Monday, September 24, 2007

The Eight Paragraph's Story

It has been one of a hectic weeks for me.... Whilst in KL, I managed to grab a flight ticket to go somewhere-not-on-the-list-in-next-five-years-time and have to erase the idea of going to the "middle earth".... Che Sayda, next time saja lah I pi melawat kat tempat you tu. So, I'm going to visit 2 countries at the end of the year.... in a shoe string. Sambut Aidil Adha di Dubai, kemudian terus ke Johannesburg, dan seterusnya ke Cape Town. Sambut tahun baru Miladiah juga di Dubai nanti. Ada sesiapa nak join ke South Africa dan Dubai? Let me know, manalah tau ada nak berkongsi itinerary dan pengalaman, you are most welcome!
Banyak hal dapat aku selesaikan ketika bercuti di KL pada kali ini, antaranya bertemu dengan Pensyarah di UiTM Shah Alam yang pernah mengajar aku, beliau baru sahaja selesai menjalani pembedahan mata. She is so nice to me during my student years, tetapi semua orang kata dia garang, Pensyarah paling garang dan paling suka gagalkan student in her subject. Ada pada satu kali tu, dia cuma luluskan seramai 8 orang pelajar dari hampir 60 orang!!!!! Dan yang pastinya aku adalah antara pelajar yang lulus, bukan setakat lulus tetapi cemerlang.... Semasa Valentine Day, aku hadiahkan dia sekuntum bunga Mawar, dia suka sangat, senyum meleret-leret, riuh satu kelas.... "Tak pernah sebelum ni ada orang hadiahkan saya bunga ros during Valentine...." tragis tak statement dia?

Pulang dari bercuti beberapa hari di KL, sambung pula berkursus di Singapura, ambil kesempatan untuk merentasi Tambak Johor pulang menyambut Ramadan di kampung halaman. Memandangkan aku tidak begitu berselera ingin makan macam-macam, segala lauk-pauk juadah berbuka hanya aku jeling-jeling jer. Ditambah pula dengan aku yang tiba-tiba terkena 'rashes' satu badan sebelum bertolak dari Miri.... selera makan tiada langsung, asyik tergaru-garu semasa di dalam pesawat. Memandangkan 'rashes' aku begitu parah sehingga menyebabkan muntah-muntah dan pitam, Doktor menasihatkan aku supaya tidak berpuasa dan diberikan suntikan ubat. Dah rongak sehari puasa aku tahun ni, begitu juga dengan solat Terawih.

Aku sempat juga berbuka puasa dengan Tunku 'S' dan rakan-rakan. Selepas selesai solat Maghrib dan berbuka ala-kadar, kami menuju ke Grand Straits View restaurant untuk santapan seterusnya. Sedang enak menjamu selera, seorang ejen dari sebuah kumpulan kebudayaan menghampiri bilik VIP kami dan menawarkan persembahan tarian Zapin. Maka berzapinlah penari-penari dengan rentak muzik rancak dan mengasyikkan, serta lenggok tari yang sempurna. Kami diajak berzapin bersama dan sebagai warga Johor yang terbiasa dengan Zapin, ianya bukan satu masalah untuk berjoget Zapin Lambak beramai-ramai. Dengar cerita kumpulan ini akan berada di China selama 5 minggu.... semakin laris kumpulan-kumpulan kebudayaan dari Johor.
Aku juga sempat berbuka puasa dengan rakan-rakan lama di Johor, kali ini kami hanya berbuka di Singgah Selalu cawangan Plaza Kotaraya, alasannya kerana ada masjid di dalam kompleks tersebut untuk memudahkan solat. (Kompleks membeli-belah pertama di Malaysia yang didirikan masjid di dalamnya). Selesai solat kami sambung bersembang mengenai cerita 'nostalgia' dan perkembangan terkini rakan-rakan. Terima kasih kepada Jepun, Mira dan Zaidi yang sudi berbuka bersama..... sebelum raya nanti bolehlah jumpa sekali lagi.

Rancangan untuk berbuka puasa di Singapura juga tidak menjadi.... mungkin kalau ada rezeki di lain kali, terima kasih kepada Pato&Pearl..... apa kata yang di sana datang berbuka di JB pula, makan ikan bakar, Laksa Johor, Mee Rebus, Soto etc....... ok?
Nowadays, so much has been talked about the portable audio players and most of us want to own one. The first name that comes to our mind when talking about portable audio players is of course iPod. But there are at least dozens of other big brands now, come out with such devices and Philips is one among them. I've been eyeing for this gadget since I went to Low Yat Plaza few weeks ago..... but at the end I got this cute little music player when I'm at the Changi Airport. The price is not much different and furthermore I still have some Singapore Dollar in my wallet. The performace of Philips SA1355 is very good. The best thing I liked about this player is the quality of the sound. Even in the max volume is pleasant to the ears. I should mention here that the max volume in this player is comparitively low than its counterparts. Its very sleek and weightless, so its very easy to carry and feels very lite in the pocket. The ear piece is nicely designed, with a small conical shape to it, to fit in comfortably. It will be very useful when while waiting at the airport or during long haul journey by bus/train.

I'm going to get this handphone by today, maybe I will stop by at the shop in Imperial Mall on my way for breaking fast. This is the kind of handphone that I'm looking for, sleek, stylish, slider and most of all within my budget. Samsung SGH E840 - the slimmest slider in the world, 10.6mm in depth, tampered glass on the skin (as a mirror), feather light (betul ke?).... dan entah apa-apa lagilah. Jatuh cinta pandang pertama bila tengok handphone ni semalam, sampai terbawa ke dalam mimpi......

38 comments:

A f f e n d i O s m a n said...

haaa....

sudah update ye! g sengapora yaaa?

Lily.Lulu. said...

for me, samsung punya design is nice, but not too friendly laa sangat, penah la jugak cube :D

tapi yang best, tang pergi berjalan tuh la .. hehehehe ...

:)

Rush Murad said...

fendi - akhirnya.... memacam citer kumpul jadik satu... tu pun banyak skip2 segala.... yg penting.... keep blogging.... *sambil buat badan gedik2.....

lily.lulu - i pernah guna samsung, boleh ler.... tak banyak hal sangat... but i still prefer Nokia, durable... tapi lately ni Nokia punya design macam Chokia...
jom arrr jenlajan....

A f f e n d i O s m a n said...

ngheheh....gedik kah?
berjambang berjanggut segala nak menggedik cmana tatau?
laaaaariikkkk

blackpurple @ jowopinter said...

Wah! Sempat juga buat macam-macam aktiviti ekk balik Semenanjung.

Aku pulak tengah berangan nak beli Nokia E90. he he he.

عيديد said...

I pun minat gila Zapin. Dulu masa I ada blajar. I dapat khatam 7 jenis Zapin jer. Sbb dah kerja takde masa nak attend lagi kelas. Skarang ni tgk org berzapin, kaki tergetar mcm nak menari balik

Rush Murad said...

fendi - hikssss....... macam beruang kutub.... boley?

jowopinter - sempat jugak aku makan asam pedas ikan sembilang, mee hoon, laksa johor, gado-gado, buah melaka, kuih lopes etc.....
Nokia N90 ker atau E90? wahhhh... mahal tuuuu.... tak mampu ler kawan nak beli... dapat melaram Samsung ni time raya pun dah ok...

Aidid - khatam 7 jenis Zapin???? tabik springgggg..... nanti ler kita berzapin ek.....

whitelighter said...

Wah said.. ko ni masa aku g Europ last month ko dok ngata buang duit la baik gi umrah la.. ni ha ko siap dah beli teket nak g Africa Selatan ni tak sound aku.. ni yang sentap ni.. aku tak ada cuti la.. tak cukup kuota.. uwawawaw

Rush Murad said...

sham - kau belikan aku apa kat Europe?... mai habaqqq..... tok sah susah2 nak ikut aku pi SA, lepas raya ni nanti aku nak pi Phuket reramai, cuti Deepavali.... jom lerrr..... ada budak Petronas buat rombongan Cik Kiah.....

A f f e n d i O s m a n said...

beruang kutub kah? hohoho...
wahh sudah preview tiket p apreka nohhhhh? i syadap syadap je...nanti balik je terus buat trip report! ngehehehe

sayda said...

ingt kan panjang mana la td. 8 paragh's story.hehe.

eh.sayda nk ikut g dubai. siyes. mesti best nih!

njoy the journey nnt kay.

Pato & Pearl said...

oh dear hope you are getting better from the rashes. Yes, memang niat di hati nak merentas JB since Pearl's Mama pun dah keep bersuara...Yang menjadi dilemma Pato ni sekarang, si Optimus banyak pulak "peminat" across the causeway.....sigh. Tawakal ajelah..

Pato & Pearl

~wan hidayat~ said...

salam...best tak guna samsung baru tuh...friendly???
Arghhh...busynye this week, mcm dah tak nampak bayang2 masjid kat negara darussalam sabtu nih!!!!

Rush Murad said...

fendi - rasanya i akan buat entry terpanjang balik dari trip kali ni... dunno why, macam excited gituh, nak kalahkan entry si Nurul pasal Turkey....

Sayda - jom arrrr ikut pi Dubai, dunno what to expect there... desert safari kot, but Dec is winter season....

Pearl - tu la pasal sekarang ni, ramai sangat penyangak kat bandar JB tu, macam2 hal.... malu seyyyy... hari tu masa borak2 dgn orang singapore, diorang semua komplen pasal crimes etc in JB, but i bagitau diorang, yg buat kerja2 tu mostly immigrants, atau orang2 dari luar Johor... orang Johor baik2 apa.... ekkk?

wan - salam. yesss.... i dah beli samsung tu.... bunyi dia slow sangat, sms or call tak dengar... pagi tadi tak bangun sahur, coz alarm tu suara ciput jerrrrr.... sedar2 dah kul 6am!!!!! sedeyyy.. dah tu tak der orang nak tolong kejutkan sahur... satay sejuk dalam fridge tu dapat pandang jer, melelehhhhh......
u busy? jangan sampai terabai tanggungjawab......

A f f e n d i O s m a n said...

entry terpanjang?

matiklaaaa takmo kalah ngan nurul!

huhuhu.....kalo camtu orang pun nak wat entry panjang la jugak. setiap inci pergerakan akan dilaporkan.

mampukah? atau mimpikah?

A f f e n d i O s m a n said...

bang shidi...

lupa lak...haaa...you've been tagged!

sayda said...

owh.tolong support bleh?hehe.
snaps byk2 k. ;)

tyah said...

Tak kan tak der wake up call?? hehehe...

Rush Murad said...

fendi - kalau buat terperinci.... haruslah kena label 18SX... bleyyy? apa ni tagging...tagging lagik.... tak moh!!!!

syada - bleh.... i guna camera ciput jer, tak macam camera canggih si lily.lulu and Queen....

tyah - wake-up caller tu pu turut sama pengsan.....

Khutonz said...

Samsung nyer HP not bad tau cuma tak friendly sgt lah compared to Nokia.

DBI said...

rush...wahhh..nak ke johannesburg???...salah satu tempat yg aku pun nak pergi..tapi bila tatau....tunggu my wife ada seminar kat situ kut...?
bila plan nk ke trg pulak??

Serial Plant Killer said...

I was surprised when you said tiba-tiba nak pergi Johannesburg aritu but then again mcm tulah bila dah sampai kat MATTA Fair, plans can change. Should have suggested you to go to Cairo instead. Jgn lupa bawa baju sejuk bila di Dubai. Sejuuuukkkk sampai ke tulang around that time of the year especially since you are arriving around midnite kan? Too bad ur gonna b there only for a day. Kalau sempat, go for dune driving and dinner kat desert. Shopping kat saner tak lah best sangat sebenarnya, cuma some branded stuff cheaplah.

P/S : Didn't realize there was a competition for the longest travel entry. Yes betul, kalau too detail, kena label 18SX...he he...

A f f e n d i O s m a n said...

huhu....

kena label 18SX kah? blog sapa tatau macam tu? huhuhu.....tapikan kalau ke DXB sama itu aprika mungkin 18SX nye bersaiz gading gajah la kot....

laaariiiikkkkkkkk

Rush Murad said...

khutonz - im getting use to the phone now, baru sedar kenapa alarm tu tak bunyi kul 4... rupanya set 4pm and not 4am...hiksss... Nokia still ok, but yet i prefer yg comel2 cantik samsung..

dbi - u anytime time leh pergi coz kerja sendiri, jom ler ikut i pi backpack.... pasal terengganu tu... sadis ler... ada org tu merajuk sebab dah janji nak bawak dia pi 'ganu, tapi last minit cancel... insyaAllah.... sampai jugak nanti..

Nurul - actually otw balik tu i ada 2 hari 2 malam kat DXB, tu yg nak buat desert safari etc. yg sehari tu cuma transit otw to Jo'burg. yup, my adik angkat yg kerja kat sana tu bilang memang sejuk and kena bawa jacket etc... leceh ler plak ek... 18SX tak leh citer kat blog....kan?

fendi - tak heran pun pasal saiz gading gajah tuuuu.... i've been around the globe... *wink....

DiRtypap said...

bila lagi nak buat entry pasal kesihatan? lalala...

nostalgia sangat bila ingatkan pasal plaza kota raya. masa zaman sekolah dulu suka makan kfc kat situ.

dengar cite kompleks tun abd razak nak kena roboh? betul ke?

Serial Plant Killer said...

2 days 2 nites? Oraitlah tu. Make sure you spend time kat Jumeirah Beach near Burj Al-Arab and Jumeirah Souq. There's also cafe macam dalam cerita Friends called what else, Central Perk - Where Friends Meet also in Jumeirah. Baguslah u ader adik angkat boleh bawa u jenjalan kat sana. Taxi kat sana mahal giler. And pakailah T-Shirt Proud To Be Malaysian, nanti orang ingat u kebayan.

lindosh said...

beshnya asyik travelje.. nak itot hikhihkhik

Rush Murad said...

dirtypap - jangan lupa 'royalty' aku ek? wahhhh glamer ler kau asyik dipanggil jadi tetamu radio L****n.....

Nurul - thanks! very good tips.... itinerary DXB tak buat lagi coz masa singkat jer.... pening kepala buat itinerary SA ni....

lindosh - jom arrr kalau nak itot.... boyfren tak marah kerrrr???

vangardx said...

wa..bestnya jalan2..aku paling jauh pegi sgapore je..(kira oversea jgk la tu..)hp samsung org kata memang cantik design..tp dia macam keta msia jgk..beli mahal jual balik jatuh harga gila2 :D

lindosh said...

erkk.. tak marah kot.. tapi aku tadek duit nak travel wahahha.. sangat sadis bukan?

Rush Murad said...

vangardx - ada orang tu. langsung tak keluar dari kampung halaman sendiri.... lagik sadis... memang betul, kalau trade-in samsung tak der harga, tu pasal my ex-samsung simpan dalam laci jek... nak derma kat sesapa yg sudi... :*

lindosh - i like reading ur blog, bahasa selamba and.... sukalah! esok2 bila u dah stable dapat ekrja, simpan duit pi travel ek....

Rush Murad said...

vangardx - ada orang tu. langsung tak keluar dari kampung halaman sendiri.... lagik sadis... memang betul, kalau trade-in samsung tak der harga, tu pasal my ex-samsung simpan dalam laci jek... nak derma kat sesapa yg sudi... :*

lindosh - i like reading ur blog, bahasa selamba and.... sukalah! esok2 bila u dah stable dapat ekrja, simpan duit pi travel ek....

Red Mummy said...

mana gambo hp baru beli nih

lambat sik!

Rush Murad said...

RedMom - tu ler gambor nyer.... nanti tunggu aku posing dgn hp baru sambil pakai baju Melayu....bleyyy??? Red Diva tak der buat acara berbuka posa bersama peminat ker??? nak join ler..

Sastri said...

bestnyer nak ke Dubai... that samsung la yang menjadi idaman my dad... tapi, masa tu, bajet tak cukup maa...

Rush Murad said...

sastri - lepas raya ni sure budget ur father dah cukup, sebab dapat duit raya banyaaaakkkkk.......... kan?

Lydia Teh said...

Hi, there's a contest at my blog to celebrate 10K copies of Honk! If you're Malaysian in print. Do check it out, who knows you may get lucky.

Red Mummy said...

buka puasa takdak

supper ada