Monday, July 30, 2007

A Day in Brunei

Corak Baju Kurung

Sabtu lepas aku bersama Arnette, Zoul dan Wan meronda ke Bandar Seri Begawan, Brunei. Ada beberapa misi mengapa kami ke sana, pertamanya Wan tidak pernah jejak kaki ke Brunei, keduanya aku hendak membeli beberapa potong kain di Nazmi Textile Boutique di Serusop, claim to be the Most Exclusive Textile Boutique in ASEAN..... tidak teragak-agak depa ni buat slogan. Well...... dengan ikhlas aku rasa Nazmi ni setaraf Jakel di Johor Bahru (we are not even talking about Euro Moda or Gulati's here), dan kain yang dijual juga tidak banyak bezanya. Dari segi harga pula, memang ada yang amat murah, terutamanya kain kosong Baju Melayu, kualiti bagus dan memandangkan Brunei sedang menyambut Hari Keputeraan Kebawah Duli Sultan yang ke-61, maka adalah diskaun besar-besaran. Dari segi pilihan pula, tidak banyak (kedai ini tidaklah besar dan sempit pula) dan yang paling menarik ialah orang Brunei suka dengan corak yang mempunyai motif 'Butterfly'. Tetapi akhirnya (setelah menjelajah ke Kofom, Nazmi, YMRM) dapat juga aku membeli ole-ole buat Mak, Abah dan adik-adik perempuan di Johor. Tahun ini kami bercadang pakai baju berlatar warna perak/abu-abu/kelabu.

Semasa singgah di Bangunan Yayasan untuk makan tengahari di Restoran Nyonya (rasanya aku dah tak nak makan di sini lagi, the quality is getting worst), aku sempat juga menjengah melihat-lihat barangan crystal glassware. Maka terjebak sekali lagi membeli 4 biji crystal glassware, berjenama Bohemian dari Czech dan Beyer dari Germany. Memang tidak dapat dinafikan yang crystal glassware di sini jauh lebih murah berbanding di Singapore, Indonesia dan Malaysia. Contohnya bekas seperti di atas, kalau di Malaysia, sebuah harganya sekitar RM400, tetapi di Brunei harganya cuma RM100 (jenama dan corak yang sama).

"For centuries, Bohemian crystal glass has been a synonym of beauty and perfect workmanship quality. As far back as the beginning of the 18th century, crystal chandeliers and glass products of Bohemia became a popular and European rulers of major importance decorated their palaces with Bohemian glass."

Mungkin ada di antara kita sukar ingin membezakan di antara kaca (glass) dan juga lead crystal (crystal glassware) mari kita pelajari;

"Glass is an organic substance consisting of a mixture of silicates, barates or phosphates that cools to a rigid condition without crystallization. (It can be made of quartz-sand, lime, soda, potash and lead oxide.) Crystal falls into the 3 main categories. Fine Crystal or Crystalline is made from a glass mixture that contains 6% - 10% lead oxide.

Lead Crystal is made from a glass mixture that contains 10% - 24% lead oxide and Full Lead Crystal is made from a glass mixture that contains 24% lead oxide or more. For the most part, crystal by European standards regards 24% lead bearing glass as crystal. However, by American standards, any glass that is perfectly clear is considered crystal regardless of the lead content. Lead oxide in crystal gives the product clarity and sparkle. Any crystal that is hand-cut usually must be 24% lead oxide or over - otherwise the crystal would be too brittle and would break when cut or engraved."

To know more about Czech Bohemian Crystal Glassware, visit at http://www.bohemian-glassworks.com/index.html

To know more about Beyer Bleikristal Bavaria, visit at http://www.beyer-crystal.de/englisch/frameenglisch.htm

Dalam perjalanan pulang ke Miri, kami singgah sebentar di Seria (nama lama Padang Berawa), kawasan di mana terletaknya ibupejabat Brunei Shell Petroleum. Memandangkan ramai expatriate yang bertumpu di sini, maka ada sebuah mini market 'SupaSave' yang menjual barangan makanan yang diimpot, terutamanya dari England, Australia, New Zealand, USA dan Malaysia (ada beberapa barangan yang dibuat di Malaysia tetapi tidak terdapat di Miri). Antara beberapa makanan yang aku cari ialah biskut yang dibuat di England, yang sinonim dengan penuntut-penuntut Malaysia yang belajar di sana. Kalau di England, biskut-biskut ini memang murah dan tergapai dengan bajet sebagai penuntut, tetapi bila sudah sampai ke sini, menjadi eksklusif pula. Jenama Waitrose , Digestive, dan Lyons merupakan antara yang jenama biskut kegemaran aku, tak tahu pula kenapa, mungkin kerana rasanya yang sedap, ada kualiti, mudah diperolehi dan paling penting murah.

Waitrose ini merupakan nama sebuah supermarket di Britain, macam Giant dan Tesco. Mereka membuat sendiri kebanyakan produk makanan yang dijual. http://www.waitrose.com/index.aspx

Lyons pula telah memulakan perniagaan membuat biskut berkualiti semenjak tahun 1887 di London. For more information on Lyons, visit http://www.kzwp.com/lyons/index.htm

"Always innovative and with an acute awareness of popular taste, Lyons brought a unique blend of showmanship, style and spectacle to its aim of combining high quality with value for money. This was achieved by maintaining control of all its manufacturing and servicing departments. Its food laboratory was world-leading attracting many graduates from Oxford and Cambridge. Margaret Thatcher (née Roberts) worked as a scientist in the laboratory before she became a member of the British Parliament and eventually Britain's first woman Prime Minister."

Margaret Thatcher pun pernah kerja di kilang biskut. Masa sekolah dulu, aku pernah pergi melawat ke kilang biskut Jacob's di Tampoi Johor. Seronok dapat merasa makan biskut percuma, dan sebelum pulang dibekalkan setiap seorang sebungkus biskut tawar Jacob's.

Monday, July 23, 2007

Review: 1,000 Places To See Before You Die

"Life is not measured by the number of breaths we take but by the places and moments that take our breath away" - anonymous

To know more about the book, go to http://www.workman.com/products/9780761104841/

Kali ini aku posting mengenai buku yang ditulis oleh Patricia Schultz yang berjudul "1,000 Places To See Before You Die" - A Traveler's Life List, diterbitkan pada 2003. Kepada traveler seperti aku, buku ini memang amat menarik dan patut dimiliki sebagai salah satu bahan rujukan mengenai tempat-tempat khusus di sesebuah negara. Buku ini disusun dan dibahagikan mengikut 8 bahagian benua, dan senarainya terdiri dari What, How, Costs, When etc. Ianya bukan sahaja mengambil kira sesebuah tempat pelancongan sahaja, tetapi dimasukkan juga perkara-perkara lain yang dianggap menarik dan perlu dikunjungi dan rasai/alami. Contohnya The Sukhotai, Bangkok Thailand - ialah sebuah restoran yang menyediakan masakan asli Thai di sebuah hotel bertaraf 5 bintang. Satu lagi contoh ialah La Scala Opera House, Milan Italy - ianya merupakan sebuah teater atau opera house yang terkenal di Milan, mengunjungi persembahan teater di sini merupakan salah satu perkara di dalam "1,000 Places...".

Hampir 1/4 daripada 1,000 tempat yang disenaraikan berada di negara Amerika Syarikat, ini tidak menghairankan kerana penulis berasal dan membesar di negara tersebut. Buku ini kali terakhir dikemaskini pada tahun 2003, maka ada beberapa perkara atau tempat menarik yang terkini tidak dimasukkan. Malaysia juga berkongsi 5 buah tempat menarik dari 1,000 yang tersenarai, iaitu Sipadan Island - Epic Diving That Rates Among the Best, Headhunter's Trail - In the Footprints of the Wild Men of Borneo, The Datai - Luxury at the Jungle's Edge, Pangkor Laut Resort - A Sultan's Island Escape dan Penang - Pearl of the Orient. Aku berpendapat sepatutnya lebih banyak lagi tempat-tempat menarik bertaraf dunia dimasukkan bagi bab Malaysia, seperti Endau-Rompin National Park, Mulu Cave, Mount Kinabalu, Pulau Tioman, Petronas Twin Tower dan Tanjung Piai - The southernmost tip of mainland Asia. Selepas membaca buku ini, terdetik pula hati ingin menulis sebuah buku sebegini, tetapi berperspektif Malaysia - "1,000 Places To See In Malaysia". Sebelum itu, mari bersama-sama melihat senarai tempat-tempat yang pernah aku lawati, alami dan pergi yang tersenarai dalam buku ini (ada beberapa kota telah aku kunjungi tetapi tidak melawat ke tempat yang disenaraikan, contoh kota Amsterdam, antara tempat yang disenaraikan ialah Van Gogh Museum, Rijksmuseum, Pulitzer Hotel, Anne Frank House etc. Mengikut turutan dan susunan di dalam buku ini (places/events I've been/experienced which listed in the book);

1. London, England - "The man who tires of London tires of life. For there is in London all that life can afford." - Samuel Johnson
2. Tea At The Ritz, London, England - A Civilised Ritual Steeped in Tradition.
3. Oxford and Cambridge Universities, Oxfordshire & Cambridgeshire, England - Educational Legends.
4. La Grand Place, Brussels, Belgium - The Central Courtyard of the Continent's Capital.
5. Mary Chocolatier, Brussels, Belgium - Seductive Sweets.
6. Paris, Ile-de-France, France - "'If one of us dies', the husband told the wife, 'I shall move to Paris." - Sigmund Freud.
7. Cathedrale Notre Dame De Chartres, Ile-de-France, France - A Showcase of Gothic Expression.
8. Vieux Nice, Provence-Alpes-Cote d'Azur, France - A Beautiful Diva on the Sea.
9. The Rhine Valley, Germany - Legend, History, and World-Class Vineyards.
10. The Milanese Experience, Milan, Lombardy, Italy - Cutting-Edge Shopping and a Restaurant Extraordinaire.
11. Il Duomo, Milan, Lombardy, Italy - The Country's Masterpiece Gothic Confection.
12. Venice, Veneto, Italy - "When I went to Venice, my dream became my home." - Marcel Proust.
13. Cafe Society, Amsterdam, Netherlands - Neighbourhood Living Rooms and an Art Deco Treasure.
14. Canal Cruise and Tulip Time, Amsterdam and Lisse, Netherlands - Classic History and Blooming Beauty by Boat.
15. Red-Light District, Amsterdam, Netherlands - A Walk on the Wild Side.
16. Lucerne Festival, Switzerland - Extraordinary Music-Making in a Deserving Setting.
17. Essaouira, Morocco - A Windsurfer's Paradise.
18. Trekking The High Atlas, Morocco - Cultures and Vistas Untouched by Time.
19. Hotel La Mamounia, Marrakech, Morocco - A Historic Oasis of Luxury.
20. Place Djemaa El-Fna, Marrakech, Morocco - An Impromtu Circus Where the Curtain Goes Up at Sunset.
21. The Great Sahara, Morocco - Desert Beauty and Mystique.
22. Old Jeddah, Jeddah, Saudi Arabia - A Gateway to Mecca Holds On to Its History.
23. The Heart of Bali, Indonesia - Beyond the Beaches on the Island of the Gods.
24. Ubud and The Amandari, Bali, Indonesia - Island Hub of Painting, Music, and dance, and a Temple of Hospitality.
25. Borobudur and The Amanjiwo, Java, Indonesia - The World's Largest Buddhist Monument, and Lodging for Peaceful Souls.
26. Yogyakarta, Java, Indonesia - Keeper of the Javanese Heritage.
27. Headhunter's Trail, sarawak, Borneo, Malaysia - In the Footprints of the Wild Men of Borneo.
28. The Datai, Langkawi Island, Malaysia - Luxury at the Jungle's Edge.
29. Pangkor Laut Resort, Pangkor, Perak, Malaysia - A Sultan's Island Escape.
30. Penang, Malaysia - Pearl of the Orient.
31. Raffles Hotel, Singapore - A Colonial Grand Dame of Literary Tradition.
32. Singapore's Street Food, Singapore - A Grand Buffet in a Great Eating City.
33. Ancient Thai Massage, Bangkok, Thailand - Temples of Pampering Thai Promise Nirvana.
34. Chatuchak Weekend Market, Bangkok, Thailand - The Granddaddy of All Bangkok Markets.
35. The Grand Palace, Bangkok, Thailand - The Fairy-tale City That Inspired The King and I.
36. The Hill tribes of Northern Thailand, Chiang Mai, Thailand - Settlements Long Lost to the World.
37. Koh Phi Phi, Thailand - What's in a Name? Island Beauties.
38. Phuket, Thailand - Twin Havens Offer Thai Heaven.
39. The Blue Mountains and Lilianfels, New South Wales, Australia - Magnificent Scenery and Lodging to Match.
40. Sydney Opera House and The Harbor, New South Wales, Australia - A Beloved Icon and Luxe Hotel Overlooking the Waterfront.
Hanya 40 dari 1,000 tempat yang tersenarai pernah aku jejaki, lawati dan alami. Ada beberapa tempat yang tersenarai mungkin aku pernah jejaki tetapi tidak begitu pasti terutamanya di England, German dan France - sebab sudah terlalu lama meninggalkan negara tersebut. InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, akan bertambah sekurang-kurangnya 10 tempat lagi dalam senarai peribadi menjelang hujung tahun ini - ke 3 buah negara. Dan sesungguhnya bagi orang Muslim, aku pasti perlu dimasukkan ke dalam senarai ini tempat-tempat seperti Masjidil Haram di Makkah, Masjid Nabawi di Madinah, Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis etc.
"The world is a book, and those who do not travel, read only one page" How relevant this statement nowadays? Kita sudah ada Internet, TV dan sebagainya sebagai sumber maklumat..... tidak perlu berjalan jauh jika ingin melihat negara orang, releven kah?

Wednesday, July 18, 2007

Ketupat Daun Palas, Serunding Daging.......

Pertama-tamanya terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan Mak saya yang kurang sihat baru-baru ni. Doa-doa tersebut dimakbulkan Allah, Mak sekarang ni telah pulih seperti sediakala, semakin ceria dan bertenaga. Pulang ke Johor kali ini banyak hikmah rupanya, selain dari ziarah Mak yang tidak sihat, sempat juga melawat Mak Ngah yang kebetulan tidak sihat di Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai. Banyak juga aktiviti dilakukan sempena dengan cuti kali ini. Hari pertama sampai, malamnya pergi menonton mid-nite movie Harry Potter di City Square, atas ajakan rakan-rakan yang dah lama tak jumpa. Tak sampai suku rasanya aku menonton filem tersebut kerana selebihnya aku terlelap di atas kerusi empuk kerana keletihan dan mengantuk. Selesai menonton sekitar jam 2.30 pagi, kami pergi 'ngeteh' di kedai Mamak berdekatan - thanks to Jepun, Jasmy, Syamsul dan Kelvin.

Glutinous rice wrapped in Palm leaves. To know more on the making of this Malay traditional delicacy, go http://www.myindo.com/story/207.asp

Keesokannya, Abah bergegas pulang lebih awal dari Penang, dari menghadiri kenduri kendara saudara-mara di sana. Setiap kali Abah balik dari Penang pasti tak lupa membawa 'buah tangan' homemade dari tok-tok saudara. Paling aku suka ialah kuih Bahulu yang dibakar menggunakan arang dan sabut kelapa, begitu juga dengan kuih Bangkit yang rapuh di luar tetapi lembut di dalam, dan Ketupat Palas pulut. Ketupat Palas ni dimakan bersama serunding atau rendang.....eeerrmmm..... memang umphhhh!!!! Hari Ahad aku ke Singapore bersama Anita dan Ai, itupun setelah Mak memberitahu yang sakit-sakitnya telah hilang (malam sebelum itu Mak menjalani rawatan perubatan alternatif). Kami cuma berjalan di sekitar Orchard Road dan Arab Street sahaja, mencari beberapa barang yang 'kurang perlu' dan 'tidak perlu'. Akhirnya kami pulang dengan membawa sebuah luggage berisi macam-macam! Apa pun aku memang terkesima dengan diskaun di butik Zara, dan butik tu pun dah jadi macam pasar malam kerana terlalu ramai pelanggan. Sempat juga aku rembat tali pinggang yang ngam-ngam saiz aku. Setelah selesai window shopping segala, masa untuk merehatkan kaki-kaki yang keletihan, kami menuju ke Starbuck di Borders book store, sambil tu boleh juga aku membelek-belek buku. Tertarik dengan sebuah buku mengenai travel dan tempat-tempat menarik berjudul "1,000 Places To See Before You Die" - aku akan buat special entry pasal buku ni nanti. Tak lupa juga Mak berpesan supaya dibelikan Murtabak Singapura (saiznya yang jauh lebih besar dan inti yang padat) di Restoran Zam Zam, Arab Street.

Sesampai di JB dari Singapore, kami terus menuju ke deretan gerai makan di hadapan Hotel Hyatt, Tepian Tebrau. Gerai favourite kami ialah gerai ikan bakar yang terletak di hujung sekali. Kami memesan Siput Sedut goreng kicap (the best in the world!), Lala goreng sambal (the best in the world!), Rojak Petis dan Tauhu bakar....dah tu pekena pula dengan Ice Jelly yang ada Peach dan isi Durian Belanda (soursoup). Kalau datang ke Johor Bahru, jangan lupa singgah gerai-gerai kat sini. Ikan bakar kat sini disira dengan sambalnya yang tersendiri, sedap dan memang menepati standard tekak orang Johor....jauh lebih sedap dari kat Umbai atau Muara Port Klang....sik cayak ka?

Belum hilang penat merayau di Singapore, keesokannya aku jadi Driver menghantar Anita ke KLIA. Sesampai di KL langsung menuju ke KLCC untuk mencari barang yang masih tak jumpa-jumpa. Aku berbuka puasa (puasa 1 Rejab) dengan Yong Tau Foo, Penang Curry Noodles dan Steamed Popiah di Food Court KLCC, semuanya sedap belaka dan harga makanan juga amat berpatutan. Esoknya aku ke KLCC lagi untuk lunch date dengan beberapa orang rakan, kali ini di Chilli's - makan besar sampai termonyeh-monyeh! Memandangkan aku masih ada masa 3 jam lagi sebelum bertolak pulang ke JB, aku habiskan masa dengan window shopping di KLCC. Kenapa buku-buku kat Kinokuniya ni macam tak lengkap ek? Dan aku juga terjebak membeli Juvanex 7-Day detox kat farmasi Vitacare - yang ini juga aku akan buat special entry setelah selesai program 7 hari detoxing. Memandu dalam masa 3 jam sahaja aku sudah sampai di Kulai, dari KL - sempat singgah di hentian Ayer Keroh, Melaka mencari Dodol berperisa Durian, Pisang Salai, Lempok Durian, kuih Cakar Ayam (tau ke rupa kuih ni macam mana?) kerepek Sukun etc...... aku kena bergegas kerana malamnya ada private dinner atas jemputan YAM Tunku 'S' di Grand Straits View Restaurant. Dalam kepenatan dan separuh longlai, sempat juga kami berkaraoke, bersalsa, rhumba, cha-cha segala.....

Wednesday, July 11, 2007

Semoga Mak Cepat Sembuh!


Semenjak hujung minggu yang lepas Mak kurang sihat. Tergelincir semasa ke tandas lalu kepalanya terhantuk sedikit ke pintu. Semasa aku menelefon mengucapkan selamat hari lahir, suara Mak seperti biasa dan bilangnya kepada aku dia sihat-sihat sahaja. Tetapi di sebelah malamnya Noreen memberitahu bahawa Mak terjatuh di tandas sianghari tadi...... Aku telefon semula ke rumah, cuba bercakap dengan Mak, beliau cuma mengadu sakit sedikit, rasa badan tidak seimbang, terhantuk di sebelah dahi kanan tetapi badan di sebelah kiri pula yang sakit. Esoknya Anita bawa Mak ke klinik berdekatan, Doktor yang bertugas bilang semuanya OK. Setahu kami Mak memang tidak menghidap apa-apa penyakit. Kami pernah bawa Mak untuk 'full medical check-up' dan keputusan ujian menunjukkan Mak tidak ada tanda-tanda menghidap sebarang penyakit kronik lazim rakyat Malaysia seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung etc. Mak juga dibawa pergi berurut, bilangnya badan sudah terasa sedikit ringan walaupun tidak 100% sihat seperti sediakala. Mungkin kami akan bawa Mak ke Hospital Pakar pula selepas ini sekiranya sakit-sakit beliau tidak berkurangan.
Setiap hari aku menelefon ke rumah untuk memantau dari jauh keadaan kesihatan Mak. Beliau masih berasa lemah seluruh badan, sengal-sengal otot dan kurang selera makan. Anitalah yang menemani Mak setiap hari di waktu siang (Noreen di waktu malam setelah pulang bekerja), terlanjur pula Anita 'cuti bekerja' untuk beberapa bulan ini kerana sibuk dengan persiapan perjalanan politiknya. Selasa depan tanggal 17 Julai beliau akan terbang ke Seoul, Korea Selatan menemani keluarga Mariam. Mungkin ada sebahagian dari kita yang mengikuti cerita seorang wanita Melayu yang terkandas lebih 60 tahun di Korea. Anita merupakan salah seorang wakil Puteri UMNO Malaysia yang akan mengiringi anak-anak Mariam. Beliau juga yang menguruskan mendapatkan passport mereka di JB.
Merasakan yang aku perlu ada di sisi Mak dan keluarga ketika ini, aku buat keputusan untuk balik ke Johor, Jumaat ini. Mungkin bercuti seminggu di sana nanti. Abah pula masih di Penang ketika ini, mungkin akan terbang pulang secepat mungkin. Nasib baiklah aku berkerja di Malaysia, seandainya aku ditugaskan di luar negara, pasti tidak semudah ini untuk membuat keputusan dan tidak mudah juga untuk segera sampai ke kampung halaman (baru bercadang ingin mengambil option cross posting ke Nigeria tahun hadapan). Perjalanan dari Miri ke JB nanti hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam, tidak banyak bezanya jika aku memandu dari KL ke Kulai.

Aku memang tengah cukup risau tatkala ini, harap-harap tidak ada masalah lain yang akan menambahkan kerisauan aku ini. Dan berdoa semoga Mak cepat sembuh seperti sediakala........amiiinnnn.........

Tuesday, July 10, 2007

Gastronomy: Otak-otak & Grilled Lamb

Hari Ahad yang lalu, aku dijemput untuk menghadiri acara makan-makan di rumah pasangan yang baru menimang cahayamata Siti Salina dan Faishal. Majlis bermula jam 2 petang tetapi aku sengaja datang sekitar jam 3++ petang supaya tidak bersusah payah nak bantu hidupkan api BBQ nanti. Meleset perkiraan aku rupanya, sesampai aku di sana, mereka baru hendak bermula terkial-kial menyalakan arang dan dek kerana lapar, aku makan dahulu apa sahaja yang sudah terhidang atas meja. Selesai makan, sambung bantu hidupkan api dan mulalah acara BBQ. Banyak sungguh makanan yang disediakan dan semuanya makanan kegemaran aku, ini termasuklah Roti Jala berkuahkan kari ayam, Spaghetti dengan sos tomato dan cendawan, Satay siap dengan nasi impit, kambing panggang etc. Semakin petang, semakin ramai yang datang sambil membawa makanan, antaranya Antz yang membawa 4 kotak Dunkin' Donuts, Farah dengan Mashed Potato with blackpepper cream sauce, Amalina dengan Cornetto's Ice cream dan paling mengujakan ialah Suraya yang baru sampai dari JB membawa 100 keping Otak-otak Kempas yang masih separuh beku.

Dari jauh Suraya sudah berteriak "Rush!!!!! I bawak otak-otak dari Johor!!!!!".... aku ketepikan semua makanan yang sedang dipanggang dan mula menyusun Otak-otak yang dibawa. Teringat 2 minggu lepas dimana aku kempunan nak makan Otak-otak dari Johor ni semasa berlangsungnya Karnival Jom Makan-makan di Miri. Masing-masing yang ada kat situ dah tak sabar nak merasa Otak-otak ni, ada antara mereka yang tidak pernah merasa Otak-otak yang menjadi salah satu makanan 'signature' atau rasmi Negeri Johor. Ketagih dan 'non-stop' kalau dah mula makan Otak-otak ni, nasib baiklah Suraya beli banyak, maka bolehlah menjamu sampai puas. Ada yang bertanya apa resepi Otak-otak ni, maka aku perturunkanlah ilmu yang aku ada (mereka memang dah tahu yang aku ni boleh masak sikit-sikit). Dan kepada pembaca blog Tepak Sireh, nah aku perturunkan resepi Otak-otak, kalau ada pertanyaaan lanjut, hantar jer kat komen ni ek. Selamat mencuba!

Saturday, July 07, 2007

Happy Birthday To Mak & Anita!


Pada tarikh ini, 57 tahun yang lampau
kau lahir menghirup udara dunia
menceriakan sepasang jiwa
menjadi tali ikatan dua cinta suci
campuran dari dua bangsa gah alam Melayu
datukmu dari Kraton singgah ke sini
moyangmu dari tanah Martapura juga singgah ke sini
semayammu di Negeri Jauhar bertuah.

Rentetan ceriteramu panjang dan menyayat
Sesekali menyentuh hati dan emosi
Tidak kurang juga yang mengundang senyum
Namun tidak pernah Al-Khalid menyisihmu
dari rahmatNya
dari rahimNya
dari dzatNya.

Semoga perjalanan mendatang
senantiasa membahagiakanmu
semoga kasih sayangmu
terus melimpah-ruah untuk kami
semoga kesihatan dan kemashlahatanmu
sentiasa sejahtera
dan semoga doa-doa ini
senantiasa berada di ArasyNya

Hari ini 07/07/07 merupakan sambutan hari lahir Mak yang ke 57. Foto di atas ni adalah antara hadiah buat Mak tersayang. Memang tak bersedia sebenarnya nak pergi mencari hadiah, mungkin juga kerana sibuk dengan pelbagai hal. Memang habit aku suka membelikan hadiah barang kemas kepada Mak, tak terkecuali juga semasa aku ke Makkah baru-baru ni sempat aku membelikan Mak sebentuk cincin Zamrud bertakhta berlian dan sebentuk cincin Delima merah. Kali ini aku membeli gelang Jade Crystal berwarna hijau gelap, sesuai untuk Mak pakai dengan cincin Zamrud bermata 16 tu.
Hadiah hari lahir untuk Anita - dompet comel ni jer yang sempat dipilih . Kat Miri ni mana nak cari Prada atau TODS!
Semalam pula Anita menyambut hari lahir, adik perempuan yang kedua dalam keluarga dan anak ke-empat. Awal paginya aku terima sms dari dia, lain pula bunyi sms ni, tak perasan pula yang hari tu ialah hari lahir dia. Semoga apa yang dicita dan diimpikan akan terlaksana dan di makbulkan Allah.
sms Anita pada awal pagi 6 Jun 2007:
masa berlalu begitu pantas
dalam tak sedar dah berganjak ke angka 30
lebih separuh abad.
Pelbagai cerita suka duka dilalui,
jatuh, bangun, tawa, tangis....
yang tak dapat dicatit satu persatu.
moga-moga diangka yang begini besar
segala matlamat hidup tercapai
dan Allah meminjamkan bulan, bintang dan matahari,
untuk melalui hari-hari yang indah.
dan segala keindahan ini tidak mungkin dimiliki
tanpa kasih sayang dari mak, abah, abang, kakak, adik-adik.
Tanpa kalian tak bererti bulan, bintang dan matahari.
Terima kasih semua,
semoga Allah sentiasa memberi rahmat kepada keluarga kita
Semoga dapat bersama-sama di Mekah satu hari nanti. Amin.

Thursday, July 05, 2007

Ophthalmic Lens for new Gucci eyewear

Semasa pulang bercuti di kampung sebulan yang lalu, cermin mata yang telah lebih 3 tahun dipakai mengucapkan 'Sayonara'. Ketika itu, aku sedang sibuk memasak 10 kilo (atau 20 kilo?) Nasi Mekah untuk dibuat kenduri doa selamat malam tu, dalam pada menggaul nasi di dalam periuk gergasi, tiba-tiba kepulan wap panas nasi tadi naik ke muka. Maka pandangan aku pula jadi kabur dek kerana cermin mata yang berwap. Aku tanggalkan cermin mata dan lap menggunakan tuala 'Good Morning' yang aku lilit di leher. 'Klik-klak'..... dah patah dua cermin mata aku!!!, nyaris-nyaris terjatuh ke dalam periuk besar berisi nasi tadi. Jadi rabun lah aku seketika, mulalah kepala jadi pening-pening lalat, meraba menaiki tangga belakang rumah menuju ke dapur, langsung ke bilik tidur untuk mencari 'contact lense'. Pendekkan cerita, aku perlu mendapatkan cermin mata baru, dah sampai masa agaknya hayat cermin mata tu.....
Keesokan harinya, aku ke kedai di pekan Kulai, atas cadangan adik aku. "Apalah ada kat kedai di Kulai ni, entah apa-apa brand ler nanti, tak moh lah" getus aku. Sesampai ke kedai cermin mata Nice Vision Optic yang luas, besar dan moden tu, tergamam juga melihat koleksi cermin mata yang diperagakan....macam-macam ada. Akhirnya aku memilih cermin mata jenama Gucci, diperbuat dari bahan Optyl dengan warna perang kekuningan. Aku inginkan sedikit kelainan kali ini, ingin terlihat lebih sofistikated, lebih segar dan lebih santai. Jurujual mensarankan agar aku memilih kanta Nikon Airwear (click) yang terkini, super light and impact resistant dan macam-macam lagilah. Untuk memuaskan hati pelanggan, jurujual tadi memberikan potongan harga yang sungguh berpatutan dan sijil Nikon-Essilor yang mengatakan aku telah membeli barangan yang asli. Aku terpaksa menunggu lebih sehari untuk mengambil semula cermin mata tadi, kerana lens perlu dipotong dan sebagainya. Memang aku kelihatan lebih 'comel' (mereka kata ek) dengan cermin mata yang ala-ala Komander Jepun tu. Puas hati dengan layanan yang diberikan walaupun terbang 4 angka (kena postponed beli handphone baru).
The Gucci eyeglasses eyewear collection is distiguished by highly innovative models in terms of stylistic and creative content, as well as technologically advanced lines. Gucci eyeglasses eyewear features bold frames with great styles for the discerning wearer.
Sàfilo USA has expanded its Gucci Eyewear (click) collection with a host of updated ophthalmic frames and sunwear styles that mirror the fashion forward image of the designer brand. The latest Gucci ophthalmics are an updated version of traditional Gucci styling. The collection is highlighted by four plastic styles with bold detailing and trendy color schemes.
"In the past, the Gucci ophthalmic collection catered to a more mature, conservative consumer who preferred classic styling. This new collection, however, is very directional. It’s geared to the same young-minded, customer who buys Gucci clothing and sunglasses," says Gloria Maccaroni, Sáfilo USA director of marketing.
OPTYL = Optyl is a cast-moulded plastic, this time from the EPOXY family (like Araldite). It is a thermosetting plastic. It stays in a particular shape until it gets to a high temperature (about 83 degrees C - quite hot!) Above this temperature it will soften and can be re-shaped into a new adjustment shape. It must be restrained to this new shape while it cools down. It will then keep this shape indefinately till it exceeds 83 degrees Celcius once more. It is thus quite tricky to adjust but very useful type of material in that when it is going to retain it's adjusted shape eventually forever. Do not worry if you lose control of Optyl adjustment, if it has taken on a totally incorrect shape, it can warmed up to it's original "out of factory"shape, so that you can start again! It is also hypo-allergic so ideal for patients with a nickel sensitivity. If in doubt Optyl frames are made by the Optyl Group of companies so if the frame has the following brands it is likely to be made of Optyl - Christian Dior, Viennaline, Terri Brogan, Gucci, Dunhill, Palmo Picasso, then it should be adjusted with care.

Tuesday, July 03, 2007

Tagging For The Good Cause

If you are tagged, you need to write an entry related to the meme. At the end of your entry you just need to tag as many persons as you like. You will then leave a comment in their blog to let them know they have been tagged. And to include this message, "By doing this meme you are contributing RM127 to the Darul Izzah Orphanage".
Then please copy and paste this rule somewhere in your entry. The meme is about completing at least seventeen out of the following twenty seven sentences. And remember to drop a line or two in Idham's blog (the Originator/Organizer/Contributor) saying that you have done this tag.

1. A person is only as good as...virtually everything he/she do
2. Friendship is always... a sweet responsibility, never an opportunity
3. To love is to...... risk not being loved in return, but risk must be taken because the greatest hazard in life is to risk nothing
4. Money makes me... wanting more
5. I miss…my family and friends
6. My way of saying I care is by... giving some presents
7. I try to spread love and happiness by... loving and giving as much as I can
8. Pick the flowers when.... the skies are blue
9. To love someone is to...... sacrifice your own love
10. Beauty is... in the eyes of the beholder
11. When I was thirteen, what I remember the most was... wearing green short pants uniform and being teased by the Malay boys. “...kau ingat ini sekolah orang putih ke?...”
12. When I was twenty-one, I remember... being deeply in love, pampered, showered with lots of money, gold, big cars, expensive clothes etc..... you know what I meant?
13. I am most happy when...I’m flying up in the skies or just looking at my parents face/photos.
14. Nothing makes me happier than... seeing at the happy faces of my parents, my sisters and brothers, nieces, nephew, sanak-saudara.....
15. If I can change one thing, I will change...NOTHING!
16. If smiles were…the best remedy you can get then I... will be the best Medium
17. Wouldn't it be nice if we could….. just chill out!
18. If you want to... have safer sex then you have to... get the rubber first!
19. Money is not everything but... there’s NO but!
20. The most touching moments I have experienced is.....reciting doa in front of Baitullah
21. I smile when…I’m flirting
22. When I am happy, I would say ‘Alhamdulillah!’ Syukur....syukurrrr... Thanks Allah!
23. If only I don't have to...be single, then...my life would be a lot more fun
24. The best thing I did yesterday was…looking at my two Lovers in front of me chatting, laughing, smiling with each other....beautiful!
25. If I ever write a book, I will give it this title… RASHIDY - The Man Malaysia Created
26. One thing I must do before I die is...TAUBAT!
27. Doing this meme, I feel like... emmm... I feel good.... yes indeed, like chip-in the sedekah at the masjid's donation box.
Thanks to AffendiOsman for tagging me and doing such a noble job. Now, the ball is rolling to;

Monday, July 02, 2007

Feasting In Miri

Miri International Food Festival 2007

Hujung minggu lepas berlangsung majlis Perasmian Penutup Bulan Citarasa Malaysia 2007 dan bermulanya pula Miri International Food Festival 2007. Kedua-dua kemuncak acara tersebut telah diadakan dengan gilang-gemilang dan meriah di Dataran Boulevard, Miri. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang tiga hari acara tersebut diadakan, ini termasuklah acara demonstrasi memasak juadah Sarawak, pertandingan karaoke, persembahan nyanyian oleh artis-artis terkenal dan jualan hasil-hasil kraftangan dan makanan dari beberapa buah negeri di Malaysia.
Aku tercari-cari juga gerai dari Johor, yer lah nak tengok juga apa makanan istimewa yang mereka bawa dari Johor untuk orang Miri, dari jauh dah nampak manusia berpusu-pusu berasak di kaunter makanan Johor. Rupanya mereka beratur untuk membeli otak-otak dan sata yang sedang dipanggang. Selain dari itu ada juga keropok lekor dan popia berinti otak-otak dijual sama. Aku lupakan saja lah nak beratur panjang, beralih pula ke gerai dari negeri lain yang kurang berasak. Hari berikutnya sempat bertanya kenapa bawa sedikit sahaja bekalan untuk dijual, jawapan mereka ialah mereka tidak sangka yang di Miri ni sambutan sungguh menggalakan dan ramai pula orang. Mananya tak ramai, pengunjung dari Brunei dan Bintulu semuanya turut sama berpesta di sini, menjadikan Miri semakin meriah, sesak dan padat. Dan aku ni yang kurang minat 'berpeleseran' di acara 'bergesel-gesel' beramai-ramai ni pun ikut turun ke padang. Kalau di Johor tu, memang ler aku tak pi sebarang acara atau konsert terbuka macam ni, sebabnya naik sesak nafas dan tak selesa berasak-asak, kecualilah kalau ada 'special invitation' atau VIP seat - kekwat tak?

Petang Sabtu, setelah menemani si Kelvin Lau membuat rehearsal, aku bawa dia melihat-lihat sekitar bandaraya Miri, Ali dan Zoul ikut serta. Ramai juga peminat yang mengenali si Kelvin Lau ni, sehingga beberapa orang makcik yang berniaga di Luak Bay Esplanade pun kenal dia. Malam tu kami sekali lagi menemai beliau di belakang pentas, maka dibawalah kami bertiga ni berkenal-kenalan dengan artis-artis yang hadir. Pertamanya dia kenalkan dengan Mawi, sempat ler aku berbual pendek dengan dia, cerita pasal kakak dia yang pernah jadi classmate dengan aku dan cerita budak-budak Kulai yang kami sama-sama kenal. Selain dari beliau, aku bersembang dengan Fahrin Ahmad (jadi pengacara malam tu), cerita pasal jumpa dia di Masjid Nabawi masa umrah hari tu, Awie Wings, Datuk M. Daud Kilau (sempat tanya kat dia " Datuk malam ni menyanyi dengan selendang merah yang merelip tu ke?"), L. Ramli, Datuk Jeffrideen, Farhan, kumpulan Infinitez, Bob Mesra dan Omar Ariff, pengacara rasmi malam tersebut serta pembaca berita RTM, yang saban tahun Aidilfitri akan singgah ke rumah parents aku kat Johor.

Dua orang budak botak dari Kulai.

Persembahan pada malam itu, yang paling menarik ialah persembahan bunga api dan kebudayaan pelbagai etnik dari Sarawak, cukup berwarna-warni, unik dan menarik. Betapa majmuknya masyarakat Malaysia dan cukup harmoni. Acara-acara besar peringkat kebangsaan seperti ini perlu selalu diadakan di Miri, biar orang luar lebih mengenali Miri dan Sarawak khususnya. Siapa kata tinggal di Miri bosan????? Silap tuuu.......