Monday, June 04, 2007

Pengalaman Indah Di Makkah 1

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah.... semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna. Beberapa kali aku sujud syukur di hadapan Kaabah sebaik tiba di Masjidilharam kerana akhirnya aku sampai juga ke Baitullah dengan selamat dan tanpa sebarang masalah. Bermula dengan iringan doa serta azan oleh seorang Ustaz di rumah Datuk Yahya dan Datin Hawa di Damansara Height, sehinggalah pelukan serta lambaian Habib di Departure Gate KLIA..... semuanya seakan babak-babak indah memulai perjalanan ibadah ini. Selama 8 jam berada di dalam pesawat MH 0150 KL-Jeddah dimanfaatkan dengan mengulangkaji dan menyusun strategi ibadah. Agak keliru dan terkilan dengan kondisi King Abdul Aziz Airport, negara kaya tetapi kemudahan awam tidak terjaga. Ustaz Nasir yang berasal dari kota Pontianak mengalu-alu kedatangan rombongan kami seramai 26 orang, yang rata-rata pertama kali menjejakkan kaki ke tanah Arab ini. Jeddah ke Makkah mengambil masa kurang lebih 1 jam dengan menaiki bas, kami terus ditempatkan di Hotel Zahret Makkah, yang jaraknya hanya 50 meter dari pintu Babul Umroh, Masjidilharam. Selesai membersihkan diri dan makan malam, sekitar pukul 11.30 malam, kami memulakan Umrah yang pertama diketuai oleh seorang Mutawwif muda berasal dari Indonesia. Keadaan sekitar Masjidilharam amat tenang dan mendamaikan, segala aktiviti berjalan lancar dan Umrah pertama selesai sekitar jam 1.30 pagi. Rasanya semua cerita ibadah Umrah ni hampir sama bagi setiap individu yang pernah melaluinya atau mendengarnya, kecuali kalau ada 'kes-kes' tertentu atau cerita-cerita menarik atau aneh. Bagi aku, tiada yang aneh-aneh berlaku, semuanya lancar, tetapi nak juga berkongsi beberapa insiden, agar kita sama-sama dapat merenung kebesaran Allah dan muhasabah diri.

Cerita Sandal vs Selipar Jepun
Hari kedua di Makkah, aku menuju ke Masjidilharam untuk solat Zohor dengan memakai sandal baru berwarna putih jenis 'slip-on'. Ramai yang mencadangkan supaya aku membeli 'selipar jepun' sahaja kerana kerap berlaku kehilangan selipar di sana. Dengan bersahaja aku katakan kepada mereka 'saya ni tak biasa pakai selipar jepun yang murah tu, walau ke tandas, sebab rasa geli semacam..... rasa macammm.... issshhhh... tak perlah, pakai yang elok sikit jer..". Sandal baru aku tu simpan di 'pigeon hole' babul Umroh, dalam hati tawwakal sajalah. Selepas solat, memang benar sandal aku tu dah hilang, puas aku meninjau-ninjau sekeliling, memang dah lesap. Cuaca panas dengan suhu sekitar 43'Celcius, nak berkaki ayam sahaja pulang ke hotel? Aku tawwakal..... semasa memijak lantai marmar luar masjid aku masih boleh bertahan, tetapi sebaik memijak tangga kayu....kedua belah tapak kaki terasa terbakar.... masyaAllah!!!... dalam hati sempat aku berkata ' Ya Allah, aku halalkan kepada sesiapa yang mengambil sandal aku tu, aku sedekah, aku redha".... sambil aku cuba berlari mendaki anak tangga, belum sempat sampai ke penghujung, aku mendongak ke atas dan terlihat seorang wanita kulit hitam berpurdah sedang menghulurkan dua pasang selipar jepun yang masih baru kepadaku!!!!!!!! Bayangkan kalau aku berjalan tanpa alas kaki melalui jalan tar sehingga ke hotel? pasti tapak kaki aku akan terbakar dan aku pula tidak dapat mengerjakan ibadah-ibadah seterusnya. Ada seorang teman setelah mendengar cerita aku ni membuat komen "nasib baik kau ni memang jenis yang lembut hati dan tak panas baran, sesetengah orang tu pasti dah maki hamun sumpah seranah segala.... Allah nak tunjuk kalau kita ni selalu menjadi pemaaf, pasti ada ganjarannya...". Selepas insiden tu aku mencari wanita 'penghulur selipar' tersebut saban hari, bayang dia pun tak der....

My Mecca Trip 1

Cerita Manusia Kaku Di Hajar Aswad
Hari ketiga di Makkah, juga setelah selesai solat Zohor. Dalam keadaan cuaca yang panas terik, aku beratur panjang di sebelah Kaabah untuk mengambil kesempatan mencium Hajar Aswad. Aku gagahi juga dalam cuaca sebegitu, dan cuba bersabar untuk tidak ikut-ikut meredah kelompok ramai yang tidak mahu beratur, masing-masing saling berhimpit-himpitan, tolak-menolak, tarik-menarik, ada yang bersuara keras dan sebagainya. Dalam hati berkata-kata, lama juga aku kena beratur dalam panas terik ni, kena banyak sabar dan astagrfar, doa banyak-banyak supaya dipermudahkan usaha. Tak sampai beberapa minit, barisan tadi dah jadi semakin pendek sebab ada yang keluar dari barisan kerana tak sanggup nak menunggu. Ketika aku berada selang 3 orang dari Hajar Aswad, manusia di sekeliling semakin ganas bertolakan dan bertempik, naik takut dan cuak pun ada, aku semakin terhimpit ke tembok Kaabah sebelah Rukun Yamani-Hajar Aswad. Lelaki di depan aku yang besar tinggi cuba untuk menarik hujung kelambu Kaabah, aku pula tetiba berada di bawah ketiak dia, dan terus menuju ke hadapan Hajar Aswad. Aku baca doa-doa khusus semasa muka menekup ke dalamnya buat seketika, dalam hati hairan juga kerana tidak ada yang menarik-narik atau menjerit-jerit supaya segera beredar. Aku menjengah keluar, pandang kanan, kiri dan belakang..... semua manusia yang ada di sekeliling macam terpaku dan kaku melihat aku. Aku keliru sebentar (kenapa mereka semua ni tak suruh aku cepat beredar? tak jerit-jerit? tak marah-marah sebab dah lama baca doa kat dalam hajar tu?), dan memandangkan tiada siapa yang 'berbunyi', maka aku masukkan sekali lagi kepala ke dalam batu Syurga tu, mengucup puas-puas. Selepas insiden itu, aku cuba muhasabah diri, salah satu kelemahan aku ialah tidak tahu memarahi orang, aku tidak tahu nak menjerit-jerit dan mengherdik marah..... mungkin ini balasan baik yang aku terima.....ada kemungkinan....

My Mecca Trip 2

Cerita Cincin Batu Abah
Hari Khamis, 24 Mei ialah hari lahir aku. Selesai solat Asar, aku bergegas ke sebuah Souq 3 tingkat berdekatan hotel penginapan. Tujuan utama ialah untuk memenuhi permintaan dan pesanan Abah agar dibelikan sebentuk cincin yang ada batu, tak kiralah batu apa pun. Ground floor Souq tersebut cuma menempatkan 2 buah kaunter menjual pakaian lelaki di sebelah kiri dan kanan escalator/tangga elektrik. Lantai pertama dan kedua menjual barangan yang hampir sama, rata-rata menjual pakaian, minyak wangi dan barangan perhiasan dari batu-batu permata. Souq yang berbentuk empat segi ini tidaklah begitu besar, hanya boleh memuatkan tidak lebih dari 20 kedai pada setiap lantai. Ini kali kedua aku ke sana, dan aku terus tertarik dengan sebuah kedai yang terletak di penjuru tingkat 1. Penjual berbangsa Pakistan tersebut sungguh peramah dengan raut wajah yang mesra dan sentiasa tersenyum. Aku katakan yang aku ingin membeli sebentuk cincin bertahta batu, sebagai hadiah kepada bapaku di Malaysia. Batu Agate berwarna perang muda dan diikat dengan suasa serta perak menjadi pilihan. Kemudian aku katakan yang hari ini adalah hari jadi aku, dan aku ingin membeli hadiah untuk diri sendiri. Pemuda tadi menghulurkan tangan berjabat erat sambil mengucapkan 'Mabrook' (tahniah) sempena dengan harijadi aku, kemudian dia menunjukkan beberapa bentuk cincin Zamrud dihiasi berlian diikat dengan perak dan suasa. Dimasukkan sebutir ke jari manis, muat-muat saiz jari dan yang lucunya cincin tersebut tak boleh nak dilucutkan dari jari aku - nampaknya kena beli dah ni. Aku mula bertanyakan harga cincin tersebut, harga yang diberikan amat murah, hanya suku dari harga yang ditawarkan di kedai lain - macam tak percaya pun ada. Cincin untuk Abah pula diberikan diskaun separuh harga, aku gembira bukan kepalang - dapat hadiah beli sendiri dan hadiah buat Abah. Balik ke Hotel, ramai yang memuji cincin yang aku pakai, aku katakan yang harga di kedai tersebut cukup murah, dan ramai pula mengiyakan serta berminat untuk membeli. Esoknya selepas Asar, kami seramai 8 orang ke Souq tersebut mencari kedai yang aku pergi semalam. Percaya tak kalau aku katakan yang kami tidak menjumpai kedai tersebut? Memang betul, setelah lebih 8 kali 'tawaf' di dalam Souq yang sekecil itu, aku masih tidak dapat mencari kedai tersebut, yang ada di hujung penjuru tingkat 1 itu hanyalah kedai menjual pakaian wanita!

Bersambung.................................

43 comments:

Pato & Pearl said...

We were so engross reading your post. Alhamdullilah you're back in all healtiness. Sometime miracle happens without any explaination. We learn to be humble in anything we do even if we have stepped into Rumah Allah.

Great pics ! mudah mudahan dapat kembali lagi ye.......

P&P

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Alhamdulilah... kiranya kerja umrah & ziarah Saudara Rush berjalan dengan lancarnya. Terfikir juga, bila pula giliran saya untuk berziarah ke sana? Berdasarkan cerita yang tertera, alhamdulilah Allah permudahkan semua urusan Saudara Rush... Insya Allah...

sayda said...

owh dh balik ke.
everytin goes well.

alhamdulillah~

Red Mummy said...

i will read it later detaily when im back to kl. skang ngah rushing bang..still here.

anw, leh lak bergambo kat area2 kaabah ye bang? tot x leh/

ok nnt aku kaco ko lagi...

Squeezy said...

Alhamdulillah, very happy for you to be able to perform Umrah. Next mission : HAJI Mabrur! Ameen!

::Sham::

Rush Murad said...

pato&pearl - semasa di sana, tidak putus2 i berdoa untuk kembali lagi TAHUN HADAPAN untuk mengerjakan ibadah ini. InsyaAllah next year i nak pi with my family and 'tersayang'......

anonymous - terima kasih... berkat doa rakan2 juga mengiringi pemergian ke sana, alhamdulillah semuanya lancar. InsyaAllah kalau ada rezeki dan jodoh, u akan ke sana juga...cepat atau lambat... amiinnn...

sayda - yup.... i'm backkk.... :-)

red mum - ke Beijing ler gamaknya korang ek? bila nak balik? Memang tak boleh bergambar actually, depa check semua beg kat pintu masuk masjidilharam, but i dapat seludup handphone and camera kecik tu sekali, masuk dalam second pocket in my sling bag. tapi masa ambik pic tu, tak hengat dunia... tak der sapa pulak nak tangkap.... hehehehee.... more great pictures in next entry...

Sastri said...

Waa... selamat kembali ke tanah air... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar for u... Seronok baca pengalama u kat sana... Moga-moga i pun berjaya sampai ke sana kelak... :D

A f f e n d i O s m a n said...

ruhhhh ruhhhhh ya haji.....

ehmmm....kalau terperasan kat mekah tu baaaaaanyaaaakkkk nama adi tercatat di mana2! heh....

Rush Murad said...

Sham - dah lama tak dengar berita dari u..... bila nak datang Miri lagi? InsyaAllah.... ada rezeki nanti pi haji plak...... tapi macam tak ready lagi...

sastri - thanks dear! insyaAllah, setiap Muslim kan punya cita2 mahu sampai ke sana.... semoga u cepat ke sana.... amiinn....

adi - banyak nama u kat sana??? ermmm..... u buat graffitti kerrrr?????? kena potong jari tauuu...

SERIAL PLANT KILLER said...

Tepak Sireh sudah pulang ke gagang rupanya. Pengalaman yang menimbulkan keinsafan pada diri dan kebesaran Tuhan. Insyaallah akan ke sana , tapi entah bila and yang penting bersedia ker? Dah jumpa ke Minah Arab tuuuu?

I kat Langkawi niiii......

Rush Murad said...

Nurul - rasa macam tak puas kat sana.....errrm.... should stay longer. I rasa kalau nak tunggu 'sedia'.... lambat lagik ler nak pi.... bila dah dapat 'seru' tu... straight away ler pasang niat dan tekad. Dah jumpa ramai minah Arab..... yang campur Arab coming soon jumpa...ehemmm.....

Buat apa kat Langkawi??? coti-coti lagik kah?

rhoni said...

balik umrah senyap aja nih....gimana pesanan saya sebelum berangkat disampaikan gak?

SERIAL PLANT KILLER said...

He..he...apalagi, kali ini family trip..tunggu aje my next n3. Ooo...cari yang sekufu jugak yer? Hopefully yang ini menjadi...

Rush Murad said...

rhoni - alhamdulillah, i dah sampaikan salam u kepada Rasulullah masa i melintas depan makam baginda.... masa tu selepas Isya', orang tak ramai...so dapat sebut nama2 rakan2 yg titip pesan.....

Nurul - Family trip katanya... i dah lama sangat tak pi langkawi, nanti in ur entry u beri ler tips ek.... and pics sekali... sekufu? ermm.... minta sangat kalau ok...yg ni menjadi... u plak bila? ehemmm....

wahdi said...

Rush, tergamamnya baca pasal kedai cincin tu, ada tak gambar cincin tu?..mseti cantik kan?

A f f e n d i O s m a n said...

grafitti kebendenye...

cube tengok nama2 jalan kat sana...

tho raa yaa qauf....(bleh baca arab tak ni?)

pastu waktu orang sesak2, pak polisi semua sebut nama adi...mintak lalu katanya...

ruhhh ruhhh....tho raa yaa qauf

*matila perasan.....

A f f e n d i O s m a n said...

hmmm..lupa.
pesanan adi bang shidi ada sampai tak? testing testing...takut terlupa!

Rush Murad said...

wahdi..... will do that... emerald tu katanya datang dari Zaire or Zimbabwe..... macam mana tu? setahu i Zamrud ni banyak kat Myanmar, India dan yg famous Colombia.... tak pernah plak dengar yg dari Afrika...

adi - tau ler nama u tariq... tariq affendi (Jalan/Lorong Tariq?)....... hiksss... alhamdulillah dah sampaikan pun....

A f f e n d i O s m a n said...

hehehhe...bukan laaa
kalau tgk btol2 they will use either shari' or thoriq...

contoh...jalan tuanku abdul rahman
shari' / thoriq tuanku abdul rahman...

camtu la seadanya

Anonymous said...

Rush, alhamdulillah you dah sampai ke Malaysia dengan selamat. I dengar you ada buat doa selamat di JB? siap jemput Royal family lagi, tak jemput i pun.

Meera

Rush Murad said...

Meera,

thanks! last week lagi dah sampai, terus fly balik JB.

Sori ler tak sempat nak jemput rakan2 lain....just my neighbourhood punya kariah. We all buat kenduri simple2 jer... i masak sendiri with my family. Dah lama i tak masak for kenduri, so i masak ler Nasi Makkah (resepi baru, ambil sempena nasi yang i makan kat Makkah, memang sedap...macam nasi minyak but tasteful)... tentang Royal family tu, yup... YAM Tunku sudi hadir mencemar duli datang ke teratak i kat Kulai...

Muqreez said...

Mabrook..wa 3ied milad sa3eed...

Satu umrah menghapuskan dosa untuk tahun yang lepas dan selepasnya..

So jangan laa nakal2 :P

Rush Murad said...

Muqreez - u ada kat sana ker sekarang?? i macam konpius sikit ler ur location.... Madinah? u pun pi umrah? InsyaAllah ibadah Umrah ni akan menghapuskan dosa2 lama etc.... dan yg penting i inginkan keredhaan dan keberkatan dari Allah dalam hidup ini. Nakal? mana u tau i nakal?? heheehehhee....sikit2 tu adalah....

Ujang_MD said...

hmmm kalau tutup blog rasa lebih baik sebab nanti tak update gak... ohh i like yr intro song nih.. nice.. bila ler dapat pergi tanah suci nih.. teringin sangat but still tak mampu lagi.. hopefully one day...

tyah said...

Salam Hj "kecik" Rush:) kan dah pesan jaga mulut sikit hehe.. alhamdulillah. Niat utk berkunjung semula adalah lumrah biasa bagi setiap insan yg telah terpilih.

Rush Murad said...

ujang - busy ker sekarang ni? nak pindah selangor...terengganu tak best ker? atau...jenggg...jenggg....jenggg...
InsyaAllah, kalau ada rezeki, lambat laun dapat gak pi sana nanti..

tyah - haji kecik? hiksss..... but ur sis n ur advise tu memang i ambik pakai "jangan dengar cerita yg pelik dan menakutkan, kalau semua orang dengar cerita yg menakutkan, nanti tak der sapa nak pi Makkah, just listen to all the nice stories...".... thanks tyah! apa pun... i dah sampaikan salam u... dan..... i dah belikan 'benda' yg u pesan tu....exactly the same... size pun sama... bila nak datang ambik?

shahril aley said...

seronok baca kisah rush mengerjakan ibadah umrah...so ape impak atau perubahan dalam diri rush lepas balik dari mekkah...
tentang poem tu rush ade tanye kan. so kalau u nak amek pun boleh. tak de register copyright pun....
well, sedang menanti kisah selanjutnya dari masjidilharam....

lee said...

Syukur alhamdulillah...
Semoga setiap amalan En.Rashidy diberkati dan diterima olehNya.
Amin....

dirtypap said...

Best kan dapat jejakkan kaki kat tanah suci? Yang seronoknya dapat tumpukan perhatian yang sepenuhnya pada ibadah tanpa fikirkan hal-hal lain seperti soal kerja dsb. Pengalaman aku masa ke sana lebih kurang sama macam ko; hilang selipar kat masjidil haram, terpaksa bersesak nak cium hajar aswad (tobat) dan shopping sakan. Tapi tu semua pengalaman silam dekat 10 tahun yang lepas (masa Tingkatan 2). Ntah bila agaknya dapat jejak lagi ke sana. Bahu kiri ni dah terasa berat yamatz. Huhu!

Rush Murad said...

shah - impak tu memang ada.......... memang terasa....what i can say is 'alhamdulillah'!!!!!!! thanks... i nak grab ur poem tu ek... buat collection.

lee - thanks... i pun memang berharap dan sentiasa berdoa agar setiap doa, amalan dan hajat dimakbulkan olehNya...

pap - you are totally right! i tak fikir pasal kerja etc... memang fokus kat ibadah.... seriously, setiap kali lepas solat kat masjidilharam, rasa macam malas nak keluar masjid... nak lepak2 pun kat dalam tu jer...shopping? yes... im shopaholic, kat sana pun i tak lepaskan peluang, sampai excess baggage berkilo2... kalau dah terasa bahau kiri semakin berat....pi lah cepat2, u kan mampu.

tyah said...

Rush; pretty busy lately... nanti ambil "benda" tu. Pengalaman tyah lebih kurang sama. Maybe kat tanah sini suka tlg org niaga sampai sana tabiat tu tetap sama. Pak arab kasi sebiji batu agate yg sgt cantik. Pasal selipar tu; Tyah pun kena kat masjid nabawi. balik hotel pakai stokin je hehe.. sabar je la..

Rush Murad said...

tyah - kalau u dah free nanti, just sms me ok. Maybe weekend ni nak pi Brunei, ikut sambut memeriahkan majlis pernikahan anakanda Sultan Brunei. Beruntung u dapat sebiji batu Agate, i plak ada kedai ni beri i sebiji batu kecil warna grey berbentuk buah peach, siap ada tangkai dan daun dari perak - boleh buat loket rantai, so i hadiahkan to my little niece. Ada cerita kat Masjid Nabawi gak, but kena tunggu entry pasal Madinah plak ek...

SERIAL PLANT KILLER said...

Tyah - sajer nak sibuk... pesan "benda" aper tu? Siap dalam inverted comma lagi....;).

Rush - Memang family trip ler....tak caya, nanti tgk pics..Tunjuk ler cincin hikmat tu...Anyway, semasa my Mum tadah tangan berdoa kat Masjidilharam, tiba-tiba ada 4 precious stones dalam tangan dia tapi kemudian hilang bila dia nak balik.

DBI said...

maaf rush..lambat wish..selamat kembali...cerita cerita tu jadi teladan supara kita tak lara

rasa teringin jer nak gi jugak bila baca entry ni...

Rush Murad said...

Nurul - actually Tyah pesan senaskah Al-Quran... yg special punya. Alhamdulillah dapat gak i cari yg exact dia nak. Nanti ler i sambung citer pasal makkah, masukkan pic cincin tu. Cerita ur mum dapat batu tu lagi sensasi, tapi sayang... hilanglah pulak... tak der rezeki kot, kena pi lagi.

Rush Murad said...

dbi - thanks for ur wishes... tau ler, kerja jadik doktor ni kan busy memanjang... yer kerrr???? u dah mampu sgt nak pi umrah..... u akan rasa tambang setakat beberapa ribu tu lebih dari berbaloi bila dibandingkan dgn kesempatan berada di sana dan segala keindahan yg dikecapi semasa beribadah.... pasang niat dari sekarang....

blackpurple said...

Alhamdulillah. Perjalanan yang banyak cerita dan iktibar.

Umrah sudah, Insya-Allah panggilan haji pula selepas ini. :)

Rush Murad said...

blackpurple @ jowopinter @ budak keturunan yang pandai :P = InsyaAllah, cukup semua syarat.... buat Haji pulak.... tapi bukan dalam masa terdekat, tunggu ada 'Mrs. Rush' dulu... nak pi sama2....

Muqreez said...

Rush..am in Kl now..was in Saudi before... :) skit2 nakal takper :P

Rush Murad said...

muqreez - thats why la i baca ur blog cerita pasal kat Madinah segala..... u pun nakal jugak ke kat sana? :P

Anonymous said...

Nak tanya, boleh ke ambik pic depan kaabah? macam mana nak ambik, guna hp atau camera? saya dengar kat sana susah nak bawa masuk hp, nanti ada guard yang check beg.....

Rush Murad said...

anonymous - boleh ambik pics, tapi kena hati2, sembunyi2... ramai yg bawa handphone but pura2 bercakap... then depa sempat snappy. i bawa hp n camera comel dalam sling beg tu, dalam sling bag tu ada pocket kecik... depa tak perasan ler. memang depa akan check ur bags etc di pintu masuk, so far memang i selamat ler... memang i berniat nak ambik pics kat dalam tu dan tunjukkan kat family dan rakan2.... supaya depa yg belum pergi akan terpanggil dengan keindahan masjidilharam dan masjid nabawi...

Anonymous said...

hopefully, one day i pun dapat ke sana..