Tuesday, April 17, 2007

Weekend Escapade: Chiang Mai, Thailand

Beberapa minggu lepas, aku sepatutnya pergi ke KL untuk bertemu seorang teman, disebabkan beberapa ad-hoc arrangement di Syarikat, aku terpaksa membatalkan rencana 'berehat' di KL. Aku telah sedaya upaya untuk menukar jadual assignment yang diberi supaya aku dapat terbang ke KL, tiket sudah dibeli, beberapa perancangan sudah diatur.... kita merancang, tetapi Allah yang menentukan. Beberapa hari sebelum aku berangkat melakukan assignment tersebut, terjadi salah faham antara aku dan teman..... yang aku sendiri tak faham kenapa ianya terjadi..... kenapa kadangkala manusia menjadi begitu menjengkelkan dan sebel dalam memikirkan sesuatu yang cukup mudah.... Kalau kita diberi pilihan antara pergi bercuti bersama teman dan melakukan tugasan Syarikat, mana satu yang akan kita pilih? Kecualilah kalau ada kes emergency seperti ada keluarga atau saudara terdekat kecelakaan, kemalangan ataupun ada kematian. Dan teman ini pula kecil hati...... seperti apa yang berlaku disengajakan, seperti aku sengaja membatalkan segala rencana. Bukan setakat itu sahaja....... (malas pula nak bercerita panjang.... nanti aku dituduh lagi twisting the facts, nanti ada pula yang komen 'you tak sepatutnya cerita tentang hal peribadi kat dalam blog'.... well.....bukan ke apa yang aku tulis kat dalam blog ni semuanya tentang hal peribadi?). Di pendekkan cerita, rayuan aku untuk menukar tarikh assignment telah pun diluluskan sehari sebelum aku berangkat..... aku termanggu sebentar.... fikir punya fikir.... dah terlanjur ada tiket, terbang sajalah ke KL.... 5 hari di KL nanti nak buat apa? AirAsia menjadi jawapannya.... aku terus sahaja buat booking....ke mana? Chiang Mai katanya.....

Sampai juga hasrat untuk pergi ke Doi Inthanon National Park. Kat sini ada temple yang tertinggi di Thailand yang dibina khusus untuk memperingati bonda kepada Queen Sirikit. Cuaca sejuk walau sinar matahari memancar terang. Dari bandar Chiang Mai, memerlukan masa 2-3 jam untuk sampai ke sini. Dalam perjalanan menuju ke atas gunung ni, sempat singgah di kawasan air terjun Vachiratharn dan beberapa perkampungan orang asli gunung seperti Karen dan Hmong.

Berdiri di puncak tertinggi di Thailand merupakan salah satu kenangan yang sukar dilupakan. Tidak ramai pelancong Malaysia sampai ke daerah ini, kecuali kepada mereka yang sukakan cabaran dan adventure. Memandangkan kini merupakan musim panas dan kering di Chiang Mai, maka cuaca di atas gunung ini tidaklah begitu dingin sehingga mencecah 10'Celcius seperti biasa. Kawasan perkampungan orang Hmong sayup-sayup kelihatan dari atas gunung - mendamaikan!

DSC00618

Cuaca panas dan kering ini tidak mencacatkan keindahan bunga-bungaan yang terdapat di Royal Garden Siribum yang terletak di kaki gunung Doi Inthanon. Air sungai yang mengalir lesu dan kolam buatan yang dipenuhi ikan kap menjadi tarikan utama di sini.

Walaupun aku mempunyai masa yang terlalu suntuk untuk merancang perjalanan kali ini, tetapi semuanya berjalan dengan lancar. Aku terpaksa bercengkang mata melayari Internet untuk mencari maklumat, membuat tempahan bilik, tour guide, tempat makan Halal (thanks Pato&Pearl for your posting on Chiang Mai!) etc.

Kota Chiang Mai amat tenang, tidak seperti Bangkok yang hingar bingar dengan pencemaran bunyi dan udara serta manusia yang berterengkel jumlahnya. Seperti juga Bandung, Chiang Mai digelar kota bunga dengan iklim yang lebih dingin walaupun masih di kawasan tropika/sub-tropika. Seperti kota-kota kuno lain di Thailand, Chiang Mai telah beribu tahun wujud. Menakjubkan apabila mengetahui begitu ramai penduduk Islam/Muslim di sini, majoritinya datang dari selatan China, sekelompok dari Punjabi dan paling menarik ada sekumpulan masyarakat Islam yang berketurunan Melayu dari Pahang! Mereka telah dibuang negeri dan dihantar oleh penjajah British ke sini hampir 100 tahun lampau.

Pengalaman menaiki gajah di Mae Sa Elephant Camp lebih menyeronokan daripada pengalaman menaiki unta di Sahara. Lebih 2 jam masa dihabiskan di kem yang memelihara lebih 100 ekor gajah. Bayaran B600 dikenakan kepada pengunjung, ini termasuk melihat pertunjukan mandi gajah, gajah melukis, bermain bola dan menunggang gajah mengelilingi kem tersebut. Nasib aku kurang baik kerana diberikan gajah tua dan mempunyai gading paling panjang di kem tersebut. Maklumlah gajah tua, jalan amat perlahan, berhenti dibanyak tempat sambil menggesel-geselkan punggung ditepi bukit, itu tidak termasuk belalainya yang acap kali mencari 'sasaran' ditubuh aku.

Aku tidak silap memilih tempat penginapan semasa berada di Chiang Mai. Galare Guest House yang terletak ditengah-tengah kesibukan Night Bazzar memudahkan untuk aku untuk pergi membeli-belah dan ke restoran Halal di sekitarnya. Galare yang dibina ditebing sungai dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri memang cukup tenang serta privacy.

Benjirak atau Ben merupakan personal tour guide yang aku lantik/booking melalui Internet. Kereta 4WD Toyota Hilux yang digunakan amat selesa serta beliau sendiri merupakan pemandu yang cekap serta berpengalaman. Terasa aman dan selamat disepanjang perjalanan yang bermula dari pick-up di airport sehinggalah ke puncak gunung. Beliau yang berketurunan Chiang Mai dan Laotian fasih berbahasa Inggeris serta reliable.

DSC00670

2 orang wanita dari suku Karen yang bekerja menenun kain di perkampungan - mereka bukannya the '4 magic hands'....

Tidak sah rasanya kalau ke Chiang Mai kalau tidak diurut. Aku mengambil package '4 magic hands', yang merupakan urut tradisional Thai menggunakan minyak serai, halia dan kelapa. Sebelum itu aku dilulur dengan black sesame seeds keseluruh badan sambil kepala aku juga diurut. 4 magic hands bermaksud 4 tangan yang mengurut, iaitu 2 orang masseur serentak. Segala sengal-sengal dibetis dan kaki kerana 2 hari berjalan tak henti, hilang semuanya... memang magik!

Chiang Mai

33 comments:

DBI said...

escapade...escapade..escapade...jeles lah rush...

Rush Murad said...

dbi - lepas ni rasa macam nak pi Terengganu laaaa.... nak pi Pulau Perhentian.... ermmm..... escapade lagik....

Anonymous said...

Banyak bercuti, masa bila pula saudara bekerja? atau bekerja sendiri? atau kerja jadi travel agent?

'toBy' said...

Mr.Rush long time no see...

thanks for the ear compliment...

and btw...

u take cool pics dude...im impressed

Pato & Pearl said...

Really love the pictures here. Chianmai is serene kalau tak cuaca panas...Nasib baik gajah tua tu angkut u sorang..kalau kita dua..hmm terduduk gajah tu..hehe..Did you try the noodle at Kao Soi Islam?

P&P

Rush Murad said...

anonymous - kan tajuk tu 'weekend escapade'.. makanya hujung minggu jer lah i pi cuti2... tiring lah...

toby - where have u been missing? :o
thanks for the compliments..... :)

P&P - thanks a lot for ur entry on Chiang Mai, banyak tips i ambik dari situ, especially tempat makan tu, tried the noodle tu... really nice... 2 malam berturut2 pi tempat sama... i still remember pic yg u ambik kat signage kedai tu, i bawa sekali..heheheheee... and also abt Mae Sa... lepas ni nak pi angkor watt plak lah...

'toBy' said...

u need to put the shoutbox back,dude!

well...thanx for the comments...and yes....I forgive (in the long run...) but DEFINATELY not forgotten...being the typical LIBRA and all....


hehehheheheh yeah....

so u're a model and a photographer? hahahahha....

Rush Murad said...

toby - shoutbox? not at this juncture dude... i prefer visitor to write in my comment's box....

forgive in the long run? how is it? hehehehehe... i always fogives ppl... but to forget, quite impossible... i'm not a forgetful person u konw, i remember each word ppl utter frm their mouth.. yet i've been accused as 'tongue twister' :(

A f f e n d i O s m a n said...

tahnye, escapede sana sini (*matila jeles)...escapede kite sume ditanggung gomen! huk huk huk...tak mampu nak jalan2 jejauh macam bang shidi...

Anonymous said...

mr rush - ni 1st time aku bagi komen. selalunya silent reader. Sori bukan nak campur hal peribadi tapi tak faham kenapa masih nak ungkit hal salah faham. dalam entri lepas yang kena tarik balik tu kata dah maaf. kalau betul dan ikhlas maafkan orang, tak perlu nak ungkit lagi sekalipun tak boleh lupa salah orang tu. Tu lebih mulia. Jangan lupa kita pun pernah buat salah sbb manusia tak lepas dari salah silap. 1 jari kita tunjuk salah orang 4 jari lg tunjuk diri sendiri. nasihat aku 1 jer, ingat masa-masa baik dgn orang tu sbb aku rasa itu lebih utama dan banyak. Sebesar sekecik mana pun, kalo kita boleh hargai masa baik bersama tu maknanya kita memang hargai orang tu. Tp kalau tak boleh maknanya kita tak pernah nak hargai orang tu. Tp manusia lebih pandang kesalahan walau sekecik kuman sekalipun. Tu dah macam setan lebih besarkan keburukan dari kebaikan. Jadi selesailah dengan waras dan bijaksana. Jadilah contoh yang baik dan bukan sebaliknya. Sama samalah bermaafan kerana Allah. Cuba renung makna background song tu. Sori aku bukan nak bagi khutbah sekadar nak berpesan terutama untuk aku sendiri. Sesungguhnya yang baik dari Dia. yang buruk tu aku. ~juri bebas

Syahril A. Kadir said...

terima kasih kerana sudi singgah di blog aku yang marhaen ini...

Pato & Pearl said...

Rush - glad the post was a help..tak sia sia upload gambar..haha..Hope you will enjoy at Angkor next..dun get gastric sudahlah..

Pato & Pearl

Rush Murad said...

fendi - best jugak ler kerja kau ni, dapat jenjalan... bandingkan dgn org lain yg terperuk kat opis setiap hari...... dah tu escapade semua tanggung...wahhhhh.... seronok ek?

syahril - thanks... do come again... i envy ur job lah....

P&P - yer la... tu gunanya blog ni kan? kita blogging pasal jenjalan or escapade ni bukan semata2 nak tayang atau menunjuk kat org, but serba sedikit bantu kepada fellow traveller. i dah biasa terima email reader yg tanya pasal destinasi yg i paparkan... ramai sangat yg tanya pasal Bandung trip tu...hikssss...

juri bebas - well as u said lah kan.... ni hal peribadi, and again its between two of us... only two of us knows what is going on... and only Allah knows apa yg tersurat dan tersirat. So nasihat i kat u dan jugak kroni2 Dia tu... plsss... u mendengar dari sebelah pihak, and i tak berniat nak cerita detail dan panjang lebar kat sini, i cuma bagi hints dan cerita yg sekelumit sahaja, i dont want Dia look so bad in my blog, tak der gunanya... dan what i've wrote lebih decent dari tulisan Dia yang very sarcastic... dan sengaja nak 'bakar' apa yg sudah 'rentung', dan Dia jer lah yg betul dan benar, nampak macam baik sesangat - menagih simpati? i dont know. Again kepada kroni2 Dia... i have nothing got to do with Dia life... frankly speaking... I've met the wrong person... just the wrong person in my life chapter....

Rush Murad said...

kepada seorang reader kat sini yang bertanya pasal Bandung - Puri Larasati, this is the contact number (022) 253 3370, 253 3482/83 Fax (022) 253 3507 email purilarasati@yahoo.com

A f f e n d i O s m a n said...

jenjalan tapi terperap kat hotel sajor....setakat menikmati permandangan dari epot ke hotel vice versa, kalau ada masa baru la curi keluar hotel...

malam ni adi terbang lagik! pi mana pulak tatau?

SERIAL PLANT KILLER said...

Tempat-tempat ni macam pernah aku jejaki yer...Anyway, you will definitely enjoy Angkor Watt. I teringin nak pergi Vietnam.

Ni tgh 'curi tulang' padahal boss betul2 kat depan :)

zals said...

this must be quite an expensive tour... perhaps will go to Chiang Mai end of the year... or may be next year or the year after next.. hehehe... duit tak banyak, kena kumpul lama-lama... hahaha

Rush Murad said...

fendi - weiiii........ berkinja jer jerka dia... jalan pi mana plak ni? tak nak mai datang Miri ka?

nurul - u dah sampai chaing mai ker??? hikssss.... angkor watt pun dah sampai??? ishhkkk.... anyway... tahun ni penuh dgn agenda travel la... ni kejap tadi pun dah beli tiket flight... pi mana tatau?

zals - tak ler mahal, biasa2 jer.... kalau tau cari dan survey, kalau dah biasa travel.. u will find ways to make ur travelling tak mahal sgt...

Anonymous said...

mr rush - ni komen aku yang last. biasa la kalo cuba nak bagi nasihat, kita kena balik. For your info la kan aku takde dengar dari sapa sapa. either u or teman tu pun aku tak kenal sapa sapa. aku takde nak memihak kat sapa sapa. Sumber aku dari korang punya blog. apa yang korang tulis tu la yang aku faham. tp aku lak macam disabit jadi kroni. cepat sgt nak menuduh. aku rasa salah faham ni pun mungkin sbb u cepat sgt melatah, tak pikir panjang. aku baru baca blog teman tu dan takde pun mention nama u or nak sarcastic. biasanya org salah cepat terasa. sapa makan cili dia rasa pedas, adat la tu. jangan jadi zalim sangat sampai tak bleh nak nilai baik dan buruk. nanti makan diri sendiri. met the wrong person, maybe to u. tp pikir la plak samada kita tu the right person or not. pepandai la u nilai diri sendiri. jangan sampai jilat ludah sendiri. tu je pesan aku.~juri bebas

Anonymous said...

thanks rush for givig me email of PURI LARASATI..i will email them later coz i want to know the room rate...how much they give you in malaysian rinngit. How far is it from bandung main city area.
rgds

Rush Murad said...

anonymous or whatever ur name is...
well... again, this is between aku dan Dia... dan kau pulak dapat sumber dari blog kami - tak ker cetek sangat maklumat yang kau dapat? lepas tu pandai2 nak nasihat dan beri komen segala - tak ker dungu? kau dah tau yg sumber kau dapat tu very limited dan tak jelas, then pepandai plak nak buat statement dan nasihat pelbagai - tak ke kau ni pun macam Cik Bedah yg suka selak kain orang - maaf la yer statement aku ni, maklumlah aku ni kan cepat melatah, apa org kata 'emo'? aku zalim? alooo kawan... sebab aku dapat menilai baik dan buruk ler aku buat keputusan ni.... kau tau ker apa sebenarnya yg berlaku? kecualilah kau memang kenal si Dia etc (ooppss... kau kata kau tak kenal Dia or kroni Dia... well... suka hati kau lah yer). Again Dia memang the wrong person.. betul gak apa kau cakap, aku ni pun maybe the wrong person for Dia... so... kalau dah sama2 wrong person, tunggu apa lagi? nak terhegeh2 lagi? jilat ludah sendiri.... not me bro! not me.... i will never ever regret of my own doing... tawwakal kepada Allah... satu soalan nak tanya kau ni... layak ker kau ni nak jadi the so called "juri bebas?"

Rush Murad said...

anonymous on the bandung - i dah lupa harga room kat sana coz my fren from jakarta yg bayar :)
tempat tu terletak di kawasan perumahan yg betul2 di tengah kawasan shopping di bandung..... jalan kaki jer...

blackpurple said...

Naik gajah yang 'mahal' tu...he he he...

shahril aley said...

wah rush best gile pompuan yang bertuah dapat jadi bini u. kalau cuti mesti berjalan makan angin. hmmm....susah la nak dapat kawan laki kaki jalan. kalau ada pun mesti asyik clash je timing dorg. ;) kire blog u ni berguna la banyak info utk melancong asian countries.

Anonymous said...

Rush, i have emailed you, pls check your email, asking few questions abt Chiang Mai and Bandung, first time here, i found it great and useful. keep your good work.

Miharja

sayda said...

bestnye jejalan..ble nk pegi nz??
hehe

Rush Murad said...

sayda........ bestnyer u kat NZ..... jelesss.... memang ada plan nak pi NZ, but tak sure bila... rancang2 dulu.... cukup masa n duit, sampai ler ke sana nanti..... nanti boleh ler u tunjukkan jalan ek?...

Azhad said...

Terima kasih kerana singgah di blog saya http://blog.azhad.com/

Sungguh menarik blog ini terutama cerita pengalaman apabila melawat ke tempat orang. Saya sendiri tidak berkesempatan untuk berjalan ke sana-sini.

Saya pasti akan singgah lagi di sini kerana walaupun kita sendiri tidak berpeluang berjalan tetapi membaca pengalaman orang lain boleh membantu meluaskan pandangan dan pengetahuan.

A f f e n d i O s m a n said...

hmmm
otstesen ke sungai petani...
alang2 tiket free, balik umah sekali la eh! hik2....

Sastri said...

been reading ur blog for quite sometime... seronok baca about your travels... :D

Red Mummy said...

abang tepak, aku x letak komen bukan pasal apa, ko gemer so aku jd silent reader jer, ko jgn ingat aku x hadap ko tau.

anw, email yahoo x leh nak access kat opis, mlm kang org balik umah org baca.

i will shoot it back to you yeah..

Rush Murad said...

azhad - u r most welcum bro... insyaAllah, ada rezeki tu nanti... berjalan ler... cuma masa yg akan menentukan bila...kan?

fendi - wahhh... balik kampung ker? sukalah tuuu.... apa best kat SP?

sastri - thanks babe... :)

red mum - same here... dok jadi silent reader jek kat red carpet u... suka tgk u celoteh dgn Pearl tu kan?? siap tukar2 hadiah...jelesss nihhh..... i dah email guna gmail.com...

Red Mummy said...

penat aku tau bang, jap sini jap umah aku kita menceceh. dahlah kita dedua x de chatbox!!

ko asal x sms aku je, apa yang nak digosipnye tu?

email kelorrok gmail ngan alompakagogo yahoo aku ok, nnt mlm2 ye aku cek, opis aku ni pendinding kuat, x leh nak access.

ko tunggu tgk pearl ngan aku nye collaboration 2,3 ari lagi, eh esok...nantikan!!!