Thursday, February 15, 2007

Nak ke mana tu?

luggage

Bahang 'Public Holiday' semakin terasa di tempat kerja ni, semakin ramai yang telah pulang bercuti ke Semenanjung atau ke luar negara. Salah seorang staff aku telah pun terbang ke Melbourne bersama keluarga, di sana nanti antara aktiviti belau ialah pergi menonton konsert Il Divo - aku sempat berikan 'cover' CD Il Divo untuk disain autograph (dia beli tiket mahal yang duduk di antara barisan hadapan pentas). Farah 'kaki travel' tu akan makan angin ke Dubai, beriya-iya dia pujuk aku supaya ikut sama. Nak shopping sambil mengikuti 'desert adventure' di padang pasir Emiriyah Arab Bersatu katanya. Sempat pula dia cadangkan supaya bercuti bersama ke Cape Town akhir tahun ni, dia arif tentang Cape Town kerana keluarganya pernah bertugas di kedutaan Malaysia dan beliau telah pergi sebanyak 5 kali! Emmm.... Cape Town....... macam menarik, akan dipertimbangkan. Wanna pula akan ke New Orleans hujung minggu ni, macam-macam barang aku pesan antaranya ialah T-shirt Hard Rock cafe, beads dari Mardi Gras, Cokelat 'TSFCF' etc.

royal brunei

Aku pula ke mana? Kalau dah namanya 'kaki jalan-travel', memang tak boleh duduk diam, pasti ada saja rancangan. Petang nanti aku akan memandu masuk ke Negara Brunei Darussalam, langsung bertemu rakan yang bekerja di sana. Emmmm... aku bukan melawat rakan di Brunei, tetapi hendak tumpang kereta di rumahnya sementara aku bercuti selama seminggu. Tetapi kenapa di Brunei? Aku menggunakan pesawat Royal Brunei Airlines untuk ke destinasi percutian. Selamat bercuti kepada semua, jangan main mercun berbahaya dan pandu cermat jiwa selamat (sempat berkempen nih!!!)

4 comments:

Xis said...

Rush
drive safely, and be back in one full piece next week...

A f f e n d i O s m a n said...

nak ole2 jakarta...

Muqreez said...

have a nice journey then...see Him tru His creations

Rush Murad said...

xis - me safely home, thanks!

affendi - ke KK ke? nak ole2 apa??? cewek jakarta?

muqreez - thanks pal.... :-)