Friday, June 29, 2007

Addicted to Bread

I have a new addiction. This apricot-raisin-wheatgerm bread called Toast'em from Gardenia. I bought 2 packets while I was in KL last weekend with few other Gardenia's products. 'You're going to get fat!" Zoul said of my over indulgence. "What fat? these are all made of healthy and nutritious ingredients, look here it says Propotionate Calcium, Vitamin C, Roboflavin bla...bla...bla...." I ate all 2 packets in a week plus the others. I even skipped my usual ala-Malaysian breakfasts and lunches so that I can fully enjoy my breads. I'm craving for bread, I mean quality and tasty bread, not the one that taste like 'chipboard' and the thickness is like facial tissue paper, bread with minerals and vitamins, bread with dried fruits and grains, bread coated with chocolate and vanilla, bread with nice packaging...... I'm not posing 'high taste' or what, I'm just doing my own justice as a consumer and fulfilling my taste bud's (and inner desire cum belly-bloating?) . Do you know that they don't sell Gardenia bread in Miri? And not even Mighty White nor High 5?. Do you know that the history of breadmaking spans more than 5000 years ago, from Ancient Egypt, through the Iron Age, the Roman and Viking periods, right through the industrial revolution of the present day? Get your quality bread today and enjoy you weekend!!!

Tuesday, June 26, 2007

Hujung Minggu di KL

Hari Jumaat malam aku terbang ke KL dengan suatu misi khas. Sebelum tu ingin aku merakamkan ucapan terima kasih kepada Tyah yang sudi buatkan fruit cake yang sungguh sedap serta cream caramel yang puuuuurfect! Mereka yang makan kek tu semuanya memuji-muji, dan aku katakan yang membuat kek tersebut ialah seorang 'Cake Diva'. Beralih kepada cerita aktiviti di KL, sekarang ni sudah bermula Sale Carnivale, macam ada yang tak kena pulak kalau tidak bershopping. Tetapi kali ni aku kena lebih berhemat, sebab nak kumpul duit beli tiket flight ke Delhi. Hari Sabtu kami bermula dengan lunch di Madam Kwan's KLCC, terserempak pula dengan Hanafiah (yang sama-sama pergi Umrah) bersama isterinya yang balik bercuti dari Houston, US. Aku sempat memberitahu Hanafiah misi aku ke KL kali ini, dia agak terkejut apabila mendengar 'detail' misi tersebut dan bersungguh-sungguh ingin membantu, tetapi bukan di KL...... di Jakarta bilangnya. Aku katakan "I don't mind going back to my roots..."
Sementelah berada di KLCC, teringat pula ingin membeli Cream de la Mer (click) yang dah lama aku idamkan. Terkopak jugak duit akhirnya dalam berhemat segala, tetapi iman masih kuat dari dek godaan butik Ferragamo dan Adidas yang pasti akan membuat aku 'over budget'. Tetapi aku memang tak boleh mengalah bila nampak butik ZARA (click), kurang 15 minit aku dah keluar membawa sepasang seluar.

Ni cerita hari Ahad lepas pula. Singgah di Sri Hartamas untuk pendekkan lagi rambut di barber, siap ada alat urutan ala OSIM kat sini. Kemudian makan tengahari di restoran Nasi Kandar, memang dah lama aku tak makan Nasi Kandar, teringat pula kat Penang - rindu nak balik kampung pulak tetiba. Terima kasih kat kawan-kawan yang sudi temankan lunch hari tu - Yazlan Datuk Yahya, Syed Faiz Al-Habshee, Zaimi Abu Bakar dan Shariman Dato' Rahman - next time kita pekena Nasi Kandar original kat Jelutong pula. Setelah puas melilau sekitar Bukit Bintang, kami duduk menghirup kopi di Dome Cafe Lot 10. Kalau di Dome selalunya aku akan order samada Cafe Latte atau Twister, tapi kali ni aku pesan Long Macchiato pula. Dalam pada tu ramai lah pulak kawan-kawan lama dok melintas depan Dome, semakin ramai ler yang join meja kecik aku tu. Kelvin Lau pun ikut sama bersembang, dan katanya akan ke Miri bersama Mawi dan artis lain untuk program Miri International Food Festival minggu depan. Sebelum itu, sedang aku window shopping kat dalam Lot 10 tetiba ada kekecohan, sepasang pelancong dari Eropah begnya diragut semasa sedang membeli-belah di dalam sebuah kedai. Peragut tersebut sempat melarikan diri walau dikejar oleh Security Guard. Memalukan sungguh! tercemar imej negara kerana segelintir warga yang tidak bertanggungjawab. Pulang ke negara mereka, pasti pasangan tersebut akan membawa berita negatif mengenai Malaysia.

Selesai minum-minum dan bersembang, kami ke Hotel Istana untuk bertemu Dee (Jangan Ketawa, Asam Garam etc), beliau sedang bersiap-sedia untuk buat show di sana. Kalau dah mula berceloteh dengan Dee memang tak kering gusi dibuatnya, 30 minit bersama beliau memang tak terasa. Kemudian kami memandu pula menyusuri Jalan Damai, di mana terletaknya banyak restoran Timur Tengah /Arab. Dah lama tidak melalui jalan ni, tetiba sekarang ada banyak restoran yang happening dan unik. Lain kali jer lah singgah dinner kat sini.

Berbalik kepada cerita hari Sabtu, selesai melilau di KLCC, kami ke Convention Center pula kerana Munah jemput kami untuk ke International Beauty Expo. Berpuluh-puluh booth dengan pelbagai produk kecantikan serta kesihatan ada dijual dengan harga yang sungguh istimewa. Barang-barang yang kami cari semuanya dah sold-out (Vitamin C, Omega Fish Oil etc), tetapi akhirnya belilah juga beberapa produk kesihatan lain, termasuk kopi dan teh untuk kuruskan badan. Selain tu sempat juga buat pemeriksaan kesihatan serta mengukur tahap anti-oksidan dalam badan - nampaknya aku ni memang (WAJIB) memerlukan senaman serta menjaga pemakanan dengan betul dan teratur.

Inilah ole-ole yang dibawa oleh Wan Hidayat untuk aku sekembalinya dia dari out-station di Labuan semalam - THANK YOU so much!!!!. Kat sana memang banyak pilihan cokelat dan harganya pula memang jauh lebih murah kerana tax-free. Aku cuma pesan cokelat Cote d'Or "Melk Hazelnoten" tetapi dibelinya juga Cadbury "Choose Cadbury Choose Happiness" yang dalam tin comel ni serta sekeping lagi Cote d'Or "Melk Rozijnen Hazelnoten" - Milk Raisin Hazelnut. Macam dia tau jer aku memang suka benda-benda comel dan unik serta sedap.

Wednesday, June 20, 2007

Lagu Tema Kah?

Dah dekat sebulan Blogger.com ni buat hal. Sebarang editing di bahagian Template tidak boleh dilakukan, dan setiap kali itu juga akan keluar mesej seperti kat atas ni - "We are unable to save your template". Tak boleh nak ubah lagu, tukar atau tambah link dan macam-macam lagi. Nasib baik masih boleh buat posting dan upload gambar. Maka, merasalah kita mendengar lagu Hikmah ni tak putus-putus (dah macam lagu tema Tepak Sireh pula!). Sudah cuba untuk delete, pun tak boleh, pendek kata segala macam editing atau suntingan ke atas blog melalui Template memang tidak akan berjaya. Sudah pun hantar aduan ini melalui saluran yang betul, masih tiada jawapan. Bukan aku seorang sahaja yang mengalami masalah ni, ramai rupanya yang mengadu, dan masih tiada jawapan yang diberikan oleh pihak Blogger.com

Muhibbah 4

Disebabkan masalah tadi, tak der mood dah nak update blog ni walaupun banyak idea dan cerita, lagi pun teramat sibuk dengan kerja-kerja Syarikat. Itu tak termasuk 'extracurriculum' dan aktiviti sampingan yang lain. Yang pastinya aku semakin betah tinggal di Miri. Hujung minggu lepas sibuk dengan Sukan Muhibbah di antara Jabatan Alam Sekitar Sabah/Sarawak/Labuan/Petronas Carigali dan Shell. Seperti biasa aku akan kumpul pemain untuk sukan Bola Tampar. Memandangkan aku dapat info di saat-saat akhir, makanya ramai pemain yang handal tidak dapat serta, maka tinggallah semuanya 'bidan terjun'...... janji ada daripada tak ada wakil langsung. Yang seronoknya, dapat 2 helai T-shirt warna merah menyala, topi warna jingga dan tuala buat kesat peluh. Selain dari itu, sehari sebelum acara bermula, ada Gala Dinner di Miri Golf Club, dan penutup juga ada Gala Dinner di Eastwood Valley Golf Resort.

Wednesday, June 13, 2007

Madinah AL-Munawwarah

Masjid Nabawi Madinah

Pemandangan di Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawwarah. Masjid besar yang bersih dan cantik serta tersergam indah.
Ini merupakan posting terakhir mengenai perjalanan Umrah aku. Kali ini khusus mengenai kota Madinah Al-Munawwarah, kota Rasulullah, kota di mana terletaknya makam Rasulullah. Madinah merupakan kota yang besar dengan bangunan-bangunan tinggi lebar, hotel-hotel bertaraf 5 bintang juga banyak terdapat di sini (kami menginap di Sheraton Al-Harithyah Madinah) dan banyak bazaar moden di setiap bangunan. Kesempatan untuk bersolat serta berdoa di Raudhah tidak dilepaskan dan beberapa kali melintasi Makam Rasulullah untuk berdoa dan menyampaikan salam yang dikirim sanak-saudara serta teman-teman.

City of Madinah

Foto di tengah-tengah ialah masjid terapung di Jeddah. Sempat solat Zohor di sini dan makan tengahari di pesisir Laut Merah yang jernih airnya. Foto-foto lain ialah aktiviti-aktiviti di sekitar Kota Madinah.

Semasa di Madinah, rombongan kami dibawa ke Masjid Qiblatain, Masjid Quba, Bukit Uhud, ladang kurma, kilang mencetak Al-Quran (diberi percuma senaskah Al-Quran dan membeli beberapa yang lain) dan Bazaar Kurma. Ladang kurma ni nampak saling tak tumpah macam ladang Kelapa Sawit, tapi bila diperhati dari dekat, ternyata ada sedikit perbezaan, terasa pula seperti berada dalam ladang kelapa sawit di Felda mana ntah.... sambil menghirup teh Arab yang dicampur daun Pudina serta Cardamon. Pada malam terakhir di Madinah, Lan menghubungi rakannya (Hafiz dan Ridhwan) yang masih menuntut di Universiti di Madinah untuk dibawa bersiar melihat aktiviti malam. Kami ke kawasan bernama Sultanah, sempat singgah di sebuah boutique untuk membeli Jubah dan 'melepak' di Barnie's Cafe, cafe ala-alfresco sambil minum Cafe latte dan berkenalan dengan penduduk tempatan. Kawasan sekitar Sultanah seakan kawasan Bangsar yang dipenuhi Cafe ala-alfresco, happening lah juga, cuma tiada muzik yang kuat dan kaum wanita. Keesokannya, dalam perjalanan menuju ke airport, kami singgah di Masjid Terapung (Corniche Mosque) untuk solat Zohor, makan tengahhari dan berehat. Semasa di airport ada pula kejadian yang amat mengecewakan......marah, sedih, geram, keliru..... mungkin Allah hendak menguji sejauh mana kesabaran aku.

Rombongan Umrah

Inilah jamaah dalam rombongan kami, melalui agent Triways di TTDI/KLCC (www.triways.com.my). Mudah-mudahan Allah makbulkan permintaan aku untuk datang kembali mengunjungi Baitullah pada tahun hadapan.

Saturday, June 09, 2007

Pengalaman Indah Di Makkah 2

Doa

Foto dari kiri ke kanan merupakan pemandangan di Jabal Rahmah, dimana Nabi Adam dan Hawa bertemu setelah berpisah sekian lama. Dikatakan doa untuk bertemu jodoh mujarab di atas bukit ini. Aku tak lepaskan peluang berdoa di empat penjuru bukit ini. Foto terakhir ialah pemandangan di Jabal Thur.
Ada mendapat satu email yang bertanya, semasa di Makkah, lebih banyak beribadah atau buat 'kerja-kerja' lain? Mungkin kerana setelah melihat gambar-gambar yang disertakan, pasti akan terlintas di hati "banyak juga masa dihabiskan di luar aktiviti ibadah". Memang tak dapat nak dinafikan, aku ambil kesempatan yang ada semasa di sana untuk 'berkenalan' dengan kota Makkah dan penghuninya lebih dekat. Selalunya, selesai solat Subuh sekitar jam 5.30 pagi, aku akan pulang ke hotel untuk sarapan, selesai sarapan disambung dengan 'morning walk' melihat kegiatan penduduk Makkah di waktu pagi. Pulang sebentar ke hotel untuk rehat beberapa jam, jam 12 tengahari sudah bersedia untuk solat Zohor, selesai Zohor selalunya aku akan terus iktikaf di dalam masjid sambil membaca Al-Quran dan solat sunat. Sesekali aku akan buat Tawaf sunat dan solat hajat sehingga masuk waktu Asar. Selesai Asar selalunya cuaca masih lagi panas, aku sambung iktikaf dalam masjidilharam. Petang sementara menunggu masuk Maghrib, aku akan 'meronda' sekita bazaar di Makkah, lihat kegiatan jual-beli yang sudah beribu tahun berakar umbi. Rata-rata pembantu kedai di sana berketurunan Bangladesh atau Pakistan, yang boleh berbahasa Melayu. Salah seorang dari mereka sempat berbual panjang dengan aku, mengatakan pernah kerja di sebuah kilang di Pulau Pinang selama 4 tahun, rindu untuk pulang semula ke Malaysia, seorang lagi pernah kerja di Shah Alam, berkahwin dengan wanita Indonesia yang masih menetap di Malaysia. Setiap kali turun ke bazaar, pasti aku akan membeli ole-ole untuk di bawa pulang ke Malaysia, dan yang pasti aku juga akan membeli Jubah untuk diri sendiri. Seronok berbelanja sambil tawar menawar dan berkenalan dengan penduduk Makkah yang ramah-tamah, termasuk ada sekumpulan peniaga dari Hadramaut, Yemen ini. Pertama kali bertemu, mereka cuba bercakap dalam loghat Arab Yemen yang aku tak begitu faham, namun sikit-sikit tu aku taulah maksudnya. Aku katakan aku dari Malaysia, mereka tanya nama aku, setelah aku katakan nama sebenar, mereka kata itu nama lazim Hadrami atau penduduk Hadramaut, dan aku katakan yang nenek moyang dulu mungkin berasal dari sana, dan secepat itu juga mereka menghulurkan salam dan memeluk aku, beberapa orang Yemeni yang ada di situ pun melakukan perkara yang sama......dipendekkan cerita, aku membeli beberapa helai pakaian dari kedai tersebut dengan harga yang aku sendiri tetapkan tanpa perlu bersusah tawar-menawar.

My creation

Tahun ini aku menyambut hari lahir di Kota Makkah, seperti yang aku idamkan. Dua hari sebelum 24 Mei, abang Amin membawa aku, Lan dan Hanafiah ke Hotel Makkah Hilton untuk supper. Rupanya ada surprise untuk Lan dan aku, memandangkan Lan menyambut harijadi pada 18 Mei, maka kami berdua dirai dengan kek cokelat dan cafe latte. Kemudian pada malam 24 Mei pula, kami menyambutnya di sebuah lagi hotel 5 bintang di sini, Hotel Inter Continental, di mana coffee housenya berlatarbelakangkan Masjidilharam yang cukup indah di waktu malam. Kali ini giliran Hanafiah yang belanja dan Azween, adik Lan ikut serta. Sehari sebelum itu kami sempat melakukan Umrah kali kedua pada tengahmalam, di mana beberapa orang rakan Lan dari KL ikut serta (thanks to Khairun Tan Sri Dato’ Zainol Mahmood - anak bos LUTH sebab belanja teksi untuk Miqat, next time kena ikut pakej Tabung Haji plak). Semasa sedang Saie, tiba-tiba dari jauh aku nampak Lan sudah melambai-lambai dari lorong sebelah sambil mengucapkan "Happy Birthday", tak sedar pun dah jam 12.15 pada masa tu.... kerana kuyshuk bersaie sambil berdoa. Selalunya aktiviti kami selesai sekita jam 1 pagi, dan sekitar jam 3 pagi sudah bangun untuk bersiap sedia untuk solat Subuh. Tidur kami sekitar 2-3 jam sahaja, tetapi tidak pula berasa penat atau mengantuk, makin segar dan 'alert' serta sihat wal'afiat.

Inside Masjidilharam

Pemandangan di dalam Masjidilharam yang amat tenang.
Solat Jumaat di Masjidilharam, berhadapan dengan Kaabah merupakan suatu kenangan yang amat manis. Cuaca yang panas terik dan kering tidak menghalang aku untuk bersolat di atas marmar putih tidak berbumbung. Aku ingin bersama Jamaah lain berada di antara saf hadapan, bertentangan dengan Baitullah. Betapa aku kala ini rindukan semua itu!!!. Pagi Sabtu kami sudah bersedia untuk meninggalkan kota Makkah menuju ke kota Madinah Al-Munawwarah, kota Rasulullah. Tawaf Wida' dan solat sunat di Makan Ibrahim tidak kami tinggalkan, dan segala doa terakhir sebelum meninggalkan Makkah tidak kami lupa. Belum sempat kaki melangkah keluar dari Masjidilharam, hati sudah dilanda rindu mendalam, seperti tidak mahu pertemuan indah ini berakhir di situ, ingin sahaja lanjutkan iktikaf ini, duduk ini, sujud ini, doa ini.....dan tangisan sendu yang berterusan.......

Highway Makkah To Madinah

Perjalanan ke Madinah akan mengambil masa sekitar 5 jam melalui lebuhraya moden (Makkah-Madinah Al-Munawwarah Highway) sepanjang 421 km tanpa sebarang pemandangan yang menarik - hanya padang pasir yang berbatu-batu, sesekali insaf melihat keadaan ini, bagaimanakah orang-orang dahulu serta Rasulullah sendiri berulang-alik melalui jalan yang berbatu serta panas serta gersang ini, dengan menaiki unta dan kuda..... pasti sukar dan perih mereka rasai.... yang kini kita sendiri tidak rasai tetapi wajib menginsafi.

Monday, June 04, 2007

Pengalaman Indah Di Makkah 1

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah.... semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna. Beberapa kali aku sujud syukur di hadapan Kaabah sebaik tiba di Masjidilharam kerana akhirnya aku sampai juga ke Baitullah dengan selamat dan tanpa sebarang masalah. Bermula dengan iringan doa serta azan oleh seorang Ustaz di rumah Datuk Yahya dan Datin Hawa di Damansara Height, sehinggalah pelukan serta lambaian Habib di Departure Gate KLIA..... semuanya seakan babak-babak indah memulai perjalanan ibadah ini. Selama 8 jam berada di dalam pesawat MH 0150 KL-Jeddah dimanfaatkan dengan mengulangkaji dan menyusun strategi ibadah. Agak keliru dan terkilan dengan kondisi King Abdul Aziz Airport, negara kaya tetapi kemudahan awam tidak terjaga. Ustaz Nasir yang berasal dari kota Pontianak mengalu-alu kedatangan rombongan kami seramai 26 orang, yang rata-rata pertama kali menjejakkan kaki ke tanah Arab ini. Jeddah ke Makkah mengambil masa kurang lebih 1 jam dengan menaiki bas, kami terus ditempatkan di Hotel Zahret Makkah, yang jaraknya hanya 50 meter dari pintu Babul Umroh, Masjidilharam. Selesai membersihkan diri dan makan malam, sekitar pukul 11.30 malam, kami memulakan Umrah yang pertama diketuai oleh seorang Mutawwif muda berasal dari Indonesia. Keadaan sekitar Masjidilharam amat tenang dan mendamaikan, segala aktiviti berjalan lancar dan Umrah pertama selesai sekitar jam 1.30 pagi. Rasanya semua cerita ibadah Umrah ni hampir sama bagi setiap individu yang pernah melaluinya atau mendengarnya, kecuali kalau ada 'kes-kes' tertentu atau cerita-cerita menarik atau aneh. Bagi aku, tiada yang aneh-aneh berlaku, semuanya lancar, tetapi nak juga berkongsi beberapa insiden, agar kita sama-sama dapat merenung kebesaran Allah dan muhasabah diri.

Cerita Sandal vs Selipar Jepun
Hari kedua di Makkah, aku menuju ke Masjidilharam untuk solat Zohor dengan memakai sandal baru berwarna putih jenis 'slip-on'. Ramai yang mencadangkan supaya aku membeli 'selipar jepun' sahaja kerana kerap berlaku kehilangan selipar di sana. Dengan bersahaja aku katakan kepada mereka 'saya ni tak biasa pakai selipar jepun yang murah tu, walau ke tandas, sebab rasa geli semacam..... rasa macammm.... issshhhh... tak perlah, pakai yang elok sikit jer..". Sandal baru aku tu simpan di 'pigeon hole' babul Umroh, dalam hati tawwakal sajalah. Selepas solat, memang benar sandal aku tu dah hilang, puas aku meninjau-ninjau sekeliling, memang dah lesap. Cuaca panas dengan suhu sekitar 43'Celcius, nak berkaki ayam sahaja pulang ke hotel? Aku tawwakal..... semasa memijak lantai marmar luar masjid aku masih boleh bertahan, tetapi sebaik memijak tangga kayu....kedua belah tapak kaki terasa terbakar.... masyaAllah!!!... dalam hati sempat aku berkata ' Ya Allah, aku halalkan kepada sesiapa yang mengambil sandal aku tu, aku sedekah, aku redha".... sambil aku cuba berlari mendaki anak tangga, belum sempat sampai ke penghujung, aku mendongak ke atas dan terlihat seorang wanita kulit hitam berpurdah sedang menghulurkan dua pasang selipar jepun yang masih baru kepadaku!!!!!!!! Bayangkan kalau aku berjalan tanpa alas kaki melalui jalan tar sehingga ke hotel? pasti tapak kaki aku akan terbakar dan aku pula tidak dapat mengerjakan ibadah-ibadah seterusnya. Ada seorang teman setelah mendengar cerita aku ni membuat komen "nasib baik kau ni memang jenis yang lembut hati dan tak panas baran, sesetengah orang tu pasti dah maki hamun sumpah seranah segala.... Allah nak tunjuk kalau kita ni selalu menjadi pemaaf, pasti ada ganjarannya...". Selepas insiden tu aku mencari wanita 'penghulur selipar' tersebut saban hari, bayang dia pun tak der....

My Mecca Trip 1

Cerita Manusia Kaku Di Hajar Aswad
Hari ketiga di Makkah, juga setelah selesai solat Zohor. Dalam keadaan cuaca yang panas terik, aku beratur panjang di sebelah Kaabah untuk mengambil kesempatan mencium Hajar Aswad. Aku gagahi juga dalam cuaca sebegitu, dan cuba bersabar untuk tidak ikut-ikut meredah kelompok ramai yang tidak mahu beratur, masing-masing saling berhimpit-himpitan, tolak-menolak, tarik-menarik, ada yang bersuara keras dan sebagainya. Dalam hati berkata-kata, lama juga aku kena beratur dalam panas terik ni, kena banyak sabar dan astagrfar, doa banyak-banyak supaya dipermudahkan usaha. Tak sampai beberapa minit, barisan tadi dah jadi semakin pendek sebab ada yang keluar dari barisan kerana tak sanggup nak menunggu. Ketika aku berada selang 3 orang dari Hajar Aswad, manusia di sekeliling semakin ganas bertolakan dan bertempik, naik takut dan cuak pun ada, aku semakin terhimpit ke tembok Kaabah sebelah Rukun Yamani-Hajar Aswad. Lelaki di depan aku yang besar tinggi cuba untuk menarik hujung kelambu Kaabah, aku pula tetiba berada di bawah ketiak dia, dan terus menuju ke hadapan Hajar Aswad. Aku baca doa-doa khusus semasa muka menekup ke dalamnya buat seketika, dalam hati hairan juga kerana tidak ada yang menarik-narik atau menjerit-jerit supaya segera beredar. Aku menjengah keluar, pandang kanan, kiri dan belakang..... semua manusia yang ada di sekeliling macam terpaku dan kaku melihat aku. Aku keliru sebentar (kenapa mereka semua ni tak suruh aku cepat beredar? tak jerit-jerit? tak marah-marah sebab dah lama baca doa kat dalam hajar tu?), dan memandangkan tiada siapa yang 'berbunyi', maka aku masukkan sekali lagi kepala ke dalam batu Syurga tu, mengucup puas-puas. Selepas insiden itu, aku cuba muhasabah diri, salah satu kelemahan aku ialah tidak tahu memarahi orang, aku tidak tahu nak menjerit-jerit dan mengherdik marah..... mungkin ini balasan baik yang aku terima.....ada kemungkinan....

My Mecca Trip 2

Cerita Cincin Batu Abah
Hari Khamis, 24 Mei ialah hari lahir aku. Selesai solat Asar, aku bergegas ke sebuah Souq 3 tingkat berdekatan hotel penginapan. Tujuan utama ialah untuk memenuhi permintaan dan pesanan Abah agar dibelikan sebentuk cincin yang ada batu, tak kiralah batu apa pun. Ground floor Souq tersebut cuma menempatkan 2 buah kaunter menjual pakaian lelaki di sebelah kiri dan kanan escalator/tangga elektrik. Lantai pertama dan kedua menjual barangan yang hampir sama, rata-rata menjual pakaian, minyak wangi dan barangan perhiasan dari batu-batu permata. Souq yang berbentuk empat segi ini tidaklah begitu besar, hanya boleh memuatkan tidak lebih dari 20 kedai pada setiap lantai. Ini kali kedua aku ke sana, dan aku terus tertarik dengan sebuah kedai yang terletak di penjuru tingkat 1. Penjual berbangsa Pakistan tersebut sungguh peramah dengan raut wajah yang mesra dan sentiasa tersenyum. Aku katakan yang aku ingin membeli sebentuk cincin bertahta batu, sebagai hadiah kepada bapaku di Malaysia. Batu Agate berwarna perang muda dan diikat dengan suasa serta perak menjadi pilihan. Kemudian aku katakan yang hari ini adalah hari jadi aku, dan aku ingin membeli hadiah untuk diri sendiri. Pemuda tadi menghulurkan tangan berjabat erat sambil mengucapkan 'Mabrook' (tahniah) sempena dengan harijadi aku, kemudian dia menunjukkan beberapa bentuk cincin Zamrud dihiasi berlian diikat dengan perak dan suasa. Dimasukkan sebutir ke jari manis, muat-muat saiz jari dan yang lucunya cincin tersebut tak boleh nak dilucutkan dari jari aku - nampaknya kena beli dah ni. Aku mula bertanyakan harga cincin tersebut, harga yang diberikan amat murah, hanya suku dari harga yang ditawarkan di kedai lain - macam tak percaya pun ada. Cincin untuk Abah pula diberikan diskaun separuh harga, aku gembira bukan kepalang - dapat hadiah beli sendiri dan hadiah buat Abah. Balik ke Hotel, ramai yang memuji cincin yang aku pakai, aku katakan yang harga di kedai tersebut cukup murah, dan ramai pula mengiyakan serta berminat untuk membeli. Esoknya selepas Asar, kami seramai 8 orang ke Souq tersebut mencari kedai yang aku pergi semalam. Percaya tak kalau aku katakan yang kami tidak menjumpai kedai tersebut? Memang betul, setelah lebih 8 kali 'tawaf' di dalam Souq yang sekecil itu, aku masih tidak dapat mencari kedai tersebut, yang ada di hujung penjuru tingkat 1 itu hanyalah kedai menjual pakaian wanita!

Bersambung.................................