Monday, April 16, 2007

Family Escapade: Kota Kinabalu

Pintu gerbang menyambut pengunjung ke Pulau Manukan.
Ini cerita percutian lagi, seperti 'non-stop' aku bercuti pendek - cuma di hujung minggu. Setelah bercuti di Batam/Singapura/JB, aku pulang ke Miri bersama kedua orangtua dan dua orang adik perempuan. Maka tertunailah janji untuk membawa kedua orangtua aku terbang ke Miri, setelah lebih setahun menetap di sini. Bukan aku tidak mahu membawa mereka ke sini lebih awal, tetapi masa tidak mengizinkan, ada saja aral dan pertukaran rencana di saat-saat akhir. Orangtua aku faham sangat dengan 'ad-hoc cum busy schedule' aku, kadang-kadang tu aku terpaksa membatalkan rencana untuk pulang ke Johor bersama mereka untuk percutian keluarga, tetapi semenjak bekerja di Miri ni, belum ada percutian keluarga yang dapat aku ikut serta, paling terkini mereka bercuti ke Penang (sambil balik kampung abah) dan ke Cameron Highlands. Mereka sudah maklum dengan aku, mereka sudah terbiasa bercuti tanpa aku - tak pernah nak merajuk, tak pernah nak kecik hati, tak pernah nak komplen, tetapi kali ini.... semuanya menjadi, ke Kota Kinabalu kami terbang dari Miri dan JB - alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Destinasi pertama yang dituju di KK ialah Pasar Filipina - maklumlah majoriti yang pergi ialah orang perempuan, maka tempat shoppinglah yang dikerjakan dulu. Tarikan utama ialah mutiara dan kristal yang dibuat barang perhiasan. Cuaca panas terik di KK tidak menghalang kami berjalan menyusuri bandar KK dengan berjalan kaki sahaja, sempat berhenti menghirup air kelapa muda dingin - kepuasan yang tidak terhingga. Makan malam pula di Port View seafood restaurant, yang berhadapan dengan Marina Court tempat tinggal kami. Makanannya biasa-biasa sahaja, tidak seperti yang pernah diceritakan, dari segi rasa dan kualiti makanan, Grand Straits View di JB jauh lebih baik dengan harga yang hampir sama. Keesokannya kami semua ke Pulau Sapi dan Pulau Manukan. Aktiviti snorkelling dan 'menangkap' ikan serta berenang ala-dugong. Setelah lebih 2 jam di Sapi, kami hopping pula ke Pulau Manukan, dengan aktiviti yang sama. Dari terminal jetty serba baru dan cantik, kami menaiki bas mini pulang ke apartment, terasa janggal pula menaiki bas, kerana sudah terlalu lama kami sekeluarga tidak menggunakan perkhidmatan kenderaan ini. Untuk si kecil Sarah, ini merupakan kali pertama dia menaiki bas..... terasa seperti rombongan Cik Kiah pula - hingar bingar dengan gelak ketawa dan soksek-soksek. Paling menarik, pemandu bas menghantar kami seramai 16 orang ini tepat di pintu masuk kawasan apartment! Shopping di Pasar Filipina bersambung, manakala aku pula sempat menjengah Center Point dan Palm Square serta menikmati senja dari aras 2 Starbucks Cafe, Warisan Square - menikmati kesegaran Arabica Coffee ala 'Cafe Latte'. Malam itu semuanya sudah keletihan kecuali aku yang menyambung aktiviti di KK sehingga jam 4 pagi! Thanks to Dino, Dr. Shah, Dr. Firdaus, Junior, Reno dll.......malathop bah!!!

2 comments:

Pato & Pearl said...

ini dinamakan anak mithali - bringing parents to holiday..best pula bila the parents yang understanding...
This is a good brief on KK..Nanti bila "travelling ducks" nak hinggap kat sana..boleh lah yang detail kan.... :))

Pato & Pearl

Rush Murad said...

P&P - u shud try KK... really nice city... pulau2 tu semua best, convenient dan murah...