Wednesday, December 26, 2007

Penghujung Kembara 2007

Kurang seminggu lagi tirai 2007 A.D akan dilabuhkan dan meninggalkan catatannya tanpa boleh diundur kembali. Bagi Travelogue blog Tepak Sireh ini, ianya merupakan tahun yang amat aktif mengembara dan 'terbang'. Setiap bulan dalam tahun 2007 ini, Tepak Sireh 'terbang' keluar dari tempat bersemayamnya, kecuali sekali pada bulan Ogos-berhibernasi dan berehat di Miri. Tidak pernah merancang untuk mengembara begitu kerap pada tahun ini, tetapi kalau sudah bergelar 'itchy feet', memang tidak boleh duduk diam lama-lama. Mengembara ini juga merupakan suatu 'therapy' bagi menenangkan fikiran, meluaskan horizon, mengkagumi dunia ciptaan Allah, berhubungan dengan alam dan manusia, mensyukuri nikmat Allah, menguatkan jatidiri dan mental, beriadah dan islah selain sindrom 'addicted to travel'. Kita 'recap' atau susuri rentetan pengembaraan Tepak Sireh bagi tahun 2007 ini.
Januari - Terbang pulang dari menyambut Aidiladha dan Tahun Baru di Kota Kinabalu, Sabah. Selang 2 minggu, terbang pula dari Miri ke Kuala Lumpur.

Februari - Bercuti bersama Rhon ke Jakarta dan Bandung, Indonesia melalui Bandar Seri Begawan. Terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawa di jalanraya Puncak. Keesokannya berlaku sekali lagi kemalangan di hadapan sebuah Mall terkini di Jakarta, apabila Teksi yang dinaiki dilanggar dari belakang. Bener-bener bikin kepala gue pusingggg...

Mac - Terbang dari Miri ke KL dan langsung ke Chiang Mai, utara Thailand. Kenangan terindah menakluki puncak paling tinggi di bumi Thai dan menyusuri lorong kecil di perkampungan suku Hmong. Tidak terlintas difikiran akan sampai ke destinasi ini, yang jauhnya beberapa jam perjalanan dari kota Chiang Mai.

April - Terbang ke Johor Bahru, langsung ke Singapore sebelum melanjutkan perjalanan ke Pulau Batam, Indonesia. Percutian singkat di Nongsa/Turi Beach bersama Anita, Ai, Zaimi dan Rhon. Selang seminggu pula, percutian keluarga di Kota Kinabalu, terbang dari Miri dan sebahagiannya dari Johor.

Mei - Ke KL bersama Zoul dengan satu misi penting, berjaya akhirnya -alhamdulillah! Kali pertama bertemu blogger Red Mummy dan FendiOsman ditemani oleh Nurul Serial Plant Killer di KLCC. Dua minggu kemudian, ke KL sekali lagi untuk transit sebelum berlepas ke Jeddah untuk menunaikan Umrah. Dari Jeddah ke Makkah, dan seterusnya di Madinah.

Jun - Awal Jun di Madinah dan Jeddah. Transit di KL sebelum terbang pulang ke Johor Bahru. Penghujung Jun, ke KL sekali lagi untuk memenuhi suatu misi yang tidak kesampaian.

Julai - Pulang ke Johor Bahru kerana ada keluarga yang kurang sihat. Sempat pula menyeberang 'causeway' untuk shopping di Singapore. Memandu dari Johor Bahru ke KL menghantar Anita ke KLIA. Bulan ini juga aku ke Brunei untuk membeli-belah bagi persiapan Aidilfitri - bersama Wan, Zoul dan Rn8.

Ogos - Berhibernasi di Miri, tetapi tetap meriah dengan pelbagai aktiviti.
September - Awal bulan aku ke KL dan Shah Alam-UiTM - setelah beberapa tahun tidak menjejakkan kaki ke sini, terlalu banyak perubahan. Sekembalinya dari KL, ke Brunei pula membawa rakan-rakan yang datang berziarah dari Johor. Awal ramadhan pula aku terbang ke Singapore melalui Kuching, dan menginap di Johor Bahru.
Oktober - Ke Brunei lagi untuk berbuka puasa/sungkai bersama Nuriz, Wan dan Zoul ikut sama. Mula bercuti di KL sebelum terbang ke Johor Bahru menyambut Aidilfitri. Sepatutnya ke Delhi/Jaipur/Agra dan Kashmir - postpone tahun hadapan.

November - Percutian indah di Phuket, Thailand bersama Wan melalui KL. FendiOsman ziarah ke Miri, dan Bandar Seri Begawan menjadi destinasi seterusnya.

Disember - Sepatutnya aku terbang ke Dubai dan South Africa, disebabkan oleh beberapa perkara, tiket yang sudah dibeli terpaksa dibatalkan. Hujung minggu ini akan terbang bersama Zoul ke Johor Bahru, menyeberang ke Singapore, terbang pula ke Penang dan pulang semula di Miri setelah beberapa hari berurusan di KL/Shah Alam nanti.
Perancangan kembara untuk tahun 2008 belum ada lagi, aku berazam bersungguh-sungguh untuk tidak terlalu kerap travel. Tidak pasti samada akan berhasil atau tidak, sekurang-kurangnya tidaklah sampai setiap bulan perlu terbang keluar dari Miri. Ada dua tempat yang aku ingin kunjungi pada tahun hadapan, salah satunya ke Bali (ini kunjungan ke 5 mungkin, harapnya Syed Fahmi Al-Attas masih di sana) - dan satu lagi ke Agra/Jaipur/Kashmir di India.

From left to right: Rn8, Wan, Rush, Zoul, Haizul and Khairul.
Tahun 2007 juga menyaksikan aku bertemu dengan ramai rakan baru, terutamanya di Miri. Awal tahun aku berjumpa dengan kenalan-siber, Khairul Luaqdomeezplanade, kemudian dengan rakan-rakan beliau Rn8 dan Haizul. Dari situ pula aku berkenalan dengan Zoul, kemudian Hilmi dan isterinya Niah, Ani dan juga Khal. Beberapa bulan kemudian berkenalan pula dengan orang Semenanjung yang bekerja di Miri, Wan Hidayat yang kebetulan bekerja di tempat yang sama dengan Khal. Baru-baru ini Whitelighter; rakan dari Johor mendapat tawaran bekerja dengan Syarikat yang sama di Miri. Dari beliau aku berkenalan pula dengan Hani dan Da'a. Pergaulan aku di Miri banyak berkisar dengan nama-nama yang disebut di atas. Rakan-rakan inilah yang sebenarnya menceriakan hari-hari aku di Miri.....dan hari ini genap 2 tahun aku mengembara mencari rezeki di bumi Miri ini. Selamat menyambut tahun Miladiah 2008, semoga kita semua menjadi manusia yang sukses dunia akhirat!

42 comments:

A f f e n d i O s m a n said...

ada 2 kali nama fendiosman mention dalam entry ni...(kira kalau dalam beauty pageant tu, masuk honorable mention la gamaknye)

ada sekali gambar fendiosman terkeluar.....(rasa macam celebrity plak dah....), baru terperasan muka fendiosman flawless rupanya. matila perasan......

Rn8 said...

mcm sekejap jer masa berlalu kan...? plan tahun depan mcm mana plak? dengar2 azam u utk next year tak nak travel jauh2....ye kerrr? hehehe...

artisticklytouch said...

teringin nak bertemu ko dan wan..dan orang2 miri ittew

artisticklytouch said...

teringin ketemu dengan ko dan wan..

ini entry yang sungguh tragis...kau seolah2 punya cuti yang berlambak-lambak, punya duit yang bertimbun-timbun dan punya masa yang tidak kunjung habis...i jeles!

Rush Murad said...

fendi - sukalah tuuuuuu!!!!!! ada hati nak masuk beauty pageant tuu... cantik kah? macam Miss USA 2007 from California... i loike!

Rn8 - kejap jer ek? macam masih teringat sambut bday haizul kat area CB.... first time jumpa... yer lah, semenjak 'berkeluarga' nih, tak leh nak tinggalkan org rumah lelama/jejauh...

artistickly - meh ler sini, pi Gua Niah kah, Mulu kah... org Miri baik2 belaka. aku ni 'smart' employee... very organized, well traveled... that's why selalu leh pi jenjalan, hakikatnya... pokai memanjang...

Lily.Lulu. said...

seronok ye bang .. jalan sane jalan sini ...

hope 1 day dapat jumpa u
;)

enjoy ur 2007 .. lagi beberapa hari je tinggal nih

:D

abgbest said...

salam Rush Murad bro, thanks for visiting zon gua tu..baru nak mula2 berblog ni...bukan mcm hang yg dah tersohor tu....

Rush Murad said...

lili - seronok tu memang ler, tapi bukan keseronokan yg dicari..... cari apa tatau..... insyaAllah, will meet u 1 fine day....nanti calling2 ek..

abgbest - thanks for coming! bermula dikit-dikit dulu... but u have a lot of stories to tell... tersohor? yer ker? macam nama my Ustaz jer, Wan Sohor Bani Leman... ;-)

m i n e r a l . . . said...

nice blog bro...
salam-salam...
seronok travel.. aiyakkk masa jer wa tarak :)

errr beberapa hari jer lg 2008... :)

Shah said...

Wahhh jalan2 sakan ye sorang ni ye. Living life to the full & enjoying great times with the great people around you makes you look forward to the next day. All the best to you and your friends this 2008.

Nurul A. Abid said...

One year gone, another year at the door...Allah aje yang tahu what's in store next year. Que Sera Sera Whatever Will Be Will Be...

P/S: Cerita jalan sajer ke highlight, citer lain xde?

DBI said...

highlight of the year tentulah pi umrah kan???

gambar last tu...patutnyer ditulis hot bachelors in MIRI...*mati ler ada org berebut...ahaks

Rush Murad said...

mineral - thanks bro! nanti aku pi ziarah blog kau plak ek... memang ada keseronokan bila travel ni, kena kuat fizikal n mental (Nurul pasti sokong 100%). masa? tu boleh carikkkkk... yg susah carik ialah $$$...

Nurul - yer lah.... kita pasrah dan tawwakal jer lah kan? blog ni banyak cerita jenjalan jer, life journal tu i tak nak cerita sangat, too personal most of it...

dbi - you r right Doc.... Umrah punya entry paling panjang n detail. Hot Bachelor in Miri? cuma 2 orang jer yg still available - Rn8 dan Khairul, Haizul nak nikah next year....

Rush Murad said...

shah - eh... u pun apa kurangnya??? hujung minggu jer, pasti ada tempat nak pi, if i stay kl, mau jugak ikut or pi tempat2 tu semua.... Yes, im live life to the fullest. Thanx for ur wishes... same goes to u Doc!

Nurul A. Abid said...

Tambah ckit, bukan fizikal and mental juga kena kuat, iman juga kena kental *wink*

~wan hidayat~ said...

Ermmmm....2007....segala yang terhebat di situ....harapan menggunung perlu dibawa ke 2008...tak nak berdoa dalam ni...berdoa dari akal terus ke jiwa....

bang fendi....cube kira berapa byk nama saya dalam tuh...heheheeh

teeeettttt!!!

Rush Murad said...

nurul - u r very right... lelagik lah kalau pi Turkey ek? i dengar u main kejar2 dgn mamat Turkey, yer ke?

wan - '... berdoa dari akal terus ke jiwa....' macam mana tu? hopefully segala yg terhebat itu akan kekal dan terus cemerlang di tahun 2008.

blackpurple @ jowopinter said...

Memang kau ni 'hantu' jalan-jalanlah Rush. He he he. Tapi OKlah, lain orang lain minatnya. Janji produktif.

Psst... sepupu akupun ada di Shell, Miri la Rush.. Hehehe!

A f f e n d i O s m a n said...

bang shidi

miss usa 2007 bukan dari California laaa, she's from Tennessee. Tapi kalau yang dari California tu, dia dapat number 4, dan kulit dia macam kulit fendiosman....tinted!

dayat..

fendiosman tak mampu nak lawan dayat laaa......sebab fendiosman ni bagaikan melukut di tepi gantang, nak kata masuk pun tidak, keluar pun tidak. hadirku bagaikan di angin lalu.....(tapi angin lalu tu bukan kentut tau!), orang pun tak sedar.....

Rush Murad said...

jowopinter - bukan setakat hantu jalan jer tauu.... hantu makan, hantu melaram, hantu duit....;)
kalau org2 Johor kat sini, mostly semua aku kenal. sepupu kau tu perempuan ek? dari Muar ada 2 org pompuan n 1 lelaki..kira aku rapat ler dgn depa2 ni, sebab aku ni peramah...

fendi - i know, yg menang tu my fav, tu pasal ler i kata u wakil dari California...heheheheheee... jangan marah ek, melethops apa yg tinted tu. wan pun tinted lite2 jugak..

tyah said...

Happy New Year...

Rush Murad said...

tyah - Happy New Year 2008 to u too.... thanks for being lovely fren in Miri. And also tq for the Soto Daging Kerbau, dah berpuluh tahun i tak merasa daging Kerbau.... ehhehehehe... tq!

whitelighter said...

happy new year Tepak Sireh... tak taulah apa nak jadik kalau kau ngn wan ngn dedek tak ada kat miri.. mesti aku dok umah je.. hehe.. ye lah aku pun dah ada lah 9/10 kawan skrg ni.. tak la bosan sangat.. kalau tak tu mengira lalang je..

blackpurple @ jowopinter said...

Hantu-hantu itu tak apa, jangan hantu lain. Hehehe!

Perempuan. Dari BP. Aku dah bagitau kat dia, rahsiakan udentiti aku. Hehehe!

Nurul A. Abid said...

Main kejar dgn Mamat Turki? I tau saper stori mori nih. More like hide and seek ler. Letih nak layan...cerita detail mana boleh story kat cni.

hani said...

Salam rush... Thanks 4 including me in your circle of friends... Even only for awhile, really apreciate it...till we meet again in short future... N gd luck in ur future undertaking...

dirtypap said...

selamat tahun baru rush!
insyaAllah ada kelapangan aku nak turun miri lagi. itu pun kalo korang sudi. jemput la datang ke labuan plak!

Anonymous said...

Hi Rush,
I was doing a little research on Morocco and found myself here. Your write-up was quite helpful. If you don't mind sharing, could you tell me
which airline via KUL is best and
on your personal opinion is Morocco a safe place for women traveling in small groups of 2-3?
Terima Kasih.
Ros

Alam Setia said...

Selamat Tahun Baru .... next year jenjalan kemana pulak..

Rush Murad said...

whitelighter - same here... bagus jugak kau datang kerja sini, tambah kawan yg dah memang aku kenal lama... dah tu kalau aku outstation, kau kira lalang jer lah kat Miri ek?

jowopinter - eleeeehhhh... nak rahasia identiti ek? kalau aku kenal sepupu pompuan kau tu, leh aku pesan perencah mee bandung tuuu...

nurul- i pakai teka jer... memang betul ler u kena kejar dgn mamat turki masa kat istanbul tu? kantoiii..


hani - nanti kalau we all pi Sabah, leh ler lepak kat kampung u di Papar ek? Da'a kata kampung u best... good luck in ur new endavour...

dirtypap - meh ler, insyaAllah if we around.... meh ler kita pi Loagan bunut plak..

Ros - u email to me jer if u nak tahu lanjut, i hv sample itinerary. i pi morocco via Amsterdam coz ada kerja kat sana. if from Malaysia, u guna Emirates via Dubai - Casablanca. For women, yup safe, masa i pi hari tu, ramai yg solo traveler lady... cuma kena 'tegas' dan jgn too friendly dgn local

alam setia - selamat tahun baru to u too... next year... tak byk perancangan nak berjalan2...

Anonymous said...

Rush,
thanks for the answer - have emailed you.

rgds
Ros

shahril aley said...

bang tepak,
selamat menyambut tahun baru. semoga satu kisah yang indah akan menyerikan lagi tahun 2008 ini.

hani said...

ah ye... C da'a tu ye ye je kata kg aku best... Siap bukak citer dia kena kacau time tdo... Anyway, uols r welcome to my kg...

Lily.Lulu. said...

bang ... heppy new yearrrrrrrrrr !!!

mwah mwah

Sastri said...

sepanjang tahun asyik berjalan jer ek... best la kalau camtu...

may this year be a prosperous and merry one for u... :D

shahril aley said...

selamat tahun baru rush, tak turun KL celebrate kat sini?

lepas ni ur next vacation kat mana? bestnye jadi diri rush yang selalu makan angin....

Muhtar Suhaili said...

Salam Rush;

Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang hadir ke Majlis tempoh hari, amat dihargai. Selamat maju jaya. Bila lagi? :-)

CresceNet said...

Gostei muito desse post e seu blog é muito interessante, vou passar por aqui sempre =) Depois dá uma passada lá no meu site, que é sobre o CresceNet, espero que goste. O endereço dele é http://www.provedorcrescenet.com . Um abraço.

Beruang Madu said...

Salam Rush, just to inform u that my new blog is

http://tyro88.blogspot.com

and no longer tyro55. Mulai dari sekarang blog yg aktif yg 88 tulah... blog lama akan ditutup sebaik baik saja proses pemindahan data selesai.. tengkiu.

Rush Murad said...

Ros - just got back frm my leave, will reply to ur email...

shahril aley - selamat tahun baru to u too... any resolution?

muhtar - u r most welcome, suatu pengalaman baru, tak sangka ada juga komuniti Bugis di Miri ni, sungguh unik!

beruang mdu - nanti i tukar ler ke 88.... kenap tukar ek?

barb michelen said...

Hello I just entered before I have to leave to the airport, it's been very nice to meet you, if you want here is the site I told you about where I type some stuff and make good money (I work from home): here it is

Pato & Pearl said...

Was having problem leaving comments on this posting. Dah lama dah nak comment pat posting ni but everytime it hangs...so cuba lagi.

We like how you wrap your 2007 with this posting. Good recap and nice summary. So dah buat 2008 agenda? Jadual untuk itik itik berterbang lum keluar lagi.....

P