Wednesday, August 08, 2007

The 6 Paragraphs Story

Hampir seminggu aku tak blogging, terasa terlalu lama pula... atau memang sengaja nak mempromosi Tag dari LKY... tidak....tidak.... Memang bukan disengajakan, dan juga bukan kerana kekeringan idea. Bukan senang rupanya hendak menjadi penulis blog yang konsisten, sentiasa ada modal ingin diceritakan. Kadang-kala idea datang mencurah-curah tetapi kurang pula relevannya atau tidak sesuai dipaparkan. Ada juga yang menulis blog tanpa bertapis, tanpa mengambil sensitivi pembaca dan pengunjung blog mahupun perasaan masyarakat sekeliling. Kebebasan bersuara dijadikan lesen untuk menulis apa sahaja di dalam blog, dan undang-undang siber pula masih ada kekurangan untuk membendung trend popular ini. Dan tidak kurang juga yang tidak bersemangat patriotik!!!

Memandangkan aku sering makan di luar, adakalanya tak tahu nak makan di mana dan nak makan apa. Sesekali mengeluh kerana bolak-balik pergi ke tempat yang sama, hingga naik jelak. Beberapa hari lepas semasa sedang memandu menyusuri Pasar Babi, ternampak pula sebuah restoran yang terang benderang, nampak menarik..... seakan-akan di Indonesia pula cara tatarias restoran tu. Terpampang kain rentang berbunyi 'Sido Mampir'.... atau dalam bahasa Melayu 'Sila Singgah'. Dua tiga kali aku melintas di hadapan restoran tersebut, untuk memastikan beberapa perkara (perkara apa ek?). Semalam, berhajat hendak ke sana, nasib tidak menyebelahi kerana restoran tersebut ditutup awal....

Beberapa hari ni, aku memang tak ada hati di ofis ni, tak tahulah mengapa dan apa.... dan di mana pula hati aku. Beberapa perancangan yang dibuat sebelum ini terpaksa aku fikir-fikirkan semula, kena dipertimbangkan, perlu diperhalusi. Theraphy paling bagus buat aku pada masa ini ialah 'shopping'.... atau window shopping, tetapi aku di Miri! Pun begitu sempat juga singgah ke Aussino. Dan berjaya juga membeli beberapa buah buku melalui MPH online. Selepas mesyuarat semalam, adalah sedikit (terlalu sedikit) berita yang buat aku berkobar-kobar (juga terlalu sedikit). Bos dah approved pergi workshop di Singapore bulan depan, awal bulan Ramadhan, bertolak sehari setelah aku pulang bercuti di JB. Kenapa bukan di Sydney atau London? memang minggu ni tak ada hati di ofis! Lagi 5 minit aku akan bertolak ke Brunei untuk mesyuarat. Mungkin sempat untuk sambung shopping kat SupaSave beli biskut made in England tu.

Sejak akhir-akhir ini, aku semakin bosan dengan perangai salah seorang rakan serumah. Aku dah beri hints kepada awek dia yang aku ingin dia keluar dari rumah tu selewat-lewatnya selepas Aidilfitri nanti, tetapi macam tak sampai hati pula nak bagitahu dia secara bersemuka. Mungkin aku hantar email sahaja atau MSN.....mungkin sekali esok. Tak perlu lah aku ceritakan mengapa dan apa yang membuatkan aku dah bosan dengan salah seorang rakan serumah tu, mungkin tiada keserasian...... mungkin juga sudah tidak ada jodoh tinggal sebumbung....dan mungkin juga aku perlukan privasi!

Projek untuk 'menaik taraf' bilik tidur aku ni berjalan agak lembap, sepatutnya selesai 2 bulan yang lalu! Walaupun begitu, ianya tetap berjalan, sedikit demi sedikit, secoet demi secoet.... bak kata orang tua-tua 'biar lambat asal selamat' (ada kena mengena ke? atau alasan sahaja?). Setidaknya aku dah tukar ambal Bukhara yang berwarna-warni tu dengan tikar buluh warna Mahogany, buatan China. Di suatu sudut sudah ada sepasu pokok Fishbone Fern (Nephrolepis cordifolia), 4 biji kusyen empuk dan tudung lampu terendak dari IKEA juga sudah ditukar baru. Cadar baru juga sudah dibeli......eh! terasa macam nak sambut pengantin pulak dah......


Aku masih belum putuskan samada mahu membeli kamera jenis Nikon D70s tersebut atau yang lain. Tidak mudah, atau aku masih belum mahir dengan kamera tersebut, terlalu banyak manual adjustment perlu dilakukan, maklumlah dah terbiasa dengan jenis compact. Aku berikan masa sehingga hujung minggu ini untuk bermesra dan bermain-main dengan Nikon D70s ni. Ada sesiapa yang pernah menggunakan kamera jenis ni? atau ada cadangan yang lebih baik? Gambar-gambar di atas diambil dengan menggunakan kamera Nikon D70s, gambar pintu pagar rumah aku, sekitar ruang tamu dan lampu chandelier di ruang makan.

21 comments:

Luaq Ezplanade said...

Erm~! memang lama dah tak meng'update' blog ekk...betul laa kekadang menjadi blogger nie memerlukan bahan2 untuk dipaparkan kerana ia seakan bahan media utk semua org yang dikongsi bersama...bukan sekadar coretan kosong tetapi boleh memanfaatkan apa yang ada dlm blog seseorang itu...informasi tersebut...Rush~! with the new camera tu, kita perlu mesra dan kenal rapat with it...baru laa kita akan dapat the best shoot yang kita nak....gudluck and take care....

A f f e n d i O s m a n said...

pasar babi tu jual babi ke bang? atau sekadar nama je?

Sastri said...

hmmm... berapa ramai teman serumah?

Pato & Pearl said...

memang betul, time tak de modal nak update blog, main blog hopping lah..kadang tu modal ada but so busy with work...takpe takpe..janji update jugak lah kan.. ;)

Pearl

Luaq Ezplanade said...

Affendiosman: Pasar babi tu memang tempat orang menjual babi yg fresh2 belaka...hahahhah...

Red Mummy said...

tariq affendi yahya - meh sini ko...soalan lain ada tak?

abang tepak sayang, kat spore nye miniatures perfumes lagi murah tau..

blink blink!

Rush Murad said...

khairul de luaq - kamera ni macam tak user friendly although it makes nice pics.... banyak manual... i need a very easy to use tapi pic cantik, still wanted dSLR type.... nanti ler i cari2 model lain, maybe Olympus E500 atau Canon.....

fendi - yer Encik Fendi..... kat pasar tu ada jual babi.... pasar cina, pasar lama.... itu nickname dia, nama betul...errrr....pasar awam kottt....

sastri - kami tinggal bertiga coz ada 3 bilik.... but i memang tak biasa ada housemate segala... all this while (since move out from my family house 18 years ago, i memang tinggal sendiri2.....) but in Miri ni kena ler ada hsemate walaupun sorang.... just in case kan....

P&P - u all selalu snappy2 pics, so ada ler modal ek.... and betul tu, sometimes busy dgn kerja 9plus other activities), hampir tak sempat nak update.... rasa guilty plak kalau tak update kan? :)

Khairul de luaq - macam mana kau tau babi kat situ fresh2??? pernah beli kerrr..... :o

kak red - apasal tetiba citer pasal perfume??? uol pi singapore ke baru2 nih???... atau uol nak pesan while i kat sana nanti???

tyah said...

ish ish ish rush tak elok bebenor hsemate gitu.. Kira dah subahat tu baik u bertindak sebelum JAIS serbu. Jgn kerana nila setitik rosak susu se"kawah".

Rush Murad said...

tyah - jangan silap spekulasi. sebenarnya.... my hsemate Mr.M tu pemalas sesangat, dan paling i tak suka ialah pembaziran..... terlalu banyak pembaziran (dia membazir hak orang lain, kalau dia punya... kedekut yaamatz!). so.... enough said lah yer... biarlah yg perkara lelain tu masuk dalam Akta Rahsia Kerjaaan sahaja.... ek..

blackpurple said...

Apa nak komen ekk..ha ha..

Oklah. Sebab itu aku tak suka duduk seorang. Rumah aku sekarang empat bilik, duduk seorang, bebas nak buat apa saja yang aku suka. He he he.

Wah! Nak pakai DSLR pulak ekk. Aku yang digital compact pun malas nak godek-godek, kalau pakai yang itu, langsung tak jadi kot gambornya...he he..

~wan hidayat~ said...

ermmm....bila lah dapat masuk bilik baru nih...tak sabau nih...hahahahah

luaq ezplanade: klu u pergi pasar tu kan, ermmm...masti takde org yang kisah kan...sbb u kan chinese look. Melampau ke???.

tyah said...

oooOOOOOO....:)) jwpan artist msia NO KOMEN

blackpurple said...

Pembetulan;
Sebab itu aku suka duduk seorang...heh!

Red Mummy said...

erkk..

a hint hint marr...

A f f e n d i O s m a n said...

wowo....sungguh direct namanya pasar babi ittewww.....

Pato & Pearl said...

hehehe..snappy tetap snappy..tapi kadang tu blank jugak apa cerita yang menarik kan....
Hmm K.REd kita tu dah hint hint..siaplah u kena pi DFS kat Scotts tu ...:)) I just indulge in a Coach phonestrap...gatal semacam kan..hahahaha

Pearl

DBI said...

salam.. ok jer rush...

ingat u duk sorang...

nak tangkap kamera baru...sony T100 hari tu nak campak maner??? campak sini jer lah... :-))

shahril aley said...

wah semangatnye nak ubahsuai rumah. entah 2 dalam satu kot alang2 dah nak masuk bulan pose@ramadhan & sambut Mrs Rush Murad kot? jangfan lupe jemput ye bile dah konfem.....renjis2 dipilis...

Queen said...

try to play with apperture n shutter......fyi d70s kit lens is the best kit lens n u wont believe how this camera can do so many superb things......

Rush Murad said...

blackpurple - wah! 4 bilik duduk sorang... ermm... nanti kalau aku turun sana, leh ler tumpang ek.... yer ler, aku tengah dok sekodeng DSLR sekarang ni.... macam tak puas plak guna yg compact in some locations..

wan - tunggu arrr... nak buat 'slumber party' kat dalam bilik niii... sambil tahlil beramai2... u lead ok?

redmom - ooo... nanti aku minta Pearl tunjukkan kat mana nak cari bendalah tu ek....

Pearl - yer lah, kalau seminggu tak pi shopping, walau small shopping memang tak sah... ada jek benda nak beli... kan?

DBI - camera tu ada lagik, very convenient ler petite macam tu.... but kalau nak ambik pic pemandangan macam Taj Mahal, Dal Lake kat Kashmir tu, macam tak puas.... tak gempaq...

shahril aley - dah kena upgrade sikit2 bilik tidu ni, tu jerrr.... nak ada sedikit kelaianan dan 'semangat'..... hikssss....

queen - i need to attend at least a day course on how to use SLR camera..... macam susah sikit ler nak handle camera nih... and yes, u r right, pic yg kelaur semua cantik2... i loike!

Lily.Lulu. said...

hai bro, walaupun entry dah lama, tetap nak komen jugak.

dah beli ke kamera baru ??? so far, d70s mcm mana pada u, ok x ???

for me it's great coz im currently using d70s, kalau bro guna camera untuk buat duit tambahan, d70s dah cukup, yang penting duit lebih2 habiskan kat lense. baru bess ..

tapi kalau duit melimpah ruah, then i suggest you go for d200 @ d2x. itu lagi maveles.

itu pandangan & cadangan aje.
*cheers

salam ramadhan :)