Monday, July 30, 2007

A Day in Brunei

Corak Baju Kurung

Sabtu lepas aku bersama Arnette, Zoul dan Wan meronda ke Bandar Seri Begawan, Brunei. Ada beberapa misi mengapa kami ke sana, pertamanya Wan tidak pernah jejak kaki ke Brunei, keduanya aku hendak membeli beberapa potong kain di Nazmi Textile Boutique di Serusop, claim to be the Most Exclusive Textile Boutique in ASEAN..... tidak teragak-agak depa ni buat slogan. Well...... dengan ikhlas aku rasa Nazmi ni setaraf Jakel di Johor Bahru (we are not even talking about Euro Moda or Gulati's here), dan kain yang dijual juga tidak banyak bezanya. Dari segi harga pula, memang ada yang amat murah, terutamanya kain kosong Baju Melayu, kualiti bagus dan memandangkan Brunei sedang menyambut Hari Keputeraan Kebawah Duli Sultan yang ke-61, maka adalah diskaun besar-besaran. Dari segi pilihan pula, tidak banyak (kedai ini tidaklah besar dan sempit pula) dan yang paling menarik ialah orang Brunei suka dengan corak yang mempunyai motif 'Butterfly'. Tetapi akhirnya (setelah menjelajah ke Kofom, Nazmi, YMRM) dapat juga aku membeli ole-ole buat Mak, Abah dan adik-adik perempuan di Johor. Tahun ini kami bercadang pakai baju berlatar warna perak/abu-abu/kelabu.

Semasa singgah di Bangunan Yayasan untuk makan tengahari di Restoran Nyonya (rasanya aku dah tak nak makan di sini lagi, the quality is getting worst), aku sempat juga menjengah melihat-lihat barangan crystal glassware. Maka terjebak sekali lagi membeli 4 biji crystal glassware, berjenama Bohemian dari Czech dan Beyer dari Germany. Memang tidak dapat dinafikan yang crystal glassware di sini jauh lebih murah berbanding di Singapore, Indonesia dan Malaysia. Contohnya bekas seperti di atas, kalau di Malaysia, sebuah harganya sekitar RM400, tetapi di Brunei harganya cuma RM100 (jenama dan corak yang sama).

"For centuries, Bohemian crystal glass has been a synonym of beauty and perfect workmanship quality. As far back as the beginning of the 18th century, crystal chandeliers and glass products of Bohemia became a popular and European rulers of major importance decorated their palaces with Bohemian glass."

Mungkin ada di antara kita sukar ingin membezakan di antara kaca (glass) dan juga lead crystal (crystal glassware) mari kita pelajari;

"Glass is an organic substance consisting of a mixture of silicates, barates or phosphates that cools to a rigid condition without crystallization. (It can be made of quartz-sand, lime, soda, potash and lead oxide.) Crystal falls into the 3 main categories. Fine Crystal or Crystalline is made from a glass mixture that contains 6% - 10% lead oxide.

Lead Crystal is made from a glass mixture that contains 10% - 24% lead oxide and Full Lead Crystal is made from a glass mixture that contains 24% lead oxide or more. For the most part, crystal by European standards regards 24% lead bearing glass as crystal. However, by American standards, any glass that is perfectly clear is considered crystal regardless of the lead content. Lead oxide in crystal gives the product clarity and sparkle. Any crystal that is hand-cut usually must be 24% lead oxide or over - otherwise the crystal would be too brittle and would break when cut or engraved."

To know more about Czech Bohemian Crystal Glassware, visit at http://www.bohemian-glassworks.com/index.html

To know more about Beyer Bleikristal Bavaria, visit at http://www.beyer-crystal.de/englisch/frameenglisch.htm

Dalam perjalanan pulang ke Miri, kami singgah sebentar di Seria (nama lama Padang Berawa), kawasan di mana terletaknya ibupejabat Brunei Shell Petroleum. Memandangkan ramai expatriate yang bertumpu di sini, maka ada sebuah mini market 'SupaSave' yang menjual barangan makanan yang diimpot, terutamanya dari England, Australia, New Zealand, USA dan Malaysia (ada beberapa barangan yang dibuat di Malaysia tetapi tidak terdapat di Miri). Antara beberapa makanan yang aku cari ialah biskut yang dibuat di England, yang sinonim dengan penuntut-penuntut Malaysia yang belajar di sana. Kalau di England, biskut-biskut ini memang murah dan tergapai dengan bajet sebagai penuntut, tetapi bila sudah sampai ke sini, menjadi eksklusif pula. Jenama Waitrose , Digestive, dan Lyons merupakan antara yang jenama biskut kegemaran aku, tak tahu pula kenapa, mungkin kerana rasanya yang sedap, ada kualiti, mudah diperolehi dan paling penting murah.

Waitrose ini merupakan nama sebuah supermarket di Britain, macam Giant dan Tesco. Mereka membuat sendiri kebanyakan produk makanan yang dijual. http://www.waitrose.com/index.aspx

Lyons pula telah memulakan perniagaan membuat biskut berkualiti semenjak tahun 1887 di London. For more information on Lyons, visit http://www.kzwp.com/lyons/index.htm

"Always innovative and with an acute awareness of popular taste, Lyons brought a unique blend of showmanship, style and spectacle to its aim of combining high quality with value for money. This was achieved by maintaining control of all its manufacturing and servicing departments. Its food laboratory was world-leading attracting many graduates from Oxford and Cambridge. Margaret Thatcher (née Roberts) worked as a scientist in the laboratory before she became a member of the British Parliament and eventually Britain's first woman Prime Minister."

Margaret Thatcher pun pernah kerja di kilang biskut. Masa sekolah dulu, aku pernah pergi melawat ke kilang biskut Jacob's di Tampoi Johor. Seronok dapat merasa makan biskut percuma, dan sebelum pulang dibekalkan setiap seorang sebungkus biskut tawar Jacob's.

21 comments:

~wan hidayat~ said...

ermmm...camat pagi and camat pose, hope to be the first who commented u Sehari di Brunei...worrrr, lajunye update, nak g lagi?...taknak gi? lagi?...nak g lagi?...taknak g lagi?....ermmm, mana satu ek...tempat lainlah plak...lebih tenang dan tak ramai org...tak cempat nak rasa the best biscut...lepas coklat lupalah plak....

dirtypap the banci said...

mcm best je kan ko pergi ke brunei? aku dah ke sana 2 kali tapi rasa mcm takde apa yang menarik pun. hmm... kilang jacob yang kat tampoi tu dah lama tukar nama. skang namanya Danone (tetap buat biskut).

Luaq Ezplanade said...

rush: wah~! shopping sakan pulak abang aku sorang nie.tapi memang best ler shopping kat brunei walaupun tak banyak pilihan tapi bila difikirkan in term of quality ~ ok la jugak and exchange currency dia yang sekarang nie.takpe laa sekali sekala tu boleh laaa pi brunei lagi.insyallah berkesempatan kita pi ramai2 lagi ekk...

wan: dah tak nak pi brunei lagi ke? kenapa?

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Tengokan corak2 yg tertera, mmg cantik2... Rasa mcm nak beli jer.. tp jauh sangatlah... Kekadang tu wpun mahal sikit asalkan kualitinya baik kira berbaloi gak kan... Ada sesetengah barangan tu wpun dah exchange currency nya ttp lebih murah di luar dari di negara kita sendiri...

tyah said...

itu da... tanda tanda nak raya; bulan pun dah rejab:)Baju raya kita dr nazmi & kofom dah siap:-P sekali dengan jahitan kerawang still cheap with good quality

Rush Murad said...

wan - pagi.... banyak lagi tempat2 yang tidak kurang menariknya di Brunei.... u shud go again..

pap - kau pi Brunei sebab pi ambik exam kan? mana nak bestnya.... a'a, kilang tu dah tukar nama beberapa kali, sekejap Britannia, then Danone... mungkin lepas ni Dek Non agaknya.... :P

luaq ezplanade - u r right, some of the things kat sana still murah walau dah convert currency... next time kita buat rombongan Cik Kiah ler plak ek?

anonymous - corak2 macam ni kat Semenanjung pun ada.... lebih banyak pilihan.... cuma for the Miri people, its more convenience... kat Miri tak der pilihan sangat.... so Brunei is the best option.

tyah - mana nak tempah Baju Melayu? or u boleh tolong jahitkan :)

~wan hidayat~ said...

askm and camat pagi...dah lama tak makan berat pepagi mcm ni, bestnye ikan bawal sweet sour,sambal bilis tumis dan yang paling besh...masak lodeh...kenyangnya, x perlu gi lunch lah jawapnya....rasa mcm kat sekolah..."Ed, ni bekal umi masak mee hoon goreng....kongsi ngn kengkawan ek...."

tyah said...

la ni kalau nak jahit bj mlyu dah tutup untuk tempahan. Kena buat 4-5bln sebelum raya.. Nak tyah jahit?? 7lapis langit akan berdentum kilat sambung menyambung:))LOL

blackpurple said...

Baru 'plan' ak ke Jakel yang kat KL ni.. :D

Wah! Glassware, biskut, pelbagai ekk... Tak ada tersangkut puteri Brunei ke Rush? He he he.

Sharm said...

wahahaha rombongan cik kiah ke brunei.. rasanya kedai kain paling best kat Asean ni kat HanBong St. Hanoi.. ko kan tak de tempat lain ke sekolah ko nak g excursion.. ada ke kilang biskut.. oohh yelah ko sekolah kat Kulai kan.. mesti sesekali g JB macam rasa g KL kan kan kan.. kitorang dulu sekolah St Joseph wat lawatan g kilang Proton.. tapi bila balik tak la dapat keta protonn..

Rush Murad said...

wan - sedap tu makan nasi dgn lauk lodeh, sambal ikan bilis and ikan goreng....errmmm.... kalau sambal belacan lagi best...

tyah - i kena ler buat kat KL nampaknya.... kena contact my fren kat sana... hopefully still boleh terima... tak sempat pun tak per, coz tak raya kat M'sia tahun ni... :)

blackpurple -a da Jakel kat kl ker? kat mana? tak dengar pun... wahhh semakin berkembang maju syarikat tuu....

sharm - pi kilang biskut tu pun sebab laki cikgu tu kerja sana.... just buat halfday trip coz pi ziarah JARO (kanak2 spastik/org2 cacat) dan lawatan balas ke English College debate club... kau pi kilang proton?? wahhh.....ermm... masa aku sekolah rendah dulu, early 80's ada buat rombongan pi Genting & Zoo Negara... best la.... macam pi oversea plak rasa...

Anonymous said...

Rush...next time pi brunei, overnite la pulak...nak rasa tiupan angin malam di brunei...bau gas kot? :-p

(r-ned)

A f f e n d i O s m a n said...

Dah balik...updated!

wahdi said...

Hi Rush, i pun tak penah sampai Brunie hehehe

Rush Murad said...

r-ned - yer lah, nak try overnite kat Limbang ker.... ek?

fendi - waaahhh.... cuti2 Malaysia katanya... Tioman ek? lama tak pi sana.... seronok ler tuuu...

wahdi - unless u have something here, then worth datang sini....

Luaq Ezplanade said...

rush~! lagu u memang rasa brunei sgt..hahahhaa...best laaa pulak lagu tu...

Rush Murad said...

luaq ezplanade - setiap lagu yg disiarkan mempunyai kaitan dengan posting yg i buat.... bukan saja2 letak :)... Lagu Ramlah Ram tajuk 'Maharaja' ni ada kena-mengena dengan Hari Keputeraan Sultan Brunei.... very the Melayu kan lagu ni, ek?

DBI said...

meleleh tengok bohemian crystal tu....

Ghazali said...

Rush ..

Teringat zaman I kat Brunei dulu ... ala ala kalau pergi makan tuh, I masuk ajer , siap riuh with my suara ala ala main ngan Aisyah ... so sepi sepi di sana ....

Kedai Crystal kat Yayasan tuh memang murah kaaannn ....

Brunei oooo Brunei ....

Miss the Ambuyat and Buah Terap hahahahhahahaaa

Vania said...

salam kenal ya! seru sekali baca perjalanmu di Brunei dan dapat pengetahuan baru kalau ternyata crystal di Brunei lebih murah ya daripada di negara2 Asia yg lain! Lain kali saya lihat harga crystal produksi Beyer kalau jalan2 ke kota

Anonymous said...

I am not going to be original this time, so all I am going to say that your blog rocks, sad that I don't have suck a writing skills