Tuesday, June 26, 2007

Hujung Minggu di KL

Hari Jumaat malam aku terbang ke KL dengan suatu misi khas. Sebelum tu ingin aku merakamkan ucapan terima kasih kepada Tyah yang sudi buatkan fruit cake yang sungguh sedap serta cream caramel yang puuuuurfect! Mereka yang makan kek tu semuanya memuji-muji, dan aku katakan yang membuat kek tersebut ialah seorang 'Cake Diva'. Beralih kepada cerita aktiviti di KL, sekarang ni sudah bermula Sale Carnivale, macam ada yang tak kena pulak kalau tidak bershopping. Tetapi kali ni aku kena lebih berhemat, sebab nak kumpul duit beli tiket flight ke Delhi. Hari Sabtu kami bermula dengan lunch di Madam Kwan's KLCC, terserempak pula dengan Hanafiah (yang sama-sama pergi Umrah) bersama isterinya yang balik bercuti dari Houston, US. Aku sempat memberitahu Hanafiah misi aku ke KL kali ini, dia agak terkejut apabila mendengar 'detail' misi tersebut dan bersungguh-sungguh ingin membantu, tetapi bukan di KL...... di Jakarta bilangnya. Aku katakan "I don't mind going back to my roots..."
Sementelah berada di KLCC, teringat pula ingin membeli Cream de la Mer (click) yang dah lama aku idamkan. Terkopak jugak duit akhirnya dalam berhemat segala, tetapi iman masih kuat dari dek godaan butik Ferragamo dan Adidas yang pasti akan membuat aku 'over budget'. Tetapi aku memang tak boleh mengalah bila nampak butik ZARA (click), kurang 15 minit aku dah keluar membawa sepasang seluar.

Ni cerita hari Ahad lepas pula. Singgah di Sri Hartamas untuk pendekkan lagi rambut di barber, siap ada alat urutan ala OSIM kat sini. Kemudian makan tengahari di restoran Nasi Kandar, memang dah lama aku tak makan Nasi Kandar, teringat pula kat Penang - rindu nak balik kampung pulak tetiba. Terima kasih kat kawan-kawan yang sudi temankan lunch hari tu - Yazlan Datuk Yahya, Syed Faiz Al-Habshee, Zaimi Abu Bakar dan Shariman Dato' Rahman - next time kita pekena Nasi Kandar original kat Jelutong pula. Setelah puas melilau sekitar Bukit Bintang, kami duduk menghirup kopi di Dome Cafe Lot 10. Kalau di Dome selalunya aku akan order samada Cafe Latte atau Twister, tapi kali ni aku pesan Long Macchiato pula. Dalam pada tu ramai lah pulak kawan-kawan lama dok melintas depan Dome, semakin ramai ler yang join meja kecik aku tu. Kelvin Lau pun ikut sama bersembang, dan katanya akan ke Miri bersama Mawi dan artis lain untuk program Miri International Food Festival minggu depan. Sebelum itu, sedang aku window shopping kat dalam Lot 10 tetiba ada kekecohan, sepasang pelancong dari Eropah begnya diragut semasa sedang membeli-belah di dalam sebuah kedai. Peragut tersebut sempat melarikan diri walau dikejar oleh Security Guard. Memalukan sungguh! tercemar imej negara kerana segelintir warga yang tidak bertanggungjawab. Pulang ke negara mereka, pasti pasangan tersebut akan membawa berita negatif mengenai Malaysia.

Selesai minum-minum dan bersembang, kami ke Hotel Istana untuk bertemu Dee (Jangan Ketawa, Asam Garam etc), beliau sedang bersiap-sedia untuk buat show di sana. Kalau dah mula berceloteh dengan Dee memang tak kering gusi dibuatnya, 30 minit bersama beliau memang tak terasa. Kemudian kami memandu pula menyusuri Jalan Damai, di mana terletaknya banyak restoran Timur Tengah /Arab. Dah lama tidak melalui jalan ni, tetiba sekarang ada banyak restoran yang happening dan unik. Lain kali jer lah singgah dinner kat sini.

Berbalik kepada cerita hari Sabtu, selesai melilau di KLCC, kami ke Convention Center pula kerana Munah jemput kami untuk ke International Beauty Expo. Berpuluh-puluh booth dengan pelbagai produk kecantikan serta kesihatan ada dijual dengan harga yang sungguh istimewa. Barang-barang yang kami cari semuanya dah sold-out (Vitamin C, Omega Fish Oil etc), tetapi akhirnya belilah juga beberapa produk kesihatan lain, termasuk kopi dan teh untuk kuruskan badan. Selain tu sempat juga buat pemeriksaan kesihatan serta mengukur tahap anti-oksidan dalam badan - nampaknya aku ni memang (WAJIB) memerlukan senaman serta menjaga pemakanan dengan betul dan teratur.

Inilah ole-ole yang dibawa oleh Wan Hidayat untuk aku sekembalinya dia dari out-station di Labuan semalam - THANK YOU so much!!!!. Kat sana memang banyak pilihan cokelat dan harganya pula memang jauh lebih murah kerana tax-free. Aku cuma pesan cokelat Cote d'Or "Melk Hazelnoten" tetapi dibelinya juga Cadbury "Choose Cadbury Choose Happiness" yang dalam tin comel ni serta sekeping lagi Cote d'Or "Melk Rozijnen Hazelnoten" - Milk Raisin Hazelnut. Macam dia tau jer aku memang suka benda-benda comel dan unik serta sedap.

27 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Thanks, insya Allah saya akan pilih 1, 2 antaranya... kena plan betul2, maklum kerja kat finance dept kena pandai set time...

Cute coklat2 tu... antara mknan yg saya suka..

Dee tu best kan... kalau ada kat TV mesti saya tengok... boleh hilangkan tension...

Anonymous said...

mau dong coklatnya.......

Rush Murad said...

anonymous 1 - w'salam... ooooo... kerja finance yer... mai lah Sarawak - cuti-cuti Malaysia.. u pun sukaakan cokelat ke? cadbury tu made in Malaysia tauuu...
Dee - yup dia tu kelakar, kuat melatah... hikksss...

anonymous 2 - rhoni ke ni? nak cokelat? kat Singapore kan ada byk yg sedap2 belaka....

~wan hidayat~ said...

hahaha...mcm kenal jea coklat tuh, "sedap tak??", awal bulan 7 sy turun lagi, sy beli satu ujana kewangan (tmpat jual coklat..)utk u supaya perut yg comel akan terus jadi comel....huhuhuhu...

Rush Murad said...

wan - teruja ni dengar u nak belanja i cokelat lagi.... nak pesan benda lain selain cokelat boleh? i dengar yg made in phillipines tu murah2 banget kat sana... errmm.....

Anonymous said...

OMG...Creme de la mer! Dah bertahun Kak Chik berangan, tapi sayang duit tahap gaban :-).
Nanti buat entry khas pasal keberkesanan nya ya.

tyah said...

Rush segan la..If u happen to drop in Supa Save @Brunei pls look for Tiramisu Almond Chocolate from Beryl's so sedap.. percayalah! Tyah angkat 10pkts

Red Mummy said...

kannnnnnnnnnnn

pi klcc tu, tak hengat ngan makwe ko yang sorang ni kan??

Rush Murad said...

Kak Chik - i pun dah lama nak beli creme tu, cuma kekadang terlupa sebab dah sibuk shopping benda lain. It takes time to see the effectiveness creme ni.... but ramai yg dah pakai creme ni bilang memang berkesan... especially jika nak hilangkan parut2 serta kedutan kat muka...i got a lot of deep scars... hopefully it really works on me..

Tyah - u ni pun penggemar cokelat jugak ek? nanti i cuba carik cokelat tu.... tak pun si Hidayat will look for them in Labuan... kan yat?

redmum - kau memang lupa pasal aku tauu... kan aku bawa handbag jugak...hiksss.... alah weekend kan uol tak kerja, sure lah tak der kat klcc.... dah tu uol sibuk memanjang...

tyah said...

Tyah dah lama gila coklat esp kat Labuan sebab murah. Read the ingredients b4 u buy kadang ader lard or rum. Jgn dok ngap je and dont eat @ chilipepper restoran:)

Rush Murad said...

Tyah - dan sesapa kat Miri/Sarawak ni, click this link for info tentang halal directory... very useful. thanks to Muhtar!

http://muhtarsuhaili.wordpress.com/

A f f e n d i O s m a n said...

kaaaaaaaan?
datang KL tetibe je kaaaaaaaan?

sedar2 dapat msg "i was in kl laat weekend, isnin pagi terbang balik MYY"

huhuhu...majuk ah!

DBI said...

salam rush..

banyak makan coklat- tak takut buncit ker???

suker lah Dee-kelakor.

Rush Murad said...

fendi - u pun balik kampung kaaaaaannnnn??? :P majuk ker??? errmm.... nanti belanja u cokelat lah... mau ka?

salam Doc - makan cokelat buncit ker? i la ni kena makan byk cokelat coz tension kat tempat kerja nih... dapat bos baru yg banyak cikadak.... semain cepat ler rambut i ni gugur + botak jadinya...Dee tu memang kelako, kalau sembang kat rumah dia, sampai pagi pun tak mengantok...

A f f e n d i O s m a n said...

ceklat? tamo.....
blanje tiket gi MYY bole gak! hehehe

Rush Murad said...

ayooo... demand ler plak..... nanti Puan Sri murka baru u tauuu....

tyah said...

thks for the info rush..Bos baru?? sebelum rambut hang gugur baik beli tonik rambut:)) tak pun maintain stail gitu ala ala mawi & its very economical tak payah beli shampoo & conditioner:)

Sastri said...

chocolates? i just love chocolates... my fave would be PATCHI chocs... yummyyyyy...

Rush Murad said...

Tyah - tengah cari tonik rambut yg sesuai ni, tak sure which one yg bagus.... maybe ada org leh rekomen

sastri - wahhh... high taste ni... PATCHI.... kat Brunei chocs tu lebih murah compared to KL.....errmmm....

Sastri said...

errr... not really high taste kot... :p

pasal tonik utk lebatkan rambut, i'd recommend pati atau tonik urang aring... (tak tau laa nama melayu dia) tapi ada jual... bau dia wangi, tapi wangi yg kita tak tahan bau laa... :p but it's good for hair growth... :D

Rush Murad said...

sastri..... apa brand tu? nevermind, sat lagi kalau i free, i buat posting pasal rambut gugur ni and tanya sesapa yg tau etc....

tyah said...

Produk sari ayu or mustika ratu. Guan tonik urang aring di tempat yg rambut nya rontok gitu..guna shampoo bayam juga:))

~wan hidayat~ said...

...pentasmu Sang Rama
lagak di Mahabrata
bukan di maya ini....

Damm poetic, walaupun i tak pernah amik sastera tapi i nak balas gak...

"You know Arwen,the only daughter of Elrond, Lord of Rivendell, Arwen is said to be the most beautiful of all living beings in Middle-earth. Born to an immortal life as an Elf, Arwen must chose between it or to forsake this everlasting existence for the love of the mortal Aragorn. In so doing, she dooms herself to die as a Human".

Wakakakka....

Rush Murad said...

tyah - rambut rontok???? shampoo bayam??? tak pernah dengar pun, kalau keropok bayam tu adalah :P

wan hidayat - i really like ur poem tu.... tapi entry u kali ni very the cerita sedih.... banyak bersabar dan tawwakal ya...

bitiqe said...

mauuuuuuuuu coklat nya (iler dan ngences berjatuhan!!).........hiksss di simeulue ni cuma bisa mimpi makan coklat.....

A f f e n d i O s m a n said...

Puan Sri tu sapa ek?
takmo kenalkan ka?

Rush Murad said...

Julia si anak bataq - masa di simeulue nggak ada cokelat? i will send some to you, email me ur address ya adik manis..... (wahhh... nih bisa berantem ama cowok loe!)

fendi - yessss.... Puan Sri asyik menjeling jer kat blog ni.... ngeriiii....