Wednesday, November 14, 2007

Memorable Vacation in Phuket!

My Phuket Trip 2007

Penghujung 2004, bandar peranginan ini dilanda musibah alam yang begitu dahsyat. Mengorbankan beribu-ribu nyawa manusia dan haiwan serta memusnahkan infrastruktur yang bernilai berbillion Dollar. Phuket, setelah berduka dan compang-camping dilanda Tsunami, kini bangkit dengan tekad dan rupa yang baru. Amat sukar ingin menyelami kedukaan mereka yang terlibat dengan bencana Tsunami di sini kerana hampir tiada kelihatan kesan-kesan bencana. Phuket yang pernah aku lawati hampir 9 tahun dulu amat berbeza dengan Phuket hari ini. Banyak bangunan baru didirikan di sepanjang Patong Beach, begitu juga dengan Phi Phi Island yang terletak di dalam daerah Krabi, telah berubah rupa sama sekali. November merupakan permulaan 'high season' percutian di sini, ramai pelancong dari Eropah datang berseronok dan menikmati keindahan alam Tropika yang mendamaikan. Penerbangan AirAsia AK876 meluncur laju dari Kuala Lumpur menuju Phuket Airport kurang dari 1 jam setengah, dan sejam kemudian kami sudah sampai di perkarangan hotel C&N, Patong Beach. Petang itu kami habiskan masa dengan membuat tempahan aktiviti atau 'tour' yang akan dilakukan sepanjang berada di sana.

My Phuket Trip II 2007

Tidak sah kalau melancong ke Phuket sekiranya tidak ke FantaSea, sebuah persembahan pentas bertaraf antarabangsa yang sungguh menakjubkan. Persekitaran luar pentas pula dihias seperti berada di alam kayangan beserta dengan taman tema yang begitu menyeronokkan, apatah lagi anda disambut dengan senyuman dan ucapan 'Sawasdeekhap'. Dengan bayaran tiket sebanyak RM150 seorang, anda dapat menikmati pelbagai hiburan di taman tema yang menarik; Lost Jungles of Pimai, Secret Garden of Nimanaradi, Holy Temple of Dheviviman dan Tiger Kingdom of Singhaviharn yang mempunyai beberapa sangkar dan kotak kaca mengandungi haiwan hidup seperti Harimau Belang, Lemur, Ular Sawa Albino, Katak Puru Gergasi, Burung Merak, Kambing Gunung, Burung Udan dan banyak lagi. Pelbagai irama muzik dapat didengar di sekitar kompleks FantaSea ini dan berbagai jenis cenderamata menarik juga turut dijual. Kamera dan video serta telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam pentas semasa persembahan. Malam itu kami labuhkan tirai dengan menikmati makanan Thai di sebuah restoran Arab-Thai disekitar JungCeylon.

My Phuket Trip III 2007

Pagi itu hujan turun dengan renyai-renyai dan matahari masih lagi belum muncul di celahan awan yang mendung. Selesai menikmati sarapan, kami bergegas pula menaiki van yang disewa khas untuk pakej hari itu - Rafting Safari di Phang Nga yang sejauh 2 jam perjalanan. Selesai penerangan mengenai aktiviti, kami dibawa menyusuri hutan dara menuju ke kawasan air terjun Tone Pariwat Wildlife Sanctuary Station. White Water Rafting di sini sungguh mencabar berbanding dengan pengalaman sebelum ini di Kiulu River, Sabah. Rafting sejauh 5km itu tidak terasa kerana terlalu fokus dengan 'kejutan-kejutan' arus deras, batu besar dan tujahan-tujahan tebing. Belum sempat berehat setelah makan tengahari yang disediakan, kami dibawa pula ke Kem Gajah Island Safari, menyusuri anak sungai dengan menaiki Gajah. Suasana petang yang cerah dan berlembayung memang sungguh mengasyikkan, ditambah pula dengan dendangan 'muzik hutan' - damai!

My Phuket Trip IV 2007

Sebuah kompleks membeli belah yang hebat dinamakan JungCeylon (Jongkang/Bahtera Sri Lanka) di bina di tengah-tengah kesibukan deretan kedai dan restoran di Patong Beach. Kompleks yang mengandungi beberapa buah tema beli-belah (Sino-Thai, Robinson, Carrefour) tersebut dibina dengan rekabentuk moden dan mesra alam. Sebuah bahtera bersaiz sebenar diletakkan di tengah-tengah medan pertemuan, menyediakan persembahan percuma 'Light & Sound' selama 20 minit. Ianya sesuatu yang baru bagi aku kerana pertama kali melihat percikan air dijadikan skrin penceritaan dengan cahaya laser berwarna-warni dan latar muzik hebat. Keseluruhan tingkat bawah kompleks tersebut dijadikan bazaar menjual pelbagai jenis kraftangan dan makanan hasil penduduk Thailand yang dilabel dengan nama 'That's Siam'. Tanggal 10 November, Wan Mohd Hidayat atau The Cronicles menyambut harijadinya yang ke 23 tahun. Kami menyambutnya dengan sederhana di Kafe Aiskrim Swensen, aku memesan aiskrim yang diletakkan lilin di atas sepotong pisang dan pihak Kafe memberikan sekeping gambar Polaroid secara percuma. Malam itu sekali lagi kami menjamu selera masakan Thai di Restoran Cairo, Arab-Thai berhadapan dengan JungCeylon.

Banyak kenangan manis terpahat dalam memori sepanjang percutian kali ini. Menaiki kapal persiaran Sea Angel di tengah-tengah Laut Andaman sambil bermandikan terik cahaya matahari, snorkeling bersama ikan di Maya Bay, makan tengahari di Phi Phi Island sambil beriadah, rafting di sungai deras berlatar hutan tropika, menyusuri anak sungai dengan menaiki Gajah bak seorang Hulubalang zaman dahulu-kala, terpegun menonton persembahan FantaSea yang setaraf Disneyland, persembahan mencuit hati Cabaret ala-Moulin Rouge di Maya- Paradise Complex...... semuanya menjadi antara kenangan terindah!

44 comments:

Anonymous said...

Wow.. pertama kalinya alhamdulillah En.Tepak Sireh kembali jua dengan selamatnya dari percutian yg pastinya menyeronokkan.
Berbunga-bunga rasanya perasaan membaca pengalaman pengembaraan En.Tepak Sireh dan kawan-kawan ke Phuket kali nie. Mana tidaknya, melalui penceritaan dan gambar2 yg dipaparkan seolah-olahnya diri ini melalui sama pengalaman itu.
Nampaknya Phuket akan masuk list utk bercutian seterusnya for me and my best friend. End of this year we'll be in KK - tak sabar2 rasanya nak pergi sejak baca ur last trip to KK dulu ;p
Thank you so much sebab sudi berkongsi pengalaman menarik nie :)

A f f e n d i O s m a n said...

tudiaaaa.....

sebagaimana yang diteka! betul ke HKT. Ehehe...sakan nooooooo!

Zoulkieflie said...

salam..best lah baca n tgk pics yang di siarkan..tak saba rasanya nak tunggu bulan april ni..walaupun bukan ke phuket,tapi keseronokannya pasti terasa..

blackpurple @ jowopinter said...

Wah! Memang best. Itu baru baca cerita orang, belum pergi sendiri. Tapi baca tulisan ni terasa macam dah pergi pulak, tak payah pergilah kalau macam tu... Ha ha ha!

Tapi satu hari nanti, nak pergi jugalah rasanya.... :D

lindosh said...

aritu tgk dlm travel n living kat estero pasal pulau neh.. besh gile tengok.. cantekkkkkkkkk!!

bile la blehj pegi neh

Lily.Lulu. said...

jelessssssssssssssss !!! sebab bes gilerrrr !! tengok gambar pun ,, aduh duh duh ...

can't wait for my vacation pulak nanti ..

sabau jek nih .. sabau
but poor u la bro ..
how come boleh hilang hp >??? haiya ..

kena la beli hp baru lagi
:D

will email u back my contact number ..

do take care !!!
love the pics !!

;)

Lily.Lulu. said...

dan dan masuk balik blog nih .. lagu thailand berputar ..


apekah ??
huhuhu ~

kap kung kap..
sawadikap

:P

Shah said...

Masa kitorang gi dulu Jung Ceylon belum buka... Boring gak tak de tempat melepak kat Patong tu... Teringin lak nak pegi sana lagi...

Yazeed or Najib or Pak Itam... said...

Yo Rush... bestnya Phuket.. rasa macam nak pegi lagi...bestnya... paling suke naik gajah tu.. harummm dan paling best memang kat Phuket Fantasea..tak perasan pulak tapi u ada pegi Simon Cabaret tak?? Best tempat tu... errr ker dah tutup..

shahril aley said...

rasa rugi plak terpaksa tukar perancangan dari phuket ke KK. ermmm may next time la kot dapat pi sana.

Rush Murad said...

anonymous - tq. alhamdulillah, everything is sooo smooth. i pun mcm ada plan nak pi KK end of the year...ehhehehehee.... terserempak lagi ker?

fendi - yer la, mana lagi yg dekat, HKT.. next time kita plan sesama pi cuti2 ni ek....

zoul - wait for ur turn plak ek... simpan duit bebanyak, baru best pi jenjalan nih.

blackpurple - masuk dalam list destinasi honeymoon ker? hehehehee.... kena pi dan merasai sendiri baru best...

lindosh - ada dalam astro ek? insyaAllah, ada rezeki, sampai jugak u ke sana.... tunggu AirAsia buat prmotion 'free seats'....

lily - when is ur vacation? nak pi mana? nak ikut? bila2 nanti kita plan pi trip sesama ek, dekat2 jer lah.... ok? yup, my hp tercicir... sedeyyyy.... baru beli tauu.... ni kena tunggu gajian lagik baru beli yg lain....

lagu Thai ni saja putar utk dapat mood.... boley?

Dr. Shah - baru few months buka, besar plak tu. memacam kedai ada, cafe pun ada. boleh lepak2 sampai midnite kat situ. the Siam bazaar tu very comfortable. Jom plan pi travel sesama....

yazeed - tahniah! sebab ada blog baru.... hehehehee... will add u ek. Wajib pi FantaSea. Simon cabaret tu i skipped, few of us pi sana... but again, u shud see FantaSea punya show... byk kejutan.

shahril aley - next time jer lah pi phuket... tapi Phuket much more expensive than KK.... bila nak pi KK nih?

shahril aley said...

kitorg buat rombongan cik kiah sekali lagi dalam bulan June tahun depan pasal kebanyakan kawan keja buat akaun semua busy sampai April/May. kire dah jadi agenda tahunan bulan June je la. hehehe.... Planning nak panjat Puncak Kinabalu tu. hopefully berjaya la nanti....

Anonymous said...

It will be amaze!! kalau betul2 terserempak dengan En.Tepak Sireh diKK nanti.. :o Pastinya mata i akan terbeliak lebih besar dr biasa ;p
It's will only happen dgn izin Allah Taala je, for sure. If it's happen to hadapi je dengan senyuman ;p
Anyway, so sorry about your hp yg tercicir tu :( #I believe tak de siapa pun yg nak this kind of thing to happen. Maybe incident nie boleh jadi satu pengalaman yg berguna untuk traveller2 baru macam i - how to organize your stuff during traveling?. Any tips Mr. Traveller ;p

A f f e n d i O s m a n said...

ok....

fendiosman akan tunggu mana orang tu nak ajak!

anyway, cmane trip saya ke sana nanti? how to contact u kalau takde henset segala?

harus pegi, sampai epot takde orang jemput, terus patah balik KUL

Rush Murad said...

shahril - rombongan cik kiah jugak ker? oooo nak panjat gunung...eeermmm.... few months kena buat latihan kasi fit itu tenaga...

anonymous - aaarrr.... kalau yg mata terbelaik tu, then i tau ler itu u...ek? hp tu i letak dalam pocket backpack, senang jer kalau nak ambik, buka zip terus seluk. selalunya backpack kecik tu i bawa masuk kabin, but kali ni macam malas.. so masuk luggage... tu ler pasal... lesson learnt!

fendiosman - insyaAllah... so far tak der perancangan for next year coz nak reduce aktiviti travel ni... motif? my SIM card sedang diposkan dari JB, kena tunggu....

A f f e n d i O s m a n said...

reduce travel...

we'll see how true is that! bulan 3 ni ada matta lagik...moh le!

Anonymous said...

Dayat (from PBJV yard, Miri)

No words can be described about Phuket trip...memorable, unforgettable and remarkable!!!

Hope to get there again...so many things to be discovered...

Thanks a lot for the bufday celebration (Swensen)...Light and Sound...and everything...

All have been engraved...just like scar...Thanks a lot!!!

Dayat

DBI said...

hangus tak kulit???..maklumlah duk bercanda di pantai ..

Ghazali B Abd Aziz said...

Rush;

I pun terkejut jugak tgk gambar you bila my friend send the photo of their vacation in Phuket ... tak sangka you pun kenal my circle of friends ...

What a small world kaaannnnn

ejay cassidy said...

Wow..best nya . Aku tiap2 tahun kempunan jer nak gi Siam ...tak pernah kesampaian....dalam mimpi pun tak terbayang pun....sedeh...ahak.

Mesti best kan...apatah lagi ngan member yang 'sekepala" lagilah enjoy....ok..salam bloggers dari Jelly fish

Rush Murad said...

fendi - yup.... memang nak reduce sesangat... my resolusi tahun depan... sik cayak ka kitak?

Dayat - lepas ni kita plan pi tempat lain plak ek, memang tak puas ler hari tu, too short..

dbi - walaupun guna sunblock spf 50, still gelap, tapi tak ler berbelak... i like my skin tan... macho... motif?

Ghaz - i dah tau ur circle of frens tu i kenal.... cuma tak bgtau u jer... kekwat tak? hehehehe.. u shud join us, mostly yg pi tu budak2 Petronas....

ejay - thanks for dropping by.... nanti ada peluang, pi ler bangkok or phuket, u will love it. yup, pi dgn member sekepala memang seronok... freeeeeeee....

Nurul A. Abid said...

Besar jugak rombongan Kak Kiah ni ek tapi tak nampak pun Kak Kiahnya...atau Kak Kiah dah jadi Pak Kiah....:)

I punya Nov trip pun kena postpone because of the new job...hopefully the one in Feb 2008 menjadi...

Anonymous said...

lurve the hat! sesuaieee.... hehehe..

mestilah seronok, kan rush? can see it from the pics...

~rn8~

Pnut said...

holaaa best weiiii..aku tatau le bila bulih sampai..berangan je la...cantik-cantik pic weii..best...

A f f e n d i O s m a n said...

memang tak caya pun

mana taknya...tup tup ujung minggu tetibe sampai chiang mai, tup tup pulak sana tup tup pulak sini! kurang? as i said, we'll see! heehhehehehe

mim said...

ohh, abg.adi pun ada blog ropanya, aku yg tetinggal...sronok nampaknya duk s'wak...ok la tu, ramai member baru, err pacarnya dah ade lum??

Rush Murad said...

Nurul - yupppp.... Pak Kiah plak jadinya... semuanya lelaki saja...
I've cancelled my ticket to Dubai & South Africa.... ada byk reasons...... ntah lerrr.... konpius.

Rn8 - i know ramai yg suka style topi tu sekarang, ala-ala Bunga Cinta Lestari.... hiksss.... or is it Brokeback Mountain??? :o

p-nut - hang kumpul ler duit sikit2, lagipun hang baru lepas renovate rumah besar-besaran, cantik rumah hang..... lepas ni tukaq kete besaq naaaa...

fendi - ni azam tahun baru 2008 tauuuu.... takmoh jenjalan jejauh lagik, dekat2 oklah.. so far for next year, cuma ada 2 plan sajor... tu pun dekat2 SEA. percayalaaaahhhhhhhhhh...... lala lalalala...

Zoulkieflie said...

salam,abg,boleh lah kamek pinjam topi ya kelak masa kita g samilajau kan..nak buat video klip lagu "cinta pertama"..he he..

tyah said...

Waaaa..Manyak cantik wooo.. Tekaan pertama aritu salah tekaan ke2 mmg betul pi Thailand:)To Dayat - Happy Belated Birthday ropernya kita ni sama "Kala Jengking" wink wink. Pasai pa hang cancell Dubai & South Africa; tak kan semangat mengembara merudum jatuh tetiba e..

dirtypap said...

Bang, Kak Nurul kan keje kat... Ops! *pekop mulut

Personally aku rasa FantaSea tu biasa-biasa sajork. Tapi tak pasti la kalo performancenya dah berubah berbanding waktu aku ke sana 2 tahun lepas.

Tak sabar rasanya nak ke Hanoi end of this year. Yay!

Anonymous said...

test...

Rush Murad said...

mim - ehhhh.... sapa plak ni???? konpiussssss.... yer ker seronok stay s'wak? kalau seronok tak der lah nak pi travel selalu, kan?pacar? ramaiiiii....

zoul - nak pinjam boleh, tapi ada syaratnya.... sanggup?

tyah ni macam Mak Nujum ler, leh teka2 betul... ntah ler, tetiba semabngat nak travel tu merudum.... ada faktor2 penyebab.... tak kisah ler, byk masa lagik leh jenjalan..

dirtypap - aku macam dah dapat agak nurul kerja kat mana, jap aku pi check ek.. oppssss... "SPSA-HRVO/A-T2"... tu diaaaaa.... dah tau Nurul kerja apa..... hiksss...

anonymous - check jer laaaa....

Anonymous said...

En.Tepak Sireh takkan perasaan punya la kot ye pun kite terserempak lagi ;p menyampah la rasanya jadi invisible nie :( Nantilah i fikirkan nak tukar jadi ape lak lepas nie..??
Ohh.. gitu ceritanya. What to do then if it's happen?. Kena buat report kat b.polis airport ke.. airline yg kita naik ke..? - Maaf yek En.Tepak sebab banyak betol soalan.. almaklum la ye saya nie budak baru belajar, kalu salah tu tolonglah tunjukkan ;p

tyah said...

1st tengok sepintas pic tapi bila tengok pokok klapak & bumbung atap tu situ lah leh teka pi mana:) Bukan mak nujum:P

A f f e n d i O s m a n said...

ayoyo...

kensel la trip g apreka tu ek? hangus tak duit? takpe, orang banyak duit katakan....(laariiikkk)

hmm..kita tengok tawon depan cmane. hmm nak ke SEA tu ajak2 laaa...nak ngendeng sama (jadi ubat nyamuk je....menemankan orang dating)

mim said...

encik adi, yg reramai tu bukan pacar namanye, yg spesel ler...

byk tempat hang dah pegi, bestnyer, aku mesia pun tak abih raun lagi...

Anonymous said...

Bila yang u pergi KK with your family and friend tu yek?. Nak recall balik that story for my guide to KK next month ;p Tak sabar2 dah nak gie nie ahh... Thanks in advance for the story!! -ms.chaiyo

Anonymous said...

Ayooooo..eventhough a handful of ppl know, didn't intend to disclose it on the blog...*sigh*

MYNACM

arsaili said...

wah bestnya holiday..shell miri ke? kenal siti hurairah?

Rush Murad said...

Cik Chaiyo - jgn ler jadi invisible lelama ek... my hp tu hilang due to my own mistake, so takder ler nak report polis segala..

tyah - eh... i pulangkan bekas cream caramel tu nanti2 ek... dtg dgn fendiosman sekali.. hiksss

fendi - hangus sebahagian... nangesss... bole kalau nak ikut, jangan jadi langau udah ler. sapa plak nak berdating, im single and happy go lucky... :)

mim - special... yup... adalah special tetapi.....

anon - u tengok kat archive, maybe around march/april i pi sana...

MYNACM - tak paham lerrrr...

arsaili - macam pernah terlihat nama cik siti tu. tapi tak close....

Anonymous said...

When you are in the office, buka Outlook and type MYNACM kat 'To', then u know what I mean.

sayda said...

bestnye!

kujeles bangat sih.

Pato & Pearl said...

Wow!..this looks good and what I've read not bad jugak ye...The last time I was there was 1996 (solo flight - lum jadi Mrs Pato lagi..hehe). Ada jugak rasa nak terbang ke sana but the things we've heard from most of our friends was that it has become too commercialized and most gave negetive feedback so masih teragak agak lah ni..
I guess you've just got to be there for yurself to experience it again kan...
NICE pics lah

Pearl (must remind myself for Pato to browse this page...)

Marry lee said...

It was certainly interesting for me to read that article. Thanx for it. I like such topics and anything that is connected to this matter. I definitely want to read more on that blog soon. Chaiyo Thai Cafe