Tuesday, May 08, 2007

Food Heaven in Kuala Lumpur

Malaysian Food
Some of the food's pics taken during my 'makan-makan & jalan-jalan' spree in KL. From left to right; Salmon at IKEA, Tomyam at Bora Ombak, Singapore Laksa at Secret Recipe, Mushroom Soup at Dome, Spaghetti Bolognaise & Brownies at Secret Recipe, Fish n Chip & Spaghetti at Dome, Chicken Pie at Dome, Siakap fish 3 rasa at Lala, Ice blended coffee at California Cafe, Chocolate Cake at IKEA, Swedish Meatball with Cranberry sauce at IKEA, Caffe latte double shot at Dome, Pai Tee & Penang Prawn Mee at Little Penang.
Entry kali ni cerita pasal makan jer. Bersempena dengan cuti hujung minggu yang panjang kerana disambung dengan Hari Pekerja dan Wesak, aku ambil kesempatan untuk ke KL selama beberapa hari. Dari Miri lagi aku sudah buat senarai tempat-tempat makan yang akan aku kunjungi. Jom ikut aku berjalan sambil makan-makan.

Hari pertama sampai di KL dah tengah malam, setelah disambut dengan Airry kami terus 'supper' di Kampung Baru, ada kedai makan orang Kelantan yang popular kat sini - apa nama tatau, tapi yang dindingnya semua dari anyaman rotan. Rambang mata tengok banyak makanan, aku terliur pulak nampak Nasi Dagang, makan berlauk tongkol masak lemak, ayam kampung goreng panas-panas dan kerabu ulam. Esoknya kena skip breakfast, terus saja lunch di Little Penang, KLCC. My favourite makan place, but kali ni semuanya kurang sedap kecuali Pai Tee yang rangup. Kue Teow goreng dah tak banyak kerang dan colourless, selain tu aku makan Mee Kari, Ju Chu Har dan dessert pula 'Red Ruby' bersantan, yang ada nangka manis dan jelly biji delima merah. Minum petang di Dome KLCC, kerana masih kenyang, kami cuma order french fries dan hot drinks, Cafe Latte double shot yang aku hirup tu amat 'mendamaikan'. Kerana kepenatan ber'shopping' selama 7 jam di KLCC, kami skip dinner.

Hari ketiga kami di KL, lunch di IKEA sambil mem'borong' 2 kotak besar IKEA dibawa balik ke Miri. Seperti biasa aku akan makan Swedish Meatball, ditambah pula dengan Poached Salmon dan dessert makan cake sedap yang ada cokelat tu, ntah apa nama (macam dalam pic kat atas tu ada bendera Sweden). Selesai berpenat-lelah shopping, singgah duduk minum ice blended coffee di California Cafe, The Curve bersama rakan-rakan yang muncul kemudian. Malam tu kami makan besar di Bora Ombak, Ampang, walaupun cuma kami bertiga tetapi makanan yang dihidang penuh satu meja. Paling aku suka Siakap masak 3 rasa dan kerabu mangga, tak kurang juga kelainan rasa tomyam seafood yang pedas lemak. Selepas makan, kami ke Maison pula sehingga awal pagi, dan kerana desakan kawan-kawan, kami ke Kampung Baru sekali lagi untuk supper - aku cuma boleh minum dan mencubit sedikit kuih Akoq.

Hari ni ada lunch dengan rakan-rakan blogger di Dome KLCC. Terima kasih kepada mereka yang sudi menerima pelawaan aku - Nurul Serial Plant Killer, Red Mummy (makan mushroom sup jer katanya sebab tengah diet... perlu ker kak oiii?) dan fendiosman. Waktu yang begitu singkat (mereka semua bekerja hari tu) tetapi cukup terkesan, kali pertama bertemu Red Mum dan Affendi Osman, Nurul pula aku dah jumpa beberapa kali sebelum ini. Favourite food aku kat sini ialah Chicken Pie, tetapi kali ni macam dah kureng pulak, dalam pie tu macam kosong kurang isi. Selesai berceloteh dengan mereka, aku berkejar ke TTDI pula untuk menguruskan beberapa hal penting, sempat pula melepak kat Restoran Ismail TTDI, teh tarik dan roti bakar pula dihidangkan kepada aku oleh Lan, makan lah jugak. Selesai perkara, kami menuju ke Sungai Penchala, ke Villa Hawa - berehat sambil bersembang (Lan sempat pula hidangkan Murtabak Singapore yang dibeli di Kampung Melayu Majidee, JB). Malam itu Zaimi bawa aku ke sebuah restoran ala-Thai di Kampung Baru, Lala. Baru sahaja selesai makan malam, Malik pula mengajak ke Bintang Walk, ke sanalah kami bersantai sambil minum-minum di Planet Hollywood - cerita pasal bisnes dan rancangan nak ke London (ala-rombongan Cik Kiah?).

Perancangan awal hendak ke Pesta Buku di PWTC, maka aku drive ler ke sana bersama Zul dan Zaimi, melihat sahaja jumlah umat manusia di The Mall, terbantut pula nak masuk ke PWTC. Makanya kami mingle di The Mall (aku lupa bila kali terakhir aku ke sana - few years ago?), lunch di Secret Recipe, aku makan Singapore Laksa jer dan brownies sebagai pencuci mulut. Selesai di The Mall, kami bergerak ke Lot 10 untuk mencari 'barang' yang termasuk dalam list. Malam itu kami dinner di Villa Hawa, masakan Johor yang dimasak oleh pembantu keluarga Lan, berselera sungguh aku makan asam pedas, rendang, sambal udang dan sayur bening telur. Lewat malam kami ke kolam air panas di Selayang, sementara yang lain 'mandi-manda', aku pula makan 'celup-celup' atau steamboat. Meriah bila dah berkumpul reramai macam ni. Dan sekitar kolam air panas tu dah macam pesta pulak!

Hari terakhir di KL, sarapan di Kopitiam Cafe, makan roti bakar, telur setengah masak dan kopi O kaw. Skip lunch tetapi sempat 'mengopi' di Coffee Beans KLCC sementara menunggu Zul selesai buat last minute shopping. Aku dan Zaimi berkongsi sekeping cheese cake dan Belgian chocolate ice blended. Di airport pula, sementara menunggu pesawat pukul 7pm, perut dah mula berbunyi keroncong, maka McD menjadi sasaran - Blackpepper Beef Foldover, yang ni tak der jual kat McD Miri ek!

23 comments:

mia zarra said...

nak tau lah sape yang nyanyi lagu dan tajuk nye sekali background blog ni. Best lah lagu tu

tyah said...

Chek terlioq na.. what i miss most. Dok tatap pic pun cukup:) As u know kat sini limited sangat. silap hari bulan mkn ayam tak sembelih.

A f f e n d i O s m a n said...

is that me?
hohoho....

blackpurple said...

Wah... ni makan-makan dapat tajaan ke..? he he..

Sastri said...

adeh... dah laa tengah lapar nih... nak pengsan tgk gambar2 tu semua...

sayda said...

mak aih..makan, heaven tuh..
i miss msian food in msia..hehe

Rush Murad said...

mia - tajuk lagu ni ialah Tiada Ertinya nyanyian Nur Fatimah. Soundtrack sebuah drama di tv.

tyah - i miss ur cakes as well.... bila nak buat kek n beri kat i? ayam tak sembelih? kat miri ni? whatttt??????

fendi - yes dear, thats u yg tembam tapi ada manisnya... hidung terletak....

blackpurple - tak der tajaan, sendiri taja.... nak lepas gian dan mengidam...

sastri - aikk... lapar sebab tak ambik lunch ker? jangan pengsan dik oiiii.... bila nak merasa ur cup cakes?

sayda - kesiaaannnn diaaaa.... nanti bila balik malaysia, u pulun cukup2 naaaaaa... buat masa ni, tatap jer la pics tu....buat inspirasi..

Red Mummy said...

seeing tht photo...it was my last day having that hair wt u guys!

thanks for the mushroom soup and the black coffee bang...tell u, it s my 5 days menu actually!

SERIAL PLANT KILLER said...

Wah..mentang2lah orang tu baru dapat durian runtuh. Sakan shopping...I pun banyak aktiviti jalan2 cari makan dengan my colleague. Ada aje tempat baru nak cuba for lunch or dinner based on recommendations from others. Maybe you can consider these 2 places the next time you are here, Mum's Place at Mutiara Damansara for dinner and Bawang Merah in Subang Jaya for breakfast/lunch.

shahril aley said...

wah sakan betoi isi perut ketika bercuti kat KL. ni betoi2 boleh ganti maria tunku sabri dalam rancangan 'jalan-jalan cari makan' siap kalah kot pasal rush dpt ronda lagi banyak tempat makan dari die dalam 1 hari. so rush kire berbalas lah dendam kesumat u kat KL?

iced nyior said...

Kek kat ikea tu is called Daim Cake, made of Daim chocolates :) one of my favourites...along with the meatballs. Salmon sometimes ada fishy smell skit, not my preference.

Usually go there every few weeks. Kopi free mahh...sometimes dok study (i.e. lepak) thr petang2

sounds like ur kl trip was a great one! :)

Rush Murad said...

Red Mum -ada bayar nazar ker nak style rambut kontot? atau u sengaja potong kontot supaya nampak sweet 17? hikss..... ayooo diet giler2 nih... kan body u dah ok... matilah aku dok perati body Red Mum...

Nurul - terlupa plak pasal Bawang Merah tu, as one of my friend ada mentioned pasal tempat ni for breakfast.... insyaAllah next trip to kl i try pi tempat ni ek, will call u for direction...

shah - yer laaa.... as what tyah said, kat Miri ni limited choices, dah tu kena selalu berwaspada sebab belum tentu halal walaupun depa takdak hidang khinzir....(apa pun, i dah terkena occay....)

iced nyior - terlioq plak dengar nama tu... putih bersih, segar, manis, simple....menyegarkan! yes Daim cake, i pun suka tofee Daim yg dalam peket punjut merah tu... yer lah, salmon tu fishy, lepas makan hari tu, i terus rasa loya2...hiksss.... terus sambar ice cream nak bagi hilang loya... yuop, this time round my trip to kl very, very happening... free n easy!

tyah said...

Buat semua, walaupun free pork in Miri tapi kena fikir pasal ayam. Silap hari bulan ayam dicucuk leher/kena pancong LOL.Segala mee pun kena hati2 gak.Rush make sure hang pi gym@KRP pas makan sakan time coti2.

SERIAL PLANT KILLER said...

Tyah - ayam pancung? Apa lak salah silap ayam tu sampai boleh kena pancung. Ayam gelek takde? Kat KK pun I was2 nak pergi makan luar sembarangan.

Luaq Ezplanade said...

wah! syok nyer tengok makan2 tu..for me laa i akan hayati makanan tu sepuas2nya tanpa pedulikan apa yg berlaku disekeliling nie..hahha...what i can see is that...the enjoyment of this trip memang ada..coz u can gathering with all ur friends tak kisah laa ngan siapa2 kan...itu sudah cukup berharga dan membahagiakan hidup kita...sebab kita hargai apa yang kita ada sekarang nie dan yang telah dikurniakan oleh-Nya kepada kita...jangan hanya kerna "Nila rosak susu sebelanga" hidup jadi tak menentu...trustworth dan keikhlasan itu penting dalam apa jua kita hadapi semasa hidup ini...

A f f e n d i O s m a n said...

idung terletak? haiyooooo....
kembang macam serombong kapal ahhh!

rasenye kalau ada syed kat depan nama bang shidi, mebi we are from the same root!

Pato & Pearl said...

I've tendered my resignation..so now that ada manyak masa tuk berehat..the ducks might drive up to KL..bolehlah try menu ni..hehe

Pearl

bitiqe said...

hwaaaaaaaaaaaa.....makan makan makan...pengennn makan seperti itu! hiksss apa daya SIMEULUE tak provide, hiksss aku jadi ngiler dibuatnya

Rush Murad said...

tyah - got ur message frm sms hari tu...insyaAllah.... i dah terkena dgn sebuah restoran kat sini - Annie's Kitchen... bos depa sendiri bgtau my bos yg their food tak halal.... tak few time makan kat sana.... sadissss...

Nurul - yer laaa.... kat KK pun i still kena extra hati2.. coz kat borneo ni rupa depa mcm melayu/Muslim... but.... masak ayam katok.. :)

Khairul - 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'.....berfalsafah nih... bila nak pi nonton Spiderman 3? ikut ek...

fendi - wahhh... terletak serombong u...hiksssss... syed? ermm.... dah cayaq dah la ni.... but ada bahagian2 yg tak cayaq lagik... sensor!

Pearl - resigned? dapat kerja lebih bagus ker? wish u all the best.. tak byk masa tapi still ada masa drive up to KL...ishhh... end of the month i turun Singapore... leh ler pi lepak2 minum sarbat kat arab street ek?

Julia - kan di simeulue banyak seafood yg segar bugar lagi tidak tercemar?.... pengen makan lobster yg besar dan segar... ada tak kat Simeulue? kasihan kat u... meleleh air liur liat pics...hehehhehee... kapan libur keluar Indo?

Pnut said...

weiii eksen tak jumpa kami pun,
ngada tau ady ni....aku banyak nak story-story ngan kau..ampeh betul

Rush Murad said...

p-nut - next time ler ek? kalau aku datang Putrajaya nanti make sure kau buatkan cupcakes macam dalam blog kau tu..... banyak story-mory? occay... nanti kita 'ngayam ketupat' sesama ek... lama tak ngayam dengan kau....hiksss

A f f e n d i O s m a n said...

sama laa...
kite pun dah cayaq! pasai tu kat depan tu dah takdak title! hehehhehe...

rasanya part yang tak cayaq kat bang shidi tu boleh diagak kot! jeng jeng jeng.....tang mana tatau?

laaaarriikkkkk

Shah said...

Banyaknye mamat ni makan-makan... Hehe...BTW Yippe I'm back in the Blogosphere....