Thursday, August 02, 2007

I've been T A G G E D by LKY

You've been T A G G E D ! ! ! - "List out 5 people whom you would like to bring along with you to Istanbul, Turkey; where you will spend with them a week- long stay at the luxuriously furnished Grand Sultan Suite at the ever majestic Ciragan Palace Kempinski Hotel. Owh and do tell us why these 5 lucky people deserve to be there with you…" And to that 5 lucky people listed in the entry, C O N G R A T U L A T I O N S ! ! ! You've just been T A G G E D ! ! !
by Lady Lea Laurielle at http://lealaurielle.blogdrive.com/

Kena tag lagi! Tapi tag kali ni tetiba aku rasa macam nak buat assignment pula. Lebih-lebih lagi tagging kali ni berbeza dari tag atau MEME yang lain-lain, dan paling menariknya ianya berkenaan dengan tempat pelancongan, dan yang membuat aku lebih-lebih teruja ialah negara atau bandaraya yang dipilih - Istanbul, Turkey! Teringin sangat nak ke Istanbul, sebab ramai rakan-rakan yang telah jejak kaki ke sana, bermacam cerita menarik dibawa. Kalau aku ingin melancong ke Turkey, akan aku pastikan bukan setakat Istanbul sahaja yang akan dilawati, tetapi tempat-tempat 'off-beaten track' - yang jarang diketahui dan dilawati meskipun menarik.
Berbalik kepada tag yang direkacipta oleh Lea Laurielle, aku kena memilih sekurang-kurangnya 5 orang untuk dibawa bersama menikmati kehidupan ala-Istana Istanbul selama seminggu di Grand Sultan Suite, Ciragan Palace Hotel Kempinski. Aku juga kena memberikan justifikasi kenapa aku perlu membawa 5 orang tadi (macam betul-betul jek ek? kalau aku billionaire, why not bring these people along..... kan?) And here are the 5 lucky people;

1. Nurul - The Serial Plant Killer. Justifikasi utama ialah si Nurul ni pun kuat travel, gigih bertravel sepanjang tahun. Pergi travel dengan orang yang sudah biasa travel ni selalunya lebih 'mudah'. Mereka sudah terbiasa dengan the do's and don'ts of travelling. Keduanya, Nurul sudah pernah sampai ke Istanbul, dengar cerita dia nak pergi lagi tahun ni. Bermakna Nurul sudah ada pengalaman dan expert mengenai selok-belok Istanbul. Tak perlu bersusah payah hendak menggunakan perkhidmatan jurupandu pelancong.

2. Red Mummy - Dia ni pun dah kena tag, tetapi aku tetap nak heret dia bersama pi Hotel Kempinski (Red Mummy sahaja - suami dia si Sirman dan anak-anak dia tak boleh ikut, sebab budget tak cukup). Justifikasi utama ialah setiap kali dia pergi travel, dia akan membawa bersama beberapa kilo makanan kering dari Malaysia. Dia akan memasak di dalam bilik hotel. Selain dari itu, Red Mummy memang terrer bab tawar-menawar barangan dan berhangkut beg-beg shopping sambil berjalan kaki beberapa kilometer.

3. Wan Hidayat - Justifikasi utama ialah dia tidak pernah keluar dari Malaysia kecuali minggu lepas dia ikut aku ke Brunei. Atas sifat setiakawan, simpati dan kasih sayang, aku bawalah dia sekali pergi melancong ke Hotel Kempinski tu. Mungkin dalam perjalanan pulang boleh singgah buat Umrah sekali. Justifikasi kedua ialah, dia ni tak kedekut wang ringgit "makanlah apa nak makan, pilihlah barang, nanti saya bayar....eeeerrrr..... duit saya masih banyak ni... you just take my money....nah!..." I loike!

4. Fendiosman - Pertamanya dia ini asyik merengek ajak pergi bercuti bersama-sama, nak datang Miri nak tengok Gua Niah, nak pergi Brunei....macam-macamlah! So, again atas sifat setiakawan dan simpati, aku bawa juga si mamat Kedah ni bersama. Lagipun dia memang suka cuti-cuti ni, tetapi selalu kata 'saya tak dak duit lah abang oiii... tinggai brapa kupang ja dalam bank..' boleh percaya ke Pegawai PTD tak cukup duit? Dan yang pastinya si Fendiosman ni boleh jadi kawan 'pokpek' dengan kakak tiri sepupu sebelah tok wan usu anak Mak Bedah hujung sungai Pendang dia, si Red Mummy - pasti meriah!
5. Luaq Dome Ezplanade - Ini seorang lagi yang tidak pernah keluar dari Malaysia dan jarang-jarang keluar dari Bandaraya Miri, kecuali ke Brunei. Sekali lagi atas sifat setiakawan dan simpati, aku bawa si Khairul ni ikut terbang ke Istanbul. Semua orang yang ikut serta rombongan ala-ala Cik Kiah ini akan terhibur dengan lawak jenaka slapstik si Khairul ni nanti. Lagipun si Khairul ni very helpful dan ringan tulang, mudah memberi bantuan dan pertolongan, amat sesuai dibawa bersiar-siar ke Bazaar.

".... to execute the concept I used variuos decorative items and furniture in an eclectic blend, famous of late 19th century. Decorative Ottoman fabrics design, decorative Turkish Itznik tiles and plates, hand woven carpets from Usak, Hereka and Iran, antique fireplaces and furniture from Europe, crystal chandeliers and many other special items are juxtaposed in a way as if they were brought together in time for the mythical palace. The walls and ceilings are decorated with traditional Ottoman style decorative paintings of that period. Neoclassical, Restoration and Late Empire styles are blended with Ottoman style upholstery. To recreate the feeling of grandeur in the palace, paintings with themes depicting elegant parties in Ottoman Palaces in the 19th century were selected and reproduced....." Hande Tozun - Interior Architect of Sultan Palace Suite, Ciragan.

http://www.kempinski-istanbul.com/en/home/index.htm

Quick info on the Ciragan Palace Hotel Kempinski:

Address : ÇIRAGAN CAD. 84, 80700 BESIKTAS/ISTANBUL. Number of rooms : 315 rooms, 404 total beds. All rooms with : Phone, Shower and WC, Private Bathroom, Music, Cable TV, Satellite TV, Air-Condition, Mini Bar, Voice Mail, Safe Box, Hair Dryer, Balcony. Dining : 5 Restaurants, Patisserié, Snackbar, Çiragan Bar. Meeting Room : 15 Meeting Rooms (total cap.1800), 5 International Meeting Rooms, 15 Meeting Rooms (total cap.1800). Facilities and Services : Doctor, Babysitting, Full Room Service, Outdoor Parking, Indoor Parking, Extra Power Generator, Night Club,Hairdresser, Shopping Arcade. Leisure and Sports : Outdoor Swimming Pool, Indoor Swimming Pool, Children Pool, Turkish Bath, Sauna, Massage, Garden, Jaccuzi, Gymnasium Hall, Fitness Center, Putting Green. Bosphorus Airport: 25 km (Ataturk).

Background music: Istanbul Klarinet

All About Turkey page (click)

21 comments:

antz save the world said...

hi rash! i got new blog. dedicated to 'saveteh world' mission thingy. hehe ;)

Lea said...

A I Y O H ! ! ! Confirmarsi kalau masuk BI2007 (that is btw, KALO ADO LA KAN! Muahahah!) confirm dapat placing nih!!! Menariks! MEK SKER!

Rush Murad said...

antz - wow!!!!! u have a blog at blogger.com now..... congrats!!!!!!!! really like the title "antz save the world".... catchy and straight forward i think....

Lea - i tak leh ler jadik contestant... tapi kalau nak lantik jadi jury... i loike!!!!!! dah boleh cuci tangan nih....

~wan hidayat~ said...

aduih...justifikasi pertama boleh diterima pakai, justifikasi kedua tuh...ermmmmm, rezeki Allah bagi....jom kita pergi betul2 ke istanbul next year...middle of year 2008...FULL SPONSORED!!!!, wang jatuh dari langit....nak kena respond ke selepas di tag ni...

Red Mummy said...

wah liauuuu

ko nak bawak aku sekali best nih

tapi lam package ko ni takde ke 'bawak redmom kena sponsor barang 18ribu for her gak'

ko jgn lupa tau tu bang..

aku setuju ko bwk fendi, bleh gak aku anyam ketupat lesung pelipit ngan dia

Rush Murad said...

RedMom- aku rasa.... dari KLIA sampai Istanbul... korang berdua dgn fendi asyik lalok ngayam ketupat jer ek?.... jangan citer kat orang aku nak sponsor kau barang 18K, nanti depa kata kita ada skandal, perlu ker? perlu ker Sirman nanti datang bawa Miri bawa beliung segala...?

wan - wahh.... bersungguh2 nih.... u ikut i pi NZ jek hujung tahun ni, ek? baca ler tagging tu, lepas ni u plak yg kena buat Meme nih... kira bersambung2 ler... u nominate plak 5 bloggers.... apa2, pi click blog si Lady Lea Laurielle

A f f e n d i O s m a n said...

Huhu....
I'm flattered! Ala2 terpilih masuk top 5 miss universe pulok.
PTD tu kan PEGAWAI TAKDE DUIT Bang Shidi oii...sasah laa bape kupang je ada kat dalam pakit (kedah version for pocket) ni

Kak red...meh kite nganyam ketupat! Tapi kan...ketupat palas takyah anyam, kita belit je macam saree....

Tapi betul ke ni? Paspot dah renew! Turki? Sudah sampai....KUL - DAC - DXB - IST, that was the route taken using EK back in the year 2002.

Bang Shidi....nak itot...nak itot!

By the way, rasanye ujung tahun ni orang nak plan g Mulu dengan kawan2. Leh jadi tour guide tak?

Sastri said...

nak gak ke istanbul... kena carik member dulu la nampak gayanya... my aunt is there right now, balik esok... nak tgk dia shop apa... LOL...

Luaq Ezplanade said...

Thanks rush! tapi...for the 2nd time you've been tagged.... check my blog!

SERIAL PLANT KILLER said...

Kena tagged lagi? What a coincidence rombongan ke Istanbul pulak tu. Actually I tak pernah ke Istanbul, ni baru nak jejak. Now kat rumah my sis, transit 9 hours kat Dubai, petang ni baru sambung perjalanan ke Istanbul.

Ooo...u nak free tour guide yer tapi tour guide kena dapat bilik suite tau...:). I respond to your tag bila I balik nantilah yek...

dirtypap the cupid said...

tapi kalo abang kawen dengan kak nurul tak bleh la ajak orang lain sebab honeymoon *lariiik!

Rush Murad said...

fendi - kau dah pernah pi Istanbul ker? yg cerita pi umrah sekali tu ker? kalau macam ni kensel ler nak bawak kau.... kalau nak pi Mulu, kau set dgn si Pap ni, dia pun nak pi sama, nanti kita buat rombongan cik kiah jek....

sastri - some people especially ladies lebih sesuai travel beramai2, meaning lebih dari 3 org... ur aunt pi sana ek... memang destinasi popular rakyat malaysia....

khairul- i will tag u setiap kali i kena tag...hikss.... so that u ada modal nak tulis dalam blog u....kan?

Nurul - kat Dubai rupanya!!!!!!!!!!! ni ler yg u citer dulu ek.... wahhh... asyik ke Dubai jek... mentang2 ler sis dia stay sana... nanti snap pic kat Istanbul tu bebanyak ek... u nak pi jumpa budak Turkey yg selalu dalam blog u tu ker? dan nak pi jumpa ehehehemmmmmmmmm..... :P

pap - speku..... habis tu yg Nurul pi melawat dia kat Istanbul tu nak letak mana??????...... kau pi set2 dgn si fendi pasal nak pi Mulu...

SERIAL PLANT KILLER said...

Rush - yalah, dah naik Emirates, haruslah kena stop kat Dubai. My sis tak habis-habis cerita pasal suruh kerja kat sini. Tak terbuka hati lagi lah. Kalau ada rezeki, jumpalah kut MINAH Turkey tu. Yang part "dan nak pi jumpa ehehehemmmmmmmmm.....", read my latest n3....:|

SERIAL PLANT KILLER said...

Pap - :o.....ngko memang sah King Speku....next time jumpa, kena cubit nanti...

A f f e n d i O s m a n said...

ala bang shidi!
tak baik tau dah ajak tarik balik. buruk siku ooo.....nak ikut nak ikut!

A f f e n d i O s m a n said...

pap....how to reach u?

blackpurple said...

Bila sebut Turki teringat Kamal Artaturk. :)


[Jakel ada 2 cwgn di Lembah Klang :)]

Pato & Pearl said...

a breathtaking place...tapi masa pegi sendiri...tak boleh bawak Pearl...lum ada "Passport"..hahahaha..

Pato

Rush Murad said...

Nurul - wahhhh... pasti ler sekarang ni dai sedang berendam dalam salt spa kat Pamukkale.... tabik ler kat Nurul yg travel sorang2 ni... simple entry lah Nurul in ur blog...

fendi - urusin sendiri ama si Pap yach..... kalau udah usai, bilang aja sama gw kapan mau ke Mulu, tanggal berapa etc... gw lagi rencana mau libur ke Selandia Baru ujung taun...

balckpurple - kamal atartuk yang menjadikan Turkey sekular. penah baca tak rencana yg mengatakan jasadnya tak diterima bumi, dan sekarang mereka cuma simpan dia dalam keranda batu dan letak kat sebuah kawasan perkuburan khas atas bukit....

Pato pi Turkey sendiri2 without Pearl??? errmm... la ni uol dah ada passport, boleh ler pi jenjalan bersama ek.....

Anonymous said...

I balık nantı cerıta pasal my travel. So far best....best....best. Pamukkale memang beautıful but soooo crowded and hot.

Nurul @ Cappadocıa

Tahun Melawat Malaysia said...

Hi! You have a good blog. Wish you all the best and keep up the good work. Hope to be you blogger friend. Please spend your little time to see my blog.

Information about Visit Malaysia (Tahun Melawat Malaysia 2007): Interesting places and activities, Foods and beverages, hotel bookings and reservation, women and men, latest and issues, Malaysia map, Merdeka 50 tahun blog, negarakuku song by namewee, backpackers heaven, pictures and more.

http://www.MalaysiaVisit.blogspot.com


Thank you friend. :)