Tuesday, January 09, 2007

Perantauan Yang Merindu.....

Cuti tahun baru Cina lama lagi, tetapi hati ni dah tak sabar-sabar nak bercuti pulang ke kampung halaman, lebih-lebih lagi bila mendengar lagu dendangan P.Ramlee ni. Terbayang lambaian bandaraya Johor Bahru, dengan simbahan lampu neon, bayu selat Tebrau yang kadang-kadang berbalam cahaya bulan purnama dan mereka yang sentiasa dekat di hati. Kalau ikutkan hati, hujung minggu ni jugak mau terbang pulang ke Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai. Beginilah hidup seorang Perantau.... perasaan rindu akan terjah kita dengan tiba-tiba.

Lesen

2 minggu lepas, sedang aku menghulurkan lesen memandu kepada seseorang, tetiba aku jadi kaget "bang, lesen awak ni dah expired, kita tak boleh terima....", aku tak perasan langsung yang lesen memandu aku dah lama 'mampus'. MasyaAllah, careless betul aku ni, dah lebih setengah tahun memandu di jalanraya tanpa lesen yang valid. Heran pun ada, sebab masa bulan Ramadhan lepas aku di tahan Pak Polisi masa kat Miri sebab tak guna seatbealt, dia minta lesen dan tak kata apa-apa pun. Bukan itu sahaja, dia lepaskan aku bila aku kata terlupa nak pakai dan minta maaf (aku ni selalu terlepas dek Pak Polisi, mungkin muka aku ni nampak macam orang-orang baik....hiksssss). Teringat pula kejadian beberapa tahun lepas, dalam perjalanan dari Johor Bahru ke KL, aku memecut dengan begitu pantas di lebuhraya Utara-Selatan sebab nak kejarkan berbuka puasa dengan kawan-kawan. Masa tiba kat kawasan Ayer Keroh, dari jauh lagi aku dah nampak kereta berderet-deret di tepi jalan kena tahan Polis Trafik. Dalam hati dah berkata-kata "matilah aku kena saman lagi ni.... macam mana ni?" tetiba dapat akal nakal, aku buka dash board compartment dan terus capai kopiah - tetiba aku jadi macam rupa Ustaz, ala-extreme make-over. "maaf encik, minta lesen, encik pandu melebihi had, 145...."... nak tau aku jawab apa? "assalamualaikum.... maaf encik... saya ni tergesa-gesa sebab dah janji nak berbuka puasa dengan anak isteri di KL... habis meeting lambat tadi...".."kalau encik pandu laju macam ni, nanti langsung tak dapat jumpa anak bini... pandu hati-hati..."... terlepas lagi aku kali ni!

Imperial Hotel

Pictures at the Imperial Restoran, Miri. Taken with Nokia N70 music edition handphone.

Malam minggu lepas ada seorang pengunjung setia blog ni belanja makan di sebuah restoran/hotel di Miri. Terima kasih kepada Cik Tyah sebab sudi belanja kami makan. Restoran yang menarik dan makanan yang sedap-sedap belaka diiringi dengan 3 piece band dari Filipina. Cik Tyah request lagu apa? Apa pun, kami terhibur dan terima kasih daun keladi. Semoga silaturrahim antara kita segar sentiasa.

Background Music: Title: Nak Dara Rindu Sung by: P. Ramlee

16 comments:

Xis said...

Rush
so have you renewed your licence? Please make sure you don't forget that anymore.. This time you got lucky.. but next time, you never know.. right? Anyway.. lucky you.. an avid reader treated you dinner.. Anybody wants to treat me dinner?? hiksss...

Pato & Pearl said...

Hi Encik Rush - pandai anda semat "anak bini" lagi ye bila ditanya Pak Polisi...u so funny lah..

Pato & Pearl

zali said...

ooh.... rindu kg halaman... hmm... me too...

Rush Murad said...

xis - thanks for ur concern.... yup, Ms Tyah belanja dinner... next time u belanja u pulak ler.. plus Ms Tyah...

Pato&Pearl - nak hidup kan.....hiksss... ala-ala jadi macam ustaz.... if not 'bapak' type... sejuk hati Pak Polisi tu bila lihat.

zali - u dah balik Doha ke? mesti tak puas balik kampung kan? kalau tau u balik Malaysia, nak jugak pesan Orry tu....

shahril aley said...

wah ni mesti excited sangat nak berjalan sampai terlupe nak memperbaharui lesen memandu. betoi kata xis, sekarang mungkin u terlepas dari ditahan & disaman tapi tak tau dikemudian hari macamana. Dah tukar lesen?

A f f e n d i O s m a n said...

hmmmm....
careless...reckless..tingtong...tak pun angau!
tu kot ulasannye bang shidi!

Rush Murad said...

shahril - excited ke hapa, dah lama lesen tu mati since bulan May... dah beratus2 mungkin ribu KM drive dgn lesen tak valid..dari JB-KL, drive kat singapore, drive kat Batam, Miri-Brunei jer dah 5 kali.. memang ler i ni pelupa..

fendi - pandai jer kata orang angau... mana ada angau beb... control macho.... hikssss... macam best jer pi KK... balik naik 777 ek?

Red Mummy said...

abang tepak

akak pun selalu lepas dr pak polisi, my reason will always be 'sorry bang, nak cepat ni..nak kejarkan anak, anak nak menetek!'

wahhahahaha kalo le dia tau anak2 akak dah besau bagak!!!

calit calit!

Rush Murad said...

RedMom - aaaaarrrr..... siapa yang nak menetk sebenarnya? anak atau bapak anak??? (statement 18SX)...

A f f e n d i O s m a n said...

ha ah bang shidi...
dapat triple 7, flight dari NRT - KUL via BKI. Ada la IFE leh main2....crew pun best, takde la cengey macam naik 73....

Rush Murad said...

fendi - kerek la tuuuuu..... hiksss

tyah said...

Rush, ur welcome:) but my thks to our pren yg tolong sampaikan my request song to Los Horizon - Widuri..

blackpurple said...

Rush, JB tempat kau tak banjir ke..?

Rush Murad said...

blackpurple - rumah aku kat skudai n my parents kat Kulai semua ok... sedih la beb... tengok berita n pics pasal banjir di johor... rumah parents kau kat muar ok?

A f f e n d i O s m a n said...

tak kerek la bang shidi....
tak baik tau kerek2 ni, tuhan marah!

a' Say said...

hey there..for ur info,i'm da 1 of the imperial restaurant's waitress and i serve u while ur dinner dat day..not sure u still remember me or not..hihi.. :) wat a small world,i found ur blog accidently.