Friday, December 21, 2007

Eid-ul-Adha is here again.....

Salam Aidil Adha kepada semua umat Islam. Ini merupakan kali ke-5 berturut-turut aku tidak menyambut Hari Raya Korban bersama keluarga di Johor. Kali kedua menyambut perayaan ini di bumi Miri, dan kali ini ianya sungguh bermakna dan meninggalkan kesan yang mendalam. Tahun ini juga kedua orang ibubapa dan Anita membuat korban lembu di Kulai, manakala aku mewakilkan ibadah korban lembu di sebuah perkampungan terpencil umat Islam di Kemboja. Walaupun tanpa kaum keluarga di sekeliling untuk menyambut Aidil Adha bersama, suasananya kali ini tetap meriah. Semoga kita semua memahami, mendalami dan mengambil iktibar dari cerita Nabi Ibrahim A,S bersempena dengan arahan melaksanakan ibadah korban. Pengertian 'korban' itu sendiri terlalu luas dan pelbagai tafsir, apa pun hendaklah segalanya mendapat keredhaan Allah S.W.T. insyaAllah......

Sehari sebelum tanggal 10 Zulhijjah, aku dan Wan sudah bersiap sedia membeli bahan mentah untuk dibuat juadah khas, memasak untuk sekitar 40 orang. Pelbagai menu telah dirancang, antaranya Rendang Daging, Ayam Masak Merah, Dalca, Acar, Nasi Briyani dan Nasi Tomato, semuanya kami masak sendiri dengan dibantu oleh Hani. Malam itu kami tidur sekitar jam 2 pagi setelah selesai menyediakan bahan-bahan untuk ditumis esoknya. Seawal jam 7 pagi kami sudah bersiap sedia untuk solat di Masjid An-Naim, Lutong. Da'a, Hani dan Yus berkonvoi bersama kami dan setibanya di sana jemaah masih lagi tidak ramai. Kelihatan beberapa ekor Kerbau ditambat di batang pokok kelapa di persekitaran kawasan masjid. Terasa keheningan dan kesyahduan di awal pagi sambil kedengaran alunan merdu Takbir memuji-muji keagungan Allah. Ada suatu kelainan di masjid An-Naim ini, mungkin juga budaya masyarakat di sini. Sementara menunggu masuknya waktu solat, 2 orang AJK masjid mengenakan seakan 'apron'/pouch berwarna putih yang diikat sekeliling pinggang, berjalan perlahan bersalaman dengan jemaah dari satu saf ke satu saf yang seterusnya. Dan jamaah pula akan memasukkan wang kertas atau syiling ke dalam 'pouch' tadi. Selesai bersolat dan mendengar khutbah, kami bersalam-salaman, sempat juga berposing di luar masjid.

Terima kasih kepada talented Mr. Da'a yang menjadi fotografer pada pagi itu (jengah-jengah ke blog Da'a yang banyak foto menarik). Sebahagian gambar kami buat kenang-kenangan. Ada tetamu yang kami raikan pada malam itu, keluarga kakak Nuriz yang datang dari Kulai. Ibu mereka sempat membekalkan masakan hari raya untuk kami, ketupat, sambal goreng pengantin, rendang daging, ayam kari dan sambal kacang. Terima kasih buat Nuriz sekeluarga! Malam itu mereka menginap di Miri sebelum bertolak ke Brunei keesokkan harinya untuk bercuti. Sekali lagi Wan, Yus dan aku tidur lewat, mengemas mana yang patut sambil berbual kosong merehatkan badan yang terlalu letih.

22 comments:

Anonymous said...

Lompats2 blogs terus masuq sinney...wah, beraya sakan nampaqnyer

Nak address apa?, comeynye budak kat bawah tuh, seakan familiar sahaja wajahnya ittew, bukan ke 'dia' study kat KL sekarang innew....

Observersssss***

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Salam Aidil Adha, wpun dah terlewat. Dah lama x masuk kat comment ni, selalu tu baca jer citer yg tertera. Tak kisahlah di mana pun kita meraikannya, bersama keluarga @ rakan2, yg penting kita turut merayakannya tanda kita mensyukuri nikmat yg Allah kurniakan pada pd kita hamba Nya, hari kebesaran umat Islam. kata hari tu nak beraya kat Arga kan kalau x silap, x jadi ke?

Rush Murad said...

anonymous @ observersss - address me RUSH jer. tak ler sakan mana pun, tetapi meriah. budak tu nama Wan, dia bukan student dan tak pernah study kat KL pun. dah kerja la ni kat sini.. pelandok 2 serupa kottttt..

anonymous - Salam aidil adha to u too. Alhamdulillah, masih lagi bernafas di bumi Allah dan masih lagi dapat meraikan raya korban dgn aman damai. Plan nak raya puasa di India-Agra, Jaipur dan Kashmir, tapi cancel. Dan sepatutnya masa ni dah ada di South Africa, tapi cancel jugak tiket tu... plan ke luar negara minggu depan, short trip...

shahril aley said...

selamat hari raya haji....
meriah beraya di sana. tak nak beraya di KL pula ke? rajin betoi buat open house. bile la nak merasa makan rush masak ni :)

whitelighter said...

Huhuhu..

Seronok korang beraya tanpa aku ek... anyway.. aku pun raya best kat Johor.. hehehe

hani said...

waaaahhh.... thanks to you for the lovely recipes.. heheheh

A f f e n d i O s m a n said...

tudiaaa...

makan lagi. sakan depa noooo......
tahun ni kami pun buat kerban gak...asalnya untuk 7 orang, sorang sebahagian. tapi dah tinggal 6....ada sorang yang amek 2 bahagian. gitu la citenye!

Rush Murad said...

shahril - selamat hari raya korban. tak tau nak bila nak beraya KL, not in this 2 years time agaknya. mai la datang sini, i masak sedap2 for u..

whitelighter 0- dengar cerita kau pi merisik masa cuti raya, boleh caya ker? meriah ker raya kat johor yg banjir iteww?

hani - thanks very much my fren... kau memang rajin. ingat segala tips n petua masak rendang tu...

fendi - yer lah, asyik nak besarkan perut jer semua ni, tak dah aktiviti lain dah. faham kenapa dah tinggal 6 bahagian....

arsaili said...

salam eid ul adha...semoga pengorbanan yg kita lakukan diberkati oleh Nya

A f f e n d i O s m a n said...

tak faham ye?

seekor lembu boleh dibahagikan kepada 7 bahagian untuk korban. kalau dulu, pecahan 7 tu:

1. Baba
2. Mama
3. FahmiOsman
4. Mrs. FahmiOsman
5. FendiOsman
6. LukmanOsman
7. BasilOsman

Adapun, penama yang pertama telahpun meninggal dunia, jadinya ada 6 yang tinggal dan salah seorang penama tu amek la lagi satu bahagian untuk menggenapkan jadi 7 jugak. Kalau tak cukup 7 macam mana nak buat korban. Tak gitu?

Lily.Lulu. said...

kacak nya bang berbaju melayu lagi .. sembelih lembu tak ?? uhuhuhu ....

anyway .. how r u ?? bizi kerr .. ??

end of jan i'm going again to genting .. nak habiskan ticket free tido hotel .. ada banyak lerr .. kena guna before 5th feb 08 ..

do tell me if u want ..

Beruang Madu said...

lambat lah bang..selamat hari raya aidil adha... wahhh banyaknya masak... kami masak banyak macam tu masa raya posa haritu... krem salam kat adik yer... keciknya dia kat sebelah awak...!!!

Anonymous said...

salamz...owang lain cuti, i jugaqs yg kena kerja...geramsss, panggil rush ke?,occayss...ooo....wan ke?,yealah ittew,pelanduq dua sepura...tp comey gilerzzz budak wan ittew,geramsss...oppsss,sorrrey teroverz dan teruja plaks.
Occaylah,i dah nak baliq,nnti jem plaks...tahu2 jer lah,BTR Cheras...
Slmats tahun baru...kirim salam pd si wan ittew...

Observersssss

lindosh said...

salam aidiladha bro..!

semat habis berbaju melayu

~wan hidayat~ said...

Beshnye dapat makan ketupat nasi yang kak nuriz bawak tuh....baru lah terasa raya tempoh hari, next time kita anyam ketupat...kita leh rujuk beruang madu punya ketupat yang pelbagai tuh....
Tapi yang paling besh...sumenya sukses....terima kasih bebanyak...tak tebalas jasa baik menyediakan juadah untuk tempoh hari....sedappppp...blurpppppp.....

Observersss: wa'alaikummusslam dan terima kasih...

Rush Murad said...

arsaili - thanks bro! selamat bercuti di tanahair ek..... jalan sakan nampak...

fendi - jelas dan faham...

lily - i naaakkkkkkkk tiket genting tuuuu!!!!!!!!!!! save utk i satu tau, next weekend i kat KL....

beruang madu - keluarga besar, so masak banyak ler. kim salam kat adik chomel tu ek? actually aku ni yg gedabak... thats why dia nampak kecik jerrrr...

observersss - kerja time cuti? errmmm.... ramai lagik yg kerja time2 cuti nih. Wan will read ur message....

lindosh - same goes to u dear. kau berjalan macam tak hengat dunia kan? dari utara sampai ke selatan, shopping jer... jelesssss... baju melayu jer yg semat, abang ni tak semat ker? semat or semak??? tell me....

wan - yer lah, ketupat tu siap simpan beberapa hari, then berlaukkan rendang yg di preheat dalam oven beberapa kali.... nikmat!!!! u most welcome, esok2 kalau Company u nak buat makan2, meh ler kontrak/order kat i ek... nak buat side income...

Anonymous said...

Salam Aidiladha & Maaf Zahir Batin..
Rasa cam banyak dosa lak dengan En.Tepak Sireh nie walaupun tak pernah jumpa.. mungkin sebab banyak sangat membaca?.. sebab banyak sangat berahsia?.. Maafkan saya yek :( ~ chaiyo

A f f e n d i O s m a n said...

oh ye....

rancangan perjalanan ke selatan mungkin bermula pada hari sabtu....dan berangkat balik ke kajang pada hari ahad....

apa pun nanti kite apdet bang shidi ek! kite g ngan osmet yang kendo tu

Rush Murad said...

Ms. Chaiyo - apa dosanya... kalau tak buat salah, tak der dosa... kan? banyak membaca? berahsia?....

fendi - kenapa kejap sangat? so, ahad tu full day ler kita kat Singapore ek? Sabtu malam ahad nanti jumpa di JB, kita bincang2 ek...

Lily.Lulu. said...

bro .. will do .. do call or sms me laa kalau turun KL ...

boleh g jumpa u kat memana .. and i'll pass the ticks

;)

DBI said...

cerianya di aidil adha..terpancar kebahagiaan ittew tau..

Rush Murad said...

lily - nanti ler i call u ek.... kita lepak2 next week kat memana... makan kat Lala kg. baru...

dbi - rasa kasih dan cinta yg Allah beri.... alhamdulillah, bahagia...