Tuesday, February 27, 2007

Weekend Escapade: Bakam Forest Reserved

Some of the flora found nearby the Bakam Forest Reserved in Miri, Sarawak. A 20 minutes drive from Miri city towards south, one need to turn left to Kampung Bakam before entering the rubber estate and tropical fruits orchard. A 2 hours and 30 minutes jungle trekking through thin rainforest, small rivers, swamp plateau and hilly route. One may find some species of ferns and palms surrounding the area, including the giant fern, red-stem palm, pinang - areca catecu, wild banana tree, wild orchids, monkey-cups, bird nest fern, tongkat ali or eurycoma longifolia etc. At the end of the trekking, one can find a tall and beautiful waterfall.


Trip kali ini diuruskan oleh 'Tyah' yang memang berasal dari Miri, dan Kampung Bakam merupakan tempat tinggal atau penempatan suku kaum Melayu pribumi yang memanggil diri mereka "Jetti Miriek". Aku langsung tidak mempunyai info mengenai tempat yang akan dituju, fikirku tempat itu seperti air terjun Kota Tinggi di Johor kalau tidak pun seperti Gunung Pulai di Kulai. Kami berhenti sebentar di Kampung Bakam sebelum meneruskan perjalanan melalui ladang getah dan kebun buah-buahan. Pakcik Mokhtar yang merupakan saudara kepada Tyah menjadi 'trekking guide' kami. Selama lebih 2 jam kami meredah denai, anak sungai, paya dan anak bukit sebelum sampai ke destinasi. Kami memang tidak menyangka yang perjalanan ini agak mencabar dan jauh ke dalam hutan. Kami membawa bermacam bekalan makanan seperti hendak pergi 'picnic'...... terpaksalah kami mengangkut 'beban' semasa trekking. Kami sempat juga BBQ ayam semasa di sana, terima kasih kepada Tyah yang bersusah payah membawa marinated chicken, kelupis (pulut kukus dalam daun makan bersama serunding), Cappucino dan Chocolate drinks dari New Zealand, sandwich dan bermacam-macam lagi...ohhh ya... aku bawa bihun goreng ala-Singapore.


Perjalanan pulang dari kawasan air terjun pula cuma memakan masa kurang dari satu setengah jam, menuruni anak bukit dan kurang 'beban'. Semua sudah seakan arif dengan trekking yang dilalui, walaupun hujan renyai-renyai bercampur peluh membasahi tubuh kami, semuanya tidak dihiraukan, yang penting cepat dan selamat sampai. Puas rasanya bermain dengan air terjun deras dan dingin....... dan puas rasanya menghabiskan cuti hujung minggu trekking di hutan simpan Bakam! Ada yang bercadang mahu pergi?

12 comments:

SERIAL PLANT KILLER said...

Rush - buat acrobatic ke or ballet kat atas batang kayu tu? Lama gak tak pergi berkelah kat kawasan air terjun ni. I seriously need that now and get away from work...sigh....Sapa yang kita dengar cerita tersungkur and kuat melatah tu, cepat mengaku..:)

tyah said...

Nurul,kita semua buat ballet kat atas batang kayu. Semua tersungkur hehehe.. Yang melatah tu sape erk..

shahril aley said...

Rush
I dah tag u kat my blog. It's up to u nak menjawab atau tak.

Rush Murad said...

Nurul - acrobatic laaaa.... terrer tak? dah lama tak bergymnastic... dah keras badan2.... tak der sapa yg tersungkur, tetapi ada yg jatuh terduduk..... ramai plak tuuu... yg melatah??? emm.... melatah ker??

tyah - ayam panggang tu sedaaappp.... say thanks to pak mokhtar ek.

shahril aley - ayooo..... nasib baik ada seseorang tu dah explain pasal tagging ni semua... so i dah faham ler... tunggu ekkk.....

A f f e n d i O s m a n said...

shedapnye......
nak cket.....ayam panggang tu nampak shedappppp shangat...

SERIAL PLANT KILLER said...

Tyah - rajin you organize trip camni yer. Siap prepare bekal pulak tu. Memanglah kawan mithali ni.

dirtypap said...

NAK HEKUUUT!
nak masuk hutan tu kena naik 4 wheel ke? kete biasa bley?
dah lama tak mras air terjun. air terjun kota tinggi last time masa skol menengah, gunung pulai plak last time masa skol rendah!

tyah said...

sape nak hekuut jungle trekking bisa aja.. Janji cukup stamina. Nurul, bekal tu perlu or else sampai sana dah ler penat;perut kosong tak best arr..dah la airterjun tu sejukkk..

Ginger De La Loca said...

PENCALONAN UTK GBA® DIBUKA SKARANG. MRASA BUAT PENCALONAN UTK MANA2 KATEGORI & MANA2 BLOGGER (TERMASUK DIRI SENDIRI HAHA). KLIK KE BLOG MEK SKRG!!

-kEn- said...

ni hujung kpg bakam yg ade air terjun tu ke?

-kEn- said...

rush,
ni air terjun di hujung kpg bakam? xpenah pegi sane dulu...

Anonymous said...

hey there....i just blog-hopped, & i found ur blog... if i follow the jungle-trek, i might meeting u... :)