Mayes, 2006.
"This book is vintage Frances Mayes - celebration of the allure of travel, of serendipitous pleasures found in unlikely locales, of memory woven into the present, and of a joyous sense of quest. An ideal travel companion, Frances Mayes brings to the page the curiosity of an intrepid explorer, remarkable insights into the wonder of the everyday, and a compelling narrative style that entertains as it informs." This book personally gives me an enormous amount of inspirations to write a quite similiar genre in future. I always dreamt of writing a Travelogue, and publish it, sold on every corner of the globe. Having a blog like Tepak Sireh is a wonderful journey in itself, as a platform for me to polish my skills and documented as much information as possible on my previous and future travellings. I have not started reading this book, but sure I will while doing my next vacation in 3 weeks time somewhere in East Coast of Malaysia (sigh....).
As I Was Passing & As I Was Passing II by Adibah Amin, 1970's.
"Adibah Amin's As I Was Passing celebrates the Malaysian way of life. In this delightful, inventive collage of anecdotal essays, she looks into the heart and soul of Malaysia, past and present, with rumour and through crisp prose. She dissects the Malaysian psyche and its quirks and idiosyncrasies with relish and abandonment."
"Adibah Amin writes about real people, people like the pak cik down the road, Yin, her teacher-friend, and Mano, the gardener's little boy. In her inimitable style, she weaves little stories around ordinary folk going through life's challenges, or as she would put it, their ups and downs. But a common thread binds them all. There is a message, a 'moral' if you like, in even the simplest of her tales. That's what makes her anecdotes so captivating, so enduring." Ng Poh Tip - Group Editorial, Star Publications (Malaysia).
I strongly recommend Malaysian, especially the young generations to read this masterpiece from Adibah Amin. She wrote them in a very simple essays but elegant and amusing. She wrote these sketches of Malaysian life and musings on various topics in the 1970's, in a local newspaper. Go and get this book, you will surely be entertained!

Wednesday, August 15, 2007

Happy XXth Birthday to Aned!

Birthday Aned

Pic from left clockwise: I had this Nachos ala-Mexicana, a delicious and mouth watering Tortilla chips serves with minced meat and top-up with melted cheese. Guacamole (an avocado-based relish or dip from the age of the Aztecs) dip and sour cream compliment the taste and texture of this Nachos. The birthday guy, Ali @ fondly known as Aned looking at the cake, it was a surprise party for him. The Vanilla Ice Cream cake, the light and less-creamy taste of Vanilla and cream cheese blended with the sweetness of Chocolate sauce topping - it's a heaven!. Zoul is having the Grilled Chicken sandwich, not the traditional type of sandwiches with white bread, this time it's a homemade thick French bread. The fillings other than grilled chicken pieces with Thai's spices, are chicken ham, fresh lettuce, onion and green tomatoes. It come together with a stack of french fries and a bowl of chill coleslaw.
Semalam pulang dari kerja, kami berlima (Aned, Zoul, Khairul dan Aizul), pergi makan-makan di Siamese Secret Restaurant. Memang sengaja bercadang ke sana untuk meraikan harijadi Aned yang ke XX. Kepada Aned, selamat menyambut harilahir ke XX, semoga apa yang dicitakan dan diharapkan, InsyaAllah akan dimakbulkan olehNya. Great to know you and have you as my friend.

Sunday, August 12, 2007

Malay Engagement Ceremony - "Three In One"

Malay Engagement Ceremony

Baju Biru = Helmi dan Nia, Baju Pink = Annie, Baju Hijau = Marzuki dan Rina

Sabtu yang baru lepas, berlangsungnya majlis pertunangan serentak 3 rakan rapat di Miri, Helmi, Annie (Zainab) dan Nia Septriasa (Nia baru sahaja memeluk agama Islam dengan nama Nia Nur Athirah). Hilmi berpasangan dengan Nia, adik kepada Helmi iaitu Annie pasangannya Muhammad dan seorang lagi adik Helmi, iaitu Marzuki berpasangan dengan Rina. Majlis yang begitu meriah bermula dari pukul 2.30 petang itu dihadiri oleh sanak saudara dan kenalan rapat keluarga tersebut. Ini merupakan pengalaman pertama aku menghadiri majlis seumpamanya di Miri, dan ada sesuatu yang agak berlainan dengan majlis pertunangan yang biasa aku hadiri di Semenanjung. Pihak wakil perempuan akan membacakan surat watikah dan kemudian ditandatangani oleh wakil pihak lelaki menandakan setuju dengan syarat-syarat yang dinyatakan. Kami doakan semoga pasangan tersebut dapat mengharungi dan menghadapi dugaan dan godaan dengan penuh kesabaran sepanjang waktu pertunangan ini, sehinggalah mereka selesai diijab kabulkan nanti.

Wednesday, August 08, 2007

The 6 Paragraphs Story

Hampir seminggu aku tak blogging, terasa terlalu lama pula... atau memang sengaja nak mempromosi Tag dari LKY... tidak....tidak.... Memang bukan disengajakan, dan juga bukan kerana kekeringan idea. Bukan senang rupanya hendak menjadi penulis blog yang konsisten, sentiasa ada modal ingin diceritakan. Kadang-kala idea datang mencurah-curah tetapi kurang pula relevannya atau tidak sesuai dipaparkan. Ada juga yang menulis blog tanpa bertapis, tanpa mengambil sensitivi pembaca dan pengunjung blog mahupun perasaan masyarakat sekeliling. Kebebasan bersuara dijadikan lesen untuk menulis apa sahaja di dalam blog, dan undang-undang siber pula masih ada kekurangan untuk membendung trend popular ini. Dan tidak kurang juga yang tidak bersemangat patriotik!!!

Memandangkan aku sering makan di luar, adakalanya tak tahu nak makan di mana dan nak makan apa. Sesekali mengeluh kerana bolak-balik pergi ke tempat yang sama, hingga naik jelak. Beberapa hari lepas semasa sedang memandu menyusuri Pasar Babi, ternampak pula sebuah restoran yang terang benderang, nampak menarik..... seakan-akan di Indonesia pula cara tatarias restoran tu. Terpampang kain rentang berbunyi 'Sido Mampir'.... atau dalam bahasa Melayu 'Sila Singgah'. Dua tiga kali aku melintas di hadapan restoran tersebut, untuk memastikan beberapa perkara (perkara apa ek?). Semalam, berhajat hendak ke sana, nasib tidak menyebelahi kerana restoran tersebut ditutup awal....

Beberapa hari ni, aku memang tak ada hati di ofis ni, tak tahulah mengapa dan apa.... dan di mana pula hati aku. Beberapa perancangan yang dibuat sebelum ini terpaksa aku fikir-fikirkan semula, kena dipertimbangkan, perlu diperhalusi. Theraphy paling bagus buat aku pada masa ini ialah 'shopping'.... atau window shopping, tetapi aku di Miri! Pun begitu sempat juga singgah ke Aussino. Dan berjaya juga membeli beberapa buah buku melalui MPH online. Selepas mesyuarat semalam, adalah sedikit (terlalu sedikit) berita yang buat aku berkobar-kobar (juga terlalu sedikit). Bos dah approved pergi workshop di Singapore bulan depan, awal bulan Ramadhan, bertolak sehari setelah aku pulang bercuti di JB. Kenapa bukan di Sydney atau London? memang minggu ni tak ada hati di ofis! Lagi 5 minit aku akan bertolak ke Brunei untuk mesyuarat. Mungkin sempat untuk sambung shopping kat SupaSave beli biskut made in England tu.

Sejak akhir-akhir ini, aku semakin bosan dengan perangai salah seorang rakan serumah. Aku dah beri hints kepada awek dia yang aku ingin dia keluar dari rumah tu selewat-lewatnya selepas Aidilfitri nanti, tetapi macam tak sampai hati pula nak bagitahu dia secara bersemuka. Mungkin aku hantar email sahaja atau MSN.....mungkin sekali esok. Tak perlu lah aku ceritakan mengapa dan apa yang membuatkan aku dah bosan dengan salah seorang rakan serumah tu, mungkin tiada keserasian...... mungkin juga sudah tidak ada jodoh tinggal sebumbung....dan mungkin juga aku perlukan privasi!

Projek untuk 'menaik taraf' bilik tidur aku ni berjalan agak lembap, sepatutnya selesai 2 bulan yang lalu! Walaupun begitu, ianya tetap berjalan, sedikit demi sedikit, secoet demi secoet.... bak kata orang tua-tua 'biar lambat asal selamat' (ada kena mengena ke? atau alasan sahaja?). Setidaknya aku dah tukar ambal Bukhara yang berwarna-warni tu dengan tikar buluh warna Mahogany, buatan China. Di suatu sudut sudah ada sepasu pokok Fishbone Fern (Nephrolepis cordifolia), 4 biji kusyen empuk dan tudung lampu terendak dari IKEA juga sudah ditukar baru. Cadar baru juga sudah dibeli......eh! terasa macam nak sambut pengantin pulak dah......


Aku masih belum putuskan samada mahu membeli kamera jenis Nikon D70s tersebut atau yang lain. Tidak mudah, atau aku masih belum mahir dengan kamera tersebut, terlalu banyak manual adjustment perlu dilakukan, maklumlah dah terbiasa dengan jenis compact. Aku berikan masa sehingga hujung minggu ini untuk bermesra dan bermain-main dengan Nikon D70s ni. Ada sesiapa yang pernah menggunakan kamera jenis ni? atau ada cadangan yang lebih baik? Gambar-gambar di atas diambil dengan menggunakan kamera Nikon D70s, gambar pintu pagar rumah aku, sekitar ruang tamu dan lampu chandelier di ruang makan.

Thursday, August 02, 2007

I've been T A G G E D by LKY

You've been T A G G E D ! ! ! - "List out 5 people whom you would like to bring along with you to Istanbul, Turkey; where you will spend with them a week- long stay at the luxuriously furnished Grand Sultan Suite at the ever majestic Ciragan Palace Kempinski Hotel. Owh and do tell us why these 5 lucky people deserve to be there with you…" And to that 5 lucky people listed in the entry, C O N G R A T U L A T I O N S ! ! ! You've just been T A G G E D ! ! !
by Lady Lea Laurielle at http://lealaurielle.blogdrive.com/

Kena tag lagi! Tapi tag kali ni tetiba aku rasa macam nak buat assignment pula. Lebih-lebih lagi tagging kali ni berbeza dari tag atau MEME yang lain-lain, dan paling menariknya ianya berkenaan dengan tempat pelancongan, dan yang membuat aku lebih-lebih teruja ialah negara atau bandaraya yang dipilih - Istanbul, Turkey! Teringin sangat nak ke Istanbul, sebab ramai rakan-rakan yang telah jejak kaki ke sana, bermacam cerita menarik dibawa. Kalau aku ingin melancong ke Turkey, akan aku pastikan bukan setakat Istanbul sahaja yang akan dilawati, tetapi tempat-tempat 'off-beaten track' - yang jarang diketahui dan dilawati meskipun menarik.
Berbalik kepada tag yang direkacipta oleh Lea Laurielle, aku kena memilih sekurang-kurangnya 5 orang untuk dibawa bersama menikmati kehidupan ala-Istana Istanbul selama seminggu di Grand Sultan Suite, Ciragan Palace Hotel Kempinski. Aku juga kena memberikan justifikasi kenapa aku perlu membawa 5 orang tadi (macam betul-betul jek ek? kalau aku billionaire, why not bring these people along..... kan?) And here are the 5 lucky people;

1. Nurul - The Serial Plant Killer. Justifikasi utama ialah si Nurul ni pun kuat travel, gigih bertravel sepanjang tahun. Pergi travel dengan orang yang sudah biasa travel ni selalunya lebih 'mudah'. Mereka sudah terbiasa dengan the do's and don'ts of travelling. Keduanya, Nurul sudah pernah sampai ke Istanbul, dengar cerita dia nak pergi lagi tahun ni. Bermakna Nurul sudah ada pengalaman dan expert mengenai selok-belok Istanbul. Tak perlu bersusah payah hendak menggunakan perkhidmatan jurupandu pelancong.

2. Red Mummy - Dia ni pun dah kena tag, tetapi aku tetap nak heret dia bersama pi Hotel Kempinski (Red Mummy sahaja - suami dia si Sirman dan anak-anak dia tak boleh ikut, sebab budget tak cukup). Justifikasi utama ialah setiap kali dia pergi travel, dia akan membawa bersama beberapa kilo makanan kering dari Malaysia. Dia akan memasak di dalam bilik hotel. Selain dari itu, Red Mummy memang terrer bab tawar-menawar barangan dan berhangkut beg-beg shopping sambil berjalan kaki beberapa kilometer.

3. Wan Hidayat - Justifikasi utama ialah dia tidak pernah keluar dari Malaysia kecuali minggu lepas dia ikut aku ke Brunei. Atas sifat setiakawan, simpati dan kasih sayang, aku bawalah dia sekali pergi melancong ke Hotel Kempinski tu. Mungkin dalam perjalanan pulang boleh singgah buat Umrah sekali. Justifikasi kedua ialah, dia ni tak kedekut wang ringgit "makanlah apa nak makan, pilihlah barang, nanti saya bayar....eeeerrrr..... duit saya masih banyak ni... you just take my money....nah!..." I loike!

4. Fendiosman - Pertamanya dia ini asyik merengek ajak pergi bercuti bersama-sama, nak datang Miri nak tengok Gua Niah, nak pergi Brunei....macam-macamlah! So, again atas sifat setiakawan dan simpati, aku bawa juga si mamat Kedah ni bersama. Lagipun dia memang suka cuti-cuti ni, tetapi selalu kata 'saya tak dak duit lah abang oiii... tinggai brapa kupang ja dalam bank..' boleh percaya ke Pegawai PTD tak cukup duit? Dan yang pastinya si Fendiosman ni boleh jadi kawan 'pokpek' dengan kakak tiri sepupu sebelah tok wan usu anak Mak Bedah hujung sungai Pendang dia, si Red Mummy - pasti meriah!
5. Luaq Dome Ezplanade - Ini seorang lagi yang tidak pernah keluar dari Malaysia dan jarang-jarang keluar dari Bandaraya Miri, kecuali ke Brunei. Sekali lagi atas sifat setiakawan dan simpati, aku bawa si Khairul ni ikut terbang ke Istanbul. Semua orang yang ikut serta rombongan ala-ala Cik Kiah ini akan terhibur dengan lawak jenaka slapstik si Khairul ni nanti. Lagipun si Khairul ni very helpful dan ringan tulang, mudah memberi bantuan dan pertolongan, amat sesuai dibawa bersiar-siar ke Bazaar.

".... to execute the concept I used variuos decorative items and furniture in an eclectic blend, famous of late 19th century. Decorative Ottoman fabrics design, decorative Turkish Itznik tiles and plates, hand woven carpets from Usak, Hereka and Iran, antique fireplaces and furniture from Europe, crystal chandeliers and many other special items are juxtaposed in a way as if they were brought together in time for the mythical palace. The walls and ceilings are decorated with traditional Ottoman style decorative paintings of that period. Neoclassical, Restoration and Late Empire styles are blended with Ottoman style upholstery. To recreate the feeling of grandeur in the palace, paintings with themes depicting elegant parties in Ottoman Palaces in the 19th century were selected and reproduced....." Hande Tozun - Interior Architect of Sultan Palace Suite, Ciragan.

http://www.kempinski-istanbul.com/en/home/index.htm

Quick info on the Ciragan Palace Hotel Kempinski:

Address : ÇIRAGAN CAD. 84, 80700 BESIKTAS/ISTANBUL. Number of rooms : 315 rooms, 404 total beds. All rooms with : Phone, Shower and WC, Private Bathroom, Music, Cable TV, Satellite TV, Air-Condition, Mini Bar, Voice Mail, Safe Box, Hair Dryer, Balcony. Dining : 5 Restaurants, Patisserié, Snackbar, Çiragan Bar. Meeting Room : 15 Meeting Rooms (total cap.1800), 5 International Meeting Rooms, 15 Meeting Rooms (total cap.1800). Facilities and Services : Doctor, Babysitting, Full Room Service, Outdoor Parking, Indoor Parking, Extra Power Generator, Night Club,Hairdresser, Shopping Arcade. Leisure and Sports : Outdoor Swimming Pool, Indoor Swimming Pool, Children Pool, Turkish Bath, Sauna, Massage, Garden, Jaccuzi, Gymnasium Hall, Fitness Center, Putting Green. Bosphorus Airport: 25 km (Ataturk).

Background music: Istanbul Klarinet

All About Turkey page (click)