Wednesday, January 24, 2007

Alahai Teman..............

fight

"...kau ingat mata tombak kau tu lebih tajam?!.... meh merasa aku punya pulak!!!"
Pernah tak pada suatu hari, dengan tiba-tiba salah seorang sahabat kita berkata "aku menyesal teramat sangat kerana mengenali kau..... I would certainly turn back time and make sure I would not let myself knowing you even for a second". Terkedu tak? Apa perasaan kita apabila seorang teman rapat berkata begitu kepada kita? Kalau aku, personally aku rasa seperti dia menyalahkan takdir pertemuan, aku akan anggap diri aku macam 'nobody' atau sampah tepi jalan - nak pandang sebelah mata pun tak larat - makin kena ludah adalah. Seperti persahabatan yang dijalin selama ni tiada memberi erti, tiada 'value', dan tidak dihargai. Apa tindakan kita? Kalau dah teman tu berkata sebegitu rupa.... biarkan saja. Mungkin dia mempunyai perspektif berbeza dengan kita, mungkin tiba-tiba dia tersedar yang kita ni tak sesuai dengan dia, mungkin dia baru faham perangai kita bagaimana sebenarnya, mungkin kitaran haid dia tidak betul, mungkin dia mengalami sintom-sintom andropause, mungkin dia sedang murung, mungkin.......... ada 1001 kemungkinan. Pada aku, walau apa pun kemungkinannya, tak perlu kita berkata begitu kepada 'teman' kita. Kita seolah cuba memutuskan silaturahmi, kita menyesali qada' dan qadar pertemuan, kita tidak lihat hikmah bagi setiap pertemuan itu dan paling penting kita tidak dapat menilai erti persahabatan - wa'ima hanya seketika. Seperti yang aku kata tadi, biarkan saja...... prinsip aku mudah 'you take it or leave it'... tidak memaksa, tidak menyesali, kalau dah tak nak berkawan, you may go, you may leave me.... tak perlu kecoh-kecoh dan tak perlu nak beremosi segala. Ego? Bukan ego tetapi tegas dan waras. Itu prinsip aku, yang orang lain perlu hormat, walau apa pun prinsip seseorang itu pegang, kita kena hormat walaupun tidak bersetuju.

hanuman-rama1

"...kan i dah kata mulut I ni laser.... u tak percaya..... sampai hati you sumpah I jadi monyet!!!!!"
Kita hidup di dunia ni bukan hanya untuk sehari, dan apabila kita berkawan, bukan hanya untuk suatu jangka pendek, kalau boleh kita mahu ikatan ukhuwah tu kekal hingga kita menutup mata. Mencari musuh? Aku bukan orangnya, kalau ada yang nak buat musuh tu, lebih baik fikir banyak kali. Kalau aku tidak gemar dengan perangai seseorang tu, aku akan menjauhkan diri, mengasingkan diri dan mungkin meminimakan pergaulan - kalau cuba telefon aku banyak kali tetapi aku tak jawab, faham-faham sajalah. Aku tidak suka berhadapan dengan konflik dan tidak suka untuk berperang mulut secara emosional - sebab perkataan yang akan keluar dari mulut aku akan kedengaran teramat keji dan 18SX. Kalau tengah marah atau emo, aku lebih suka diam dahulu dan biarkan situasi 'cool down' - mungkin ambil masa beberapa jam, beberapa hari, minggu dan tahun. Oleh sebab itu, alhamdulillah, aku dikurnai ramai teman, dari teman sekampung yang masih berhubungan, teman sekuliah yang masih berblog bersama, teman sepejabat yang selalu beraktiviti bersama, teman dari golongan 'dewasa', 'sebaya', 'politik', 'sekapal', sehinggalah teman tidur....ooopssss... yang ni belum ada lagi.

21 comments:

the ugly aristocrat said...

Abg Rush,

masing-masing punya pendirian so, kenalah hormati.

Pato & Pearl said...

In every relationship, partnership, friendship, even nak naik ship pun...there'll always be challenges along the path...Whatever it is, we wish you all the best..and always c the bright side of LIFE....

Pato & Pearl (bila agaknya boleh naik spaceSHIP...)

SERIAL PLANT KILLER said...

LOL...nak gelak berguling baca captions kat pics tu tapi kena control sebab kat office. On a serious note, there's a ring of truth. Kdg2 bila berselisih faham dengan kawan, keluarga, kekasih ke lama-lama tu sampai lupa sebab musabab timbul perselisihan tu. Apapun, hati manusia susah nak duga...buat apa nak pening kepala...

Pato & Pearl said...

betul betul..kata nurul tu..nasib baik tak tersembuh air depan laptop bila baca caption caption to the pics....

:))) cheer up ok!..

Pearl@Home

Rush Murad said...

hiksssss...... actually caption yg first pic ada tombak tu macam ni
"...weiiii Dayak! kau pulangkan skirt aku tu... pulaaaaannnnggggkkaaaannnn!!!!!...."
"apa kau ingat kau sorang jek nak cantik??? meh sini aku tombakkan kau....."

SERIAL PLANT KILLER said...

Rush - takut ler nak laser you, nanti kena sumpah jadi sang hanuman....

the ugly aristocrat said...

funny lah you, Abg Rush! hehe...

DBI said...

lawan tombak...nasib tak lawan pedang...hehehe

'you take it or leave it'.....you may go, you may leave me.-engkau tak rugi aku pun tak de untung---prisip kita lebih kurang samalah....

musuh jangan dicari..tapi kalau nak sangat bermusuh ...mehlah bermusuh sampai mati...

belum jumpa teman sekatil???

Rush Murad said...

nurul - zaman melaser i dah berlalu.... la ni kena jaga sesangat my 'mulut'.... kerana mulut badan binasa...

shah - im funny guy actually... cuma muka i jer nampak serius...

dbi - yup.. lawan pedang tu tak dok laaaaa.... teman sekatil.....emmm... memang ada la ni, those bebudak yg suka mai rumah tengok dvd reramai... semua dok melepak atas katil, bawah katil.... :P

the ugly aristocrat said...

Abg Rush,

i guess you don't know how well i actually know you! hehe...:P

Rizqi MukhriZ said...

Seandainya relevan:

"Aku ini sehelai kertas
Untuk kau warna dan tulis kemas
Ada waktunya kau jadikan alas
Demi sebuah jalinan pantas
Disamping dia,kasihmu bertunas
Direnyuk dicampak ku tanpa alasan
Agar bisa kupujuk hati dan perasan

Sampai waktunya kau kan kutip jua
Sehelai kertas pernah dianggap sisa
Untuk sematkan pada diari kecewa
Lantas kau datang membawa luka
Sembuhkan engkau,pindahkan aku sengsara"

p/s: dah lama tak ziarah sini

dirtypap said...

bang rush.
sedang nurul&ajai yang semakin hari semakin serasi pun cerai-berai lagi la kawan kan?
kak nurul.
nape blog tak ley bukak?

the ugly aristocrat said...

Muqreez,

that's so relevant. don't you agree, Abg Rush?

shahril aley said...

thanx for coming rush....tak sangka org miri akan turun dtg kenduri kawin kakak....tp rush mmg dijemput skali pun. entry ni utk meluah perasaan terhadap rakan ke? kire lepas ni kena berhati2 dgn rush la takut tersalah tembak plak ;)

Shah said...

Were you at a wedding at Taman Selaseh recently. I thought I saw u there tapi tak berani tegur takut silap orang pulak buat malu aje.

Shah said...

Betul pun... Hari sabtu lepas I rasa ada ternampak u kat kenduri kahwin kat Taman Selasih tapi tak berani tegur coz takut silap orang. Tapi reading Shahril Aley's comment and blog entry memang betul la u pun. The bride is my cousin. Kecil betul dunia ni kan...

Rush Murad said...

muqreez - its so relevant, betul kata shah halil..... and i always admire ur poems...

shahril - u r most welcome. dah terlanjur ada kat kl, lagipun... suka makan 'nasi pengantin'... hehehee... to Nurul - banyak bersabar di atas kejadian yg tidak diingini tu....

Rush Murad said...

shah - yup... i pandang u, then u pun pandang kat i... but then i lupa.... kat mana agaknya aku jumpa budak ni...... hikkkssss.... kecik dunia kan? yer lah, muka seiras i ni melambak kat malaysia, kot2 nanti silap orang....

shahril aley said...

rush - hahahaha........ni ngah ketawa nak pecah perut. korg ni buat lawak la. macam jejak kasih between u rush & my cousin shah. mmg dalam hidup ini penuh dengan suratan & kebetulan.... slalu berlaku in my life. So lepas ni kena tukar jd anonymous plak......

As-Sarawaki said...

Salam;

Teman tidur? :-)

"Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)" (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari).

http://ustaz.blogspot.com/2006/12/tidak-mudah-bergelar-menantu.html

Anonymous said...

:)
mungkin xiklas dalam silaturahim, sbb tuh nak nyesal sbb kenal.. dont u think so.. anyway, it was a long story..