Friday, March 16, 2007

Run for Fun....Run for Food........

Diana's Birthday

Minggu yang sungguh sibuk dan amat meletihkan, letih dengan segala aktiviti bersukan dan acara makan-makan. Seawal Isnin lagi sudah dirancang pelbagai aktiviti sepanjang minggu ni, Selasa petang sekali lagi pasukan 'Brown' turun ke gelanggang menemui pencabar dalam pertandingan 'Beach Volleyball', bersempena dengan Mega Sport Carnival di Syarikat. Sekali lagi semangat berpasukan yang tinggi ditunjukkan, kami menang buat kali ke-3 berturut-turut, ada 2 lagi perlawanan di minggu-minggu akan datang sebelum acara final sekitar penghujung April nanti. Malamnya sempat ke Bintang Mall untuk membeli hadiah harijadi beberapa orang teman, terlihat pula CD muzik Sheila Majid remastered album Legenda dan Koleksi Golden Oldies Indonesian - antara penyanyinya ialah Emillia Contessa, Broery, Hetty Koes Endang, Tommy J Pisa etc. Rabu malam pula menghadiri jemputan makan malam sempena hari ulangtahun Diana, my colleague. Buffet 'Thai foods feast' di Marriot Resort Spa tidak seperti yang diharapkan, terlalu sedikit makanan Thai, selebihnya western foods.

Birthday Nia

Khamis malam pula sekali lagi menghadiri jemputan harilahir, Nia - rakan di Miri, kali ini di Siamese Secret restaurant. Hanya rakan-rakan rapat sahaja yang hadir, selepas acara meniup lilin, acara bergambar 'tak hengat dunia' pula. Acara disambung seketika di Esplanade beach, sebelum bersambung di Taman Awam yang mempunyai jambatan gantung. Night walk katanya semasa di sana, sambil berposing ala-majalah Mangga (atau Manggis?). Sebelum mengucapkan selamat malam, sempat sekali lagi singgah 'ngeteh' di Mayang Sari.... hehehehe... macam nama penyanyi Indo pula. Jumaat siang tadi, lunch di Piasau Boat Club, my treat to the team, long due Chinese New Year luncheon. Malam nanti pula sambungan Bowling tournament...... argghhhh.....

5 comments:

Xis said...

Rush
Seems like you had fun week despite your busy moments... take care......

Rush Murad said...

Xis - fun..... and foods... hehehehee.. tiring week though... but that really help me alot... in so many ways....

Pato & Pearl said...

Wah wah wah..bz Mr Rush ..rush tournament sini..rush makan sana..hehe..Seems like Sarawak got loads too offer ya...

Pearl

Anonymous said...

P&P - u guys shud come over to Miri.... actually the place 'tidak seperti apa yang mereka anggap'.... it's quite different from other town in Borneo... it's an Oil City in a resort... u got what I meant? :-)

Rush

As-Sarawaki said...

Salam Rush;

Thanks for sharing. Dah sangat rindu dengan Miri.. :-) Insya Allah malam ni akan balik Malaysia. Doakan semoga segalanya baik2.

p/s: My new link http://www.muhtarsuhaili.com/, the one in ur blog is no more exist. Thanks.