Wednesday, August 22, 2007

TAG: 8 Random Facts About Me....

Kena TAGGED lagi ceritanya ni.... oleh sebab aku pun suka 'mengetag' blogger lain, dan apabila aku di'tag', maka kenalah sambut.... orang berbudi, kita berbahasa (ada kena mengena ke?). Kali ini aku di'tag' oleh Wan Hidayat - Cronicle. Memadangkan aku ni ada sikit kreatif, aku letak ler pics sekali berdedai dengan '8 random facts about myself'....rushmurad at Tepak Sireh.
♠ Post these rules before you give the facts.
♠ List 8 random facts about yourself.
♠ At the end of your post, choose (tag) 8 people and list their names (linking to them).
♠ Leave them a comment on their blog letting them know they’ve been tagged!
Aku menetap di Miri, Sarawak buat masa ini. Aku bukan suka-suka hendak memilih Bandaraya Miri sebagai tempat bermastautin, atau bukan kerana aku rakyat sejati bumi Kenyalang, dan bukan juga kerana aku penyokong Ngap Sayot.......ianya kerana aku telah di'kidnapped' oleh sebuah Syarikat 'gargantuan' yang menjalankan perniagaan minyak dan gas. Sebenarnya aku dilahirkan dan dibesarkan di Negeri Johor Darul Takzim, lebih tepat sekali di Kulaifornia, kau ado? nan ado kan? Kepada mereka yang kurang tahu, foto kat atas tu ialah pemandangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Johor di atas Bukit Timbalan, berlatarkan kawasan Istana Besar/Muzium Di-Raja Johor. Tahukah anda bahawa Bandaraya Johor Bahru adalah kota berkembar Istanbul di Turki? Dinch korang tak tahu kan?

I'm Internet addict! Yes I'm..... aku akan menghabiskan masa tidak kurang dari 5 jam dalam sehari melayari Internet. Aku tidak boleh bekerja tanpa Internet, aku akan kebosanan sekiranya line Internet rosak, aku akan separuh gila kalau line Internet terputus. Skop kerja aku terlalu bergantung kepada Internet, tiada Internet, maka tiadalah kerja yang hendak dibuat. Semua pencarian maklumat dilakukan atas talian, semua perhubungan melalui email, kadangkala sahaja menggunakan telefon ataupun bersemuka dalam mesyuarat. Sekarang ni aku sudah terlalu malas untuk duduk semeja bermesyuarat, aku lebih suka Netmeeting, teleconference dan sebagainya. Sambil bermesyuarat, aku boleh makan biskut cicah air kopi, kalau tak pun boleh tututuuuuttt tanpa ada orang sedar/bau....

Sik cayak ka? Semasa di Johor dulu, aku begitu aktif berpersatuan segala, selain pelbagai NGO yang aku sertai (termasuklah Persatuan Ibu Tunggal - motif depa register nama aku!), aku juga join Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kulai. Aku menjadi Ketua Pemuda cawangan Kulai, aku juga menjadi Ketua Penerangan Pemuda Bahagian, dan aku juga bertanding bagi pemilihan Ketua Pemuda Bahagian bagi menggantikan YB Datuk Dr Adam Baba (Setiausaha Parlimen Kem. Pengajian Tinggi). Motif aku masuk politik? Niat aku ikhlas, ingin membantu orang-orang Melayu terutamanya generasi muda, demi Agama Islam, bangsa Melayu dan Negara Malaysia. Motif aku masuk NGO? aku ingin menjadi masyarakat Malaysia yang prihatin dan bertanggungjawab. Motif aku masuk GPMS? (jawatan terakhir aku pada masa tu ialah Timbalan Presiden GPMS Negeri Johor), sebab kawan aku jadi Presiden, so aku jadi Timbalan jer la....

Aku ada lesen menyelam/diving dari NAUI - National Association of Underwater Instructor. Selalunya penyelam-penyelam 'leisure' akan ambil lesen PADI - Professional Association of Diving Instructors - sebab lebih mudah lulus dan cepat. Aku baru beberapa kali pergi menyelam (selam yang betul-betul dan secara professional), dan hajat untuk diving di Sipadan belum terlaksana lagi, InsyaAllah..... Banyak yang boleh dipelajari dari skill atau kemahiran yang didapati dari belajar menyelam ni. Biar belanja beberapa ribu ringgit untuk latihan dan mendapatkan lesen, tetapi ianya memang berbaloi. Ada sesiapa nak ikut diving di Miri?

Korang tengoklah beg travel aku ni, bertampal-tampal dengan pelbagai sticker dari pelbagai airport. Aku memang addicted pergi travel, semakin parah...... Kalau sebulan tak keluar dari Miri ni memang tak sah, jalan dekat-dekat pun jadilah. Tahun ni jer aku dan berjalan merata tempat, tu belum lagi sampai hujung tahun ni. Aku ada tahi lalat di bahagian tapak kaki, kata orang tua-tua, itu tandanya budak ni bila besar nanti akan kuat berjalan (bukannya kuat berlumba jalan kaki), atau berjalan jauh. Tepat betul telahan arwah Mbah. Semasa bersekolah menengah dulu ada seorang Guru lelaki India yang begitu mahir dalam membaca tapak tangan atau Palmistry (he introduced me to this interesting thingy), dia bilang yang aku ni akan berjalan jauh, akan selalu keluar negara etc. Pada masa tu aku macam kurang percaya, hanya untuk suka-suka, tetapi banyak ramalannya menjadi kenyataan kini (antaranya ialah 'awak akan berkahwin sangat lamba't....... ayyoyyo...)

Aku suka kumpul Porcelain atau tembikar terutamanya dari China. Koleksi aku agak terbantut semenjak berpindah ke Miri, kerana ruang rumah yang terhad untuk mempamerkan koleksi dan juga sukar mendapatkan Porcelain antik berbanding di Singapore. Walaupun begitu, koleksi terbaru dari Istanbul baru sahaja aku gantung, terima kasih kepada Suraya yang ke sana beberapa bulan lalu. Sedang congak untuk membeli almari kaca berbingkai Jati....

Aku suka makan Satay, lebih sedap sekiranya Satay tersebut telah disimpan semalaman di dalam peti sejuk. Selain dari Satay sejuk, aku juga makan ayam goreng (KFC, McD) yang sejuk dingin dalam peti sejuk. Tidak perlu dipanaskan atau masuk ke dalam Microwave Oven, hidangkan sejuk-sejuk tanpa kuah atau sos. Tabiat ni terdidik dari aku kecil, sebabnya setiap kali Abah pulang ke rumah pasti sudah lewat dan pasti membawa ole-ole. Selalunya aku sudah nyenyak lena, dan ole-ole makanan yang dibawa akan dimakan keesokan paginya - bangun tidur terus buka peti sejuk!

Aku mempunyai Six Sense yang cukup kuat. Ini bukan main-main ya, ini realiti. Rakan-rakan yang rapat dan dah lama kenal dengan aku pasti akan bersetuju. Semakin hari semakin kuat Six Sense yang aku miliki, sehinggakan rakan-rakan di KL kalau ada barang hilang atau ingin mencari sesuatu yang tercicir/hilang, akan menelefon meminta bantuan (ada yang menggelar aku 'Mak Esah', perlu ker?). Bukan itu sahaja.... otak aku ni sudah menjadi seperti 'Lie Detector', aku boleh tahu dan hidu sekiranya seseorang itu tidak bercakap benar atau ringkasnya berbohong. Six Sense ini juga kadangkala menganggu, kerana acapkali aku boleh merasa 'kehadiran' unsur-unsur mistik atau aura negatif - samada dengan mendengar, merasa atau melihat. Aku juga minat bidang Astrology, Palmistry dan yang sewaktu dengannya.
Aku sepatutnya mengetag 8 orang blogger, tetapi memandangkan 8 orang blogger yang akan aku ngetag itu baru sahaja selesai ditag, maka aku pun buat keputusan tidak mengetag sesiapa. Alkisahnya.......

21 comments:

A f f e n d i O s m a n said...

Six sense kah?
Guess what i am doing rite now?

Rush Murad said...

fendi - kenapa beri task yg terlalu mudah? i can even know baju kaler apa u pakai sekarang, kale stokin, underware jenama apa etc..... mau try kah?

DiRtypap said...

nape tak tag aku? haha! merdeka ni ko gi memana? aku hengat nak turun miri la.

Rush Murad said...

pap - kau dah ada blog kembalian ker? meh ler turun Miri, malam 30th tu ada sambutan besar2an gituh coz Miri jd tuanrumah for state. 2 org kawan 'saripok' aku dari JB pun mai gak, 1st Sept pi Bandar, 2nd pi Gua Niah... the more the merrier...kan?

Kifli Bujang said...

Orang Kulai rupanya? sekolah mana dulu? SSI ke STARP?

Rush Murad said...

kifli - yup, I'm Kulaifornian :)
sekolah SSI, i pun tau u pernah tinggal sana, rumah u dekat dgn jalan nak pi tol hi-way tu kan? u sekolah mana?

Red Mummy said...

astaga

ko jwb tag rupanya...tu yg aku pelik pehal pakcik ni dok cite2 masa lampau segala bagai.

bang - ina kulai nak kawin ni, ko x pi ke? kulaifornia tu bang..

Rush Murad said...

redmom - aku dah tak nak jawab tag-ngetag ni segala dah, tu pun pakal ler budak si Wan yg rapat dgn aku tu yg mengetag, kalau tak... maleh dah... Ina Kulai? sapa dia tu? Diva macam uol jugak ker? perlu ker? sorry ler, tak masuk campur ler kisah dia tuuu....

DiRtypap said...

bang, aku turun miri sebab nak ke mulu. pegi 31st balik 3rd. pegi sorang. kalo nak tunggu orang miri sendiri ajak pergi jawabnya sampai bila-bila aku tak pergi *matila kakwat.

Red Mummy said...

sib baik mak merah ko kenal kan bang...

bang tepak sayang, aku pun mls dah nak jwb tag ngetag ni, boleh tak tag ko tu aku peram dulu sampaiiiiiiiiiiiiiiiiiiii aku dah betul2 free.

boleh ye bang...x leh pun aku kira bley gak.

ko kan ada six sense, mesti ko tau aku x berbohong kan, so pelis pelis pelissss

A f f e n d i O s m a n said...

haiyoooooo

tau kaler suar dalam kah? isk...nasib baik la dalam seluar dalam dia tak tau macam mana rupanya! kalau tak haruuuuuuuuu


oh ye, nanti kite amek gambo SERI PONGGONG yang bontot leper tu ye!

Rush Murad said...

pap - kau memang tauuu... nanti kau email kat aku ek mcm mana arrangement nak pi sana. kau transit Miri ker? sms aku lah kalau nak jumpa... itupun kalauuuu...

Redmom - yer lah, macam dah tak kowser kan? kau peram jer lah sampai jadik pekasam, esok2 aku turun kl, kau hidangkan kat aku ek.. aikk... tanya pasal six sense plak? hari ni pakai b** kaler cokelat cair ek??? betul tak?

fendi - weiii.. citer dalam seluar plak...cisssss....

artisticklytouch said...

uols...nak p sipadankah? tunggulah aku dapat lesen diving dulu...

Kifli Bujang said...

Eh rumah saya bukan kat situ, saya tinggal di Taman Cantik. (Matilah semua orang tahu)

Rush Murad said...

artisticklytouch - aku memang dah lama nak pi Sipadan, cuma tak der geng sajor nak ikut menyelam.... errr... u kat T'ganu kan? Pulau Redang kan?.... ada plan nak pi sanalh, dalam masa terdekat ni... tour guide?

kifli - Taman Cantik..... raya nanti leh ler pi jenjalan sana ek. Mine kat Taman Putri...(Matilah semua orang bukannya tahu kat mana....:o)

Anonymous said...

Bila baca cerita kali nie especially bab "..tetapi banyak ramalannya menjadi kenyataan kini (antaranya ialah 'awak akan berkahwin sangat lambat....... ayyoyyo...)".. terkenang kat diri sendiri :p

Saya pernah baca RAHSIA BULAN ANDA DILAHIRKAN BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN DATO' FADZILLAH KAMSAH yg mengatakan antaranya :
MEI
· kekerasan hati & degil · kuat semangat & bermotivasi tinggi · pemikiran yg tajam · mudah marah apabila tidak dikawal · pandai menarik hati org lain & menarik perhatian · perasaan yg amat mendalam · cantik dr segi mental & fizikal · tidak perlu dimotivasikan · tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain · mudah dipujuk · bersikap sistematik (otak kiri) · suka berangan · kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu · bahagiantelinga & leher mudah diserang penyakit · daya khayalan yg tinggi · permikiran yg tajam · pandai berdebat · fizikal yg baik · kelemahan sistem pernafasan · suka sastera,seni & muzik serta melancong> · tidak berapa suka duduk dirumah · tidak boleh duduk diam · tidak punya ramai anak · rajin dan bersemangat tinggi · agak boros

Kena betul la dengan kajian nie, bila dah jodoh lambat manelah nak punya ramai anak kan?.. Tambah menakutkan bagi seorg perempuan :(

Apa-apa pun saya yakin sangat semua perkara yg jadi atas diri kita adalah qadak & qadar yg Allah swt dah tetapkan. Janji Allah swt, setiap yg berlaku ada hikmah yg hanya akan kita ketahui akhirnya...

Rush Murad said...

anonymous - apa yg ditulis oleh Dato' Fadzillah tu almost 98% tepat about me, except 'mudah marah apabila tidak dikawal' - sebab i ni jenis orang yg tak tahu marah, dan susah sekali nak marah... yg lelain tu tepat especially 'cantik dari segi fizikal dan mental' (cantik ker kalau perut dah buncit ni?)....pandai berdebat - i dulu Presiden debat masa kat Universiti.... suka melancong - sah2 ler. bahagian tleinga dan leher memang selalu sakit2.... sistem pernafasan - yes, i ada sinus, mudah alergik dgn habuk segala,msa kecik2 selalu selsema. agak boros- bukan agak lagik, memang tersangat boros yaamatz...

u ni pompuan ek?

artisticklytouch said...

tour guide banyak...nak yg macam mana? ha ha uols nak weols jadi tour guide susah sikitlah...weols pun tak habis pusing lagik...asik kerja sajork!!! kejikan!!

Anyway kalau nak datang better before November sebab, sini November monsoon, so semua tempat tutup, so takde sape nak bawak uols pergi diving nanti.

Rush Murad said...

artistic- we all ada mission pi terengganu tu.... dalam masa terdekat ni... nanti we all bgtau.. kalau sempat nak pi redang segala, if not kat kuala pun tak per....

Anonymous said...

Waktu mula2 baca kajian Dato' Fadzillah Kamsah nie pun saya rasa almost 98% kajian nie kena pada diri saya jugak, antaranya :
perasaan yg amat mendalam - tengok cerita/lagu apa pun boleh menangis ;p...
bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit - masa kecik dulu pernah operation kat bahagian leher...
kelemahan sistem pernafasan - saya pun, waktu kecik2 dulu memang selalu kena asma, sampai dah tua nie pun masih lagi allergik dgn habuk & asap...
suka sastera, seni & muzik serta melancong - suka sangat2 semua nie sampaikan berangan-angan nak cuba berlakon teater (ada bakat ke?)...
tidak punya ramai anak - yg nie sah2 ler.. 28thn tak kahwin lagi, just imagine?.. Apa2pun saya redha dan yakin soal jodoh nie kerja Allah Taala. Manelah tau, insyaallah kahwin dapat anak kembar ;0

Anyway, syukur sangat2 secara kebetulan (dgn izin Allah) dipertemukan dengan blog En.Rush nie. Banyak ilmu yg saya pelajari, really appreciated that!!.

Anonymous said...

Kluar topik sat yek..

Saya pernah baca cerita En.Rush ke KK dengan family kat blog nie.. Dipendekkan cerita, hujung tahun nie saya dan kengkawan dah siap tiket 'belon' nak pie cuti2 Malaysia kat sana. Masalahnya tiga2 kite org nie 1st time ke sana. So, apa advice En.Rush?..

Teringin sangat nak ke pulau2 kat sana. Dengar khabar, ikan kat dalam air pun jelas nampak.. mesti seronok!! Kalau tak silap En.Rush pergi ke 2 pulau waktu trip tu kan?.. cam mane arrangement nya?.

Thanks in advance... Along