Banner blog Tepak Sireh by Rush Murad

Saturday, June 09, 2007

Pengalaman Indah Di Makkah 2

Doa

Foto dari kiri ke kanan merupakan pemandangan di Jabal Rahmah, dimana Nabi Adam dan Hawa bertemu setelah berpisah sekian lama. Dikatakan doa untuk bertemu jodoh mujarab di atas bukit ini. Aku tak lepaskan peluang berdoa di empat penjuru bukit ini. Foto terakhir ialah pemandangan di Jabal Thur.
Ada mendapat satu email yang bertanya, semasa di Makkah, lebih banyak beribadah atau buat 'kerja-kerja' lain? Mungkin kerana setelah melihat gambar-gambar yang disertakan, pasti akan terlintas di hati "banyak juga masa dihabiskan di luar aktiviti ibadah". Memang tak dapat nak dinafikan, aku ambil kesempatan yang ada semasa di sana untuk 'berkenalan' dengan kota Makkah dan penghuninya lebih dekat. Selalunya, selesai solat Subuh sekitar jam 5.30 pagi, aku akan pulang ke hotel untuk sarapan, selesai sarapan disambung dengan 'morning walk' melihat kegiatan penduduk Makkah di waktu pagi. Pulang sebentar ke hotel untuk rehat beberapa jam, jam 12 tengahari sudah bersedia untuk solat Zohor, selesai Zohor selalunya aku akan terus iktikaf di dalam masjid sambil membaca Al-Quran dan solat sunat. Sesekali aku akan buat Tawaf sunat dan solat hajat sehingga masuk waktu Asar. Selesai Asar selalunya cuaca masih lagi panas, aku sambung iktikaf dalam masjidilharam. Petang sementara menunggu masuk Maghrib, aku akan 'meronda' sekita bazaar di Makkah, lihat kegiatan jual-beli yang sudah beribu tahun berakar umbi. Rata-rata pembantu kedai di sana berketurunan Bangladesh atau Pakistan, yang boleh berbahasa Melayu. Salah seorang dari mereka sempat berbual panjang dengan aku, mengatakan pernah kerja di sebuah kilang di Pulau Pinang selama 4 tahun, rindu untuk pulang semula ke Malaysia, seorang lagi pernah kerja di Shah Alam, berkahwin dengan wanita Indonesia yang masih menetap di Malaysia. Setiap kali turun ke bazaar, pasti aku akan membeli ole-ole untuk di bawa pulang ke Malaysia, dan yang pasti aku juga akan membeli Jubah untuk diri sendiri. Seronok berbelanja sambil tawar menawar dan berkenalan dengan penduduk Makkah yang ramah-tamah, termasuk ada sekumpulan peniaga dari Hadramaut, Yemen ini. Pertama kali bertemu, mereka cuba bercakap dalam loghat Arab Yemen yang aku tak begitu faham, namun sikit-sikit tu aku taulah maksudnya. Aku katakan aku dari Malaysia, mereka tanya nama aku, setelah aku katakan nama sebenar, mereka kata itu nama lazim Hadrami atau penduduk Hadramaut, dan aku katakan yang nenek moyang dulu mungkin berasal dari sana, dan secepat itu juga mereka menghulurkan salam dan memeluk aku, beberapa orang Yemeni yang ada di situ pun melakukan perkara yang sama......dipendekkan cerita, aku membeli beberapa helai pakaian dari kedai tersebut dengan harga yang aku sendiri tetapkan tanpa perlu bersusah tawar-menawar.

My creation

Tahun ini aku menyambut hari lahir di Kota Makkah, seperti yang aku idamkan. Dua hari sebelum 24 Mei, abang Amin membawa aku, Lan dan Hanafiah ke Hotel Makkah Hilton untuk supper. Rupanya ada surprise untuk Lan dan aku, memandangkan Lan menyambut harijadi pada 18 Mei, maka kami berdua dirai dengan kek cokelat dan cafe latte. Kemudian pada malam 24 Mei pula, kami menyambutnya di sebuah lagi hotel 5 bintang di sini, Hotel Inter Continental, di mana coffee housenya berlatarbelakangkan Masjidilharam yang cukup indah di waktu malam. Kali ini giliran Hanafiah yang belanja dan Azween, adik Lan ikut serta. Sehari sebelum itu kami sempat melakukan Umrah kali kedua pada tengahmalam, di mana beberapa orang rakan Lan dari KL ikut serta (thanks to Khairun Tan Sri Dato’ Zainol Mahmood - anak bos LUTH sebab belanja teksi untuk Miqat, next time kena ikut pakej Tabung Haji plak). Semasa sedang Saie, tiba-tiba dari jauh aku nampak Lan sudah melambai-lambai dari lorong sebelah sambil mengucapkan "Happy Birthday", tak sedar pun dah jam 12.15 pada masa tu.... kerana kuyshuk bersaie sambil berdoa. Selalunya aktiviti kami selesai sekita jam 1 pagi, dan sekitar jam 3 pagi sudah bangun untuk bersiap sedia untuk solat Subuh. Tidur kami sekitar 2-3 jam sahaja, tetapi tidak pula berasa penat atau mengantuk, makin segar dan 'alert' serta sihat wal'afiat.

Inside Masjidilharam

Pemandangan di dalam Masjidilharam yang amat tenang.
Solat Jumaat di Masjidilharam, berhadapan dengan Kaabah merupakan suatu kenangan yang amat manis. Cuaca yang panas terik dan kering tidak menghalang aku untuk bersolat di atas marmar putih tidak berbumbung. Aku ingin bersama Jamaah lain berada di antara saf hadapan, bertentangan dengan Baitullah. Betapa aku kala ini rindukan semua itu!!!. Pagi Sabtu kami sudah bersedia untuk meninggalkan kota Makkah menuju ke kota Madinah Al-Munawwarah, kota Rasulullah. Tawaf Wida' dan solat sunat di Makan Ibrahim tidak kami tinggalkan, dan segala doa terakhir sebelum meninggalkan Makkah tidak kami lupa. Belum sempat kaki melangkah keluar dari Masjidilharam, hati sudah dilanda rindu mendalam, seperti tidak mahu pertemuan indah ini berakhir di situ, ingin sahaja lanjutkan iktikaf ini, duduk ini, sujud ini, doa ini.....dan tangisan sendu yang berterusan.......

Highway Makkah To Madinah

Perjalanan ke Madinah akan mengambil masa sekitar 5 jam melalui lebuhraya moden (Makkah-Madinah Al-Munawwarah Highway) sepanjang 421 km tanpa sebarang pemandangan yang menarik - hanya padang pasir yang berbatu-batu, sesekali insaf melihat keadaan ini, bagaimanakah orang-orang dahulu serta Rasulullah sendiri berulang-alik melalui jalan yang berbatu serta panas serta gersang ini, dengan menaiki unta dan kuda..... pasti sukar dan perih mereka rasai.... yang kini kita sendiri tidak rasai tetapi wajib menginsafi.

View blog reactions"> posted by Rush Murad at 3:32 pm

27 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum...

Happy baca coretan Saudara, banyak pengalaman yang boleh ditimba untuk panduan di masa depan, insya Allah. Biarlah apa yang orang nak kata, yang penting kita ikhlas ketika melakukan alam ibadat, itu yang penting... Gambar-gambar yang di ambil tu pun cantik-cantik, buat tatapan mereka yang masih belum berpeluang ke sana.

June 10, 2007 8:31 am  
Anonymous Anonymous said...

lama sangat tak menjengah blog ko dan pnut... ko dah selamat sampai dari mekah...bisnes pnut dah semakin bertambah...life korang ni memang hapening lah...linda kch...

June 10, 2007 3:46 pm  
Blogger MummyHanis said...

assalamualaikum
just wondering how u managed to take pictures kat masjidil haram. bukan ke kena rampas camera? thanx. ;)

June 10, 2007 4:40 pm  
Blogger Rush Murad said...

Anonymous - thanks for ur support! Pics tu semua sedikit sebanyak dapat mengubat rindu, dan juga mungkin boleh jadi penyuntik semangat kepada mereka yang belum lagi ke sana. Niat saya ikhlas memaparkan gambar dan coretan mengenai perjalanan Umrah saya, mudah-mudahan ianya menjadi inspirasi.....

Linda - lama tak dengar cerita kau, hopefully semua ok... bila nak datang Miri? Kau berdua tu dah lebih dari mampu untuk ke Makkah, doa2 ler kat sana minta baby.....

mummyhanis - i kena seludup my petite camera dalam sling bag. inside my sling bag tu ada hidden pocket/compartment. kalau i ambik pic, i ensure flash off. tapi dalam hati berdoa selalu supaya polis2 kat dalam tu tak perasan, dan kamera i tak kena confiscated. Alhamdulillah.... selamat....

June 11, 2007 2:42 am  
Blogger shahril aley said...

Rush,
hepi belated besday for u. actually nak tanye u celebrate harijadi yg ke berapa? seronok baca pengalaman rush kat kota makkah & madinah. hopefully 1 day akan sampai di sana jua. gambar2 rush snap lawa la. memang menarik pemandangan rush rakam hingga sentiasa mengigatkan rush kepada banyak kenangan manis ketika berada di sana....

June 11, 2007 4:26 am  
Blogger Rush Murad said...

shahril - thanks very much... i baru perasan u email kat friendster :(
Hari jadi yg ke-36 (goshhhh.....dah tua dik oiiii....). Most of the pics tu i dah edited guna Picasa, so lebih menarik dah clear. Nampak pemandangan dalam masjidilharam jer, dah jadi rindu....and...insaaaaafff....

June 11, 2007 8:32 am  
Anonymous tyah said...

Memang pandai simpan camera dlm beg:)Kalau tak silap Tyah kat Batu Jabal Rahmah yang hitam2 tu adalah tandatangan ribuan jemaah kat batu tersebut. Betul tak?

June 11, 2007 9:35 am  
Blogger Rush Murad said...

Tyah - Yer lah, yg hitam2 bawah 'tugu' tu ialah tandatangan pengunjung, kenapa ek depa conteng2 kat situ? yg pasti banyak nama2 kat batu tu, maybe depa tulis macam nih "Shah Jahan love Mumtaz forever.." tak pun "Ya Allah, kawenkan aku dengan Miss X.."...hikssss.... Tyah, hp i dah balik asal 016...

June 11, 2007 10:00 am  
Anonymous tyah said...

Masa ziarah tyah fikir memang hitam asli but then bila dah sampai baru tau tu tandatangan pengunjung (mencemar)Emm.. nasib baik tyah tak tulis "i was here" LOL. Hang pi Bandar last weekend? Tyah cuma tengok depan TV.. tak penat & berpeluh pun:)

June 11, 2007 10:53 am  
Anonymous Anonymous said...

Alhamdulillah moga segala amalan diterima Allah swt dan diberikan kesihatan menjalani ibadah di sana. Saya selalu baca juga blog anda bila ada masa dan bila lihat anda ke Makkah, teringat bila saya menunaikan haji tahun 2001. Rasanya, pengalaman dan perasaan tidak dapat ditukilkan dengan kata2..hanya dapat digambarkan dalam hati aje. Saya rasa ramai berperasaan begitu. Moga yang belum sempat ke Makkah dan ziarah Rasul s.a.w, dapatlah diberikan kesempatan oleh Allah swt. Amin.

June 11, 2007 11:37 am  
Blogger SERIAL PLANT KILLER said...

Insaf....insaf....teruja...teruja
Melawat tempat sejarah Islam dan masjid-masjid lama di Cairo pun feeling dah rasa overwhelming, apatah lagi di Tanah Suci......minta2 dapat jejak kaki ke situ.

June 11, 2007 12:20 pm  
Blogger Mas Rival said...

indah lagunya, dan juga corat coretnya,
tapi sebelumnya saya tanya..... tahun 06 saya pernah buka this wibsite terdengar lagu latin yang indah juga, if can, can you tell to me, what name (tittle) latin song?

June 11, 2007 1:45 pm  
Blogger Red Mummy said...

abang tepak..

terpancar seri kat muka ko bang!! seriously..

anw abah ngan akak kita will do their umrah this sat ...

aku x sampai2 lg but aku bg pinjam luggage aku kat dema..so at least beg aku dah sampai kan bang..

June 11, 2007 8:33 pm  
Blogger Rush Murad said...

Tyah - tak sempat nak pi Bandar, buat apa tatau kat Miri nih...huhhh..... tak selesai ebrkemas lagik...

anonymous - thanks kerana singgah to my blog.... dah naik haji ya.... bila pula giliran saya.... insyaAllah, impian semua Muslim & Muslimat... betul kata anda, tiada kata2 yg dapat menggambarkan perasaan semasa berada di sana...

Nurul - jeles tau u dapat pi Cairo... apa pun, thanks for the souvenir tu, dapat gak i belek2 pyramid tu walaupun tak sampai lagik...

mas rival - terima kasih, yes saya memang asyik sama lagu dari filem Hikmah ini... ada cerita disebaliknya, bikin saya insaf! Lagu latin tersebut dinyanyikan oleh penyanyi Malaysia - Dayang Nurfaizah berjudul El Atardecer De La Luna, asal lagu dari Bahasa Melayu, lagu P.Ramlee berjudul Bulan Di Pagar Bintang.

Red Mum - kau dah sampai Malaysia yer kak? apa ole2? baca blog, bukan main shopping bagai nak rak nih.... I pun doakan ur abah n akak selamat pergi dan balik serta dapat umrah mabrur....Anw, kalau u pi Umrah, satu jer nasihat I.... jangan pakai telekung, jubah, hijab berwarna MERAH.... tak sesuwaiiiii.... :P

June 12, 2007 3:25 am  
Blogger DBI said...

memang pengalaman terindah lah ni...

btw..selamat hari jadi ke 36...bergetah lagi tu...

June 12, 2007 7:22 am  
Blogger Muqreez said...

Masya-Allah superb...i managed to celebrate there for my 22nd bday...

Eid Milad Sa3eed...happy bday to you..yup we are in the same zodiac..

June 12, 2007 6:03 pm  
Blogger Muqreez said...

"mereka tanya nama aku, setelah aku katakan nama sebenar, mereka kata itu nama lazim Hadrami atau penduduk Hadramaut"

u name sure begin wif syed ? is it?

Lucky u meet such gewd Yemeni..i hv some not so cool memory wif yemeni guys..in Saudi and Malaysia.huhuh..but yet unforgetable :P

June 12, 2007 6:06 pm  
Blogger SERIAL PLANT KILLER said...

Cuba-cuba u gosok-gosok, usap-usap piramid tu, mana tau tiba-tiba transported to Cairo. Tak pun keluar djin yang boleh tunaikan ur wishes...;)

P/S : I dah update blog on my Langkawi trip dah....

June 13, 2007 2:22 am  
Blogger Rush Murad said...

Muqreez - depa selalu kata yg orang arab ni 'kasar'.... but... apa yg unforgettable tu? :-)

Nurul - nak sangat pi kaherah, nak ikut cruise Nile river etc... insyaAllah!!!!... will visit urs

June 13, 2007 10:27 am  
Blogger Sastri said...

bestnyaaaaa... dapat sambut birthday lagi kat sana... Happy Belated Birthday to u...

teringat my mum baru je sampai dari sana, the first thing she said was, she missed being there and she hopes to go there again soon... my dad oun ckp kalau ada rezeki nak p lagi... shows betapa indahnya perasaan bila berada di sana kan?

June 13, 2007 2:28 pm  
Blogger Rush Murad said...

sastri - thanks for the wishes. ur parents baru balik... u tak ikut sama ke? :)
selalunya sesapa yg dah pi sana, pasti cakap nak pi lagi.... the feeling is soooo beautiful indeed! i pun tak sabar nak pi lagi, insyaAllah....

June 14, 2007 3:26 am  
Blogger SERIAL PLANT KILLER said...

Nak buat Nile River Cruise ni end to end ke? Memang interesting but have to stay longer in Egypt ler.I plan nak buat Bosphorus Cruise kat Black Sea up to the Golden Horn and Europe Istanbul insyallah....jgn jelesss...;)

June 14, 2007 6:34 am  
Blogger Sastri said...

my parents p sana in 2005... i tak sempat nak ikut sbb kalau ikut giliran, TH kata diaorang akan p in 2007, tapi rezeki kan, lagipun my mum kata maybe becos my dad dah pasang niat, kalau dah boleh keluarkan epf dia, niat dia nak tunaikan Haji... last minute diaorang dapat lagipun... :D

June 15, 2007 3:53 am  
Blogger Rush Murad said...

Nurul- i tau u nak buat Bosphorus cruise tu dgn sapa..... plan honeymoon kat sana kan??? ehemm...

sastri - alhamdulillah ur parents dah pi, mine belum lagi. tu yg plan next year we all nak pi ramai2 dgn my sisters... insyaAllah, mudah-mudahan ALlah perkenanan niat dan doa kami ni....

June 15, 2007 5:35 am  
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum...

Saudara tanya saya siapa ek?... Insya Allah sampai masanya nnt saya akan beritahu... Saya suka masuk blog Saudara ni sbb boleh dapat banyak pengalaman... Tak dapat pergi ke semua tempat2 tu semua dpt tengok gambar2nya pun jadilah. Mungkin hujung tahun ni saya bercadang nak ke Sarawak, kalau saya minta Saudara jadi pemandu pelangcongnya boleh ke? Biasanya saya gi cuti2 M'sia dengan kekwn, tapi utk kali ni nak gi solo... Camna, sudi ke?.....

June 18, 2007 1:34 pm  
Blogger Pato & Pearl said...

Happy belated birthday Rush!!..Better late than never..Panjang umur dalam kesihatan and murah rezeki. Many happy returns!

P&P

June 18, 2007 4:53 pm  
Blogger Rush Murad said...

Anonymous - nak jadi pemandu pelancong tu boleh, kalau setakat di sekitar Miri dan Brunei tu boleh sangat.... no problem, insyaAllah kalau tiada aral melintang.

Pato & Pearl - thanks very much, better late than never kan? ingat jugak uol kat i ni... ada sesetengah kawan tu, buat2 lupa jerrr.... tak per lah, biarkan dia dengan dunia dia.....

June 20, 2007 11:47 am  

Post a Comment

Links to this post:

  <$BlogBacklinkTitle$>  
<$BlogBacklinkSnippet$>
posted by <$BlogBacklinkAuthor$> @ <$BlogBacklinkDateTime$>

Create a Link

<< Home

About Me

My Photo
Name: Rush Murad

View my complete profile

Countries I've visited so far!
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com

:::::MALAYSIA TRULY ASIA::::

  • Malaysia Tourism Board
  • Malaysia Tourism Centre
  • Lonely Planet: Malaysia
  • National Geographic Traveler
  • KL International Airport
  • Malaysian Airlines
  • AirAsia Airlines
  • Firefly
  • Malaysian Railways Services
  • Transnasional Buses Online
  • Kuala Lumpur City Guides
  • Kuala Lumpur Guide
  • Kuala Lumpur Hotels
  • Sarawak Tourism - North Borneo
  • Palace of Culture (Istana Budaya)
  • Malaysian Philharmonic Orchestra
  • Malaysian Handicraft Centre
  • Previous Posts

    • Pengalaman Indah Di Makkah 1
    • Lambaianmu Oh! Kaabah....
    • Metrosexual: Men Handbags
    • Mama.....Selamat Hari Ibu....
    • Food Heaven in Kuala Lumpur
    • Muhasabah Diri......
    • Pink vs. Green = Brown
    • Weekend Escapade: Chiang Mai, Thailand
    • Family Escapade: Kota Kinabalu
    • Weekend Escapade: Batam Island

    ::::::::::::::::::O::::::::::::::::::

      Archives by Monthly

      • June 2005
      • July 2005
      • August 2005
      • September 2005
      • October 2005
      • November 2005
      • December 2005
      • January 2006
      • February 2006
      • March 2006
      • April 2006
      • May 2006
      • June 2006
      • July 2006
      • August 2006
      • September 2006
      • October 2006
      • November 2006
      • December 2006
      • January 2007
      • February 2007
      • March 2007
      • April 2007
      • May 2007
      • June 2007
      • July 2007
      • August 2007
      • September 2007
      • October 2007
      • November 2007
      • December 2007
      • January 2008
      • February 2008
      • March 2008
      • April 2008
      • May 2008
      • June 2008
      • July 2008
      • August 2008
      • September 2008
      • October 2008
      • November 2008
      • December 2008
      • January 2009
      • February 2009
      • March 2009
      • April 2009
      • May 2009
      • June 2009
      • July 2009
      • August 2009
      • September 2009
      • October 2009
      • November 2009
      • December 2009
      • January 2010
      • February 2010
      • March 2010
      • April 2010
      • May 2010
      • June 2010
      • August 2010
      • September 2010
      • October 2010
      • November 2010
      • December 2010
      • January 2011
      • February 2011
      • March 2011
      • April 2011
      • May 2011
      • June 2011
      • July 2011
      • August 2011
      • September 2011
      • October 2011
      • November 2011
      • December 2011
      • January 2012
      • March 2012
      • April 2012
      • May 2012
      • June 2012
      • July 2012
      • November 2012
      • December 2012
      • March 2013
      • April 2013

      ::COUNTRIES I'VE SET FOOT::

      LEBANON

      -Beirut, Byblos, Baalbek, Anjar, Ksara-

      UNITED STATES OF AMERICA

      -San Francisco, New York-

      HUNGARY

      -Budapest-

      SLOVAKIA

      -Bratislava-

      AUSTRIA

      -Vienna-

      BULGARIA

      -Sofia, Plovdiv-

      TURKEY

      -Istanbul, Bursa-

      CZECH REPUBLIC

      -Prague-

      OMAN

      -Muscat-

      SPAIN

      -Madrid, Seville, Cordoba, Granada, Barcelona-

      VATICAN CITY

      ITALY

      -Rome, Florence, Venice, Milan-

      QATAR

      -Doha, Ras Laffan-

      INDIA

      -New Delhi, Delhi, Agra, Jaipur-

      NEW ZEALAND

      -Christchurch, Queenstown, Dunedin, Picton, Wellington, Auckland-

      AUSTRALIA

      -Gold Coast, Sydney, Melbourne-

      KINGDOM OF SAUDI ARABIA

      -Makkah, Madinah, Jeddah, Taif-

      -United Arab Emirates - Abu Dhabi-

      PEOPLE'S REPUBLIC OF CHINA

      -Macau, Hong Kong, Shenzhen-

      MOROCCO

      -Marrakesh, Essouira, Zagora, Sahara-

      THE NETHERLANDS

      -Amsterdam, The Hague, Gronigen, Assen, Rotterdam-

      BRUNEI

      BELGIUM

      SWITZERLAND

      FRANCE

      GERMANY

      -Frankfurt, Munich, Blackforest-

      UNITED KINGDOM

      THAILAND

      -Phuket, Satun, Haadyai, Bangkok, Pattaya, Chiang Mai-

      INDONESIA

      -Lake Toba, Medan, Batam, Bali, Jakarta, Jogja, Surabaya, Bandung, Tanjung Pinang-

      SINGAPORE

        Best Malaysian Sites
          Subscribe with Bloglines
            Add this blog to my Technorati Favorites!
              eXTReMe Tracker Free META Tag Help Analyzer
                Add to Technorati Favorites
                    Directory of Travel Blogs


              My blog is worth $18,629.82.
              How much is your blog worth?

        Powered by FeedBurner