Tuesday, April 24, 2007

Pink vs. Green = Brown

Sports Day

It was a fantastic day for the Brown team! Setelah beberapa bulan acara sport carnival atau Mega Work Hard Play Hard ni diadakan, maka pada hari Jumaat lepas merupakan hari kemuncak dan penutup. Seawal 8 pagi aku sudah tercegat di Bintang Plaza untuk menyertai acara WalkHunt. Selepas waktu rehat, acara perbarisan Amoeba pula menyusul dengan semua peserta perlu membuat barisan atau formasi berserta melaung-laungkan slogan atau sorakan. Jam 4.30 petang bermula acara final Beach Volleyball, aku sebagai kapitan Brown team agak cemas kerana seorang spiker tidak muncul. Kami sebagai pasukan favourite dan menjuarai liga sebelum ini terpaksa tunduk kepada pasukan Biru yang rata-rata terdiri dari orang Eropah. Selain dari itu, aku juga memenangi tempat kedua bagi acara Bowling berpasukan. WalkHunt pagi tadi, kami juara... dapat hadiah lagi. Terasa seperti balik ke zaman persekolahan pula, ada nama-nama rumah, ada pondok rumah, ada cheerleaders, ada van Milo dan semuanya santai dan gembira. Malamnya pula ada mini konsert, ada 5 buah band buat pertunjukkan termasuk ada pertunjukkan Magic dari Sunway. Ada makan dan minum percuma, dari Sate, Lamb chop sampai ler ke KFC dan aiskrim potong... seronok melihat anak-anak kecil berlarian di atas padang sambil pegang belon dan aiskrim. Memandangkan sehari suntuk aku di padang berpanas terik segala, malam tu mulalah aku nak migraine, badan rasa tak tentu arah.... balik awal dengan kepuasan, Brown team juara keseluruhan dan aku pula bawa balik banyak hadiah dan trofi.... lihatlah dunia!!! hiksss.....

Sabtu 21 April merupakan hari ulang tahun Ani, one of our friend kat Miri ni. Acara ulang tahun yang sederhana tetapi meriah, makanan yang dimasak sendiri oleh ibunya memang sedap dan pelbagai ( I really like Laksa Sarawak, pakal jer perut meragam, kalau tak mau tambah semangkuk lagi). Selesai makan, we all mulalah sesi berfoto - ni dah memang tebiat kawan-kawan aku kat sini. Macam-macam posing dan mimik muka ada. Konsep kali ni, lelaki kena pakai baju Green, yang girls plak kena pakai baju Pink. Rencana untuk bersambung di karaoke dibatalkan sebab memasing leka jeling-jeling kat Astro - AF5 katanya. I love Mila!!!

Terima kasih kepada Khairul sebab memberi izin melekapkan foto-foto di atas, diambil dari camera/blog beliau di http://www.luaqdomeezplanade.blogspot.com

14 comments:

tyah said...

Amboi2 hang seronok sakan kat padang KSL. My sis lalu depan mata pun xnampak LOL. Mini konsert mlm tu sampai leh terdengar kat rumah tyah..

Rush Murad said...

tyah - masa tu i dah tingtong, memang dah tak tahan pening kepala..... tu pasal lepas makan lebih kurang dan lepak2 atas padang, terus balik, telan pil.. tido.... kepenatan... u tak ikut sekali ke?

tyah said...

Nope; tak mo kena migraine gak. i went after 8pm tak sampai half an hr trus balik.hehehe..

shahril aley said...

Shell ni memang slalu je buat events for staff. bagus betoi la pasal dah banyak kali tengok entry ttg ur colleagues. aktif sakan ye rush masa Mega Work Hard Play Hard. bergaya sakan anak dara melaram sambuat birthday ur fren siap ade tema2 plak tapi nampak mcm tak cukup korum je boys & gals.

Pato & Pearl said...

sukalah tengok these pictures...very happening..nak nak gambar yang dengan "bantal peluk saloma" yang besar tu..hehehe..

P&P

Rush Murad said...

tyah - aikk... kejap sangat pi padang? kalau kul 8 tu makanan masih ada banyak lagi... lamb chop...yummyyy....

shahril aley - my company tu memang selalu buat event... memacam ada, 'life balance' katanya... lagipun, kalau tak... boring bro stay sini.... bday tu, lebih ramai girls dari guys... small party jek...

-kEn- said...

padang KSL ke Abg Rush?


mcm dh ok KSL kembali mcm awal 90an yg meriah

Rush Murad said...

ken - la ni dah tukar nama, padang KRP - kelab rekreasi petroleum coz petronas dah join sekali, la ni dah cantik, dia punya entrance n lobby macam 5 star hotel, padang tu terang benderang waktu malam, macam kat stadium dah.. swimming pool plak olympic size.... dah ada gym yg ok, glass wall... ala2 fitness first.... pool table pun dah banyak, lounge karaoke pun ada.... kira upgrade juta2.... mai lah singgah kalau balik miri ek...

A f f e n d i O s m a n said...

macam sukaneka je banggg...

cuti panjang ke mana?

Rush Murad said...

a'ar... hari penutup tu ada sukaneka... sebelum tu sukan2 yg macam biasa lah, dari futsal sampailah ke billiard and cycling. cuti panjang? ermm.... macam tau2 jer org nak berjalan.... nak pi ermm.... malam ni fly ke kl... lepas tu baru tau nak pi mana... rasanya nak pi 'panjat' gunung... yg cuaca dia sejuk..... ehemm....

Anonymous said...

Murad, gi la visit blog 'Joe Perantau', depa nak buat gathering....leh join nanti. dengar citer, perantau dari canada n jepang pun balik join..

A f f e n d i O s m a n said...

hmmmm.....cakap orang tak ajak gi naik pusing2 konon!

adi dah ajak la bang.....abang je yang tak reply my message! kena tambat lagi kah?

opsss...laaariiikkk

Gurlz said...

Rush..macam kenal je all the guys in green tu..

-kEn- said...

Abg Rush,

bukan member boleh masuk ke? krsp pun xjoin kat cni. time skool dulu, tgk je KSL/KRP.parents bkn pekerja shell

skool tepi tu je dulu