Wednesday, July 11, 2007

Semoga Mak Cepat Sembuh!


Semenjak hujung minggu yang lepas Mak kurang sihat. Tergelincir semasa ke tandas lalu kepalanya terhantuk sedikit ke pintu. Semasa aku menelefon mengucapkan selamat hari lahir, suara Mak seperti biasa dan bilangnya kepada aku dia sihat-sihat sahaja. Tetapi di sebelah malamnya Noreen memberitahu bahawa Mak terjatuh di tandas sianghari tadi...... Aku telefon semula ke rumah, cuba bercakap dengan Mak, beliau cuma mengadu sakit sedikit, rasa badan tidak seimbang, terhantuk di sebelah dahi kanan tetapi badan di sebelah kiri pula yang sakit. Esoknya Anita bawa Mak ke klinik berdekatan, Doktor yang bertugas bilang semuanya OK. Setahu kami Mak memang tidak menghidap apa-apa penyakit. Kami pernah bawa Mak untuk 'full medical check-up' dan keputusan ujian menunjukkan Mak tidak ada tanda-tanda menghidap sebarang penyakit kronik lazim rakyat Malaysia seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung etc. Mak juga dibawa pergi berurut, bilangnya badan sudah terasa sedikit ringan walaupun tidak 100% sihat seperti sediakala. Mungkin kami akan bawa Mak ke Hospital Pakar pula selepas ini sekiranya sakit-sakit beliau tidak berkurangan.
Setiap hari aku menelefon ke rumah untuk memantau dari jauh keadaan kesihatan Mak. Beliau masih berasa lemah seluruh badan, sengal-sengal otot dan kurang selera makan. Anitalah yang menemani Mak setiap hari di waktu siang (Noreen di waktu malam setelah pulang bekerja), terlanjur pula Anita 'cuti bekerja' untuk beberapa bulan ini kerana sibuk dengan persiapan perjalanan politiknya. Selasa depan tanggal 17 Julai beliau akan terbang ke Seoul, Korea Selatan menemani keluarga Mariam. Mungkin ada sebahagian dari kita yang mengikuti cerita seorang wanita Melayu yang terkandas lebih 60 tahun di Korea. Anita merupakan salah seorang wakil Puteri UMNO Malaysia yang akan mengiringi anak-anak Mariam. Beliau juga yang menguruskan mendapatkan passport mereka di JB.
Merasakan yang aku perlu ada di sisi Mak dan keluarga ketika ini, aku buat keputusan untuk balik ke Johor, Jumaat ini. Mungkin bercuti seminggu di sana nanti. Abah pula masih di Penang ketika ini, mungkin akan terbang pulang secepat mungkin. Nasib baiklah aku berkerja di Malaysia, seandainya aku ditugaskan di luar negara, pasti tidak semudah ini untuk membuat keputusan dan tidak mudah juga untuk segera sampai ke kampung halaman (baru bercadang ingin mengambil option cross posting ke Nigeria tahun hadapan). Perjalanan dari Miri ke JB nanti hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam, tidak banyak bezanya jika aku memandu dari KL ke Kulai.

Aku memang tengah cukup risau tatkala ini, harap-harap tidak ada masalah lain yang akan menambahkan kerisauan aku ini. Dan berdoa semoga Mak cepat sembuh seperti sediakala........amiiinnnn.........

35 comments:

Anonymous said...

Moga ibumu cepat sembuh dan dipanjangkan umurnya dalam Rahmat Allah swt selalu. Jaga ibu baik-baik. Bila mereka sudah tiada, akan amat terasa kehilangannya. Cakap daripada pengalaman kerana pada tahun 2005, kedua-dua ibu dan bapa telah kembali ke Rahmatullah.

Rush Murad said...

anonymous - takziah to you dan terima kasih for your doa.

The Queen said...

Dear Rush....

Cuba belikan aromatic massage oil from Mayfirst....it's really good when I massage my mum using that oil waktu dia jatuh dlm toilet juga.....sumore it's aromatherapy......nak tido pun lena...just my two cents

SERIAL PLANT KILLER said...

Bila ibu sakit, memang meresahkan especially bila berjauhan. Baguslah you balik,sekurang-kurangnya semua anak-anak ada di sisi boleh menggembirakan dia. Have a safe journey home and hope for your mum's speedy recovery.

Anonymous said...

First of all-memg suka ur blog..bnyk info & mcm2 ada..tpi tak pernah beri comment walaupun nak jugak...tapi kali nie...nak share sikit. Kebetulan recently dpt tau cerita kwn neneknya lepas jer operation..disebabkan neneknya mengadu sakit kepala dan lemah2 badan...bawak check-up n doctor found out response badan mcm separuh tak function...Doctor menjangka mungkin pernah terjatuh dan terhentak kepala dan mungkin terdapatnya blood clot kat kepala (orang tua kadang tak ckp kan...), terus buat check-up terperinci dan ternyata tepat adanya blood clot & perlu terus operate. Alhamdulillah masa ni tengah recovering dan semoga recover cepat...amin & mudah-mudahan ibu kamu juga cepat sembuh hendaknya..amiin....bawak banyak tawakal dan doa k.. :) InsyaAllah semoga semua akan baik2 saja..

georges said...

http://plateau-de-herve.skynetblogs.be

bonjour de belgique

Rush Murad said...

Queen - mana nak dapat aromatheraphy tu? Mayfirst tu ada ejen ke?

Nurul - thanks for ur doa. Itulah niat, nak dekat dengan Mak.... I ni lah anak paling manja... :)

anonymous - thanks for visiting my blog, hopefully maklumat dan tips dalam blog i ni dapat membantu in whatever aspects. Mungkin saya akan ikut cadangan tu, bawa full medical check up sekali lagi, especially check kat bahagian kepala... who knows kan?

Rush Murad said...

georges - le merci pour visiter mon blog. Venez vraiment de nouveau...

A f f e n d i O s m a n said...

ehmm..kalau belensing lari tu, ada poblem ngan BP! sama macam mama kite....

Luaq Ezplanade said...

Salam rush.Im hoping that ur mom akan cepat sembuh and alhamdulillah ur mom takde apa2 after the medical check-up.And for you rush, jgn terlalu risau ekk...u have to take care diri of urself jugak ekkk and i akan doakan agar ur family and u dalam keadaan sihat sejahtera....Amin~!

Rush Murad said...

fendi - belensing????? (balancing kah?)...BP tu British Petroleum kah???? or Batu Pahat? or Blood Pressure?? *matilah tak faham acronym segala... dah check hari tu, Doctor kata ok jekkk BP dia... anyways, u jgn sedih2 ek... i cuba menyelami ur sms semalam, cuma i'm myself pun tak stabil lagik ni...dari segi emosi...

khairul de ezplanade - thanks for ur doa.... macam2 risau i ada la ni tau takkk..... risau pasal budak 2 ekoq tu....errrrrrrr....... you know who kan?

Ghazali said...

Assalamualaikum Rush;

Semuga ibu di lindungi oleh Allah serta di rahmati Allah usianya.

(Dua dalam satu ... semuga cepat sembuh dan selamat hari jadi )

Dan semuga perjalanan pulang ke kampung this weekend di rahmati Allah hendaknya ....

The Queen said...

Rush...

I dont know bout the ejen.....sebab I selalu beli kat shop dia....bu tthen takpe...I try to find out bout the nearest ejen around JB or Sarawak yea??? Will let u know ASAP.....

susah sgt I pegi beli and mail it to u....habis cerita

Anonymous said...

Assalamualaikum....

Didoakan semoga emak Saudara cepat sembuh seperti sediakala. Apa pun rasanya mmg lebih baik dibawa ke Hospital Pakar bagi pemeriksaan selanjutnya, wpun sebelum ni pernah dibuat. Kekdg penyakit ni mmg x boleh dijangkakan...

Sastri said...

Semoga your mum cepat sembuh... Setuju dgn yg lain, bawak dia pergi check-up kat pakar, just to be sure... bila berjauhan dengan parents, memang merisaukan walau bagi mereka hanya jatuh sikit jer... and yep, luckily u r in Malaysia, nak balik pun cepat... that's the reason why i sacrifice, tak terima offer bekerja kat overseas...

~wan hidayat~ said...

semoga emak cepat sembuh...~AMIN~

DiaHarris said...

semoga ibu cepat sembuh eh...

*hi..

Rush Murad said...

Ghaz - w'salam.... thanksx2... :) Hopefully perjalanan selesa dan flight tak delay.

Queen - brand benda tu Mayfair ek? kat farmasi atau sensei ada jual? atau jual kat mana? kaunter or booth?

anonymous - terima kasih for ur doa and advise.

sastri - itulah 'ibu' kan? akan sembunyikan segala kesulitan kepada anak2nya supaya kita tak risau... tu lah, macam ni kena fikir beberapa kali if nak kerja overseas...

wan - thank you!

diaharris - *hi back... thanks dear..

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Lupa lak nak sebut tadi, usahakanlah juga berubat cara kampung, mana tahu ada yg x kena. Dunia hari ni kan mcm2 boleh berlaku. Apapun semoga selamat dlm perjlnan pulang ke kampung esok, sementara berpeluang ni berbaktilah pada org tua selagi termampu. Walau apa pun yg kita berikan pada beliau tentunya masih blm terbalaskan segala jasa2nya membesarkan kita...

Rush Murad said...

anonymous - w'salam.....Yup, cadangan u tu memang ada bernasnya... actually malam tadi Tok sedara ada datang rumah (dia ni pengamal perubatan alternative)...and sesuatu telah berlaku... memang mistik! will tell this in my future blog posting.....insya'Allah!

blackpurple said...

Semoga emak kau cepat sembuh Rush. Memang risau kalau emak tak sihat kan, apatah lagi kalau nampak agak serius.

~wan hidayat~ said...

tiada cinta kerana tidak saling menyedari...tiada cinta kerana tidak saling berkorban...tiada cinta kerana tidak saling bertolak ansur...tiada cinta kerana tidak saling membaja...tiada cinta kerana tidak saling menjaga...tiada cinta kerana tidak saling memupuk...tiada cinta kerana tidak saling mempercayai...tiada cinta kerana tidak saling merindui dan mendendami...tiada cinta kerana tidak saling bersama....APALAH ERTINYA CINTA JIKA TIDAK SALING MEMBERI PELUANG......

(THE COMMENT TO BE APPROVED)

A f f e n d i O s m a n said...

Lagu mana nak selam sms ek?
Dalamkah sms itu?
Wowowo...
slamat cuti2 alek JB!

Rush Murad said...

blackpurple - terima kasih bro! anak mana yg tak risau kan?....kecuali anak derhaka macam si Tanggang/Malim kundang jer yg tak risau agaknya.... mudah2an cepat beransur sembuh.

DiRtypap said...

alhamdulillah makcik sihat.
pasni kena jenguk-jenguk kat tandas tu. incident of fall among elderly quite common which can lead to serious problems like head injury and hip fracture. kena pastikan lantai tandas tak licin (boleh guna mat), lighting cukup (biasanya penglihatan mereka kurang jelas) etc. insyaAllah masalah ni boleh dibendung.

Anonymous said...

perasaan bercampur baur bila baca cerita kali nie. risau, sedih etc. usaha + doa = insyaallah semuanya akan ok.
mudah2an balik nanti membawa khabar baik tentang ibu en.rush.

Pato & Pearl said...

Rush - we hope for the best for yur Mum..semoga cepat baik. Best regards
If you coming dwn to SGP let us know...

P&P

oldrockers said...

semoga cepat sembuh bro...emak kita ni kalau sakit selalunya tak bagu tahu anak-anak..tak mahu anak-anak dia risau..

ArcHmaL HatiEmieY said...

mak mmg camtu.. slalu tak nak anak mereka risau.. slalu kata sikit.. tp keadaannya Tuhan je tau..

u make the best right desicion bro...

i always terpikir what will happen if a dont hv my mum anymore.. cant imagine my life by that time... its not a wish but sooner or later it'll coming...

hargai sementara ada...


wish urr mum better soon...

*suddenly i miss my mum... uuuwwaaaaa....*

sayda said...

"semoga mak cepat sembuh"
amin.

sitilina said...

kitak di miri ke? kamek pun di miri jugak :)

jaga mak baik2.

Rush Murad said...

dirtypap - terima kasih atas nasihat doktor tuuu... dah suruh bibik cuci lantai tandas elok2.... jgn sampai berlumut..

anonymous - tq. alhamdulillah, memang kabar baik, my mom dah sihat n pulih seperti sediakala...

pato&pearl - memang nak jumpa uol kat spore, tapi phone number tak der, lupa plak nak contact redmom tanya pasal ur hp. we went to singapore on sunday...1 whole day merayap kat sana...

oldrockers - thanks! memang sifat semulajadi seorang wanita bernama Ibu.....

archmal - yer ler mal, masa itu akan tiba jugak... samada kita bersedia atau tidak... yg penting kita kena redha....

thanks sayda!

sitilina @ pregnant mom... oooo kat Miri jugak ek? SKO ker? thanx for coming...

-kEn- said...

Rush,

ur Mum dah ok?

hope she will fine...susahkan jauh2 from family :-(

Anonymous said...

assalamualaikum
En Rashidi,

Semoga Ibu Cepat sembuh,

Rush Murad said...

anonymous - w'salam..... terima kasih. Mak dah ok sekarang... alhamdulillah!