Tuesday, April 24, 2007

Pink vs. Green = Brown

Sports Day

It was a fantastic day for the Brown team! Setelah beberapa bulan acara sport carnival atau Mega Work Hard Play Hard ni diadakan, maka pada hari Jumaat lepas merupakan hari kemuncak dan penutup. Seawal 8 pagi aku sudah tercegat di Bintang Plaza untuk menyertai acara WalkHunt. Selepas waktu rehat, acara perbarisan Amoeba pula menyusul dengan semua peserta perlu membuat barisan atau formasi berserta melaung-laungkan slogan atau sorakan. Jam 4.30 petang bermula acara final Beach Volleyball, aku sebagai kapitan Brown team agak cemas kerana seorang spiker tidak muncul. Kami sebagai pasukan favourite dan menjuarai liga sebelum ini terpaksa tunduk kepada pasukan Biru yang rata-rata terdiri dari orang Eropah. Selain dari itu, aku juga memenangi tempat kedua bagi acara Bowling berpasukan. WalkHunt pagi tadi, kami juara... dapat hadiah lagi. Terasa seperti balik ke zaman persekolahan pula, ada nama-nama rumah, ada pondok rumah, ada cheerleaders, ada van Milo dan semuanya santai dan gembira. Malamnya pula ada mini konsert, ada 5 buah band buat pertunjukkan termasuk ada pertunjukkan Magic dari Sunway. Ada makan dan minum percuma, dari Sate, Lamb chop sampai ler ke KFC dan aiskrim potong... seronok melihat anak-anak kecil berlarian di atas padang sambil pegang belon dan aiskrim. Memandangkan sehari suntuk aku di padang berpanas terik segala, malam tu mulalah aku nak migraine, badan rasa tak tentu arah.... balik awal dengan kepuasan, Brown team juara keseluruhan dan aku pula bawa balik banyak hadiah dan trofi.... lihatlah dunia!!! hiksss.....

Sabtu 21 April merupakan hari ulang tahun Ani, one of our friend kat Miri ni. Acara ulang tahun yang sederhana tetapi meriah, makanan yang dimasak sendiri oleh ibunya memang sedap dan pelbagai ( I really like Laksa Sarawak, pakal jer perut meragam, kalau tak mau tambah semangkuk lagi). Selesai makan, we all mulalah sesi berfoto - ni dah memang tebiat kawan-kawan aku kat sini. Macam-macam posing dan mimik muka ada. Konsep kali ni, lelaki kena pakai baju Green, yang girls plak kena pakai baju Pink. Rencana untuk bersambung di karaoke dibatalkan sebab memasing leka jeling-jeling kat Astro - AF5 katanya. I love Mila!!!

Terima kasih kepada Khairul sebab memberi izin melekapkan foto-foto di atas, diambil dari camera/blog beliau di http://www.luaqdomeezplanade.blogspot.com

Tuesday, April 17, 2007

Weekend Escapade: Chiang Mai, Thailand

Beberapa minggu lepas, aku sepatutnya pergi ke KL untuk bertemu seorang teman, disebabkan beberapa ad-hoc arrangement di Syarikat, aku terpaksa membatalkan rencana 'berehat' di KL. Aku telah sedaya upaya untuk menukar jadual assignment yang diberi supaya aku dapat terbang ke KL, tiket sudah dibeli, beberapa perancangan sudah diatur.... kita merancang, tetapi Allah yang menentukan. Beberapa hari sebelum aku berangkat melakukan assignment tersebut, terjadi salah faham antara aku dan teman..... yang aku sendiri tak faham kenapa ianya terjadi..... kenapa kadangkala manusia menjadi begitu menjengkelkan dan sebel dalam memikirkan sesuatu yang cukup mudah.... Kalau kita diberi pilihan antara pergi bercuti bersama teman dan melakukan tugasan Syarikat, mana satu yang akan kita pilih? Kecualilah kalau ada kes emergency seperti ada keluarga atau saudara terdekat kecelakaan, kemalangan ataupun ada kematian. Dan teman ini pula kecil hati...... seperti apa yang berlaku disengajakan, seperti aku sengaja membatalkan segala rencana. Bukan setakat itu sahaja....... (malas pula nak bercerita panjang.... nanti aku dituduh lagi twisting the facts, nanti ada pula yang komen 'you tak sepatutnya cerita tentang hal peribadi kat dalam blog'.... well.....bukan ke apa yang aku tulis kat dalam blog ni semuanya tentang hal peribadi?). Di pendekkan cerita, rayuan aku untuk menukar tarikh assignment telah pun diluluskan sehari sebelum aku berangkat..... aku termanggu sebentar.... fikir punya fikir.... dah terlanjur ada tiket, terbang sajalah ke KL.... 5 hari di KL nanti nak buat apa? AirAsia menjadi jawapannya.... aku terus sahaja buat booking....ke mana? Chiang Mai katanya.....

Sampai juga hasrat untuk pergi ke Doi Inthanon National Park. Kat sini ada temple yang tertinggi di Thailand yang dibina khusus untuk memperingati bonda kepada Queen Sirikit. Cuaca sejuk walau sinar matahari memancar terang. Dari bandar Chiang Mai, memerlukan masa 2-3 jam untuk sampai ke sini. Dalam perjalanan menuju ke atas gunung ni, sempat singgah di kawasan air terjun Vachiratharn dan beberapa perkampungan orang asli gunung seperti Karen dan Hmong.

Berdiri di puncak tertinggi di Thailand merupakan salah satu kenangan yang sukar dilupakan. Tidak ramai pelancong Malaysia sampai ke daerah ini, kecuali kepada mereka yang sukakan cabaran dan adventure. Memandangkan kini merupakan musim panas dan kering di Chiang Mai, maka cuaca di atas gunung ini tidaklah begitu dingin sehingga mencecah 10'Celcius seperti biasa. Kawasan perkampungan orang Hmong sayup-sayup kelihatan dari atas gunung - mendamaikan!

DSC00618

Cuaca panas dan kering ini tidak mencacatkan keindahan bunga-bungaan yang terdapat di Royal Garden Siribum yang terletak di kaki gunung Doi Inthanon. Air sungai yang mengalir lesu dan kolam buatan yang dipenuhi ikan kap menjadi tarikan utama di sini.

Walaupun aku mempunyai masa yang terlalu suntuk untuk merancang perjalanan kali ini, tetapi semuanya berjalan dengan lancar. Aku terpaksa bercengkang mata melayari Internet untuk mencari maklumat, membuat tempahan bilik, tour guide, tempat makan Halal (thanks Pato&Pearl for your posting on Chiang Mai!) etc.

Kota Chiang Mai amat tenang, tidak seperti Bangkok yang hingar bingar dengan pencemaran bunyi dan udara serta manusia yang berterengkel jumlahnya. Seperti juga Bandung, Chiang Mai digelar kota bunga dengan iklim yang lebih dingin walaupun masih di kawasan tropika/sub-tropika. Seperti kota-kota kuno lain di Thailand, Chiang Mai telah beribu tahun wujud. Menakjubkan apabila mengetahui begitu ramai penduduk Islam/Muslim di sini, majoritinya datang dari selatan China, sekelompok dari Punjabi dan paling menarik ada sekumpulan masyarakat Islam yang berketurunan Melayu dari Pahang! Mereka telah dibuang negeri dan dihantar oleh penjajah British ke sini hampir 100 tahun lampau.

Pengalaman menaiki gajah di Mae Sa Elephant Camp lebih menyeronokan daripada pengalaman menaiki unta di Sahara. Lebih 2 jam masa dihabiskan di kem yang memelihara lebih 100 ekor gajah. Bayaran B600 dikenakan kepada pengunjung, ini termasuk melihat pertunjukan mandi gajah, gajah melukis, bermain bola dan menunggang gajah mengelilingi kem tersebut. Nasib aku kurang baik kerana diberikan gajah tua dan mempunyai gading paling panjang di kem tersebut. Maklumlah gajah tua, jalan amat perlahan, berhenti dibanyak tempat sambil menggesel-geselkan punggung ditepi bukit, itu tidak termasuk belalainya yang acap kali mencari 'sasaran' ditubuh aku.

Aku tidak silap memilih tempat penginapan semasa berada di Chiang Mai. Galare Guest House yang terletak ditengah-tengah kesibukan Night Bazzar memudahkan untuk aku untuk pergi membeli-belah dan ke restoran Halal di sekitarnya. Galare yang dibina ditebing sungai dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri memang cukup tenang serta privacy.

Benjirak atau Ben merupakan personal tour guide yang aku lantik/booking melalui Internet. Kereta 4WD Toyota Hilux yang digunakan amat selesa serta beliau sendiri merupakan pemandu yang cekap serta berpengalaman. Terasa aman dan selamat disepanjang perjalanan yang bermula dari pick-up di airport sehinggalah ke puncak gunung. Beliau yang berketurunan Chiang Mai dan Laotian fasih berbahasa Inggeris serta reliable.

DSC00670

2 orang wanita dari suku Karen yang bekerja menenun kain di perkampungan - mereka bukannya the '4 magic hands'....

Tidak sah rasanya kalau ke Chiang Mai kalau tidak diurut. Aku mengambil package '4 magic hands', yang merupakan urut tradisional Thai menggunakan minyak serai, halia dan kelapa. Sebelum itu aku dilulur dengan black sesame seeds keseluruh badan sambil kepala aku juga diurut. 4 magic hands bermaksud 4 tangan yang mengurut, iaitu 2 orang masseur serentak. Segala sengal-sengal dibetis dan kaki kerana 2 hari berjalan tak henti, hilang semuanya... memang magik!

Chiang Mai

Monday, April 16, 2007

Family Escapade: Kota Kinabalu

Pintu gerbang menyambut pengunjung ke Pulau Manukan.
Ini cerita percutian lagi, seperti 'non-stop' aku bercuti pendek - cuma di hujung minggu. Setelah bercuti di Batam/Singapura/JB, aku pulang ke Miri bersama kedua orangtua dan dua orang adik perempuan. Maka tertunailah janji untuk membawa kedua orangtua aku terbang ke Miri, setelah lebih setahun menetap di sini. Bukan aku tidak mahu membawa mereka ke sini lebih awal, tetapi masa tidak mengizinkan, ada saja aral dan pertukaran rencana di saat-saat akhir. Orangtua aku faham sangat dengan 'ad-hoc cum busy schedule' aku, kadang-kadang tu aku terpaksa membatalkan rencana untuk pulang ke Johor bersama mereka untuk percutian keluarga, tetapi semenjak bekerja di Miri ni, belum ada percutian keluarga yang dapat aku ikut serta, paling terkini mereka bercuti ke Penang (sambil balik kampung abah) dan ke Cameron Highlands. Mereka sudah maklum dengan aku, mereka sudah terbiasa bercuti tanpa aku - tak pernah nak merajuk, tak pernah nak kecik hati, tak pernah nak komplen, tetapi kali ini.... semuanya menjadi, ke Kota Kinabalu kami terbang dari Miri dan JB - alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Destinasi pertama yang dituju di KK ialah Pasar Filipina - maklumlah majoriti yang pergi ialah orang perempuan, maka tempat shoppinglah yang dikerjakan dulu. Tarikan utama ialah mutiara dan kristal yang dibuat barang perhiasan. Cuaca panas terik di KK tidak menghalang kami berjalan menyusuri bandar KK dengan berjalan kaki sahaja, sempat berhenti menghirup air kelapa muda dingin - kepuasan yang tidak terhingga. Makan malam pula di Port View seafood restaurant, yang berhadapan dengan Marina Court tempat tinggal kami. Makanannya biasa-biasa sahaja, tidak seperti yang pernah diceritakan, dari segi rasa dan kualiti makanan, Grand Straits View di JB jauh lebih baik dengan harga yang hampir sama. Keesokannya kami semua ke Pulau Sapi dan Pulau Manukan. Aktiviti snorkelling dan 'menangkap' ikan serta berenang ala-dugong. Setelah lebih 2 jam di Sapi, kami hopping pula ke Pulau Manukan, dengan aktiviti yang sama. Dari terminal jetty serba baru dan cantik, kami menaiki bas mini pulang ke apartment, terasa janggal pula menaiki bas, kerana sudah terlalu lama kami sekeluarga tidak menggunakan perkhidmatan kenderaan ini. Untuk si kecil Sarah, ini merupakan kali pertama dia menaiki bas..... terasa seperti rombongan Cik Kiah pula - hingar bingar dengan gelak ketawa dan soksek-soksek. Paling menarik, pemandu bas menghantar kami seramai 16 orang ini tepat di pintu masuk kawasan apartment! Shopping di Pasar Filipina bersambung, manakala aku pula sempat menjengah Center Point dan Palm Square serta menikmati senja dari aras 2 Starbucks Cafe, Warisan Square - menikmati kesegaran Arabica Coffee ala 'Cafe Latte'. Malam itu semuanya sudah keletihan kecuali aku yang menyambung aktiviti di KK sehingga jam 4 pagi! Thanks to Dino, Dr. Shah, Dr. Firdaus, Junior, Reno dll.......malathop bah!!!

Thursday, April 12, 2007

Weekend Escapade: Batam Island

Breezy late afternoon, lying semi-concious by the poolside with a great view...... me almost in heaven!
Turi Beach Resort chalet and surroundings...... peaceful! The tiny rock island and the long jetty.....
From the balcony.... awesome view! I'm in Paradise.....
The restaurant balcony - ala-fresco. Look at the lush greenies.....soothing....inviting.....relaxing.....
View from the poolside after sunset. Beautiful Asian architecture and relive the 'kampung' or village feeling.
The Turi Beach Resort view from hill top/guest car park. Tall coconut tree swinging gracefully by the seaside....notice the pagoda/Bali style multi level roof?
Candle lite dinner ala-fresco at Turi Beach. Great atmosphere and good food too. Thanks Rhon!
Spread of Minang's food at infamous Puti Bungsu Restaurant for lunch. I really like the Beef Rendang and Gulai Pucuk Paku - superb!.
European influence on the architecture of newly built Nagoya Mall, right in the center of Nagoya Hill.

Thursday, April 05, 2007

Air, Land & Sea.........

I'M FLYING BACK TO MY HOMETOWN IN JOHOR (THE ROYAL COURT?)....... AND CONTINUE MY JOURNEY TO SINGAPORE BY LAND (SHOPPING?).......AND BY SEA OFF TO BATAM ISLAND (SUNBATHING?)..........

Tuesday, April 03, 2007

Menjengkelkan.....

Sedang bermeditasi menenangkan fikiran..... kerana ada perkara yang terlalu menjengkelkan!
Tahu apa maksud 'menjengkelkan'? Kalau dalam bahasa Inggeris ianya bermaksud 'annoying'.... faham? Mungkin kerana pengaruh filem dan sinetron dari seberang, maka perkataan 'menjengkelkan' sudah kerap didengar dan ada pula yang mengguna-pakai. Apa yang menjengkelkan aku kali ini? Kadang-kala perkara kecil, samada perbuatan atau percakapan mahupun penulisan akan membuatkan kita berasa tidak selesa dan jengkel. Minggu lepas ada seorang teman rapat mengutus email, antara kandungan email tersebut "....I'm not sure.. and I hate to ask.. but I have to ask... tell me the truth - if you and N*****l are merely friends.... and nothing more and sexually between the two of you..." Aku tersentap banget!!!!! Salah satu perkara yang membuatkan aku begitu sensitif ialah apabila menjadi 'tertuduh' atas kesalahan yang tidak pernah terlintas hendak dilakukan. Sampai hati teman ni menuduh aku sebegitu rupa..... jelas perkataan 'sexually' tu.... terlampau! Maaf? ya aku maafkanlah dia yang menuduh membuta tuli tanpa usul periksa, dia guna perasaan dan tidak menggunakan akal fikiran. Aku maafkan dia.... tetapi bawalah maaf itu bersama memori........

Selepas meditasi..... sambung Yoga pula...... buang aura negatif.... buang jauh-jauh....