Tuesday, October 16, 2007

Celebrating Eid Mubarak......

At Suria KLCC, one of the most beautiful Eid Mubarak deco in a Mall. They even have live performances of Arab and Malay's traditional music.
Kemeriahan suasana Aidilfitri masih terasa di Miri, walaupun berjauhan dari kaum keluarga dan rakan-rakan di Johor. Aku bercuti awal seminggu sebelum Aidilfitri, 'berpeleseran' beberapa hari di Kuala Lumpur, berpeluang berbuka puasa bersama teman-teman lama dan baru (Adam Hamid dan Datin I), sempat bershopping di The Gardens, Pavillion (terserempak dengan rakan blogger Wahdi's), Mid-Valley Mall (the best Hari Raya deco), Suria KLCC, Lot10, Subang Parade (lebih 5 tahun aku tak jejak tempat ni), IKEA, The Curve dan tak lupa juga Bazaar di Jalan Masjid India (tersangatlah sesak, padat, sempit, semput!). Dari KL aku terbang pulang ke JB, dalam perjalanan dari airport ke rumah, sempat singgah di kedai menjual cat - perancangannya untuk mengecat rumah di pagi itu juga. Mission accomplished! Anita dan beberapa orang adik bergotong royong mengecat beberapa bahagian rumah, termasuklah 'feature wall' (perkataan favourite Eric Leong) yang diwarnakan dengan hijau Zaitun muda, pagar berwarna Madu dan bahagian dinding luar yang tersilap warna menjadi Merah Bata terang-benderang ala-ala Stadhuys di Melaka (tapi Mak kata dah macam rumah Keling!).
At Senibong, a Malay fishing village in Johor, facing the busy Singapore port. Now, it is one of the seafood heaven in Johor. Waiting for breaking Ramadan's fasting.
Di Johor Bahru lain pula ceritanya, lebih tertumpu untuk membuat persiapan Aidilfitri buat keluarga. Mood untuk bershopping masih berkobar-kobar, dan tidak sah sekiranya kalau tidak singgah ke Plaza Angsana untuk mencuci mata (rabun kah?). Setelah selesai berbuka puasa bersama Tuan Punya Hotel M-Suites (terima kasih Datuk R dan Datin M); dihadiri sama keluarga Datuk KP Johor, aku dan Noreen bergegas ke Plaza Angsana untuk menyelesaikan misi, sekali lagi mission accomplished. Sehari sebelum itu, beberapa orang rakan dari PTP (ex-majikan) telah mengatur majlis berbuka puasa di perkampungan tepian laut Senibong yang terkenal dengan makanan laut. Terima kasih kepada Mira yang bersusah payah mengatur pertemuan, dan rakan-rakan yang turut serta; Zaidi, Ali, Hafiz, Azham dan Intan. Malam itu kami bersama-sama menyaksikan secara langsung Angkasawan pertama Malaysia meluncur laju menaiki Soyuz-15 ke Orbit. Perasaan gentar berbaur bangga dengan kejayaan rakyat Malaysia - gentar akan kemungkinan-kemungkinan perkara buruk akan berlaku seperti Challenger dan bangga menjadi rakyat negara Malaysia!

Malam sebelum datangnya 1 Syawal, aku bergegas ke Plaza Angsana sekali lagi, kali ini menemankan Sham membeli persiapan terakhir Aidilfitri, belum beli baju Melayu, Songkok dan butang baju. Airry juga begitu yang masih belum membeli kopiah (sebab dia mengenakan Jubah di pagi raya). Sekitar jam 12pm kami keluar dari Plaza Angsana yang masih dikerumuni ramai pelanggan. Kami menyinggah di Restoran Singah Selalu untuk mengenangkan nasib berhari raya di tengah kota, tiada bunyi mercun, tiada ayam itik lari bertempiaran, tiada lembu atau kambing yang diheret, tiada kanak-kanak berkejaran di halaman luas/bendang, tiada berpanggang lemang ketupat.... walau apa pun, kami tetap bersyukur dengan kemeriahan dan kemakmuran negara ini, terutamanya Bandaraya Johor Bahru yang begitu pesat membangun.

Aidilfitri 2007

Aunties busy chatting but the focus here is on the fresh flower arrangement by myself, the crazy sisters trying to eat my Mak's Epiphytes Dendrobium orchid, photo of the day (my Mak really can act, dont you think so?), my little cute niece - Sarah.

1 Syawal, kami sekeluarga menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Rezeki yang Allah berikan melimpah ruah - bukan sekadar materialistik tetapi yang penting kesihatan yang bagus, nikmat menjalani Ramadan dengan tenang dan selesa serta rasa keinsafan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Semoga Allah kekalkan dan lebihkan lagi nikmat yang diberiNya ini.............

Terima kasih juga diucapkan kepada teman-teman blogger yang sudi mengutuskan kad hari raya. Maaf dipinta sekiranya aku tak sempat membalasnya..... Nurul - Serial Plant Killer, Zeyn, Shahril Aley, Dirty Pap, Dari Bilik Ini dan beberapa pembaca setia Tepak Sireh.

Di kesempatan ini juga, aku ingin memohon ampun dan maaf, zahir dan batin kepada semua pembaca blog Tepak Sireh sekiranya ada tulisan di dalam blog ini menyentuh sensitiviti individu, menggunakan bahasa yang kurang sopan, maklumat yang kurang tepat dan sebagainya.
============================================================================

200th Post..............
And it’s the 200th post on the blog since I started on June 2005! Not bad at all for a novice cyber-writer like me. Tak pasti berapa lama lagi blog Tepak Sireh ini akan bertahan dan berapa banyak lagi posting akan dibuat. Daripada idea asal ingin berkongsi hanya pengalaman mengembara berserta gambar, akhirnya menjadi sebahagian sebuah catatan perjalanan kehidupan.... dan perjalanan pengembaraan yang boleh dikongsi bersama pembaca/pengunjung. Ramai yang menyokong penghasilan blog Tepak Sireh ini, tidak kurang juga yang menjadi pembaca setia. Dari blog Tepak Sireh ini juga aku mengenali beberapa orang insan istimewa, rakan-rakan blogger yang sentiasa memberi sokongan moral, dan yang pastinya menjadi wadah kepada ahli keluarga mengikuti perkembangan aku yang jauh di mata. Terima kasih kepada semua!

48 comments:

Anonymous said...

salam....ader bawa ole2 raya dari johor ker? hehehe...can't wait to meet u guys again kat miri nanti...rindu plak nak dengar gelak tawa korang. :-)

~Rn8~

Rush Murad said...

Rn8 - salam..... ader bawa banyak cookies from JB n KL (*matilaaa aku hand-carry semuanya bawak masuk cabin).... meh ler datang rumah nanti ek... anyway, tengah plan nak buat 'open house' next week.... ada orang tu tak puas makan masakan semenanjung masa raya hari tu.....

~wan hidayat~ said...

Rindunye pada kak Anita...teringat lah plak kak nita menyanyi lagu Keabadian Cinta dengan penuh perasaan...ermmm...lapor...lapor...lapor...

Semoga dipanjang usia agar dapat bertemu ramadhan dan syawal lagi tahun hadapan...memorable!!!

shahril aley said...

wah shopping sakan rush utk raya tahun ni sempat tour de KL before balik kampung to JB. Dah dapat ye kad raya tu. Bile nak buat open house?

Rush Murad said...

Wan - next time bila jumpa dia, boleh lah ajak pi karaoke lagik ek... i also dont know she can sing... yes, semoga bertemu lagi dengan Ramadan dan Syawal tahun hadapan.... remarkable!

shahril aley - tak shopping mana pun, cuma cari beberapa 'radas' penting utk projek akan datang. terlanjur dah ada kat KL tu, pi ler jengok2 kemeriahan sambutan di Mall sambil berbuka puasa di lokasi. thanx for the raya card, jom ler datang open hse next weekend...

Anonymous said...

anak siape ler yg tak puas makan masakan semenanjung masa raya hari tu ekk? hehehe...siapa org tu wan? eh salah...siapa org tu rush? hahaha...
wah...u buat open house nanti, bagitau ekk...i tolong...tolong makan. Hahaha... :-)

~Rn8~

A f f e n d i O s m a n said...

ayoyo....

bang shidi, tahun ni memang takde sekeping pun kad yang dibagi kat sesape pun. kak joyah kat sebelah rumah tu pun kite tak kasik kad tau! hehehe.....

anyway post baru dah ada kat blog kite. tengok laaa gambo baju raya meletop kite tuuuu...hik hik hik....

Rush Murad said...

Rn8 - kena bergotong-royong ('rewang' dalam bahasa Jawa Johor)... macam ramai plak nak kena jemput nih... nak buat semi-grand...

DBI said...

selamat hari raya...

kad raya belum sampai kah..? gigih cari ur address yg u post last year tu...

selamat ber open house jugak

Shamir said...

Huhu.. No problemo.. Just give me a contact..

http://shamir-i-like.blogspot.com

Rush Murad said...

dbi - hehehehe... dah sampai, cuma tersepit kat celah2.... kada raya lain...hiksss... tq. uol buat open hse jugak ker? nak itot?

shamir - thanks bro!

Squeezy said...

Salam Lebaran Rush! Semoga berbahagia , panjang umur, murah rezeki & dirahmati Tuhan berpanjangan. Ameen!

Rush Murad said...

squeezy - Salam aidilfitri to you too pal! Hows hari raya in Brunei? U too, semoga sentiasa di bawah lindungan dah rahmatNya...... have a great Syawal!

Red Mummy said...

Salam syawal bang tepak

dr kl datang ke miri nih

Rush Murad said...

RedMom - bercuti sakan ek??? masa bila plak datang ke Miri? server internet we all ni hubby u yg jaga kat Cyberjaya nun.... hubby nak pi Texas lelama ek?? tak ikut sekali ker?

Red Mummy said...

maksudnya dr blog kl ke blog miri le ahahhahahaha

koser la nak ikut bang, aku byk keje nak buat kat kl ni, panas bontot aku n anak2 kalo flight lelama ni.

Lily.Lulu. said...

wah bro johor juga yeh ?? hehehehe ... tak ku sangka. auntie kite x masak laksa johor tahun nih, kempunan tuh ...

salam aidilfitri buat bro & ur family ;)

enjoy habis tuh !!!

Rush Murad said...

RedMom - kalau kau ikut Sirman pi Texas/Houston.... pasti ler lagi glamer blog kau dgn segala macam pics yg malathops..... tapi kat sana mahal la ek? teringin gak nak jejak opis kat Houston tu.... errmm...

lili - baru tau ker? penat ler kita letak emblem Johor segala etc kat blog ni... tak perasan ek? yer lah, i pun tak sempat nak merasa laksa Johor raya ni.... kena buat sendiri ler nampaknya.... Happy Eid Mubarak to u too....

Lily.Lulu. said...

bro .. nak gelak skit. hik hik hik .. leh lak x pasan. kena tambah power spek lagi nih.

kwang kwang kwang ~

kalau bro buat laksa, ape lagi, jemput la org yang tulis komen neh. konpem musti lazat nih !!

wuuuuuuuuu ~
:D

blackpurple @ jowopinter said...

Salam lebaran. Salam kemaafan Rush kalau selama ini ada tersentuh hati di mana-mana.


Balik Johor juga ekk. Ingatkan tak balik. He he he. Aku pulak teringin nak makan 'lepat' pulut tu, tapi tahun ini nenek aku tak buat pulak...

Pato & Pearl said...

wow..meriah sungguh persiapan raya..hehe. Masuk jugak Angsana malam raya Rush? My brother went to buy kuih raya for Mama, he said betul punya lelong. He bought at 8 macam RM100. Lepas tu dah hujung jalan diaorang lelong 9 macam RM100, then 10 macam RM100..riuh betul!!!
Photo of the day tu memang tangkap "drama". This year tak sempat pulak capture family moments..

Pearl

Pato & Pearl said...

....And happy 200th post....Long live Tepak Sireh....


P&P

Rush Murad said...

lily - buat laksa???? apa kata u buatkan utk i, nanti bila i datang lepak2 kat KL, leh singgah... ek?

jowopinter - samalah jugak bro... lepat pulut? hampir2 aku lupa akan kewujudan benda tu.... sebab tahun ni aku tak ikut famili pi beraya ke Bt. Pahat & Pontian.... if not, pastilah byk makanan 'rare' yang aku dapat jumpa+rasa.... kepingin sambal goreng...

P&P - 2 malam berturut2 pi angsana around 11pm... meriah banget. yg bab lelong2 biskut tu i tak pi, coz this year beli 'pukal'... dah macam bakery kat kitchen rumah.. tapi memang murah ler kalau depa jual RM100 for 10... giler ke depa tu? this year i tak banyak snp pic, macam malas plak... tu pun my bro yg snap guna Canon DSLR.... jelesss...

thanks for ur wishes, long live TS... i pray hard!!!!!

sayda said...

raya sakan ek.
;)

lindosh said...

pewittttttt bro! lapar la.. apa yg besh nak makan neh? eheh

A f f e n d i O s m a n said...

i'm backkk....

nantikan cerita cerita kak tom yang sensasi dari luar negara

Kroll said...

Selamat hari raya rush...
maaf zahir batin..
macam mana mlm raya aku tak nampak ko kat angsana? aku n naha pun ada kat angsana borong kuih raya...

Rush Murad said...

sayda - u dah balik malaysia ek? u pun raya sakan ler nampaknya....

lindosh - lapar? makan orang jekkk.... hikssss.... lepas2 raya ni macam tak selera nak makan heavy, rasa macam nak makan nasi + ikan goren + sambal belacan + ulam jek... tak pun sayur 'bening'....

fendi - wahhhh.... baru balik honeymoon ek? errmm..... pi obersee lagik nih...

kroll - aku, airry tompok n sham kecik pi angsana area atas2 jek, tak kowser nak pi bersesak2 kat area jual kuih raya tu, lagi pun bukan nak cari kuih (cari mambang kot?).... Naha tak berniaga ek tahun ni? we all pi Lido tak nampak korang pun?

A f f e n d i O s m a n said...

hanimun katanya!
isk...mana daaaaa...gi coti-coti je bang....

Rush Murad said...

fendi - Bali katanyaaa.... dgn abang2 mana tu? lepas ni, mai coti2 kat Miri ni ek....

Kroll said...

naha tak bukak gerai lah tahun ni... lepas bersesak2 kat angsana trus balik umah tolong orang2 kat umah tu. tak silap aku ada gak pi atas sbb naha nak beli bunga2 katanya... mcm makcik2...

A f f e n d i O s m a n said...

satu tu opis met...
satu lagi opis met lama...abang jerung kat kem SB tuu...satu tu my blog reader....konsep cuti2 bersama peminat katanya! nanti kite g miri lak...abang bawak g brunei ye!

Rush Murad said...

kroll - terasa plak bila kau kata 'beli bunga macam makcik2'.... hiksss.. aku pun borong kat atas tu, apa nama Romantika....

fendi - yer lah tuuu... meh ler datang, leh merambu ke Brunei segala.. but i've already prepared ur itinerary....

~wan hidayat~ said...

tak sabau nak tunggu umah terbuka...nak goyang kaki sambil mengarah sudah lah...pas tu tunggu nak makan jea....selepas selesai terus tdo...nikmatnya dunia ini....huhuuhuhuhu....

A f f e n d i O s m a n said...

dah prepare itenary katanya? huhu..tiket tak book lagik ni!

Rush Murad said...

wan - aikk....???? i ada jemput u ek? lupa plak....

fendi - kata dah beli tiket???? propah tauuuu....

A f f e n d i O s m a n said...

tak beli lagik...baru settlekan dates dulu. lalalala...salah dengar tuuu!

A f f e n d i O s m a n said...

Kali ni dah tak propa...confirmed!

KUL - MYY
23 Nov 2007
MH2598 Dep. 2040

MYY - KUL
25 Nov 2007
MH2597 Dep. 1815 (via KCH)

Harga? Percuma..bayar airport tax je pasal redeem enrich!

Hiks...kematu la dok dalam kapal terebang ittewwww.....

Rush Murad said...

fendi -bila kata propah, straight away beli tiket nih.... ayoo... anyway, welcome to Miri. You will experience the "Unexpected Miri"....

A f f e n d i O s m a n said...

cmane unexpected tu?
isk.....jangan kene tido dalam stor udah laaa....

Lily.Lulu. said...

bang .. lame tunggu bile nak update blog nih.

tetiap ari jenguk .. takut ter miss story mory yang hangat ..

ngah kumpol story ye bang ??
nanti citer sekali arung yeh

:D

p/s: motifff dia andartu itewww jeles dengan kecomelan ku ;)

Rush Murad said...

fendi - u wait n see...... kena bawa baju Melayu sepasang ok... plsss... jgn lupa... (dah beri hints tuuu....). yido dalam stor? kelas ker? tido dalam kandang kuda i... jgn tak caya i ada bela kuda....

lili - ayoooo... terlalu banyk citer sebenarnya nih. dunno which one nak ngomel dulu... citer raya jer ada sedozen... sekali arung jer lah, lepas open house nanti...

p/s: andartu kah? bikin pusing kepala itu cerita...

A f f e n d i O s m a n said...

baju melayu sepasang...

harus kubawa baju yang ala2 suram. takut sama kaler dengan tuan punya blog. kang dituduh boria pulau pinang plak! *matikla nana tanjung

err..ada kuda ek kat umah? ingat ada burung murai je...burung apa? burung murai...burung apa? burung murai....burung apa? errrrrr...pitaaaammmm

Rush Murad said...

kat rumah ni bukan ada burung murai laaaaaa.......... burung punai! mau?

A f f e n d i O s m a n said...

huk.....malunye! abang ni...i ni pemalu tauuuu

dirtypap said...

Salam.
Sorry bang aku tak contact ko masa kat JB aritu. Aku balik JB last day puasa. 1st and 2nd day Raya beraya di Singapore (keluarga belah ayah) then balik JB busy buat part time plak. hehe.

Pato & Pearl said...

hello rush, masih raya sakan kat Miri tu ke? hehe. Btw, how's your year end arrangement for NZ trip tu? dah settle?
Anyway, me ada schedule kat KL on 19th November week. Schedule ni dah naik lemau asyik tukar punya tukar dari time Ramadhan lagi.....

Pearl

Rush Murad said...

pap- yer lah, kau busy!!!!! tunggu nih pelawaan ke Larkin Jaya... hampeh. Siap buat part-time... kau kan dah kayo, cuti2 tu buat2 berehat lerrr.... semua Doktor pi cuti kah?

P&P- beraya dah slow down kat Miri ni, ada satu jemputan lagi weekend ni, Company function. Tak jadik ler pi NZ, but I will go to Dubai and South Africa.... lagik jauh tuuu.... !9th Nov i dah fly balik ke Miri semula from....well....to an Island in Asia.... hikssss..