Wednesday, July 18, 2007

Ketupat Daun Palas, Serunding Daging.......

Pertama-tamanya terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan Mak saya yang kurang sihat baru-baru ni. Doa-doa tersebut dimakbulkan Allah, Mak sekarang ni telah pulih seperti sediakala, semakin ceria dan bertenaga. Pulang ke Johor kali ini banyak hikmah rupanya, selain dari ziarah Mak yang tidak sihat, sempat juga melawat Mak Ngah yang kebetulan tidak sihat di Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai. Banyak juga aktiviti dilakukan sempena dengan cuti kali ini. Hari pertama sampai, malamnya pergi menonton mid-nite movie Harry Potter di City Square, atas ajakan rakan-rakan yang dah lama tak jumpa. Tak sampai suku rasanya aku menonton filem tersebut kerana selebihnya aku terlelap di atas kerusi empuk kerana keletihan dan mengantuk. Selesai menonton sekitar jam 2.30 pagi, kami pergi 'ngeteh' di kedai Mamak berdekatan - thanks to Jepun, Jasmy, Syamsul dan Kelvin.

Glutinous rice wrapped in Palm leaves. To know more on the making of this Malay traditional delicacy, go http://www.myindo.com/story/207.asp

Keesokannya, Abah bergegas pulang lebih awal dari Penang, dari menghadiri kenduri kendara saudara-mara di sana. Setiap kali Abah balik dari Penang pasti tak lupa membawa 'buah tangan' homemade dari tok-tok saudara. Paling aku suka ialah kuih Bahulu yang dibakar menggunakan arang dan sabut kelapa, begitu juga dengan kuih Bangkit yang rapuh di luar tetapi lembut di dalam, dan Ketupat Palas pulut. Ketupat Palas ni dimakan bersama serunding atau rendang.....eeerrmmm..... memang umphhhh!!!! Hari Ahad aku ke Singapore bersama Anita dan Ai, itupun setelah Mak memberitahu yang sakit-sakitnya telah hilang (malam sebelum itu Mak menjalani rawatan perubatan alternatif). Kami cuma berjalan di sekitar Orchard Road dan Arab Street sahaja, mencari beberapa barang yang 'kurang perlu' dan 'tidak perlu'. Akhirnya kami pulang dengan membawa sebuah luggage berisi macam-macam! Apa pun aku memang terkesima dengan diskaun di butik Zara, dan butik tu pun dah jadi macam pasar malam kerana terlalu ramai pelanggan. Sempat juga aku rembat tali pinggang yang ngam-ngam saiz aku. Setelah selesai window shopping segala, masa untuk merehatkan kaki-kaki yang keletihan, kami menuju ke Starbuck di Borders book store, sambil tu boleh juga aku membelek-belek buku. Tertarik dengan sebuah buku mengenai travel dan tempat-tempat menarik berjudul "1,000 Places To See Before You Die" - aku akan buat special entry pasal buku ni nanti. Tak lupa juga Mak berpesan supaya dibelikan Murtabak Singapura (saiznya yang jauh lebih besar dan inti yang padat) di Restoran Zam Zam, Arab Street.

Sesampai di JB dari Singapore, kami terus menuju ke deretan gerai makan di hadapan Hotel Hyatt, Tepian Tebrau. Gerai favourite kami ialah gerai ikan bakar yang terletak di hujung sekali. Kami memesan Siput Sedut goreng kicap (the best in the world!), Lala goreng sambal (the best in the world!), Rojak Petis dan Tauhu bakar....dah tu pekena pula dengan Ice Jelly yang ada Peach dan isi Durian Belanda (soursoup). Kalau datang ke Johor Bahru, jangan lupa singgah gerai-gerai kat sini. Ikan bakar kat sini disira dengan sambalnya yang tersendiri, sedap dan memang menepati standard tekak orang Johor....jauh lebih sedap dari kat Umbai atau Muara Port Klang....sik cayak ka?

Belum hilang penat merayau di Singapore, keesokannya aku jadi Driver menghantar Anita ke KLIA. Sesampai di KL langsung menuju ke KLCC untuk mencari barang yang masih tak jumpa-jumpa. Aku berbuka puasa (puasa 1 Rejab) dengan Yong Tau Foo, Penang Curry Noodles dan Steamed Popiah di Food Court KLCC, semuanya sedap belaka dan harga makanan juga amat berpatutan. Esoknya aku ke KLCC lagi untuk lunch date dengan beberapa orang rakan, kali ini di Chilli's - makan besar sampai termonyeh-monyeh! Memandangkan aku masih ada masa 3 jam lagi sebelum bertolak pulang ke JB, aku habiskan masa dengan window shopping di KLCC. Kenapa buku-buku kat Kinokuniya ni macam tak lengkap ek? Dan aku juga terjebak membeli Juvanex 7-Day detox kat farmasi Vitacare - yang ini juga aku akan buat special entry setelah selesai program 7 hari detoxing. Memandu dalam masa 3 jam sahaja aku sudah sampai di Kulai, dari KL - sempat singgah di hentian Ayer Keroh, Melaka mencari Dodol berperisa Durian, Pisang Salai, Lempok Durian, kuih Cakar Ayam (tau ke rupa kuih ni macam mana?) kerepek Sukun etc...... aku kena bergegas kerana malamnya ada private dinner atas jemputan YAM Tunku 'S' di Grand Straits View Restaurant. Dalam kepenatan dan separuh longlai, sempat juga kami berkaraoke, bersalsa, rhumba, cha-cha segala.....

22 comments:

A f f e n d i O s m a n said...

Belum hilang penat merayau di Singapore, keesokannya aku jadi Driver menghantar Anita ke KLIA. Sesampai di KL langsung menuju ke KLCC untuk mencari barang yang masih tak jumpa-jumpa. Aku berbuka puasa (puasa 1 Rejab) dengan Yong Tau Foo, Penang Curry Noodles dan Steamed Popiah di Food Court KLCC

ooo KLCC ye, dok kabo pung.....huhu

Rush Murad said...

fendi - alaaaa.......... merajuk ker??? abg rushing ler pi sana... ke hulu, ke hilir... lunch pun depa dah set lama dulu... kawan2 yg kerja kat area klcc jer.... next time ek?

yatt said...

gerai ujung Tepian Tebrau...? SETUJU..!!! :) sedap..sedap..

A f f e n d i O s m a n said...

kecik ati ooooo.....
kecik sangat2! KLIA ke KLCC mesti lalu dekat2 putrajaya...
KLCC ke JB pun mesti lalu dekat2 putrajaya.......takpe lah! maybe next time

Rush Murad said...

fendi - Putrajaya tu kat mana? hikss.... dah malam ler sampai KLIA, kul 12 tengahmalam baru beredar dari KLIA.. KLCC ke JB lalu Putrajaya kah? rushingggg... next time ler ek? i belanja u makan sedap2...

yatt - ni kak yatt ek? yer lah, gerai tu since i kecik2 lagi dah wujud cuma lain lokasi, my mom pun bilang dari muda2 lagi dia dah makan2 kat gerai with the same owner..

A f f e n d i O s m a n said...

next time ler ek

i quote you then.....

Pato & Pearl said...

wow..touch and go kat singapore...hehe..Seems like most people love Zam Zam kat Arab Street tu...Well next time if we get to meet kita makan Nasi Padang kat Hajjah Maimunah nearby Arab Street pulak..Have you been to Clarke Quay lately? its quite a buzz there ....
Let us know next time if you're coming down..

P&P

tyah said...

aiyoooo pisang salai:) cakar ayam tu dr keledek kan...??

~wan hidayat~ said...

Lempuk yang umi buat dalam perjalanan ke Miri (ABX Express)...tak sabar nak rasa....

Ketupat daun palas???, balik kampung mesti masuk hutan cari daun palas then tolong nenek buat...bucu ketupat sedap dimakan tambahan klu lepas goreng...yummmy!!!

yatt said...

Shidy, nih org kulai la Bro.. *smiles* cheers! :)

Rush Murad said...

Pato&Pearl - dari dulu teringin nak makan kat Hajjah Maimunah tu... cuma lintas depa kedai tu jer coz i selalu parking kereta kat Arab street. Clark Quay ada apa sekarang? dah lama tak pi sana... will let u know lah when i pi singapore lagi...maybe ard Sept kot..

Tyah- kalau u nak pisang salai tu, i ada lagik... let me know ya.. i keep some for u...and the cakar ayam tu gak..yup keledek.. :)

Wan - dear kalau sampai lempuk tu u beri lah i sikit ek... nanti boleh buat bubur kacang hijau letak lempuk...emmm....

yatt - alamak... panggil aku shidy lagik... mesti kenal rapat... sapa ek?

blackpurple said...

Pergh! Bantaknya sebut makanan tradisional Johor. Ini yang tak sabor -sabor nak balik Johor nih.. :D

Pisang salai tu ada lagi 1 paket dalam petiais, beli 6-7 bulan lepas. Dahpun luput tarikh akhir. Tak boleh masuk tekak la, rasa macam makan asap. He he he.

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Alhamdulilah emak Saudara dah beransur sihat. Seronoklah bercuti kali ini ye, selain dari berkumpul bersama family, dapat jugak berjalan2... Apa citer terbaru Anita dari Korea...

Rush Murad said...

blackpurple - tu belum lagi cerita Mak masak asam pedas sembilang dengan daun kesum... pucuk paku masak lemak etc... kecurrrrr... i like pisang salai very much... lawassss......

anonymous - thanx. Anita selamat balik ke Malaysia malam semalam, Mak yang sambut dia kat KLIA dah sihat benor orang tua tu.. Cerita dari Korea... banyak dan menyayat hati. Mariam tu dah jadi pengikut setia agama Kristian....

Anonymous said...

Assalamualaikum....

Bercuti kali ni dapatlah melepaskan rindu dengan masakan emak Saudara. Teringat masa belajar dulu, bila pulang bercuti, pasti setiap pagi sebelum emak memilih menu utk masak, beliau akan bertanya apa yang saya nak makan... Masak asam pedas sembilang + daun kesum, mcm sama je ngan kesukaan family saya, tp saya x mkn, klu emak masak menu tu, pasti beliau akan sediakan dlm bekas kecik utk saya yg asasnya sama asam pedas tp ikannya lain & x der daun kesum tu. Terharu sangat masa tu... Itulah sifat seorang ibu kan, sanggup bersusah untuk kepuasan anak2nya... Mmg tak terbalas segala jasa2nya.

Thanks berita dari Korea tu. Bila cerita pertemuan family Nenek Mariam tu tersiar di akhbar2, kekawan saya tertanya2, apakah akidahnya sekarang... maklum kat akhbar tu sebut isu2 sensitif x akan disentuh... keadaan masa tu mungkin terlalu memaksa... Apapun moga terbuka hati Nenek Mariam utk kembali kepada Islam, insya Allah, Amin...

Sastri said...

aaa... lempuk... my fave... ketupat palas dan daging serunding... sedapnyerrrrr... aisey... nak kena carik kat pasar malam laa ketupat tu nanti...

Pato & Pearl said...

well, next time if you're in SGP,insya allah, one agenda with P&P is serbu kat Hajjah Maimunah, lepas tu sembang sembang lah kat Clarke Quay....

P&P

Rush Murad said...

anonymous - ada orang tak tahan bau hanyir sembilang, saya selalunya selepas makan sembilang perlukan makanan yang manis2 sebagai pencuci mulut... terasa loya kekadang. Cerita Mariam tu.... kita sma2 berdoa semoga akidahnya kembali kepada ajaran Islam.... mudah2an dia dapat pulang ke Malaysia....

sastri - lempuk tu i dah masukkan dalam bubur kacang hijau semalam.... pakai kat tepi pantai ala2 piknik semalam....

P&P - thanks... yupp... next time ek kita pi menjamu kat Hajjah Maimunah....eermm... tak sabar nih..

Anonymous said...

Alhamdulillah.. tompang gembira ibu en.rush dah kembali sihat.
sebagaimana yg kita sedia maklum, setiap yg berlaku tu pasti ada hikmahnya. kekadang tu... bila si ibu/ayah dan anak saling merindu, masa tu lah kesihatan pun jadi tak menentu..

Rush Murad said...

anonymous - yup... memang ada hikmahnya.... nak kata rindu sangat tu tak der lah, coz selalu call, almost everyday....

Anonymous said...

I found this site using [url=http://google.com]google.com[/url] And i want to thank you for your work. You have done really very good site. Great work, great site! Thank you!

Sorry for offtopic

Anonymous said...

Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!