Tuesday, May 15, 2007

Lambaianmu Oh! Kaabah....


"Hamba-Mu datang menyambut panggilan-Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyambut panggilan-Mu, Engkau yang tidak ada sekutu bagi-Mu, sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu Ya Allah. Tidak ada sekutu bagi-Mu."
Kepada saudara-mara, sahabat handai yang mengenali diri ini secara dekat mahupun rakan-rakan maya/blogger/pembaca blog Tepak Sireh;
Malam ini saya akan berangkat ke Kuala Lumpur, dan selang beberapa hari kemudian akan terbang ke Jeddah pula untuk menunaikan ibadah Umrah. Di kesempatan ini dengan rasa rendah diri, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas segala kekhilafan, kesalahan dan kecuaian saya, samada disengajakan atau tidak, dalam sedar mahupun alpa, yang nyata mahupun maya, secara bertulis, lisan, tersirat mahupun tingkahlaku. Sekiranya saya ada terhutang wang ringgit atau harta benda (mungkin sekali saya tidak sedar dan lupa), silalah segera berhubung dengan saya. Dan halalkan segala makan, minum dan pemberian/hadiah yang pernah diberi kepada saya. Doakan semoga segala urusan dan perjalanan ibadah Umrah saya lancar dan diberkati oleh Allah S.W.T. Dan semoga saya mendapat Umrah yang mabrur serta diredhai olehNya.

Behold! Safa and Marwa are among the Symbols of Allah. So if those who visit the House in the Season or at other times, should compass them round, it is no sin in them. And if any one obeyeth his own impulse to Good, be sure that Allah is He Who recogniseth and knoweth. (Surat Al Baqarah; ayyah 158)

Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah dia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-Baqarah; ayat 158)

Monday, May 14, 2007

Metrosexual: Men Handbags

The one that I bought, the only difference is the colour, mine is off-white with light green colour on the logo.
Siapa kata lelaki tidak membawa 'handbag'? Cuma ianya tidak ketara di negara kita, tetapi di negara Asia lain seperti Jepun dan Korea, ianya semakin menjadi trend yang digilai. Lelaki Eropah telah lama membawa 'handbag' bersama semasa bersiar-siar, bekerja atau bersukan. Disebabkan aku selalu membelek majalah Men Folio, Vogue Man etc maka tergerak juga untuk memiliki sebuah handbag, tetapi aku memilih jenama Nike yang sporty dan casual serta tidak terlalu mahal. Sesuai pula dengan penampilan sekarang ini yang lebih gemar bersepatu sport yang cukup selesa. Apa ada dalam handbag Nike aku? Sunglasses besar lebar yang berjenama Ted Baker (Red Mummy tak suka aku pakai glasses ni masa sembang dengan dia, tak puas katanya), Cigarette's Casing (I'm a social smoker, kena ada rokok baru laju sembang), kamera digital Sony yang comel (aku memang suka snappy, lepas tu masuk dalam blog), handphone (hp aku ni agak gedabak, leceh masuk kocek), contact lense spare (in case lense yang aku pakai terjatuh - kalau rabun macam mana nak drive balik?), passport terhad dan antarabangsa (in case nak melarikan diri ke luar negara dengan serta-merta, apa motif?), Strepsils drops for pain relief (aku ni mudah batuk, dah tua ka?), Inhaler (kalau silap makan, akan datang asthma), lighter (buat cucuh punggung), a bunch of name card (in case nak kenal-kenal atau jumpa kawan lama, nak bagi impress), BodyShop shea butter lip balm (bibir selalu menggelupas sebab aircond), Vicks Vaporub (aku mudah dapat sinus), cheque book (sebab aku tak punya credit card), pen, kunci rumah, kunci kereta, kunci ofis, Oral-B film (pewangi mulut), resit-resit dari pelbagai kedai (resit kedai pajak gadai tak der ek). Jom baca artikel kat bawah ni.....

LOS ANGELES (Reuters) - Men are more likely than women to opt for a luxury brand when buying handbags -- and it's the label, not the price, that counts, according to a survey of wealthy shoppers. The Luxury Institute on Tuesday said the demand for luxury bags remains strong, with about one third of 1,500 wealthy American shoppers surveyed buying a branded bag in the last 12 months. "The luxury handbag is the accessory that defines the wealthy woman and is a major profit driver for luxury fashion brands," said Milton Pedraza, chief executive of the New York-based researcher focused on wealthy consumers. The Luxury Institute found that men were more likely than women to reach for a luxury label when buying a handbag -- 73 percent of men, compared with 50 percent of women -- and over three times more likely to choose luxury French brand Chanel.

Louis Vuitton Innsbruck Cabas for men. I really like this one but the price? USD$2370.00!!!

But overall, U.S. label Coach has become the most popular bag among wealthy shoppers, leading with a 29 percent market share with other brands compete heavily for the rest of the pie. The survey of shoppers with an average income of $308,000 and average net worth of $3.1 million found Coach was the most familiar brand of designer handbags, recognized by 52 percent of respondents. That compared to 24 percent for Gucci, 22 percent for Louis Vuitton, and 21 percent for Prada. But familiarity with the pricier Italian brands rises as wealth increases, according to the report. Looking at consumers whose yearly paycheck was above $300,000, the survey found that 38 percent were familiar with Coach, while 34 percent were aware of Gucci. Price did not come into the equation even though bags from luxury fashion houses such as Chanel, Prada and Gucci, owned by parent company PPR, can cost in the thousands of dollars, while Coach bags generally cost hundreds of dollars. Consumers said the price was not as important a consideration as quality and reputation when judging between luxury brands.

Friday, May 11, 2007

Mama.....Selamat Hari Ibu....

Mak & Sarah
Mama.....
Biarlah ucapan dan doa itu bergema di dalam solatku
Semoga lebih afdhal menuju Al-Malik Yang Maha Mendengar
Lagi Maha Mengasihani.......

Tuesday, May 08, 2007

Food Heaven in Kuala Lumpur

Malaysian Food
Some of the food's pics taken during my 'makan-makan & jalan-jalan' spree in KL. From left to right; Salmon at IKEA, Tomyam at Bora Ombak, Singapore Laksa at Secret Recipe, Mushroom Soup at Dome, Spaghetti Bolognaise & Brownies at Secret Recipe, Fish n Chip & Spaghetti at Dome, Chicken Pie at Dome, Siakap fish 3 rasa at Lala, Ice blended coffee at California Cafe, Chocolate Cake at IKEA, Swedish Meatball with Cranberry sauce at IKEA, Caffe latte double shot at Dome, Pai Tee & Penang Prawn Mee at Little Penang.
Entry kali ni cerita pasal makan jer. Bersempena dengan cuti hujung minggu yang panjang kerana disambung dengan Hari Pekerja dan Wesak, aku ambil kesempatan untuk ke KL selama beberapa hari. Dari Miri lagi aku sudah buat senarai tempat-tempat makan yang akan aku kunjungi. Jom ikut aku berjalan sambil makan-makan.

Hari pertama sampai di KL dah tengah malam, setelah disambut dengan Airry kami terus 'supper' di Kampung Baru, ada kedai makan orang Kelantan yang popular kat sini - apa nama tatau, tapi yang dindingnya semua dari anyaman rotan. Rambang mata tengok banyak makanan, aku terliur pulak nampak Nasi Dagang, makan berlauk tongkol masak lemak, ayam kampung goreng panas-panas dan kerabu ulam. Esoknya kena skip breakfast, terus saja lunch di Little Penang, KLCC. My favourite makan place, but kali ni semuanya kurang sedap kecuali Pai Tee yang rangup. Kue Teow goreng dah tak banyak kerang dan colourless, selain tu aku makan Mee Kari, Ju Chu Har dan dessert pula 'Red Ruby' bersantan, yang ada nangka manis dan jelly biji delima merah. Minum petang di Dome KLCC, kerana masih kenyang, kami cuma order french fries dan hot drinks, Cafe Latte double shot yang aku hirup tu amat 'mendamaikan'. Kerana kepenatan ber'shopping' selama 7 jam di KLCC, kami skip dinner.

Hari ketiga kami di KL, lunch di IKEA sambil mem'borong' 2 kotak besar IKEA dibawa balik ke Miri. Seperti biasa aku akan makan Swedish Meatball, ditambah pula dengan Poached Salmon dan dessert makan cake sedap yang ada cokelat tu, ntah apa nama (macam dalam pic kat atas tu ada bendera Sweden). Selesai berpenat-lelah shopping, singgah duduk minum ice blended coffee di California Cafe, The Curve bersama rakan-rakan yang muncul kemudian. Malam tu kami makan besar di Bora Ombak, Ampang, walaupun cuma kami bertiga tetapi makanan yang dihidang penuh satu meja. Paling aku suka Siakap masak 3 rasa dan kerabu mangga, tak kurang juga kelainan rasa tomyam seafood yang pedas lemak. Selepas makan, kami ke Maison pula sehingga awal pagi, dan kerana desakan kawan-kawan, kami ke Kampung Baru sekali lagi untuk supper - aku cuma boleh minum dan mencubit sedikit kuih Akoq.

Hari ni ada lunch dengan rakan-rakan blogger di Dome KLCC. Terima kasih kepada mereka yang sudi menerima pelawaan aku - Nurul Serial Plant Killer, Red Mummy (makan mushroom sup jer katanya sebab tengah diet... perlu ker kak oiii?) dan fendiosman. Waktu yang begitu singkat (mereka semua bekerja hari tu) tetapi cukup terkesan, kali pertama bertemu Red Mum dan Affendi Osman, Nurul pula aku dah jumpa beberapa kali sebelum ini. Favourite food aku kat sini ialah Chicken Pie, tetapi kali ni macam dah kureng pulak, dalam pie tu macam kosong kurang isi. Selesai berceloteh dengan mereka, aku berkejar ke TTDI pula untuk menguruskan beberapa hal penting, sempat pula melepak kat Restoran Ismail TTDI, teh tarik dan roti bakar pula dihidangkan kepada aku oleh Lan, makan lah jugak. Selesai perkara, kami menuju ke Sungai Penchala, ke Villa Hawa - berehat sambil bersembang (Lan sempat pula hidangkan Murtabak Singapore yang dibeli di Kampung Melayu Majidee, JB). Malam itu Zaimi bawa aku ke sebuah restoran ala-Thai di Kampung Baru, Lala. Baru sahaja selesai makan malam, Malik pula mengajak ke Bintang Walk, ke sanalah kami bersantai sambil minum-minum di Planet Hollywood - cerita pasal bisnes dan rancangan nak ke London (ala-rombongan Cik Kiah?).

Perancangan awal hendak ke Pesta Buku di PWTC, maka aku drive ler ke sana bersama Zul dan Zaimi, melihat sahaja jumlah umat manusia di The Mall, terbantut pula nak masuk ke PWTC. Makanya kami mingle di The Mall (aku lupa bila kali terakhir aku ke sana - few years ago?), lunch di Secret Recipe, aku makan Singapore Laksa jer dan brownies sebagai pencuci mulut. Selesai di The Mall, kami bergerak ke Lot 10 untuk mencari 'barang' yang termasuk dalam list. Malam itu kami dinner di Villa Hawa, masakan Johor yang dimasak oleh pembantu keluarga Lan, berselera sungguh aku makan asam pedas, rendang, sambal udang dan sayur bening telur. Lewat malam kami ke kolam air panas di Selayang, sementara yang lain 'mandi-manda', aku pula makan 'celup-celup' atau steamboat. Meriah bila dah berkumpul reramai macam ni. Dan sekitar kolam air panas tu dah macam pesta pulak!

Hari terakhir di KL, sarapan di Kopitiam Cafe, makan roti bakar, telur setengah masak dan kopi O kaw. Skip lunch tetapi sempat 'mengopi' di Coffee Beans KLCC sementara menunggu Zul selesai buat last minute shopping. Aku dan Zaimi berkongsi sekeping cheese cake dan Belgian chocolate ice blended. Di airport pula, sementara menunggu pesawat pukul 7pm, perut dah mula berbunyi keroncong, maka McD menjadi sasaran - Blackpepper Beef Foldover, yang ni tak der jual kat McD Miri ek!

Thursday, May 03, 2007

Muhasabah Diri......

Muhasabah: Literally meaning reckoning, settling the accounts and self-interrogation, Muhâsabah (self-criticism) is that a believer always reviews whatever he says and does every day or even every hour, good or bad, right or wrong. He also thanks God for the good he has done and tries to erase his sins and deviations by asking God to forgive him and he amends his errors and sins by repentance and remorse. Muhâsabah is the very important and serious attempt of a believer to assert himself in his loyalty to God.
"Rush, I know more than you do...." sambil dia tersenyum simpul mengucapkan ayat tersebut. Dia begitu yakin berserta dengan lontaran suara yang kemas, sementara aku pula hanya dapat memandang tajam bola matanya sambil menelan air liur - kelu seketika. "Are you sure you tahu semuanya?" tanyaku. Sekali lagi rakan yang seorang ini mengangguk sambil berkata "Yes, I know more than you.... believe me". Fikiranku tertumpu pada satu sudut sambil hati berkata-kata - dia ni lebih tahu dari aku? tak mungkin! Apa yang dia tahu cuma 'surface'nya sahaja, cuma cerita indah, sedih, simpati dan mungkin juga rekaan yang tampak benar. Mungkin juga dia telah dikaburi dengan pelbagai helah dan 'drama'. Mungkin juga benar katanya, tetapi tahap 'keyakinan' yang dia miliki memang kental. Timbul pula rasa simpati pada rakan seorang ini, apa benar dia tahu lebih dari apa yang aku tahu? Apa dia tahu perkara sebenar yang berlaku? Apa pernah dia melihat perkara yang telah berlaku? Apa pernah dia telah mengalami dan merasai situasinya? Apa dia telah teliti segala cerita dari sumber lain? Allahu'alam..... Pada aku, cuma Allah sahaja yang lebih mengetahui segalanya... semoga suatu hari nanti rakan aku ini akan tersedar juga..... itu cerita dari sebuah cafe sambil menghirup kopi susu. Suatu pengajaran kepada aku supaya selalu memuhasabah diri....
Cerita muhasabah diri memang menarik, tetapi tidak kerap kita melihat diri kita sendiri. Selalu pula kita menyalahi pihak lain atau keadaan apabila berlaku musibah ke atas diri kita. Kita melihat pihak lain sebagai punca kekusutan dan kekacauan, kita salahkan keadaan, kita libatkan orang-orang yang tidak berdosa, kita salahkan takdir, kita tuding jari ke arah orang sekeliling. Kenapa tidak kita lihat diri kita terlebih dahulu?, kita selidik diri sendiri - apa yang silap pada diri kita (yang ini susah sedikit, sebab jarangkali kita dapat melihat kesalahan dan kekurangan diri sendiri, kecuali ada yang menegur atau memberitahu, bukan begitu?), apa yang tak kena pada diri kita, apa yang telah kita lakukan dan sebagainya. Cermin diri dan hati terlebih dahulu, balik ke pangkal masalah, pulang ke fitrah dan lihat-lihatlah diri kita sendiri. Yakinlah, setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya, Allah lebih mengetahui setiap perkara yang berlaku, redhalah hendaknya kita dengan suratanNya;
“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lohmahfuz)”

"Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan".
Puisi: Muhasabah
Tanyalah dirimu
Berpaksikah fikiran dan akal?
Bersaksikah tingkah dan laku?
Seolah rintihan dan kesal itu bukan dosa
Seolah cinta dan nafsu itu buta semata
Mampukah kau nanti bertawajjuh dalam mahkamah Illahi?
Berhujah yang hakiki sebenarnya songsang
Kau petik untaian bicara yang palsu belaka
Sebar ke merata telinga dan mata bak zikir merdu
Mengaburi mereka yang tidak tahu punca
Tidak gentarkah kau akan natijahnya?
Muhasabahlah dirimu supaya kembali ke fitrah
Redha akan segala suratanNya
Renungkanlah azabNya nanti
Rushmurad
4 Mei 2007, Miri