Wednesday, June 20, 2007

Lagu Tema Kah?

Dah dekat sebulan Blogger.com ni buat hal. Sebarang editing di bahagian Template tidak boleh dilakukan, dan setiap kali itu juga akan keluar mesej seperti kat atas ni - "We are unable to save your template". Tak boleh nak ubah lagu, tukar atau tambah link dan macam-macam lagi. Nasib baik masih boleh buat posting dan upload gambar. Maka, merasalah kita mendengar lagu Hikmah ni tak putus-putus (dah macam lagu tema Tepak Sireh pula!). Sudah cuba untuk delete, pun tak boleh, pendek kata segala macam editing atau suntingan ke atas blog melalui Template memang tidak akan berjaya. Sudah pun hantar aduan ini melalui saluran yang betul, masih tiada jawapan. Bukan aku seorang sahaja yang mengalami masalah ni, ramai rupanya yang mengadu, dan masih tiada jawapan yang diberikan oleh pihak Blogger.com

Muhibbah 4

Disebabkan masalah tadi, tak der mood dah nak update blog ni walaupun banyak idea dan cerita, lagi pun teramat sibuk dengan kerja-kerja Syarikat. Itu tak termasuk 'extracurriculum' dan aktiviti sampingan yang lain. Yang pastinya aku semakin betah tinggal di Miri. Hujung minggu lepas sibuk dengan Sukan Muhibbah di antara Jabatan Alam Sekitar Sabah/Sarawak/Labuan/Petronas Carigali dan Shell. Seperti biasa aku akan kumpul pemain untuk sukan Bola Tampar. Memandangkan aku dapat info di saat-saat akhir, makanya ramai pemain yang handal tidak dapat serta, maka tinggallah semuanya 'bidan terjun'...... janji ada daripada tak ada wakil langsung. Yang seronoknya, dapat 2 helai T-shirt warna merah menyala, topi warna jingga dan tuala buat kesat peluh. Selain dari itu, sehari sebelum acara bermula, ada Gala Dinner di Miri Golf Club, dan penutup juga ada Gala Dinner di Eastwood Valley Golf Resort.

16 comments:

SERIAL PLANT KILLER said...

Aaarr? 'Bidan terjun'....bidan main bola tampar yer? :) I guess blogspot bug ni affects some bloggers aje. Nak tunggu your post a comment pops up pun lama unlike others. Sabar aje ler..

Cerita pasal sukan ni reminisce pulak when I was working in Oil & Gas, tak pernah miss participate in Inter-Oil Company Game organized by MDTCA. Macam biasa, Shell & Petronas yang selalu concur top spots....

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Tentunya meriahkan majlis sukan yang diadakan tu... tak de gambar2nya ke?...
Kalau tidak keberatan, citer pasal umrah tempoh hari... kan di hujungnya ada sebut pasal kejadian yang menyediakan... boleh tahu apa kisahnya... Mana tahu boleh dijadikan panduan...

bitiqe said...

bang, makin betah aja ni di miri ceritanya....senang dunk pastinya

Red Mummy said...

abang tepakku sayang yg jauh di mata tapi tetap di poket ...

boleh tak ko sms aku no ko bang, ko lupa ke adik ko ni nye contacts no sume dah ilang gone abih ditelan alam...

tolong ye....

macih, i lap u!

Rush Murad said...

Nurul - bugs ker bugger si blogger.com ni... nangessss..... lagu tak sesuai dgn posting/entry.... macam u tengok cerita Shrek tapi musik dari filem Hapuslah Airmatamu lakonan Tok Pah.... hiksss....

Julia - u pun sama.... semakin meriah di Simielue... udah ada pacar ya sekarang??? asikkk...

anonymous - ada pics... tapi tak byk dan tak menarik... tu pasal decided letak puic banner jerrr... pasal kisah tuu.... nanti82 lah, di lain posting..

red mom - mana pegi telefon canggih u tu???? bukan ker kat China hp ni murah meriah?... nanti i sms u.... ek...

tyah said...

Lagu "tema" ni kalau dgr betul2 leh gak buat insaf n tobat kan:)Info yg tyah kasi ari tu Rush participate tak? Yg kat Everly Parkcity hujung bulan ni? Esok petang deliver kat istana u.

A f f e n d i O s m a n said...

hmmm...kak red tu saje je cakap henset dia ilang bagai...agaknye terdelete kot number! hahahahaha...laaaaarrrriiiikkkk

hmm, ok je bang shidi kite nye blog, bole gak tukau2 lagu! hes hes hes..mebi pasal adi pakai ready made template kot! kan kan kan?

Rush Murad said...

tyah - naik berdengung dah dengar lagu ni.... insaf dah jadik on n off dah...... anyways...sebelum sampai, u call dulu ek... tq!


fendi - i guna master version, yg guna html segala... yg kuno.... pening kepala dgn segala script html.... menciiiiiii..........

SERIAL PLANT KILLER said...

Kalau camtu, tak tahu nak gelak atau nak nangis or gelak dalam tangisan...konfius....

edi sutoyo said...

Halo apakabar..?ada masalah di blognya ya?

Zeyn of Envy said...

Abg Rush,

could you do me a favour?

boleh tak jangan link my blog to yours KALAU dah berkurun-kurun addressnya tak bertukar?

it's kind of confusing when some bloggers tanya 'Kau gaduh dengan Rush Murad ke sampai link kau dia tak tukar?' when i said no, macam2 pulak speculations keluar.

if you still want to link my blog, kindly update the address. if not, might as well 'abaikan' my link altogether.

i have nothing against you and i hope you are too. boleh kan?

thanks.

DBI said...

salam rush...

ok jer lagu ni...sesuai jugak untuk berbagai tema/posting...

so..ada menang ker bidan bidan terjun tu...?

Anonymous said...

Assalamualaikum....

Apa khabar? Busy ngan kerja ke?... Tunggu gak kot ada citer terbaru kat blog Saudara ni... Nak tanya sikit, minta pandangan sebenarnya... cdgnya hujung thn ni nak bercuti ke Sarawak, mungkin gi ngan kekwn & mungkin gak solo... kena tengok kewangan kekwn gaklah... So kat Sarawak tu, kat belah mana yang best kalau nak gi bercuti... Saya suka alam semulajadi, maklum sesekali nak tenangkan fikiran setelah penat bekerja...

Rush Murad said...

Nurul - ada orang boleh nangis dalam gelak... dan ada jugak yg tergelak bila kita menangis....

zeyn of envy - thanks for ur alert. for the time being, memang tak boleh nak edit in template area.. as i mentioned kat dalam posting ni... tensiiii... will do that once the template area back to normal...

edi - kabar baik2 aja... yup.. ada problem ama templatenya.... jadi bingung gw....

dbi - sesuai ker? macam tak sesuai lah, each time i made new posting, selalunya i letak lagu yg ada kaitan dgn posting.... ingat next posting nak letak lagu dari Mongolia...

anonymous - banyak tempat kat Sarawak ni yg sesuai dgn pencinta alam semula jadi... pi Kuching... kat sana ada macam2 national park... yg i dah pi ialah Bako national park.... dan byk lagik.. try surf internet.. kat Miri ni cuma ada Niah, then Mulu cave kena naik flight, ke arah Bintulu ada similajau... tanah tinggi Bario pun tak jauh...

Akak Pok Pek said...

app pun dah pakai 2 botol creme le mer tu. Mungkin ada ler perbezaan sikit tapi tak lah ketara sangat. so sekarang pakai SKII.Memang ketara!! (ish macam iklan plak yer)

Rush Murad said...

aka pok pek - yer kerrrr??? ingatkan la mer tu 'the' cream segala.... skII lebih bagus???? kena beli jugak niii.....