Monday, July 02, 2007

Feasting In Miri

Miri International Food Festival 2007

Hujung minggu lepas berlangsung majlis Perasmian Penutup Bulan Citarasa Malaysia 2007 dan bermulanya pula Miri International Food Festival 2007. Kedua-dua kemuncak acara tersebut telah diadakan dengan gilang-gemilang dan meriah di Dataran Boulevard, Miri. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang tiga hari acara tersebut diadakan, ini termasuklah acara demonstrasi memasak juadah Sarawak, pertandingan karaoke, persembahan nyanyian oleh artis-artis terkenal dan jualan hasil-hasil kraftangan dan makanan dari beberapa buah negeri di Malaysia.
Aku tercari-cari juga gerai dari Johor, yer lah nak tengok juga apa makanan istimewa yang mereka bawa dari Johor untuk orang Miri, dari jauh dah nampak manusia berpusu-pusu berasak di kaunter makanan Johor. Rupanya mereka beratur untuk membeli otak-otak dan sata yang sedang dipanggang. Selain dari itu ada juga keropok lekor dan popia berinti otak-otak dijual sama. Aku lupakan saja lah nak beratur panjang, beralih pula ke gerai dari negeri lain yang kurang berasak. Hari berikutnya sempat bertanya kenapa bawa sedikit sahaja bekalan untuk dijual, jawapan mereka ialah mereka tidak sangka yang di Miri ni sambutan sungguh menggalakan dan ramai pula orang. Mananya tak ramai, pengunjung dari Brunei dan Bintulu semuanya turut sama berpesta di sini, menjadikan Miri semakin meriah, sesak dan padat. Dan aku ni yang kurang minat 'berpeleseran' di acara 'bergesel-gesel' beramai-ramai ni pun ikut turun ke padang. Kalau di Johor tu, memang ler aku tak pi sebarang acara atau konsert terbuka macam ni, sebabnya naik sesak nafas dan tak selesa berasak-asak, kecualilah kalau ada 'special invitation' atau VIP seat - kekwat tak?

Petang Sabtu, setelah menemani si Kelvin Lau membuat rehearsal, aku bawa dia melihat-lihat sekitar bandaraya Miri, Ali dan Zoul ikut serta. Ramai juga peminat yang mengenali si Kelvin Lau ni, sehingga beberapa orang makcik yang berniaga di Luak Bay Esplanade pun kenal dia. Malam tu kami sekali lagi menemai beliau di belakang pentas, maka dibawalah kami bertiga ni berkenal-kenalan dengan artis-artis yang hadir. Pertamanya dia kenalkan dengan Mawi, sempat ler aku berbual pendek dengan dia, cerita pasal kakak dia yang pernah jadi classmate dengan aku dan cerita budak-budak Kulai yang kami sama-sama kenal. Selain dari beliau, aku bersembang dengan Fahrin Ahmad (jadi pengacara malam tu), cerita pasal jumpa dia di Masjid Nabawi masa umrah hari tu, Awie Wings, Datuk M. Daud Kilau (sempat tanya kat dia " Datuk malam ni menyanyi dengan selendang merah yang merelip tu ke?"), L. Ramli, Datuk Jeffrideen, Farhan, kumpulan Infinitez, Bob Mesra dan Omar Ariff, pengacara rasmi malam tersebut serta pembaca berita RTM, yang saban tahun Aidilfitri akan singgah ke rumah parents aku kat Johor.

Dua orang budak botak dari Kulai.

Persembahan pada malam itu, yang paling menarik ialah persembahan bunga api dan kebudayaan pelbagai etnik dari Sarawak, cukup berwarna-warni, unik dan menarik. Betapa majmuknya masyarakat Malaysia dan cukup harmoni. Acara-acara besar peringkat kebangsaan seperti ini perlu selalu diadakan di Miri, biar orang luar lebih mengenali Miri dan Sarawak khususnya. Siapa kata tinggal di Miri bosan????? Silap tuuu.......

23 comments:

A f f e n d i O s m a n said...

choppp...
kelvin lau ni yang jumpa kat KLCC sblm g umrah tu ek?

tyah said...

Kan masin mulut tyah:) kan dah rub shoulder ngan mawi; rambut pun seroper ye..:-P

~wan hidayat~ said...

ermmm...mana gambar Datuk M. Daud Kilau berduaan ngn u kat backstage tuh...menuntut ilmu kulit cekang ke???, kongsi2 lah... :)

Rush Murad said...

fendi - yer, dialah kelvin lau yg kita jumpa kat depan Kinokuniya hari tu.....

tyah - nanti i forward the pics to ur hotmail ek.... tu lah ajak pi back stage tak nak...

wan petunjuk - aikk... kenapa nak tgk pic Datuk M.D.K tu? sekampung ek??? pic dia tu agak mengerikan....hikssss.... yer lah dgn segala solekan dan segala kaler rambut ala2 Gorgon.... nanti ler i pos kat email u ek... yg penting orang Miri terhibur dengan penyanyi veteran ni... gelekkk bah...

Ghazali B Abd Aziz said...

Rush;

Waahhh ... seronok dapat jumpa Mawi ... anyway you masih contact Omar Ariff (Sunny) ker?

Kirim salam kat dia ...

Luaq Ezplanade said...

menuntut ilmu kulit cekang ke? ingatkan menuntut ilmu membuat Kek Lapis Kayu Kayan Sarawak ekk?...hahahhaa...tapi kan rush baik u letak gbr u with Datuk M.D.K tu ler...at least appreciated sikit artist2 lama nie...mesti gempak blog lepas nie..Jom Makan2 kat Terengganu!

Rush Murad said...

Ghaz - ermmm.... u ni mesti rakan2 seperjuangan si Sunny tu ekkk.... actually my sister yg kenal rapat dgn dia, masa jadi news producer kat RTM dulu.... tu ler citernya.

khairul de Luaq - menuntut ilmu kulit cekang? tu kena tanya wan hidayat ek.... dia very the pakar. Datuk M.D.K tu...ishhh... nanti u all pengsan tengok pic tu....

Sastri said...

wow... memang nampak meriah... been to Miri masa i was in primary 6 dulu... ikut my grandma p rumah one of my uncles... rumah dia dekat beach... lama dah tak ke sana... :D

A f f e n d i O s m a n said...

ooo gitu kisahnye! orang taktau....pandang sipi2 je ari tu! sebab tak kenal (matila bongkak!)

tyah said...

My program last weekend lari sikit..:) At least jejak gak kat situ sunday morning; beli otak2 & pulut turap. hmmm sedap!

~wan hidayat~ said...

aik...apasal lak gua yang yang tahu pasal ilmu kulit cekang, ermmm...rahsianya mudah jea, "dalam sedih dan kita berduka, sentiasalah senyum dan hiasilah diri dengan air sembahyang setiap masa dan ketika"....ahaksss!!!

remarks: Mr. Luaq and Mr. Rush...kulit anda berdua masih cekang, guna SENDAYU TINGGI ek...nak gi makan kat Terengganu, jgn lupa ajak i....

Rush Murad said...

Wan - sendayu tinggi???? perlu ker? dengar cerita ada orang tu nak tumpang landing kat bahu u...errmm.....

Rush Murad said...

sas pun pernah sampai miri dulu? la ni Miri dah terlalu banyak berubah, at least for the last 4 years..... very rapid.. rumah dekat beach....errmmm... rumah yg besar2 tu ler gamaknya...

fendi - tu lah.... kekwat.... hiksss...

tyah - i tak dan nak beli otak2 tu... tak per lah, balik jb nanti makan ler puas2 ek.

A f f e n d i O s m a n said...

kekwat lehhhhh?
well...it's just me! memang camtu bang....huahuahua

pemalu katanya

jowopinter said...

Gambar paling bawah itu yang mahal tu... ha ha ha..

Luaq Ezplanade said...

Sendayu Tinggi? alamak~! perlu ke nak guna Sendayu tinggi nie? hahahha. nak tumpang bahu? siapa ekk? ermmm???

Rush Murad said...

jowopinter - hiksss..... makan hati kan? but dah sesama orang Kulai ni, tak der ler fanatik... rasanya orang Johor sendiri tak begitu fanatik...

khairul - sudah gaharu, cendana pula..... kan?

Red Mummy said...

laki aku kata bosan la bang...

tiap kali dia kena travel to miri jer, mula la muncung bosannya maghi...

sesuai tuh, 2 budak botak!

rasso said...

ble lah ako nak balik sarawak nie..
uhuhuhu

Luaq Ezplanade said...

hahhahha...*mati laaa kena di detect mcm nie...

dirtypap the legend said...

macam kembar la. tapi nape budak botak belah kiri tu tembam? *lariiik! jangan marah ya.

Rush Murad said...

red mom - bila nak mai Miri laki kau tu? tak moh jumpa aku ker? takut ekkk?? nak aku belikan terubuk fresh n masin tu ker? let me know the date ek...

rasso - orang sarawak ker??? balik laaaa..... balik laaaa.....

khairul de luaq - i pasang device kat hp si wan.... boleyyyy???

pap - dari awal lagi aku dah terperasan yg muka aku tu lebar dan bulat kalau banding dgn Mawi (but if compared dgn Adibah Noor, mine is still cute dan comel... kan?) yer lah, beza umur kami 10 tahun, masa dolu-dolu pun aku cute jugak apa... sik cayak ka?

Luaq Ezplanade said...

Pasang device? Tidak! Tidak! wan buang hp ko SEKARANG JUGAK....HAHAHHAH