Monday, October 01, 2007

Speeding To Bandar Seri Begawan

Nasi Tomato ala-Johor, Fruit Salad, Rojak Mamak, Sup Herba, Kuih-muih dan Air Tebu. Pic courtesy of Luaq Esplanade.

Berbanding tahun lepas, Ramadan kali ini aku banyak berbuka puasa atau Sungkai (dalam bahasa Melayu sini) di luar. Tahun lepas aku berbuka puasa seorang diri, tahun ini oleh kerana aku mempunyai rakan-rakan yang sentiasa berada di sisi, makanya aku lebih memilih berbuka puasa di luar. Hari pertama berpuasa aku memasak di rumah, Pasta bersos tomato dan sedikit kuih-muih. Pada satu hujung minggu, aku memanggil beberapa orang rakan untuk makan bersama di rumah. Menu kali ini ialah Nasi Tomato, dan beberapa hari lepas aku memasak Pasta sekali lagi untuk berbuka. Paling tidak dapat aku lupakan ialah bersungkai di atas kapal, terima kasih kepada Wan dan rakan-rakan beliau dari PBJV kerana memberi kesempatan bersungkai bersama-sama di atas Penta Perkasa. Lain sungguh terasa semasa di atas kapal, makan seperti ala-kantin tetapi lauk-pauk yang dihidangkan cukup pelbagai dan banyak. Kami juga pernah sekali bersungkai di hotel, sengaja ingin bertukar selera, dan hidangan bersungkai di Park Everly Hotel memang tidak mengecewakan (ada disiarkan di blog Luaq Esplanade).

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Hari Sabtu lepas aku bersungkai di Bandar Seri Begawan, di atas pelawaan rakan sekampung yang bertugas di sana. Terima kasih kepada Nuriz dan rakan-rakan kerana sudi menjemput kami bersungkai di BSB, makanan ala-Indonesia di restoran Pondok Sari Wangi memang menepati citarasa aku. Dari Cendol yang cukup manis dan lemaknya, sehinggalah kepada Ayam Bakar sos Sate dan Tauhu Telur berkuah kacang yang semuanya sempurna.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tidak sah berkunjung ke BSB sekiranya tidak membeli ole-ole Bohemia Crystal, dah lebih-lebih lagi ada jualan murah ketika ini (DBI pasti makan hati dengar.....dah ler murah, ada 40% diskaun lagi). Di Gadong Mall pula ada didirikan Bazaar Ramadan yang menjual pelbagai jenis barangan keperluan rumah, kuih-muih serta pakaian. Wan membeli 2 pasang Kain Samping atau Sinjang (Bahasa Brunei) untuk dikenakan dengan Baju Melayu berwarna Perak dan Biru, aku pula membeli beberapa helai tudung Turki dan kain pelikat. Dalam perjalanan ke BSB, kami singgah di Kuala Belait untuk mengambil Baju Melayu yang ditempah jahit. Jangan tidak percaya kalau aku katakan upah menjahit Baju Melayu Teluk Belanga di sini cuma B$15 sahaja sepasang!!!! Dan disesetengah tempat upahnya cuma B$12-13 sepasang!. Makanya kami menempah 2 pasang baju sekaligus di dua buah kedai yang berbeza. Kain untuk baju-baju tersebut juga dibeli di Brunei, berkualiti dan murah harganya. Tukang-tukang jahit di sini kebanyakannya warga India dan Filipina, dan di pekan sekecil Kuala Belait itu sahaja, terdapat lebih 10 buah kedai jahit. Terima kasih juga kepada Zoul yang turut menemani 'speeding to Bandar Seri Begawan'......

29 comments:

Anonymous said...

kan best if i join korang sekali hari tu...huhuhu...sorry rush.

semangat raya dah semakin terasa nih bila dengar lagu raya..hihihi..

R-n8

Luaq Ezplanade said...

Insyallah ada masa kita pi ramai2 lagi ke brunei. N thanks for you again for inviting us for break fast at ur house. Memang sedap Nasi Tomato tu and 'sup' u tu...hahahhaa....

Rush Murad said...

R-n8 -kesian kat uol coz tersangkut di celah2.... kalau u terus join i hari tu, dah dapat uol pi beli mp3 player yg sangat murss tu.... next time jer lah (bila tue?)...

luaq - ni puji ikhlas ke idak??? :)
nanti i perkenalkan u dgn makanan dari semenanjung yg uol tak pernah rasa..... tunggu jer lah masa raya nanti ek...

~wan hidayat~ said...

Puasa tahun ini terlalu banyak menggamit kenangan indah...antara puasa terindah selama 22 tahun diberikan nafas....Dari rumah ke Lalapan...ke Hotel...ke Penta...ke Brunei...sahur???...berterawih...bertadarus...tak sahur??? pun indah dan sgt indah...*tit!!!!

Pasti aku akan merindui Ramadhan untuk datang lagi...

#Next puasa bukan berbuka atas Penta Perkasa lagi...

>>Zul and the power puffboy (syafiq and Prima)
>>Abah the lonely man
>>Pak Harun Pembela Perut
>>Diver team (azmi sot2)
>>MPI & NDT (Munzir + Fendi)
>>QC & Surveyor (nuar a.k.a wahid senario)
>>Galley Team (Malik and the gang)

Memorable!!!

Sastri said...

gambar ketiga tu masjid kat sana ek? cantiknya... waa... dah siap shopping crytal lagi...

A f f e n d i O s m a n said...

wahhh buka posa kat obersi katanya!
hmmm yummy....kalau tersampai ke sana nanti nak ke brunei gak bole?
lalalala

Rush Murad said...

wan - ada orang tu kata "it will be the first n the last buka posa kat atas kapal".... after the Chef jemput datang lagi after hari raya, tetiba dia nak ikut sama.... lepas ni kita pi "open house" atas kapal plak ek?

sastri - masjid kat sana ada a few yg besar dan cantik2 + unik. kalau tak raya pun memang i shopping bohemia crystalware kat sana, coz murah. hari tu tgk kat metrojaya Time Square KL, depa ada jual satu model comel ni, around RM200 (after diskaun), kat sini cuma B$24.80!!!!!!!!

fendi - insyaAllah.... kita dah siapkan itinerary uol kalau mai sini.... salah satunya uol akan turut serta dalam sambutan upacara adat perkahwinan Melayu Kadayan..... teruja?

blackpurple @ jowopinter said...

Sepanjang bulan puasa ini baru sekali bersungkai di luar. Di Madam Kwan, bangsar.

Apa beza nasi tomato ala-Johor dengan nasi tomato negeri lain ekk Rush?

Dah lagu raya lagi...he he he...

DBI said...

rush-banyak lah borong yer..makan hati dua tiga kilo tau...*matiler high kolesterol...

DiRtypap said...

tuu diaa! bakal beraya sakan dengan baju baru. ayo. camni ni? baju raya takde lagi. kat cni takde pilihan. hampeh. hopefully sempat la beli bila balik jb nanti.

Lily.Lulu. said...

bro .. kita suka gambar masjid tuh. very nice !! ;)

syioknya berjalan sane sini. bro dah beli dslr ke belom nih ???

tyah said...

Kan dah kata tempah baju mlyu kat sana murah..:) Next yr hantar awal jgn last minute tak de sape nak jahit nanti.

Rush Murad said...

jowopinter - baru sekali? busy ker? i tau u makan apa kat madan kwan tuuu.... nasi goreng kan? dgn sup buntut @ sup ekor.... :) nasi tomato ala-johor = orang johor yang buatnya.... tu yg beza... lagu raya ni saja nak feeling2...

dbi - i tak makan hati berkilo2 pun still kolesterol tinggi..... macam mana???

pap - kalau kau dah sampai jb, calling2 ler.... nanti akutolong kau pilih baju kurung kat angsana ker, komtar ker... kotaraya kerr... kat komtar tu murah sikit...

lily.lulu - tak lagikkkkk..... uwaaaaa.... budget tak cukup :(
pic masjid tu, tak tau nama dia... maybe org brunei tau nama masjid tuuu...

tyah - yer lahh... makin lewat tempah, makin mahal upahnya... but depa still bole ambik..... cuma mahal....

Lily.Lulu. said...

bajet x cukup ?? bio betik bro .. hahahaha ..

tapi x kisah, as long as ada kamera dan boleh snap snap gambar for the time being should be ok tuh.

nanti kumpul balik badget .. beli dslr, bile berjalan sane sini, itu yg lagi syiok. gambar bro mesti wallah !!!! :)

sayda said...

speeding?

x kene saman ke?

ehe~

artisticklytouch said...

berjalan aje uols nih, bulan puasa pun berjalan...jeles giler..sini sedang sibuk dengan staff transfer untuk monsoon..aku letih dan bosan..bila nak balik raya nih...

Rush Murad said...

lili.lulu - dah lama aku tak dengo perkataan 'biar betik'....hiksss... budget boliau... sebab nak balik raya, nak shopping2 kat kl lagik, lepas raya nak pi Phuket, lepas tu nak pi DXB dan SA..... dah tu aku ni duduk jauh, kena naik flight segala kalau nak ke Malaya. kena postpone tahun depan jer laaa... lepas nak nak join mana fotografi club, macam yg k=Queen selalu ikut tu... jelessss

sayda - speeding sampai 150 pun tak per, sebab tak pernah nampak polis pronda kat hiway brunei ni... memang depa tak dak had laju ker? coz kat sini byk kete sport n yg power2... meluncurrrr....

artisticklytouch - payahnyer nak menyebut nama kau ni... bulan posa jalan dekat2 jer.... muhibbah gituh. ada monsson ek? meriah tak? kalau tgk dalam tv macam tak meriah sgt..... ada siap kata membazir... ntah ler... but good effort ler nak promote 'Ganu kite...

Anonymous said...

amboi selalu sgt ke brunei.. tu bukan ke masjid yg diperbuat oleh emas ke kubah dia tu..dan lain-lain bahagian juga...terpukau bila masuk dalam tu...

eh..aku rasa sungkei la..bukan sungkai... sungkai kat perak tempat cik kiah kite tu... :)

so kitak sungkei apa ari tok? kamek duak bersungkei nasi briyani...beli jak... sik sempat nak polah kedirik... lagipun sik pandei nak molah pun...hahahhaha....

linda kch

A f f e n d i O s m a n said...

TERUJA?

bukan takat teruja...terus becak! hiks.....

artisticklytouch said...

aku cakap pasai monsoon season, uols ckp pasai monsoon cup..tapi tak tahu la, nmpk macam seronok je derang main kapal layar kat tepi laut tuh..

lindosh said...

uih sangat nikmat makan2 itu.. cantik arr masjid tu.. bercahaya je

ArcHmaL HatiEmieY said...

salam lebaran andai ada silap dan salah, sebesar zaharah sekecil dunia, tangan dihulur keampunan dipinta.... salam lebaran, minal aidilwalfaizin...

KA said...

Salam Lebaran dari kami sekeluarga dengan ucapan maaf zahir dan batin.

Pato & Pearl said...

Salam Aidilfitri dari kami di seberang tambak...Raya kat JB cam ne?...

Pato & Pearl

Rush Murad said...

archmal - salam lebaran dude..... maaf zahir batin....

KA - best ker berhari raya di Jepun? atau hang balik Aloq Staq? salam lebaran dari aku juga... maaf zahir batin... bila nak buat reunion?

P&P - Salam aidilfitri dari Bumi Kenyalang... raya kat JB memang best!!!!!!!!!!! tapi ni dah masuk office kat Miri :(

Pato & Pearl said...

Oh gitu ye Rush...tahun ni masuk JB nasib baik tak jam teruk...Time budak budak exam agaknya...hehe...Kita pun dah balik raya kat ofis.. ;)) Kuih kuih raya semua dah angkut balik?

P&P

Rush Murad said...

P&P - kita dah hangkut cookies banyak kali ni coz plan nak buat open house kecik2..... i want to cook west malaysian dishes etc.... bagi depa rasa.... teringin nak beraya kat Spore.... bila ek?....

queen said...

Rush......eid mubarak to u and family......God bless u and ur family......getting good in photography i may say

Rush Murad said...

queen - tq... :) tapi still guna camera lama yg tak power tu. eid mubarak to u n ur family too...