Sunday, November 18, 2007

Cik Sri Siantan's Letter....

Semenjak aku berblog segala, banyak juga email yang aku terima dari pembaca, pemerhati, rakan-rakan sekampung/sekolah yang dah berbelas tahun tak jumpa, serta mereka yang mencari maklumat mengenai tempat-tempat percutian/pelancongan yang pernah tersiar di laman Tepak Sireh ini. Ada juga yang mengirim email bertanyakan hal-hal yang tidak bersangkut-paut dengan apa yang dipaparkan, ada yang bersifat peribadi, dan ada juga yang meminta nasihat dalam perkara-perkara tertentu. Sebelum aku meneruskan apa yang hendak dipaparkan kali ini, ingin aku melambai tangan sambil mengucapkan 'Bon Voyage' kepada Kak Zam dan rombongannya dari Putrajaya yang akan bercuti ke Bandung - mudah-mudahan maklumat dan tips yang diberikan dapat membantu. Kepada Arni, selamat berhoneymoon awal bulan depan ke Bali, ucapan terima kasih juga kepada laman blog Pato&Pearl yang banyak menyumbang maklumat mengenai Bali.

Baru-baru in aku mendapat email dari seorang teman siber, katanya telah lama mengikuti perkembangan Tepak Sireh bla bla bla bla....Beliau mengajukan banyak soalan peribadi kepada aku, antaranya; bagaimana ingin sentiasa gembira dan ceria, bagaimana mengatasi masalah hidup/kerja/persahabatan/percintaan, bagaimana ingin berjaya dan banyak lagi. Aku pernah siarkan dahulu mengenai 'mencapai kebahagiaan' yang bersangkut paut dengan kerja dan rezeki yang Allah berikan etc. Dipendekkan cerita, aku sertakan email dari pengirim tersebut yang telahpun aku edit serba-sedikit. Mungkin ada antara pembaca yang boleh memberi nasihat atau buah fikiran kepada beliau (sebab bab nasihat orang lain ni memang aku kurang arif). Pengirim ialah seorang remaja lelaki, graduan yang baru 2 tahun bekerja dan kini sedang membina karier dalam bidang IT. Beliau bersetuju untuk email ini dipaparkan.

"........Bro, saya memang amat sayang kepada lover saya.... i love her so much!. Walaupun baru beberapa bulan kenal dia, kami seperti sudah terlalu lama kenal dan jumpa. Before this, saya pernah bercinta semasa di university dulu, tetapi tidak sekuat ini, rasa seperti baru pertama kali bercinta..... i'm deeply in love. Saya sangat sayang kepada dia. Kami datang dari negeri yang berlainan tetapi sekarang bekerja di bandar XXX. Semenjak bertemu dengan dia, setiap hari kami akan berjumpa, makan bersama, menonton movie, shopping etc. Dia sahajalah yang ada dalam fikiran saya. Dia memberikan saya motivasi untuk kerja kuat, fokus dan sememangnya membuatkan saya happy selalu. Baru-baru ini dia ada memberitahu yang ada seseorang meminati dia, saya tidak ambil peduli kerana orang yang admire dia tinggal beribu batu jauhnya, rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara. Semenjak itu saya perasan yang dia kerap menerima panggilan telefon atau sms dari admirer tersebut. Dia juga kerap menghubungi admirer tersebut, dan alasan yang diberi "dia cuma kawan biasa...". Kelmarin saya singgah ke rumah dia untuk lunch, kemudian saya ternampak ada bungkusan hadiah di biliknya, saya buka dan baca isi surat/kad yang dikepilkan bersama hadiah. Memang mereka sedang dilamun cinta, berjanji itu ini (naik pelamin?). Saya serta-merta menjadi down dan tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Saya juga dapat tahu yang dia bercadang untuk melawat/berjumpa admirer tersebut suatu hari nanti. I dont know when. Dia selalu memberitahu yang dia sangat sayangkan saya, saya inilah sahaja kekasihnya. Tetapi setelah apa yang berlaku, saya yakin, bukan saya seorang sahaja yang bertakhta di hati dia. Dia seperti tidak sedar atau buat-buat tidak sedar dengan apa yang sedang berlaku. Saya fikir cara terbaik ialah untuk mengundur diri dengan baik dan membiarkan mereka. Saya tidak suka menimbulkan konflik dan berbalah. Saya yakin dia amat matang dalam hal ini dan tahu apa yang sedang dia lakukan. Mungkin jodoh dia bukan dengan saya, saya bukan yang terbaik untuk dia dan mungkin juga sudah tersurat di azali, dia akan bersatu dengan admirer tersebut. Saya ingin melihat dia gembira, saya ingin dia sentiasa gembira, saya ingin dia mendapat apa yang dicitakan..... insan sempurna buat dia. Bro, adakah tindakan saya ini betul? bagaimana saya ingin menghadapi dia yang sangat saya sayangi itu? .......memberitahu tentang isihati dan perasaan saya ketika ini...."

Itulah dia, keluh-kesah seorang insan. Aku tak ada komen selanjutnya mengenai masalah tersebut buat masa ini. Terpulanglan kalau ada pembaca yang ingin membantu memberi pendapat dan nasihat.

26 comments:

Sastri said...

errr... pepagi masuk, baca entri ni... hmmm... personally, kalau i jadi the guy, i would leave... i'd feel betrayed and would find it hard to trust the gal after that... memang mula2 akan rasa depress, down etc... but whenever you feel bad, think of the hurtful things the gal did to you, and whether she's worthy of your love when she behaved that way... itu my opinion laa...

teringat plak lagu Jojo ~ Leave... :p

shahril aley said...

Kepada pengirim,
Berterus terang adalah cara terbaik untuk merungkai kegusaran di jiwa. Mungkin jawapan dapat di cari setelah masing2 tahu isihati pasangan. Ketahuilah setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan yang mengembirakan atau menyedihkan tetapi kita bukan penentu segalanya & yang mampu dilakukan hanya merancang setiap perjalanan. Usah membuat keputusan terburu2 kerana takut dikemudian hari kau akan kecewa yang teramat hingga menganggu kehidupan seharian. Kalau dia ingin berubah berilah ruang untuk kamu memperbaiki kelemahan masing2. Aku pasti setiap perkara berlaku bersebab. Oleh itu hadapilah dengan hati terbuka & tenang....

A f f e n d i O s m a n said...

wahhh...siantan la skarang ek?
hiks...telepon dah idup ke blom? dah dekat ni nak melawat cik kiah!

Lily.Lulu. said...

aduh sakitnya ..

this guy yang menulis tu must be very very strong person ..

luluh nya ..

Anonymous said...

Meminjam kata-kata seorang blogger...

".....Membelakangkan masalah dengan senyuman, menyorok resah hati dalam gurau senda, merawat keraguaan dalam sekepal kepercayaan.....andai itu juga tidak bisa, telan sahaja hempedu daripada meratah madu yang mengalir tetapi beracun....."

MCMXL

DBI said...

i baca jer..i tak tahu bagi nasihat kes kes camni....

cuma..masih banyak ikan di laut...kuda laut,sotong, udang, kima,pun banyak..buat lah pilihan yang di rasa bijak...

Anonymous said...

Memang ada orang kata rasa cinta sesama manusia itu tidak salah. Tetapi cuba kita tanya diri kita sendiri adakah rasa cinta kita itu melebihi rasa cinta kepada Tuhan.

Kalau rasakan diri sudah tidak terkawal lagi dan tidak tahu bagaiman ingin menurunkan rasa cinta itu, saranan saya hanya dua iaitu tinggalkan sahaja si dia atau kahwin terus. Apa salahnya, anda dengan dia masih lagi belum berkahwin.

Bagi yang rasa hendak kahwin lagi 2 tahun, tinggalkan dahulu si dia jika hati rasa perasaan cinta itu lebih banyak kepada si dia berbanding kepada Tuhan. Hurm. Sekarang yang mana satu menjadi keutamaan anda? Fikir-fikirkanlah.

Ibadah adalah cinta. Dan itulah yang pasti. Kalau anda lebih mencintai si dia melebihi rasa cinta kepada Tuhan, itu bermakna anda melakukan ibadah kepada sesuatu yang lain. Bukannya ibadah kepada Tuhan.

Erm. Kalau ibadah kita sudah terarah kepada sesuatu yang lain, apa maksudnya?

Saudaraku, anda berhak membangun puluhan istana di muka bumi. Asalkan anda tidak lupa memperkukuh mahligai cinta kepada yang paling berhak.”

Ikhlas - N.Syuhadah

Sarah Mohd Shukor said...

salam bro rush.
was a silent reader before this tp terasa nk share smthing utk email yg dikongsi ni.
if i were in his shoes, sy akan lepaskan dia. 2 main reasons. 1. kalau girl tu sayang kt this guy, she wont go flirting around or layan guy yg kerja di oversea tu extra special jgk. she should know the limit once she is committed to this guy. plus, based on this situation this guy should have the basis to evaluate this girl from his POV. tapi yela kn. kalau dh sayang, kita dh tak terfikir sgt sakit yg dtg. 2. i bet that this guy is still young. future is bright waiting for him. kalaupun kecewa yg kali ini, insya allah someone better is destined to be hims. tp kalau smpai dgn this guy bersayang-sayang, then dgn that guy janji kawin2 plak, susah nnt. fikir masak2 sblum ambil apa2 risiko.
apa2pun, keputusan ada pd this guy. kalau rasa inilah yg terbaik, fight for her n jgn lepaskn dia. sbb hanya this guy yg tahu hati dia skrg cenderung ke arah mana. even here in this email he claimed that he's confused what to do next, but deep inside only he knows the true feeling that he feels. all the best.

Anonymous said...

Saya kira dlm situasi begini jalan penyelesaian terbaik adalah f2f. Tak de masalah yang tak dapat diselesaikan dengan berbincang dan tolak ansur diantara 2 pihak. Mungkin awak perlu bagi peluang dan masa utk dia jumpa admire dia tu dulu?. Andainya memang dah tertulis dia adalah jodoh awak dia pasti akan kembali kepada awak, dan kiranya sebaliknya percayalah ada jodoh yg lebih baik utk awak diluar sana. Hanya masa akan menentukan segalanya.
Jangan lupa istiqarah mintak petunjuk dr Allah Taala yg Maha Mengetahui segalanya tentang KITA :)

Rush Murad said...

Terima kasih kepada semua 'pengomen', minta2 si A ni baca semua nasihat, pandangan etc dari anda semua. Lepas ni harap2 dah tak de ler Cik Sri Siantan's letter II.

Sastri - yer lah, kadang2 org tak dapat nak rasakan the hurtful part tu, org nampak surface jer kan? lagu Jojo? :)

Shahril aley - yup, kena berterus terang kan, jangan meneka dalam kesamaran. tetapi ada juga org yg susah nak f2f nih, lelagi hal2 peribadi, tak semua org mempunyai kekuatan, atau sengaja nak elak utk tidak timbul konflik - bak kata si A ni. Setiap perkara yg berlaku bersebab - i totally agreed.

fendi - hehehehehe... jangan risau. Otw katanya.... email jer lah ek...

lily - semua orang kena kuat dan tabah menghadapi segala macam cubaan dan dugaan dalam hidup ini. yg kuat akan berdiri dan yang lemah tak semestinya perlu sentiasa di belakang... u pun tgh down pasal cintan-cintun ni kan? oopssss...

anonymous @ MCMXL - meminjam kata2.... dan minta permission tuantanah ker? i like the line "......telan sahaja hempedu daripada meratah madu yang mengalir tetapi beracun....."

dbi - u bukan tuan Doktor psychology kan? tapi u jugak ada beri khidmat nasihat etc.... kan? yer lah, di laut byk lagi binatang2 yg leh di cari... tetapi kan... bak kata pepatah "yg hilang berganti, tetapi yg berganti itu takan sama dgn yg hilang..." nanti bukak You Tube cari tajuk tu ek...

anonymous @ N.Syuhadah - saudari membuatkan saya tersedar dan tersadar.... saya tunduk malu.... cuba menginsafi diri. Banyak lagi ilmu yg tidak saya tahu... terima kasih! sedang muhasabah diri ni..

Sarah - thanks for coming. i hope si A will read ur comments nih.... i like the phrase "....keputusan ada pd this guy. kalau rasa inilah yg terbaik, fight for her n jgn lepaskn dia. sbb hanya this guy yg tahu hati dia skrg cenderung ke arah mana....."

anonymous @ chomel - mcm saya komen tadi, kena f2f, tapi tak semua perkara dpt selesai dgn baik secara f2f, itu realitinya... f2f itu idealnya. kalau dah biarkan dia jumpa admirer tu..... end of the story lah rasanya, kerana dia sanggup tinggalkan si A utk bertemu admirer tersebut. Itu menunjukkan yg dia mmg tgh kalut dgn cinta dan perasaan (nafsu?). Terpulanglah kepada si A ni nak buat keputusan ek... yup, yg terbaik ialah buat solat istiqarah, kalau dah memang dia milik si A, si A kena lakukan sesuatu, jika bukan... tawwakal jer lah... kan?

Anonymous said...

Insya'Allah, saya akan minta kebenaran menggunakan frasa dari blogger tersebut.

Saya ingin menambah setlh membaca komen dr pembaca lain. Saya rasakan kedua2 pihak perlu bersemuka, mrk perlu berbincang. Dia wajib menjelaskan isi hati, perasaan dan situasi sebenar kpd kawan bro itu. Dia tidak boleh sembunyikan perkara ini, lambat-laun ianya akan menjadi lebih parah, terutamanya kepada kawan bro. If the girl itu memang sudah tawar hati dgn kawan bro, dia kena berterus-terang. If dia memang sukakan that guy or admirer tu, dia kena berterus-terang dgn kawan bro. That girl kena buat keputusan, mana satu pilihan hati supaya kawan bro atau admirer itu tidak rasa 'bergantung tidak bertali' atau tertipu (tipu perasaan, janji manis dll)

Just my 2 cents MCMXL

~wan hidayat~ said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? TENSION? SEDIH?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

Apa sahaja cubaan dan dugaan yg kita hadapi dlm hidup nie hendaklah kita selesaikan dengan akal yg rasional. Org tua ada berkata ikut hati mati, ikut rasa binasa. Nampaknya En.Tepak Sireh telah membuka satu ruang utk CS Siantan menilai dan membuat sebaik-baik keputusan. Istiqarah, istiqarah, istiqarah dan buatlah keputusan yg bijak...

Banyak nasihat berguna yg saya juga pelajari dr kisah kehidupan ini - anonymous @ chomel? hehehe / it's me la ms.chaiyo ;p

Kampret Nyasar said...

Semoga apa yang sudah terjadi bisa menjadikan sebagai pelajaran. Sedih, kesal dan benci, semoga semua itu bisa cepat sembuh dan berlalu.. bisa menganjak langkah untuk maju kedepan...

Semoga Yang Maha Kuasa mengganti semua penderitaan ini dengan pengganti yang barokah.

Senang sudah bisa mampir kesini, salam hangat dari Afrika Barat
--------------
PS: Ohya, Warung yang lama ini akhirnya kembali di buka, setelah lama di tinggal mudik.

Yazeed said...

first of all... lily are u okay?? is there something wrong. Do u like to share with everybody??

Bersemuka?? Mungkin bukan untuk dia berterus terang, nanti dia berbohong, itu akan lebih sakit lagi. Bersemuka hanya untuk menyatakan pendirian anda. Anda tak suka tindak tanduk dia walau bagaimana sekalipun. Kalau dia tak bersedia, undurlah, dia sedang memilih yang terbaik sebenarnya. Seperti yang semua cakap, Tuhan akan memberi peluang kedua kepada semua. Be strong!!

azwan bamadhaj said...

Hye Bro.....

My opinion wud be.....

kepada penulis surat (walau siapa pun dia0 dan mungkin untuk orang2 yang mempunyai masalah yg sama....

pertamanya anda kena tenang, jangan gopoh, apa yang anda cakap itu benar kerana itu adalah dari pemerhatian anda, namun anda juga perlu sedar,
itu dari pihak anda tapi bagaimana dari pihak si dia??
pernahkah anda tanya jelas2??
pernah ker anda selidik betul2?
pernahkah anda terfikir kalau anda di tempatnya??

saya rasa, setakat ini dia masih berterus terang dengan anda, dia tetap memberitahu hubungannya dengan orang itu, bukan dia merahsiakannya, ini bermakna yang anda masih tetap kekal no 1 di hatinya, look things at the positive side, don be so negative....

seperkara lagi, berdasarkan tulisan anda (maksudnya penulis tersebut), seolah-olah anda adalah seorang yang kuat cemburu dan mudah membuat keputusan...

jangan begitu, cemburu itu perlu ada, namun bukan untuk dijadikan TUAN dalam diri, sekadar menyedarkan kita sudah memadai....

tambahan pula, kalau benar anda menjumpai kad dan hadiah serta penulisan perjanjian itu dan ini sehingga berjanji untuk naik pelamin, mungkin kerana anda sendiri yang tidak menunjukkan rasa cinta sejati kepanya, menyebabkan dia rasa tersisih atau kurang dicintai menyebabkan dia bertindak begitu, jangan hanya menyalahkan orang lain, kadang2 kita kena selidik diri kita juga....

jangan bertindak terburu-buru untuk mengundur diri, mungkin ini dugaan dan cabaran sepanjang perjalan percntaan anada dengannya di bumi asing yang menemukan anda.

beritahu sahaja apa yang anda rsakan dan lihat responya dan yang paling penting,

kalau benar2 anda sayangkannya, cuba letakkan anda ditempatnya dan fahami perasaannya, see things from other perspective.

and lastly, jangan hanya kenang amsalah yang berlaku di depan mata... ingatlah masa-masa serta kenangan indah yang pernah anda lalui bersama dengannya, bukan mudah untuk dia melakukannya dan mungkin juga bukan mudah untuk anda melakukannya, kenanglah itu, dan fikirlah sama ada anda mahu lihat kenangan dan kegembiraan itu hancur dan pupus dek kerana sekelumit rasa tidak percaya yang bersawang di dalam hati dan sanubari anda itu....

sekadar renungan untuk semua...


The biggest mistake people make in life is not trying to make a living at doing what they most enjoy. -Malcolm Forbes-

Rush Murad said...

MCMXL - ada yg email to me. nak kenal dgn u... hehehehe... macam2. Yup... f2f, luah rasa hati.... i sokong jer.

Ms. Chaiyo - nama u memang comel, maybe orangnya comel jugak kot.. (nak invisible lagi ker?). I really like ur quote, rasa insaf, rasional... tidak ada satu yang tidak benar jika ianya datang dari kalimah Allah... rasa kecik sgt diri ni...

kampret nyasar - makasih mas, udah sudi mampir ke blog saya. Setiap sesuatu yg terjadi itu, kita cuba untuk mengambil iktibar. Yang baik kita buat teladan, yang jelek, kita jadikan sempadan... Kapan2 seneng, bisa main2 ke sini lagi mas... semoga hangatnya Liberia, lebih hangat lagi silaturrahmi kita...

yazeed - korek rahsia lily ek? i dah korek dulu, tapi tak habis lagik. lily, i rasa u pun patut baca komen2 blogger kat sini... motivasi beb... move on! Yazeed - "...Kalau dia tak bersedia, undurlah, dia sedang memilih yang terbaik sebenarnya..." mudah-mudahan sahaja dia mendapat yg terbaik. Jangan yg dikejar tak dapat, yang dikendong pula tercicir...

azwan bamadhaj - ur clan name Bamadhaj tu very familiar sesangat, ramai Bamadhaj kat Johor kan? Aku harap si A dapat membaca (pastinya) dan menyelami apa yg u tulis dan apa yg cuba u huraikan.

Kepada semua yg memberi komen, terima kasih banyak2. Saya sendiri terasa akan tempiasnya. Dan yg pasti byk ilmu saya pelajari. Kepada si A, saya pasti Allah itu maha adil. Buat keputusan yang paling bijaksana.

whitelighter said...

Sheikh Mudzaphar Shukor kata.. bila dia gi space.. dan realised betapa kerdil nya kita di semesta ini.. dia tak akan peduli lagi ngn masalah2 dan benda2 kecik lagi dalam hidup dia.. so rasanya masalah penulis tu sekuman kecik je.. yang boleh disettlekan with the right set of mind

Anonymous said...

Comel?.. hehehe diusia skrg nie mane ada comelnya lagi ;p Rasanya yg masih nampak ke'comel'an i tu hanya mak & ayah kot sebab i nie kan buah hati dia org... sampai bila2 :) huhuhu.. tetiba lak rindu kat mak ayah :(
Nak invisible dulu le buat sebulan dua nie sampai betul2 bersedia. Ade betulnya kata En.Tepak Sireh 'ada juga org yg susah nak f2f nih,... tak semua org mempunyai kekuatan' :( i nie salah sorangnya la... jangan mare ahh, mare kena jual...
Maaf ya En.A, kluar topik la pulak. Apa2pun saya pasti awak tahu apa yg terbaik :) usaha + doa + tawakal + insyaallah = BERJAYA!!
- Chaiyo~

Rush Murad said...

whitelighter - itu Dr. SMS, rakyat Malaysia dan umat Melayu yg terpilih. Setiap manusia mempunyai kapasiti yg berbeza untuk menghadapai situasi yg sama... bila nak update blog oiiiii....

Ms. Chaiyo - i pun mempunyai 'chomel' yang begituuuu i sayang....i nak belanja u b'fast kat Hole9..... bile ek u free?

Anonymous said...

rasanya i tahu siapa 'chomel' yang u begituuu sayang tu...
Selain drpd cerita2 pengembaraan u, i paling suka baca cerita2 u dgn ur family. It's really touch my heart.. especially on your posted 'Rahsia Rahmat Ramadhan Rush' - September 2006. I believe u'll be a good family man one day nanti :)
Hole9?.. hehehe.. i rasa that day bila 1st time i nampak u kat situ.. itu memang dah janji Allah Taala nak terserempak dgn u. why?.. coz it's also my 1st time b'fast kesitu waktu officehour (i paling susah colleague nak ajak kluar b'fast - alasan i takut boss cari ;p).. Thanks so much atas tawaran u tu.. insyaAllah :)

sayda said...

kalau dh bukan jodoh kan?

Rush Murad said...

Ms. Chaiyo - eermmm... u tau ker siapa 'chomel' tu? jangan salah orang ek... ;O entry 4R tu... hanya Allah dan diri sendiri sahaja yg tahu dan faham 'misteri'nya, sehingga membawa saya ke RumahNya... still waiting for sambutan tawaran tu... anytime, anywhere...

sayda - yup, kalau dah bukan jodoh, dan kalau dah jodoh takan ke mana...

Anonymous said...

Semakin banyak membaca tentang 'Tepak Sireh' nie i boleh rasa siapa insan2 kesayangan u.. the answer is there!! will keep reading to know you well ;p ~ chaiyo :)

Pato & Pearl said...

Quack quack...lama tak datang menjenguk..Ni malam solo night wif Pato night shift, no homework...hah missy Pearl datang merounding, catch up on blog reading..
We're glad that our posting did some helping. Insya allah next year ada rezeki, kita tukar tukar tips lagi ye....
Bila baca excep email tu - hmm boleh jadi drama swasta pulak..Bab bab cintan cantun ni memang sensitif kan...

Pearl

Anonymous said...

Assalamualaikum,

u ni x presiden kolej meranti UiTM kan? still remember u....ada lah jugak melawat bilik u masa kat UiTM dulu....kan u ni presiden yang mesra rakyat....

kalau nak tgk i boleh lawat kat fs i achik791@yahoo.com....currently working with USM Penang....asal pun Penang hehe...

JANGAN KEKWAT NA.....