Sunday, August 19, 2007

Weekend with the children....

Picnic With The Orphanages
Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak dari PERYATIM (Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak) sesampainya kami di bangunan Bumiko, Miri. Kami seramai 6 orang (Antz, Amalia, Zehan, Nizam, Zoul) menaiki 4 buah kereta, datang untuk membawa anak-anak tersebut 'outing' ke pantai Tanjung Lobang, bersempena dengan cuti persekolahan. Seramai 10 orang anak-anak tidak pulang ke kampung halaman samada kerana ingin mengulangkaji peperiksaan atau atas sebab peribadi. Mereka diiringi oleh 2 orang Warden asrama, Encik Khafiz dan Cik Yati, yang kelihatan amat komited dengan tugas mereka. Tiada acara khusus yang kami sediakan untuk anak-anak ini, program yang diatur atas inisiatif beberapa rakan ini sebenarnya lebih kepada ingin mendekati 'masyarakat', menyahut konsep 'masyarakat penyayang', dan juga atas rasa keinsafan, rasa kasih sayang, prihatin dan rasa tanggungjawab sebagai seorang Muslim.
Projek kecil yang diberi nama "Undercover Angels" ini telah mendapat sokongan dari rakan-rakan sekerja dan juga kenalan rapat. Sumbangan bagi menjalankan program tersebut telah dikumpul bagi membeli buku-buku rujukan dan latihan, makanan dan minuman semasa program dan sebuah almari buku yang ditempatkan di surau asrama. Projek seterusnya ialah untuk mendapatkan Personal Computer terpakai dan mengadakan satu majlis berbuka puasa dan terawih bersama-sama. Kami juga berkesempatan berbual mesra dengan Pengarah PERYATIM yang kebetulan datang melawat ke cawangan Miri. Ibu Hajjah yang begitu mesra dan murah senyuman, mengalu-alukan inisiatif kami dan seterusnya meminta kami menjadi Sukarelawan PERYATIM - bersama-sama menjalankan pelbagai aktiviti. Setelah mendengar taklimat dari Ibu Hajjah, kami tertarik untuk membantu membangunkan Perpustakaan Mini untuk anak-anak ini, apabila mereka telah berpindah ke bangunan baru seawal Januari 2008 nanti. Misi kami sekarang ini ialah untuk mengumpul dana serta mencari buku-buku baru dan terpakai untuk dimuatkan di perpustakaan. Selain dari itu juga, kami akan berusaha untuk membina sebuah 'wakaf' atau 'gazebo' pelajar di pusat itu.

Di penghujung 'outing' hari itu, anak-anak tersebut telah menghidangkan kami halwa telinga dendangan nasyid berlatar muzik ombak Laut China Selatan yang amat syahdu dan menyentuh emosi. Betapa Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, memberi kami akal untuk berfikir sejenak akan kepayahan dan kesusahan anak-anak yatim ini, dan menyelitkan perasaan untuk menyelami kesunyian dan kalbu mereka. Terasa begitu kerdil diri ini, betapa singkatnya hidup di dunia Fatamorgana ini, betapa Akhirat itu destinasi yang pasti........... dan betapa beruntungnya kita yang masih ada insan yang boleh dipanggil 'Ayah' dan 'Ibu'.......

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang turut serta memeriahkan program hari itu - Aned, Khairul de Luaq dan Haizul.
Sabda Nabi saw yang bermaksud:-"Sesiapa yang memelihara anak-anak yatim dari kalangan orang Islam dengan memberi makanan dan minumannya sehingga ia mampu berdikari maka Allah menyediakan syurga untuknya selagi ia tidak melakukan syirik".

Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya. (Al-Baqarah, ayat 215)

20 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum.....

Alhamdulilah, semoga usaha Saudara Rush & rakan2 diberkati Nya. Ada ketikanya kecukupan kita meyebabkan kita terleka seketika pada mereka yang kurang berkemampuan.

blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah atas usaha murni kau dan kawan-kawan kau itu Rush. Semoga Tuhan memberkati usaha kamu semua. Alhamdulillah.

[Cantik gambar yang no 2 itu. Nampak klasik dan berseni. Suka imej pokok di belakangnya itu. :)]

DBI said...

well done, rush
semoga berterusan hendaknya.

Rush Murad said...

anonumous - w'salam...... banyak ketikanya kita alpa dengan nikmat yang diberiNya...... dan lupa akan insan lain serta tanggungjawab kita.... semoga kita selalu diingatkan.... dan saling ingat mengingati...

blackpurple - terima kasih, this is nothing at all.... just a humble beginning of a very long journey.... pic tu dah kena modified... not bad gak ek?

dbi - insyaAllah... tq

SERIAL PLANT KILLER said...

Pastinya usaha murni ini mendapat balasan baik dari Allah s.w.t. Hopefully plan untuk wujudkan library tu berjaya. A weekend with the orphanage must have meant a lot to them.

Rush Murad said...

Nurul - I dont expect anything from this..... cuma semoga ianya mendapat keredhaan Allah......

A f f e n d i O s m a n said...

Charity...charity...charity!

I like that. Teringat kisah melawat umah orang-orang tua satu masa dulu. Terus bercucuran......

Rush Murad said...

...Satu masa dulu...... errmmm.... pernah kekadang kita terasa yg kita ni hidup dalam 'Silo'... Silo mentality as per say.... well, apa yg terus bercucuran tu????

A f f e n d i O s m a n said...

Bercucurannnnnnn
Air mata...

Terus terang orang tak leh tengok old folks, sedih! Nak nak yang duduk kat rumah Rang Tua...

Zoulkieflie said...

Baru hari ni Zoul menghayati penulisan blog abg ni..terharu ketika membaca serta di iringi lagu pelangi petang yang di dendangkan oleh Allahyarham Sudirman..kena sangat..touching..

muin said...

May God Bless U and frens, anyway nice blog bro :p

Rush Murad said...

zoul - baru tau ke???? sebenarnya nak cari lagu Ayah dan Ibu dendangan Sudirman jugak, tapi tak jumpa... so lagu ni pun ok gak... ek?

muin - thanks bro! u too... dah lama u tak singgah sini ek?

Kifli Bujang said...

Rush Murad,
Bestnya kalau I dapat sama-sama menyertai aktiviti mcm ni, kat KL saya takde kengkawan yang ada inisiatif mcm ni. Nak join-nak join.

tyah said...

Congrats..:)Di harap kerja murni berterusan & diberkati Allah swt. I've joint jadi volunteer PERYATIM since majlis perlancaran pembinaan komplek PERYATIM.

SERIAL PLANT KILLER said...

Sent you an S.O.S e-mail. Check nanti yer.

P/S: I have posted Turkey pics. Bila2 free, drop bylah ;)

edi sutoyo said...

Halo apa kabar lama tidak berkunjung, web anda tambah semarak aja.

DiRtypap said...

mrasa la kan anak-anak yatim mewah sebab dah dekat puasa dan raya ni :)

Rush Murad said...

kifli - i tot kat kl lagi banyak NGO yg buat kerja2 amal ni... join jer la mana2 yg sesuai... kalau nak mai Miri, habaq naaaa....

tyah - next time i ajak u sekali, together-gether ek...

Nurul - nanti i check email ek... SOS? errmm.... will browse ur blog

edi - hi! kabar baik..... anda sudah mula menulis semula setelah sekian lama 'membisu'....

pap - tak selalu mereka dapat bermewah.... just imagine without parents.... :(

Anonymous said...

Saya dan kengkawan dah lama plan nak organize aktiviti bersama anak2 PERYATIM. Bila tahu En.Rush dan kengkawan berjaya merealisasikannya, semangat saya tambah berkobar-kobar. Bila saya ceritakan pada kawan2 tentang apa yg saya baca dr blog En.Rush nie, kami rasa sedih sangat kerana usaha kami belom cukup baik utk menjadikan ia kenyataan.

Tahniah dari KAMI (saya & kengkawan) atas usaha murni En.Rush dan kawan2. Sesungguhnya ia membakar semangat kami utk menjadikan plan kami berjaya.

Along

Anonymous said...

urm, teringin nk join jugak program2 macam ni..