Monday, October 29, 2007

The 15th Day of Syawal

Open House Aidilfitri 2007

Buat pertama kalinya aku mengadakan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman aku di Miri. Ini merupakan sambutan Aidilfitri kedua aku di Bumi Kenyalang, semenjak berpindah ke sini. Seawal Ramadan lagi aku sudah merancang untuk mengadakan majlis Rumah Terbuka, sementalah kini aku mempunyai ramai kenalan di kalangan warga tempatan. Alhamdulillah, perancangan awal dan rapi, berserta bantuan rakan-rakan menjadikan majlis ini sempurna dan amat meriah.

My creation

Separuh dari jemputan terdiri dari kakitangan di bawah kelolaan aku, bersama keluarga mereka. Selebihnya ialah rakan-rakan yang berkerja di Shell, kenalan warga Semenanjung yang bertugas di sini dan teman-teman warga tempatan. Kemeriahan majlis Aidilfitri memang terasa seawal melakukan persiapan seperti mengemas rumah dan memasak secara 'bergotong-royong. Aku sengaja tidak mengupah 'Caterer' untuk menyediakan juadah majlis, sebaliknya aku memasak sendiri kesemua juadah pada malam itu. Antara juadah yang disediakan ialah Ketupat, Nasi Briyani, Ayam Masak Merah, Rendang, Sayur Lodeh, Acar Darat, Fried Seafood Spaghettii, juga dihidangkan buah-buahan tempatan (pelbagai jenis buah Pisang, buah Tampoi yang pertama kali aku merasanya, Papaya, Nenas, Limau Madu, Semangka), berbelas jenis kuih-muih/biskut/kerepek yang dibawa dari KL dan Johor, pencuci mulut yang diberikan oleh rakan-rakan (Kek 'Hati Pari' dari Rn8-Kuching, Cream Caramel dari Tyah-Miri, Amplang dari Lan Haris-Sabah, Kuih Cincin dari Hani-Sabah, Kek Batik dan Maruku dari Nuriz-Brunei, Kek Cokelat dari Anne & Boy-Miri).

My creation

Para pengunjung didendangkan dengan alunan muzik Zapin (Yayasan Warisan Johor) sepanjang malam itu. Di hujung-hujung majlis, beberapa orang teman, termasuklah Tuan Rumah menunjukkan kemahiran berzapin. Walaupun majlis dijangkakan selesai sekitar jam 11pm, tetapi ianya berlarutan melewati pukul 12 malam, kerana masing-masing masih seronok bersembang sambil menjamah kuih-muih (ada juga yang ulang makan.....sedap ke?). Alhamdulillah, syukur ke hadratNya, diberikan cuaca yang amat baik sepanjang hari itu (kalau ikutkan ramalan keadaan cuaca, petang dan malam itu sepatutnya 'Thunderstorm'), kesemua makanan menepati kesesuaian rasa dan rupa (tiada yang mengadu sakit perut atau muntah-muntah selepas makan - masyaAllah....ramai yang memuji pula!), dan yang paling utama ialah hadirin yang hadir semuanya berasa sungguh selesa (sambil menghayati sedikit budaya Johor/Semenanjung).

My creation

Terima kasih tak terhingga kepada semua hadirin yang sudi datang memeriahkan majlis tersebut. Terutamanya rakan-rakan yang berhempas pulas menyinsing lengan menyediakan persiapan - Wan Hidayat "The Cronicles", Zoul "The Chekered Boxes", Rn8, Khairul "Luaq Dome Ezplanade", Sham "Whitelighter", Hani, Antz "Save The World", Suraya, Farah, Aishah, Nuriz, 'Miss Dietician' dan lain-lain.

66 comments:

NURUL A. ABID said...

Anak muda duduk melepak
Hisap rokok tembakau Cina
Berbaju Melayu memanglah segak
Tapi bang! sampinnya mana?

Rush Murad said...

Kucing Bangkok ekor berbelang,
dikejar budak atas permatang,
Samping dan Songkok entah kemana hilang,
kerana sibuk melayan tetamu yang datang.

NURUL A. ABID said...

Berbaring di pantai tertidur lena
Dibuai angin Laut Cina Selatan
Meriah sungguh lihat suasana
Entah bila kan dapat jemputan

~wan hidayat~ said...

Sume dah settle kan, syukur alhamdulillah...tinggal meja jea lah...tunggu system badan pulih sepenuhnya, meja tuh (yang putih sahaja - 3 buah)mmg nak digunakan sbb ada pump demonstration kat warehouse on 6 Nov...

Lily.Lulu. said...

harus laaa jeles kan !!!

buat open house ..
ramai2 mcm tuh
syiok & meriah !!

kalau saya kat miri, abang tepak jemput kite x agaknya ??

uhuhuhuh
:P

nice pics bro !! sukeeeeee sangat !!

:D

p/s: nape x order laksa johor ?? kempunan !!

Rush Murad said...

wahhh.... Nurul ajak masuk pesta Pantun nih... ayooo.....

Tumis Kari pekat sekata,
dihidang bersama sepinggan burger,
Sekiranya Miri dekat di mata,
akan ku jemput semua blogger.

Wan - terima kasih banyak2.....sakit2 sendi yer? u pergilah spa ker atau massage parlour, i bayar.... next time pinjam meja tu lagik ek?

lily - sure lah i akan jemput u, antara hadirin yg wajib dijemput (sebab nak suruh u jadik photographer... boleyy?)laksa Johor tak sempat buat, kat sini mana depa tau buat nak order segala... oooo... u pi open house rumah Dr. Shah ek???

Zoulkieflie said...

salam...abg,walaupun saya dah lama tinggal kat bumi kenyalang ni,tapi tak pernah saya rasakan kemeriahan rumah terbuka seperti ini walaupun telah beberapa minggu kita meninggalkan 1 syawal..selalunya,saya jarang benar membantu rakan taulan menyediakan persiapan rumah terbuka seperti ini tetapi kali ini,ya...
diharap,pada tahun hadapan,kalau abg masih bekerja di miri,kita buat lagi dan kalau boleh,biarlah lebih meriah daripada sebelumnya..
sekali lagi,terima kasih kat abg tepak sebab mengadakan rumah terbuka yang meriah sekali..saya bagi A++ utk abg sebab berjaya melakukan rumah terbuka dengan jayanya apatah lagi kena masak sendiri makanan Johor yang tiada di miri..Tahniah...

blackpurple @ jowopinter said...

Wah! Meriah sungguh! Macam rumah terbuka selebriti la...! [Kira selebriti jugalah, blogger selebriti :D]

Kenapa tak jemput? Kecik hatilah macam ni..ha ha ha!

NURUL A. ABID said...

Pohon semalu tumbuh melata
Memetik bunga di waktu petang
Kalau begitu sudah dikata
Kami menanti, peluangnya datang

Tengah mood berpantun sebab....

Anak dara duduk bersantun
Cantik tangan berhias gelang
Sedang mengarang, menyusun pantun
Untuk majlis gilang gemilang

Sastri said...

such a big house you have... and happening open house too... yang paling mahal, masak sendiri tu... dahtu masakan yang susah2 plak tu... pergh... respect abisss...

Rush Murad said...

zoul - thanks very much to you! sebab tolong menjayakan majlis... InsyaAllah, nanti akan ada majlis susulan 'appreciation dinner' utk uol semua.... meriah kan? lagik meriah kalau u ikut berzapin pada malam tu.... :)

blackpurple - next year nak buat kad jemputan virtual dan letak kat blog nih, nak tengok berapa ramai blogger yg sanggup fly datang ke Miri... ek? teringin nak masak Sambal Goreng hari tu, tetapi tak sempat....

Nurul - majlis gilang-gemilang? ok lah, i layan jerrr walaupun tak reti berpantun segala...

Ayunya gadis asal Melaka,
Tingkah bersimpuh memintal benang,
Indahnya pantun bersulam seloka,
Semoga majlis sentiasa dikenang.

tyah said...

Sambal Goreng tu next time je erk.:)Ramai Labu & Labi yg membantu.:)Semoga majlis ini akan merapatkan silatularahim di bulan yg mulia ini.

Rush Murad said...

sastri - ala rumah bujang... boleh duduk selesa berdua... lama tepi rumah boleh buat main futsal :). Dah terbiasa masak sendiri, kalau kenduri kendara di Johor tu pun I ler yg selalu memasak bersama my uncles n aunties. Susah ker masak masakan tu semua??? hiksss.... nak buka kelas memasak ler...

tyah - maaf bebanyak, janjai nak hantar makanan kat rumah u, majlis habis lewat, i tak leh nak tinggalkan my guests... segan nak pi rumah u tengah2 malam :( dah tu next day, segan plak nak beri makanan yg semalam :( . sepatutnya u join sekali malam tu, leh i ajarkan berzapin samrah segala... ur cream caramel memang sedap, ramai puji... terpaksa i sembunyikan sedikit kat dalam fridge...hikssss...

NURUL A. ABID said...

He..He....I tak pandai berpuisi dan bersyair macam u, berpantun pun jadi lah...

tyah said...

Tyah faham & tak kisah sgt. Disebabkan demam maka tak merasa air tangan hang:) Tak mo lah jadi tukang sebar virus dlm majlis hang. Tyah dah biasa dgn masakan Johor. Its not a prob. Berzapin?? hmmm dah lupa steps tapi joget boleh!

Anonymous said...

best bangat mlm tu kan rush...meriah sunggoh! hingga tak terasa penat lelah kan? (tak terasa kerrr?? hihihi....)

next year u buat lagi open house kay? biar lagi meriah...hehehe...

~Rn8~

Shah said...

Wah byknya kau masak... Rugi la kami tak dpt dtg merasa.

Luaq Ezplanade said...

Salam rush~! Memang terasa kemeriahan malam tu walaupun dah hari 15 kita di bulan syawal dengan kehadiran teman2...and the foods memang nice and i tak sempat nak makan seafood spegetti tu sebab dah kenyang sgt...and the 1st time i makan sayur lodeh with nasi himpit...sedap~!...apa2pun u had done good job in organizing this open house for the 1st time semenjak 2 kali berturut2 beraya di bumi kenyalang nie....and i love the zapin music too...just that tak reti nak berzapin nie & its nice musical laa....dgr laa zapin kat blog i tu ekk~~!

shahril aley said...

wah meriah betoi bro rush buat open house...ishish terliur melihat kelazatan makanan yang terhidang. boleh tukar karier ganti chef wan ni.... abis la ko chef wan tak boleh cari makan bile si rush ni masuk gelanggang memasak :)

Rush Murad said...

Nurul - i wonder what 'majlis gilang-gemilang' tu.....

tyah - dah baik demam/flu? kesian ler tengok u melepek kat dalam kete hari tu, tapi sempat gak buat cream caramel tu.

Rn8 - insyaAllah, if i masih kat Miri ni, kalau dah kena posting mana2 (Nigeria kah?), then... close house jer lah... tq sebab tolong berhumpas pulas...

shah - uol pun pandai masak kan? siap ada sate lagik tu... buat sendiri ek?

khairul - salam. kalau kat semenanjung, depa beraya sakan selama sebulan penuh, ada jugak yg dah terlepas syawal but still buat open house. org sarwak tak panadai sangat makan lodeh kan? patut ler sedikit jer yg bercuit... tu masakan kegemaran Wan Hidayat. lodeh + nasi impit + sambal kacang...pergghhhh.... next time i ajar uol berzapin lambak ek?

shahril - i nak ganti chef ismail lah not chef wan! kenapa i nak ganti chef ismail???? kuangggg....kuangggg....kuanggg.... :)

~wan hidayat~ said...

Semoga ianya menjadi kenangan yang terindah di antara yang terindah!!!.

Biarlah kenangan ini terus menapak ke dasar hati...biarlah kenangan ini berparut di dalam ingatan dan biarlah ia tiada penawar...agar dapat jua ia menjadi mainan kepada senyum dan ketawa ketika sendiri....

Lily.Lulu. said...

bro .. gi open house Dr. Shah memang bess !! kelazzzzzzz ..

all his frens sangat sporting.
posing tak hengatt dunia, but I can't upload the pics dalam blog laa kan.

hik hikk ...

hope to see u one day
so u can be my model at least for 1 day

boleh .. gitew ??
hiks ~

whitelighter said...

Pergi ke kedai membeli bunga
Bunga dibeli bersama nyonya
Siapakah gerangan pria lakmana
Yang tengah blender elok parasnya

macam teringin lak nak wat majlis macam tu.. tapi nanti lah umah aku pun tak siap lagi.. n kawan pun ada 7 orang je hahaha

Rush Murad said...

wan hidayat - jangan sampai suatu hari nanti kenangan 'menghantui' minda dan jiwa....

lily - next week ada kat kl, but sekejap jerrr ( 1 nite only)... transit sebelum fly to @%$&$#!&... i need a break (tiap2 bulan break nih... tak kerja kah?). insyaAllah, balik dari short trip tu leh singgah kl (nak pi beraya).

whitlelighetr -
Bunga dibeli bersama Nyonya,
Singgah sebentar membeli belon,
Pria laksamana elok parasnya
Adakah dia sudah bercalon?

Jawab ek?

~wan hidayat~ said...

'menghantui'???, ianya akan bagi dua kesan, biasalah ikut fitrah alam, ada positif dan negatif @ pro & kont...biasanya kalau yang terindah kesimpulannya senyum dan ketawa tapi kalu dah jadi sebaliknya...perlu salahkan diri sendiri sebab salah mentafsir dan mentaksir yang indah itu apa...*wink

TOTD: Ada orang menangis kerana terlalu gembira!!!, The Ultimate Bliss and Happiness!!!

A f f e n d i O s m a n said...

perlu ke cek berpantun jugak?

wahhhh ada zapin lambak la ek? 'kemahiran berzapin' - zapin apa tatau? asas johorkah? zapin pulau kah? seri bunian kah? parit mastar kah? lenga kah? pekajang kah? tenglu kah?

*matikla taknak kalah sebut nama segala...hehehee (maklum la seri panggung katanya!)+

whitelighter said...

Belon dibeli untuk adinda
moga tak sedih mengetap gigi
Elok pekerti pria laksmana
Masih sendiri menanti suri

cewahhhhhhhh

Red Mummy said...

motif mak x dpt jemputan???

ingat mak x leh fly fly ke miri tuh?

mak diva ok!!

ciii..ciii

pendi..ko buat lak, jgn lupa akak ko ni ha

Rush Murad said...

fendi @ seri punggung ooppsss... panggung... tau ler u mengajar zapin segala, u mai sini nanti, we all semua nak tgk u menari dgn suku-sakat Melayu Kadayan kat sini, 'Bergendang' katanya.... we all buat zapin lambak jer hari tu...

whitelighter -

Buah Sampaya atas pedati,
Mari dimakan si anak dara,
Pria Laksamana baik pekerti,
Menanti suri ataupun sura? *lariiikkkk......

RedMom - ayoo... kau kan busy kak oii... mana ditinggalkan laki lagik...ooppssss.... mana laki pi outstesen kat Houston... tapi kau tetap Diva pi beraya sakan dgn lily ek? next year lah aku jemput semua blogger, kalau tak sampai Miri ni, siap ler korang..... Fendi, buat ler, sekemlablian i dari trip nanti, on the 11th Nov.

A f f e n d i O s m a n said...

trip mai kelumpo tapi tak penahnya cakap bila mai kelumpo kan? tup tup terus balik miri! why is the?

A f f e n d i O s m a n said...

bergendang? orang panggey mukun...ada recorded song dalam henset baru iniewww...(nak cakap ada henset baru ke nak cakap pasai bergendang ek?)

Rush Murad said...

fendi - ok lah, kali ni betoi punya. so, arrangement macam nih, my flight depart frm KL on 8th kul 3pm, so i nak lunch at ur place, boleh? ala-ala masakan Diwali/Deepavali + Raya... ada kari segala.. so, set ek, lunch kat rumah u kul 11am?

Rush Murad said...

wan - lupa plak nak response ur msg.... manusia selalu silap mentafsir dalam membuat taksiran... tak gitu?
i tau sapa yg menangis kegembiraan tu..... u know who/what? i love the person very much... *wink

A f f e n d i O s m a n said...

heh...bang shidi, hari diwali itu sesungguhnya tuan punya rumah kena melayan ibu bapa yang bertandang dari kampung. huhuhu...murka kalau tak layan depa. Hari rabu tak boleh ka?

shahril aley said...

nak ganti chef ismail!! kenapa? hahaha of course la disebabkan si angkasawan kacak yang menjadi dambaan wanita semalaya & co-partner chef ismail. kalau macam tu habis la masakan kau hangit memanjang je.... :)

artisticklytouch said...

wah...sedondon katanya...laaarrriiiikkkk!!!

Rush Murad said...

fendi - ermmm..... nanti2 ler kita diskusi ek...... sms or email jek.

sharil aley - i nak ganti chef ismail coz nak ambik alih restroan Pucuk Rebung yg vogue tuuuu... tu jek... *sambil kuis2 tepi kain....

artisticklytouch - perasan jer kita sedondon...hiksss..... tak merancang pun, kebetulan...

Sastri said...

LOL... adoi... tergelak baca reply Rush yang nih...

"i nak ganti chef ismail coz nak ambik alih restroan Pucuk Rebung yg vogue tuuuu... tu jek... *sambil kuis2 tepi kain...."

part kuis2 tepi kain tu yang mahal wooo... LOL...

you made my day today... LOL...

A f f e n d i O s m a n said...

baiklah bang shidi! masak kat alamanda pun ok jerk! kan kan kan?

dirtypap said...

kan? ajak-ajak ayam pun tidak *nanges

muin said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin Ikhlas dr Muin

Rush Murad said...

sastri - u perasan jugak ek? good that i can made ur day... who says blogging is buang masa etc.... kan?

fendi - yer laaaaa...... majukkk...

pap - ayam ker???? mother chicken? tu lah, balik jb tak nak contact2... sombonggg....

hasrulmuin - same goes to u, thanks bro!

Red Mummy said...

ni ko kata baru update??

ko nngk komen aku dah berderet lam ni

ko kannn

eiii

DBI said...

meriahnyer rumah terbuka orang...

selamat terbang lagi erk..

azam said...

Wah meriahnya. Leh kami datang beraya tahun depan.

tyah said...

Rush ajak si Fendi bermukun/mopeng sampai subuh dini hari di Bekenu:)) Atu baru hantap banar (ckp kedayan)

Lily.Lulu. said...

haa bang rush, dah alang2 nak datang KL walaupun sekejap kan, ape lagi.

Nanti calling2 laaa
kot ye boleh jumpa kejap ke ape ke ..

:P

mummy .. ni la update dia.
combine terus sekali sume citer

Anonymous said...

Berhari raya menaiki harrier,
Dari Brunei ke Desa Senadin,
Puas menyapu dan mop sehingga clear,
Duit raya x dapat walau sesen.

Sorie yek abg rush. Syok baca u all berbalas pantun. Nxt year inform awal2 yek, blhlah nurizz n zanna dtg sehari sblm majlis. Ni v all dah list main dishes tuk 'rush open house 2008':
1) Ketupat+lodeh+sambal goreng+sambal kacang+rendang tok+kari ayam
2) laksa Johor
3) laksa Penang
4) nasi beriani special by chef rush+acar darat+ayam beriani/masak merah
5) fried seafood spaghetti....insyaallah panjang umo, nurizz tlg abg rush masak mcm my mom cook for u...
Lain2 menu, further discussion later yek cik abg.
Lastly, a note to u...i'm really appreciate a man who can cook n i dunno u r one of them.

Rush Murad said...

RedMom - marah kat aku lerrr....? nanti aku belanja teh tarik kat area tasik tu ek? tasik mana tatau.....? kira update jugak ler nih... tak ler bersawang..

dbi - kalau ada DBI pasti lebih meriah.... kan? tapi kami tak der BBQ macam DBI buat... satu taman sekali sambut... siap pasang khemah segala...

azam - datang lerr.... ehh... u dah sihat ek?

tyah - ada majlis perkahwinan org Kadayan masa Fendi sampai Miri.... kalau tyah nak ikut sama pun boleh... "Bergendang'... kat Luak... jom! hantap banar kali ya??

lily - aarrr.... kau mintak jer my hp number kat RedMom... nanti calling2 ek?

Nuriz - hikss.... berpantun jugak nih!!!!! wahh... dah ada menu for next year... pengsannnnn..... mekacih ler tolong2 hari tu, tetiba tetamu jadi penangggah plak... nak belajr buat fried spaghetti tu dgn ur mom ek....

A f f e n d i O s m a n said...

alamaks bang shidi jangan la merajuk! kang merajuk kene tambah banyak vitamin c nak cocok kasik ilang keduts tuuuu


oooo ada orang kawin ye? tapi dijemputkah? (sambil garu kepala pikir)

Anonymous said...

First time la saya jumpa En.Tepak Sireh 'life' hari nie. Rasa cam nampak selebriti la pulak.. selama nie baca blog En.Tepak Sireh je dan pernah terfikir akan terjumpa..

Semoga blog nie akan terus bertahan dan berkekalan & didoakan En.Rush sentiasa sihat utk terus menulis..

Rush Murad said...

fendi - anda dijemput ler... dah diwar2kan sekampung luaq yg u nak datang Miri, depa minta u tunjukkan tarian zapin, boleh kan?

anonymous - aikkk??? sapa ek? setau saya, hari ni saya cuma keluar pi breakfast sekejap kat kg. pulau melayu... ada ler beberapa org aweks kat situu.... u yg jeling2 i tu ker? :) *perasan sendiri i ni kan? selebriti ker?

tyah said...

Sape tukang gendang dia? Dyg Masni??? Sure Fendi hayung kaki mlm tu nanti. kan fendi kan kan kan :) Nak ler tengok Fendi berzapin..Weekend ni kita ramey2 posing dgn real selebriti @ Jom Heboh. Selebriti TV3 vs Selebriti Tepak Sireh (ehem ehem.. wink wink )

sayda said...

sy x dapat pun jemputan. huk huk.

update?

Sastri said...

waaaa... 52 comments dah... banyak tuuuu... LOL... enjoy reading all of them... :p

NURUL A. ABID said...

Huh...nak ambil alih Restoran Rebung? I PR merangkap duta Restoran Rebung tau.....

A f f e n d i O s m a n said...

errrrr....errrrrr.....errrrrr......

zapin? lalalalala...uniform dah gantung kat dalam lemari la bang shidi...

"ala ros kalas...ros kalas...di taman raja,
dipetik oleh...dipetik oleh...permaisuri,
tidak terbalas...tidak terbalas budi semua,
berapa jauh...berapa jauh sampai ke mari....."

ever listened to this tune?

Anonymous said...

Tak beranilah i nak jeling2 u that time, tengok sekali then menunduk je sampai balik :) Maaf.. bukan sombong tapi shock.. maklum it's a 1st time i terserempak dgn my blog's celebrity ;) - i really enjoy read and admire your blog. Lots of knowledge & valuable experience. Thanks so much!! CHAYO, CHAYO, CHAYO!!!

* next time (insyaallah) terserempak lagi same je kot.. so biarlah rahsia yek ;p

Rush Murad said...

tyah - i dunno, ada kenduri kawen orang Kadayan kat Luaq nanti, depa kata ada acara 'Bergendang' segala...

sayda - nanti kita jemput awak ek? awak kan jauuuhhhh nunnnn kat NZ... geram tau tak dapat libur kat sana... :(

sastri - komen banyak sebab dah lama tak update... jap lagi update ler

Nurul - i tau kenapa u nak jadik PR kat sana.... ada hati jugak ek? bila nak belanja i makan kat sana?

fendi - kalau dengar irama tu, maybe i know the song...

anonymous @ CHAYO - alaaa... apa nak malu, i ni nampak jer serius, but... friendly.... JB mali maaa.... thanks for reading the blog yg tak seberapa ni... i dah jadi blog celebrity ker? yer? bila? tak perasan pun... but i know i got lot of great friends out there from this blogging....

Lily.Lulu. said...

bang .. ada plan ke nak jumpa sesape masa deepavali tuh ??

datang sini sekejap kan masa tarikh tuh ??

haaaaaaaaa ...
ape lagi .. kalau x de plan, moh ler berjumpa ..

so i can snap snap snap u .. u know
;)

Rush Murad said...

i dah ada plan lah, malam sebelum deepavali tu oke ler, sebab lepas mid-nite i nak pi pecahkan kelapa kat batu caves, nak ikut? lepak2 kat kg. baru ek?

u nak snap2 i? or nak slap2 i? i like when it's rough...rrrrrrrrggghhh.....

Anonymous said...

Personaliti En.Tepak Sireh & blog nie sebenarnya punya keistimewaan tersendiri. Admire the way you workout your blog, isi cerita, gambar2 hinggakan ke pemilihan lagu - marvellous!! It's make you a blog's celebrity for me :) i'm the one who should thank you for all of this.

What else i can say.. keep a good work sir!!

* i know you're friendly w/pun nampak serius :p
It's just about me - insyaallah :) @CHAYO

NURUL A. ABID said...

Ala, I boleh aje belanja sesapa kat saner. Tyah, Pap dah sampai, and maybe bawa Pato & Pearl ke sana jugak. U tu aje bila kat KL nih byk sgt agenda, selalu F.F.K...maklumlah celebriti blogger katanya...

P/S: I takde feeling2 dgn Doc tu, sebab dot..dot...dot....

Lily.Lulu. said...

malam b4 deepavali shud be ok, bang rush dengan sape nnt kat kg baru tuh ??

will ask mummy kalau dia nak jumpa ...

bak ler contact numberrr
email kite leh

mylil_elmo@yahoo.com

xiexie

Rush Murad said...

anonymous @ CHAYO - tq.... u buat i blushing jekkk..... bersemangat nih!

Nurul - i ni ramai sgt peminat kat KL, susah nak susun jadual.... lagipun selalunya i stay kl very brief... ala-ala transit jek. u tak der feeling2 dgn Doc tu? next year dia nak nikah dah....

lili - kalau tak sempat malam tu, leh jumpa kat KLCC on Sunday afternoon, ajak ler sesapa... mana2 blogger yg nak duduk melepak sekali pun ok... bikin gemapq ek..

comment entry paling panjang kat Tepak Sireh so far... ada 65 entries...

Pato & Pearl said...

start reading comments siap agenda pantun seh...Bab pantun pantin ni...eerrr orang SGP memang kalah lah...hehehehe..
Wah sepasang kurung nan biru lah... ;)

Pearl