Banner blog Tepak Sireh by Rush Murad

Wednesday, June 13, 2007

Madinah AL-Munawwarah

Masjid Nabawi Madinah

Pemandangan di Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawwarah. Masjid besar yang bersih dan cantik serta tersergam indah.
Ini merupakan posting terakhir mengenai perjalanan Umrah aku. Kali ini khusus mengenai kota Madinah Al-Munawwarah, kota Rasulullah, kota di mana terletaknya makam Rasulullah. Madinah merupakan kota yang besar dengan bangunan-bangunan tinggi lebar, hotel-hotel bertaraf 5 bintang juga banyak terdapat di sini (kami menginap di Sheraton Al-Harithyah Madinah) dan banyak bazaar moden di setiap bangunan. Kesempatan untuk bersolat serta berdoa di Raudhah tidak dilepaskan dan beberapa kali melintasi Makam Rasulullah untuk berdoa dan menyampaikan salam yang dikirim sanak-saudara serta teman-teman.

City of Madinah

Foto di tengah-tengah ialah masjid terapung di Jeddah. Sempat solat Zohor di sini dan makan tengahari di pesisir Laut Merah yang jernih airnya. Foto-foto lain ialah aktiviti-aktiviti di sekitar Kota Madinah.

Semasa di Madinah, rombongan kami dibawa ke Masjid Qiblatain, Masjid Quba, Bukit Uhud, ladang kurma, kilang mencetak Al-Quran (diberi percuma senaskah Al-Quran dan membeli beberapa yang lain) dan Bazaar Kurma. Ladang kurma ni nampak saling tak tumpah macam ladang Kelapa Sawit, tapi bila diperhati dari dekat, ternyata ada sedikit perbezaan, terasa pula seperti berada dalam ladang kelapa sawit di Felda mana ntah.... sambil menghirup teh Arab yang dicampur daun Pudina serta Cardamon. Pada malam terakhir di Madinah, Lan menghubungi rakannya (Hafiz dan Ridhwan) yang masih menuntut di Universiti di Madinah untuk dibawa bersiar melihat aktiviti malam. Kami ke kawasan bernama Sultanah, sempat singgah di sebuah boutique untuk membeli Jubah dan 'melepak' di Barnie's Cafe, cafe ala-alfresco sambil minum Cafe latte dan berkenalan dengan penduduk tempatan. Kawasan sekitar Sultanah seakan kawasan Bangsar yang dipenuhi Cafe ala-alfresco, happening lah juga, cuma tiada muzik yang kuat dan kaum wanita. Keesokannya, dalam perjalanan menuju ke airport, kami singgah di Masjid Terapung (Corniche Mosque) untuk solat Zohor, makan tengahhari dan berehat. Semasa di airport ada pula kejadian yang amat mengecewakan......marah, sedih, geram, keliru..... mungkin Allah hendak menguji sejauh mana kesabaran aku.

Rombongan Umrah

Inilah jamaah dalam rombongan kami, melalui agent Triways di TTDI/KLCC (www.triways.com.my). Mudah-mudahan Allah makbulkan permintaan aku untuk datang kembali mengunjungi Baitullah pada tahun hadapan.

Labels: Madinah

View blog reactions"> posted by Rush Murad at 5:50 pm

33 Comments:

Anonymous rhoni said...

itu baju koko yang dibeli di pasar tanah abang ya?

June 14, 2007 5:32 am  
Blogger Rush Murad said...

rhoni - yes, tu baju koko yang beli dengan u kat tanah abang masa pi Indo hari tu.... first time pakai... memang plan nak pakai masa pi umrah.... melethops tak? :P

June 14, 2007 6:46 am  
Anonymous Anonymous said...

Memang seronok membaca catatan perjalanan saudara. Ini membuatkan saya bertekad untuk kesana seberapa segera, kalau dizinkan Allah SWT.

June 14, 2007 7:48 am  
Blogger Rush Murad said...

anonymous - alhamdulilah... saya menulis cerita pi umrah ni bukannya ingin menunjuk2 atau riak, tetapi ingin berkongsi pengalaman dan dengan niat yang baik.... seperti biasa, setiap kali saya travel, pasti saya akan menulis catatan atau cerita mengenai travel saya tu... mungkin ada tips yg berguna yg boleh kita berkongsi bersama.

June 14, 2007 9:47 am  
Anonymous Anonymous said...

Rindu nak ke sana lagi....
rindu kat kurma segar merah tu... :D

June 14, 2007 10:15 am  
Anonymous As-Sarawaki said...

Akhi Rashidy;

Thanks for sharing. Pengalaman akhi boleh membantu mengkayakan lagi catatan pengembara yang mengembara dengan mata hati. Doakan saya akan ke sana tahun hadapan. Amiin.

June 14, 2007 10:46 am  
Anonymous tyah said...

I miss Raudhah so much.. Bercucuran air mata di saat memberi salam & mengucap selamat tinggal di makam Rasulullah s.a.w. I will nvr forget the moment.

June 14, 2007 11:21 am  
Blogger Rush Murad said...

anonymous - kurma merah segar? yang mana satu ek??? macam tak nampak lah kurma merah. saya cuma beli kurma Ajwa dan kurma mabroom, serta kurma bersalut cokelat berinti badam...

Mukhtar - saya doakan agar impian saudara ingin ke sana tahun hadapan akan terlaksana.... kira honeymoon ler ni ek? :P

tyah - yer lah, i pun tak tau dan tak sedar kenapa bila sampai jer depan makan rasulullah tu, airmata bercucuran....sampai nak baca doa pun tersekat2, last2.... sempat beri salam jerrrr..... apa pun, i berkesempatan solat di Raudhah berkali2.... dengar cerita susah nak solat kat situ, but alhamdulillah, Allah permudahkan untuk saya....

June 14, 2007 11:39 am  
Anonymous Anonymous said...

Rush
Thanks for sharing. Photo juga cantik yang amat :-).Kak Chik yakin Catatan perjalanan Rush membuatkan ramai merindui kota Madinah dan Mekah.

Masa Kak Chik pi Madinah sambut puasa year 2001, Kak Chik stay kat hotel kecil bersebelahan masjid. Dengar cerita, sekarang dah tak ada hotel kecil murah kat Madinah.
Masa tu juga,masih boleh solat sunat di ruang telaga zam zam. Sekarang dah di tutup.

-Kak Chik-

June 14, 2007 4:18 pm  
Anonymous Anonymous said...

Masa kat ladang kurma kan dapat makan kurma segar. Ada satu tu merah, satu tu, kuning.. tak ingat pulak nama dia. I mean fresh kurma la bukan yang dah dikeringkan. Boleh makan sampai puas, percuma tapi kalau nak bawak balik kena beli la.. he he he

June 15, 2007 3:07 am  
Blogger Sastri said...

memang indah semuanya, Subhanallah... thank you for sharing...

June 15, 2007 3:56 am  
Blogger Rush Murad said...

Kak Chik - thanks! i nak jugak rasa berpuasa kat sana suatu hari nanti... depa kata 'cabaran' dan 'dugaan' lebih hebat... dan amat terasa keindahan Ramadhan.... insyaAllah... telaga zam-zam, tak dapat pun nak tengok macam mana rupa.... best hari2 dapat minum zam-zam dingin.... tu yg badan segar bugar jer kat sana..

anonymous - i tak perasan ler kurma merah tu, yg kuning tu adalah, tapi kelat..... i makan kurma, cokelat, dried peach etc free jer kat ladang tu... tapi tak beli pun...hiksss... we all beli kat bazaar kurma coz tour guide tu kata lebih murah kat bazaar kurma..

sastri- u r most welcome! lagi indah kalau tengok real/live.... ermm... pics tu semua i ambik guna camera comel i... the pics came out nicely....

June 15, 2007 5:33 am  
Anonymous Anonymous said...

Saya pun menyambut besday di Mekah tapi tak de la potong-potong kek.. he he he..

Kami terbang ke Madinah tinggal 3 hari di situ dan ke Mekah menaiki bas. Di Mekah selama 7 hari dan pulang melalui Jeddah. Rasanya lebih dekat kut berbanding dari Madinah ke Jeddah?.. Apa pendapat Rush? Sbb dari Mekah ke Jeddah cuma dalam sejam gitu.

June 15, 2007 8:15 am  
Anonymous tyah said...

Bersyukurlah dpt solat di Raudhah. Kenapa kita menangis pun kita tak tahu. Perasaan berbaur & bercampur2. Berpuasa di Mekah adalah sebuah pengalaman "mahal" lagi menginsafkan bagi Tyah. Masih ingat betapa lepas penat mengerjakan umrah, tyah cuma duduk di masjid menanti waktu berbuka & maghrib; datang hamba Allah (minah arab) menghulur teh, kurma & roti. tyah tergamam dan ucap Syukran & Tq. Dia tersenyum dan kembali bersama keluarganya. Betapa ada hamba Allah yg berhati mulia.

June 15, 2007 10:26 am  
Blogger Pnut said...

ady-ensem la hang botak...
ala-ala nampak selim sikit..
bila nak turun kl lagi...
leh kita party cupcakes...

June 15, 2007 11:11 am  
Blogger Rush Murad said...

Anonymous - dah ada orang nak belanja makan kek, kita makan ler, maybe depa pun teringin nak makan kek made in Makkah :P
Kami dari Jeddah ke Makkah dulu, dalam sejam jer lah, then naik bas 4 jam dari Makkah ke Madinah... tiring lah jugak... dah package macam tu... selalunya pi Madinah
dulu baru Makkah kan?....

Tyah - nanti i try pi bulan Ramadhan lah plak (mahal tau pi bulan Ramadhan ni...dan sesak dgn jamaah). Bila you nak call i? next week ek? nak suruh u buatkan kek cokelat tu... sistem barter... boleh?

pnut - aku ni slim tang muka, tang perut tak slim2 lagik... tensiiii... next week aku call kau nak konpem pasal cupcakes tu... maybe nak bawak balik Miri...ehemmm.. tak pun nak beri kat bakal mak mertua...ehemm...

June 15, 2007 11:47 am  
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum...

Cantik gambar2 yang diambil, rasa tak sabar lak nak berziarah ke sana, insya Allah. Moga tercapai hasrat Saudara untuk ke sana di tahun hadapan, kali ni dengan keluarga kan... insya Allah. Ni saya nak ucapkan Happy Belated Bday, dari awal nak ucapkan asyik terlupa je...

June 15, 2007 1:23 pm  
Anonymous rhoni said...

bakal mak mertua? udah ada calon yah rupanya?

June 16, 2007 11:03 am  
Blogger A f f e n d i O s m a n said...

lalu sat...lama tak singgah. sibuk banget kok!

tetibe rasa teringin nak jejak ke sana lagi lepas baca semua episod abang ni....


hmm..tot of jalan-jalaning to MYY....amacam?

June 17, 2007 2:29 pm  
Anonymous izwan a.k.a khairul said...

salam..
terima kasihlah ye sudi jenguk blog sy...
seronok dpt pegi umrah kn?
bilelah agaknya sy dpt ke sana...
doakanlah rezki sy murah....
kot2 ada rezki dpt ke sana di usia muda...hehe

June 17, 2007 6:49 pm  
Anonymous Anonymous said...

Rush,

Depends on the tour agency la. Kalau naik MAS memang turun kat Jeddah. Kalau naik Emirates, turun kat Madinah dulu. Masa turun kat Madinah tu, waktu dah dekat maghrib dah gelap tapi bahangnya.. ya Allah, terdiam kejap.. he he he. Lepas tu dah biasa. Pakai jubah pun selesa. Tak berpeluh. Cuma bila nak mandi, hotel tak de air sejuk atau panas. Yang keluar dari pili semuanya panas... so, yang nak membasuh tu... he he he..

June 18, 2007 3:21 am  
Blogger Rush Murad said...

Anonymous - thanks.... memang bercadang nak pi lagi next year, belated pun belated lah... the thought is more important. anyway... sapa u ni ek?

rhoni - calon-calonnya adalah.... dotdotdot....

fendi - busy kah? busy dgn kak joyah ker sekarang ni? :P nak jalan2 kat MYY? no problemo.. nanti u kena tanya Puan Sri yg kat sini dulu ek?

izwan - untung sesapa dapat pergi dalam usia muda.... i ni dah pertengahan antara muda-tua... so... lebih 'meresap'...

anonymous - (ramai plak anonymous, tak sure yg mana satu...) kat Madinah bahang panasa ditiup dek angin... tu yg lebih berbahang... but I'm still ok... tak tau ler, rasa macam serasi jer cuaca kat Saudi dgn I..... agaknya tubuh badan i ni mudah sesuaikan diri degn alam/cuaca sekitar... macam i pi Gurun Sahara tahun lepas... rasa ok jer.... tak der ler menggelupur kepanasan... ermmm... hiksss.... buat bersuci dgn air panas... mau melecet...:P

June 18, 2007 4:34 am  
Blogger A f f e n d i O s m a n said...

puan sri mana pulak dah ni?
tak pahammmmm....

June 18, 2007 9:01 am  
Blogger Rush Murad said...

fendi - Puan Sri Miri laaaaa.....

June 18, 2007 10:41 am  
Blogger A f f e n d i O s m a n said...

isk...
blur blur...puan sri miri tu bini tan sri mana lak?
tau le abang banyak kawan ngan blue blood ni...tapi seyus...tak pahammmmm


PUSKESMAS....penah dengar singkatan untuk Penolong Pegawai Tadbir?

PEPETAD....sounds scarry....

June 18, 2007 1:02 pm  
Anonymous Anonymous said...

Said..

Hmm tergerak lak hati nak ke tanah suci bila baca blog kau ni..(byk pahala kau bila org dpt inspirasi ke sana dgn membaca blog ko ni).. cuma nak tahu la apa dia kejadian yang mengecewakan yang buat kau marah.. sedih etc tu..

Sham Comel

June 20, 2007 6:56 am  
Blogger Rush Murad said...

Sham.... comel ker??? weii.... tak sabar nak tunggu kau datang Miri.... beshhh ada geng dapat kerja satu company...
daripada kau pi europe buat kerja tak tentu hala, baik ler kau pi umrah, cleansing.....
dalam ramai2 orang, kau sorang jer yg tanya pasal kejadian yg mengecewakan tuuu.... welll.... sedih sangat lah nak citer kat sini, next month kau pindah ker Miri, aku story kat kau....

June 20, 2007 9:52 am  
Blogger SERIAL PLANT KILLER said...

Teringin juga nak tahu "kejadian yang amat mengecewakan......marah, sedih, geram, keliru....." tapi dah boleh agak, kalau tanya, mesti jawapannya "Biarlah rahsia".

June 20, 2007 10:50 am  
Blogger Rush Murad said...

Nurul - nanti2 ler cerita..... phobia tu semakin eda dah ni... masih baru2 balik... still phobia, sampai terbawa dalam mimpi dan terngiang2 kat telinga ni.....

June 20, 2007 11:45 am  
Blogger Nikli said...

InsyaAllah..
niat yang ikhlas utk kunjungi semula Baitullah tahun ni nampaknya dilapangkan.. seronok menjadi tetamuNya..

May 07, 2008 4:46 pm  
Anonymous Nughol said...

Madinah.. the best city ever..
*tuitt tuittt...

ade lagi gambar2 lain tak? nak tgk gambar satu2 leh? taknak tgk yg collage2 nih.. (memileh ler plak kan?:p ehks!)

July 30, 2008 9:41 am  
Blogger Rush Murad said...

nughol - u just click the pic, it will direct u to my flickr.com

July 30, 2008 10:12 am  
Blogger aabaim said...

mo ibadah atau piknik/tamasya boz????

March 09, 2009 12:56 pm  

Post a Comment

Links to this post:

  <$BlogBacklinkTitle$>  
<$BlogBacklinkSnippet$>
posted by <$BlogBacklinkAuthor$> @ <$BlogBacklinkDateTime$>

Create a Link

<< Home

About Me

My Photo
Name: Rush Murad

View my complete profile

Countries I've visited so far!
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com

:::::MALAYSIA TRULY ASIA::::

  • Malaysia Tourism Board
  • Malaysia Tourism Centre
  • Lonely Planet: Malaysia
  • National Geographic Traveler
  • KL International Airport
  • Malaysian Airlines
  • AirAsia Airlines
  • Firefly
  • Malaysian Railways Services
  • Transnasional Buses Online
  • Kuala Lumpur City Guides
  • Kuala Lumpur Guide
  • Kuala Lumpur Hotels
  • Sarawak Tourism - North Borneo
  • Palace of Culture (Istana Budaya)
  • Malaysian Philharmonic Orchestra
  • Malaysian Handicraft Centre
  • Previous Posts

    • Pengalaman Indah Di Makkah 2
    • Pengalaman Indah Di Makkah 1
    • Lambaianmu Oh! Kaabah....
    • Metrosexual: Men Handbags
    • Mama.....Selamat Hari Ibu....
    • Food Heaven in Kuala Lumpur
    • Muhasabah Diri......
    • Pink vs. Green = Brown
    • Weekend Escapade: Chiang Mai, Thailand
    • Family Escapade: Kota Kinabalu

    ::::::::::::::::::O::::::::::::::::::

      Archives by Monthly

      • June 2005
      • July 2005
      • August 2005
      • September 2005
      • October 2005
      • November 2005
      • December 2005
      • January 2006
      • February 2006
      • March 2006
      • April 2006
      • May 2006
      • June 2006
      • July 2006
      • August 2006
      • September 2006
      • October 2006
      • November 2006
      • December 2006
      • January 2007
      • February 2007
      • March 2007
      • April 2007
      • May 2007
      • June 2007
      • July 2007
      • August 2007
      • September 2007
      • October 2007
      • November 2007
      • December 2007
      • January 2008
      • February 2008
      • March 2008
      • April 2008
      • May 2008
      • June 2008
      • July 2008
      • August 2008
      • September 2008
      • October 2008
      • November 2008
      • December 2008
      • January 2009
      • February 2009
      • March 2009
      • April 2009
      • May 2009
      • June 2009
      • July 2009
      • August 2009
      • September 2009
      • October 2009
      • November 2009
      • December 2009
      • January 2010
      • February 2010
      • March 2010
      • April 2010
      • May 2010
      • June 2010
      • August 2010
      • September 2010
      • October 2010
      • November 2010
      • December 2010
      • January 2011
      • February 2011
      • March 2011
      • April 2011
      • May 2011
      • June 2011
      • July 2011
      • August 2011
      • September 2011
      • October 2011
      • November 2011
      • December 2011
      • January 2012
      • March 2012
      • April 2012
      • May 2012
      • June 2012
      • July 2012
      • November 2012
      • December 2012
      • March 2013
      • April 2013

      ::COUNTRIES I'VE SET FOOT::

      LEBANON

      -Beirut, Byblos, Baalbek, Anjar, Ksara-

      UNITED STATES OF AMERICA

      -San Francisco, New York-

      HUNGARY

      -Budapest-

      SLOVAKIA

      -Bratislava-

      AUSTRIA

      -Vienna-

      BULGARIA

      -Sofia, Plovdiv-

      TURKEY

      -Istanbul, Bursa-

      CZECH REPUBLIC

      -Prague-

      OMAN

      -Muscat-

      SPAIN

      -Madrid, Seville, Cordoba, Granada, Barcelona-

      VATICAN CITY

      ITALY

      -Rome, Florence, Venice, Milan-

      QATAR

      -Doha, Ras Laffan-

      INDIA

      -New Delhi, Delhi, Agra, Jaipur-

      NEW ZEALAND

      -Christchurch, Queenstown, Dunedin, Picton, Wellington, Auckland-

      AUSTRALIA

      -Gold Coast, Sydney, Melbourne-

      KINGDOM OF SAUDI ARABIA

      -Makkah, Madinah, Jeddah, Taif-

      -United Arab Emirates - Abu Dhabi-

      PEOPLE'S REPUBLIC OF CHINA

      -Macau, Hong Kong, Shenzhen-

      MOROCCO

      -Marrakesh, Essouira, Zagora, Sahara-

      THE NETHERLANDS

      -Amsterdam, The Hague, Gronigen, Assen, Rotterdam-

      BRUNEI

      BELGIUM

      SWITZERLAND

      FRANCE

      GERMANY

      -Frankfurt, Munich, Blackforest-

      UNITED KINGDOM

      THAILAND

      -Phuket, Satun, Haadyai, Bangkok, Pattaya, Chiang Mai-

      INDONESIA

      -Lake Toba, Medan, Batam, Bali, Jakarta, Jogja, Surabaya, Bandung, Tanjung Pinang-

      SINGAPORE

        Best Malaysian Sites
          Subscribe with Bloglines
            Add this blog to my Technorati Favorites!
              eXTReMe Tracker Free META Tag Help Analyzer
                Add to Technorati Favorites
                    Directory of Travel Blogs


              My blog is worth $18,629.82.
              How much is your blog worth?

        Powered by FeedBurner