Saturday, July 07, 2007

Happy Birthday To Mak & Anita!


Pada tarikh ini, 57 tahun yang lampau
kau lahir menghirup udara dunia
menceriakan sepasang jiwa
menjadi tali ikatan dua cinta suci
campuran dari dua bangsa gah alam Melayu
datukmu dari Kraton singgah ke sini
moyangmu dari tanah Martapura juga singgah ke sini
semayammu di Negeri Jauhar bertuah.

Rentetan ceriteramu panjang dan menyayat
Sesekali menyentuh hati dan emosi
Tidak kurang juga yang mengundang senyum
Namun tidak pernah Al-Khalid menyisihmu
dari rahmatNya
dari rahimNya
dari dzatNya.

Semoga perjalanan mendatang
senantiasa membahagiakanmu
semoga kasih sayangmu
terus melimpah-ruah untuk kami
semoga kesihatan dan kemashlahatanmu
sentiasa sejahtera
dan semoga doa-doa ini
senantiasa berada di ArasyNya

Hari ini 07/07/07 merupakan sambutan hari lahir Mak yang ke 57. Foto di atas ni adalah antara hadiah buat Mak tersayang. Memang tak bersedia sebenarnya nak pergi mencari hadiah, mungkin juga kerana sibuk dengan pelbagai hal. Memang habit aku suka membelikan hadiah barang kemas kepada Mak, tak terkecuali juga semasa aku ke Makkah baru-baru ni sempat aku membelikan Mak sebentuk cincin Zamrud bertakhta berlian dan sebentuk cincin Delima merah. Kali ini aku membeli gelang Jade Crystal berwarna hijau gelap, sesuai untuk Mak pakai dengan cincin Zamrud bermata 16 tu.
Hadiah hari lahir untuk Anita - dompet comel ni jer yang sempat dipilih . Kat Miri ni mana nak cari Prada atau TODS!
Semalam pula Anita menyambut hari lahir, adik perempuan yang kedua dalam keluarga dan anak ke-empat. Awal paginya aku terima sms dari dia, lain pula bunyi sms ni, tak perasan pula yang hari tu ialah hari lahir dia. Semoga apa yang dicita dan diimpikan akan terlaksana dan di makbulkan Allah.
sms Anita pada awal pagi 6 Jun 2007:
masa berlalu begitu pantas
dalam tak sedar dah berganjak ke angka 30
lebih separuh abad.
Pelbagai cerita suka duka dilalui,
jatuh, bangun, tawa, tangis....
yang tak dapat dicatit satu persatu.
moga-moga diangka yang begini besar
segala matlamat hidup tercapai
dan Allah meminjamkan bulan, bintang dan matahari,
untuk melalui hari-hari yang indah.
dan segala keindahan ini tidak mungkin dimiliki
tanpa kasih sayang dari mak, abah, abang, kakak, adik-adik.
Tanpa kalian tak bererti bulan, bintang dan matahari.
Terima kasih semua,
semoga Allah sentiasa memberi rahmat kepada keluarga kita
Semoga dapat bersama-sama di Mekah satu hari nanti. Amin.

30 comments:

Luaq Ezplanade said...

Assalammualaikum Kak Anita~!
Happy Birthday to you. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki....

rhoni said...

Dengan ini saya juga mau mengucapkan Happy Birthday to Your Mum and Anita....semoga senantiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan dalam hidup, Amien..

SERIAL PLANT KILLER said...

Birthday wishes to your Mum and sis. Both our mums have special birthdates. Mine is 01.01.XXXX

"macam leh teka jekk... journey ke alam perkahwinan? *matila aku speku.."

Memang speku......it's unlikely to happen.....you know what I mean.

Rush Murad said...

Khairul - w'salam... wish utk Anita jer? my mom tak der ker? :P anyways, thanks dear!

Rhoni - thanks for ur wishes! thinking of going back to JB this weekend :(

Nurul - thanks for ur wishes to my mum n sis. 01.01.xxxx... sambut tahun baru dgn b'day sekali ek... one of my little bro pun tarikh sama 01.01.xxxx :P

oopsss.... bukan journey tu ka? tot u....!$%^#$#&*^%*... kat Istanbul...lalalalalaaa.... ni kena suruh pakar speku @ pap n fendi...

rhoni said...

ada urusan penting kah sampai balik ke JB last minute?

Luaq Ezplanade said...

Alamak~! sorry terlupa laa beb...ingatkan i ada post ur mum too...."Happy Birthday too"

Rush Murad said...

rhoni - i will let u know.... will be there for few days if not a week..

khairul - hehehehehee.... weeiii bila nak ajak makan laksa sarawak ni??

Sastri said...

Opps... terlewat laa...

Happy Belated Birthday to Rush's mummy and sis... Semoga kedua2nya dipanjang umur dan dimurahkan rezeki...

Rush Murad said...

sastri - thanks dear! Amiiinnn.... atas doa-doanya...

~wan hidayat~ said...

selamat hari lahir mummy and sister...(ur mum and ur sis are my mum and my sis too...SEMOGA ALLAH MEMANJANGKAN USIA MEREKA BERDUA)

"Saya berdoa semoga ALLAH sentiasa melindungi dan merahmati abg sekeluarga...amin~"

aigle2207 said...

très joli blog, bravo

Luaq Ezplanade said...

~ Amin ~

Rush Murad said...

wan - thanks for the wishes pal! yes, my mum n my sis are urs too :)... bila nak datang Kulai jumpa depa?

aigle2207 - merci très beaucoup! soyez bienvenus à mon blog ... et je visiterai votre blog bientôt.

khairul - :-)

Anonymous said...

Assalamualaikum....

Bithday mom Saudara sama tarikhnya ngan ayah saya cuma beza thnnya aje... Adalah majlis kesyukuran kecil2an. Happy belated birthday to your mom & your cute sister. Sms dr Anita tu sedap dibaca... Semoga berjaya di dalam kerjayanya, insya Allah.

Rush Murad said...

anonymous - sama tarikh nya yer.... my mom ni tegas n garang... ur ayah macam tu jugak ke? i tak dapat join depa punya majlis makan2... sedihhhhh... dok jejauh nih. how do u know my sis cute???? cute ker??? whoppsssss.... thanks for ur wishes... i really hope dia berjaya dalam bidang yg dia ceburi sekarang... who knows one of my family will be a great politician one day, kan?

SERIAL PLANT KILLER said...

You tot what...? Manalah maklumat yang u dapat nih....I am going to Istanbul solo.....

Rush Murad said...

Nurul - Istanbul tuuuuuuuuu.......... saja nak bagi i jelessssss......... errmm.... tak per lah, i pi Taj Mahal dulu, pi tengok one of the wonders of the world.... la ni kan senarai terkini dah berubah... tetiba masuk patung jesus kat brazil tu... pyramid dah tak tersenarai...

SERIAL PLANT KILLER said...

U akan sampai ke Turkey tu nanti and I will be in India next year. Patung Jesus tu I tak setuju ler masuk dalam list but Pyramid of Giza is still one of the most popular.

tyah said...

Salam... happy birthday to ur mum & sis. aper2 pun semoga mereka panjang umur, sihat dan tingkat amal jariah di usia emas gini. FYI, nurul mum & my mum same lah 01.01.**** :)

azies said...

good trip lah yaoo

regard
http://dressforwomen.blogspot.com

~wan hidayat~ said...

i tunggu u bawak i balik kulai...then boleh jumpa ngn mak, abah, abg2 and kakak2 sume....ade durian tak...i love durian~

Anonymous said...

Assalamualaikum....

Emak saya tegas tp x garang, ada masa2nya bila ada lagu yg beliau suka, saya yg jadi partnernya utk menari... saja suka2... so ayah saya x lah tegas sangat... klu dua2 tegas, teruk gak kita org nnt. Biasanya wpun seseorang emak tu tegas and garang, anak2 pasti akan cari emak jugak kan... Insya Allah your sister pasti berjaya dgn dunia politik yg diceburinya sekarang ni.

Désirée said...

Un bonjour depuis la suisse dans ton beau pays.
Amitié Désirée

Rush Murad said...

Salut Desiree! Bonjour ... mais en Malaisie c'est déjà le soir. Le suisse est un très beau pays!

Nurul - insyaAllah next year i pi Turkey, not only Istanbul... yup, Giza pyramid should be in the list.

Tyah - ur mom pun 01.01.xxxx jugak ker?

azies - thanks... ur blog pun interesting..

wan - insyaAllah.... then boleh pi jumpa anak sedara u yg comel tu sekali...ek?

anonymous - w'salam... i still tertanya2 sapa u ni ek? macam kenal sangat jer.... kenal i personally ek? thanks for ur doa..

dirtypap the banci (bley?) said...

tuu diaa! cari Prada atau TODS kat Miri kekdahnya. *nanges.

dirtypap the banci (bley?) said...

motif nak pergi ke istanbul dengan india berselang-seli. pergi sama-sama kan senang? tapi kena kawin la dulu. hehe!

Rush Murad said...

pap - hikssss..... Prada & TODS... ayat kekwat tak? Nurul n me dah besar wokayyy... dah pandai jaga diri, perlu ker nak kawen2 segala if nak pi bersama? *matilaa very the secular ayat aku nih...

-kEn- said...

Happy Birthday

taula Miri tu xde butik2 mcm kat klcc , midval ni....xde brand2 mahal he3

btw, cantik spek baru

Rush Murad said...

ken - tapi Miri ni pesat sungguh berkembang for the last 3 years kan? nampak ler perubahan tu....
cermin mata tu ala-ala Mak Datin ek? *statement tak perlu....

Anonymous said...

Hey.. its HaTReSs from Brunei :)

Uhuh, its no Prada in Miri.. but at least I can shop for magazines and some clothes much more cheaper there :p