Wednesday, December 26, 2007

Penghujung Kembara 2007

Kurang seminggu lagi tirai 2007 A.D akan dilabuhkan dan meninggalkan catatannya tanpa boleh diundur kembali. Bagi Travelogue blog Tepak Sireh ini, ianya merupakan tahun yang amat aktif mengembara dan 'terbang'. Setiap bulan dalam tahun 2007 ini, Tepak Sireh 'terbang' keluar dari tempat bersemayamnya, kecuali sekali pada bulan Ogos-berhibernasi dan berehat di Miri. Tidak pernah merancang untuk mengembara begitu kerap pada tahun ini, tetapi kalau sudah bergelar 'itchy feet', memang tidak boleh duduk diam lama-lama. Mengembara ini juga merupakan suatu 'therapy' bagi menenangkan fikiran, meluaskan horizon, mengkagumi dunia ciptaan Allah, berhubungan dengan alam dan manusia, mensyukuri nikmat Allah, menguatkan jatidiri dan mental, beriadah dan islah selain sindrom 'addicted to travel'. Kita 'recap' atau susuri rentetan pengembaraan Tepak Sireh bagi tahun 2007 ini.
Januari - Terbang pulang dari menyambut Aidiladha dan Tahun Baru di Kota Kinabalu, Sabah. Selang 2 minggu, terbang pula dari Miri ke Kuala Lumpur.

Februari - Bercuti bersama Rhon ke Jakarta dan Bandung, Indonesia melalui Bandar Seri Begawan. Terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawa di jalanraya Puncak. Keesokannya berlaku sekali lagi kemalangan di hadapan sebuah Mall terkini di Jakarta, apabila Teksi yang dinaiki dilanggar dari belakang. Bener-bener bikin kepala gue pusingggg...

Mac - Terbang dari Miri ke KL dan langsung ke Chiang Mai, utara Thailand. Kenangan terindah menakluki puncak paling tinggi di bumi Thai dan menyusuri lorong kecil di perkampungan suku Hmong. Tidak terlintas difikiran akan sampai ke destinasi ini, yang jauhnya beberapa jam perjalanan dari kota Chiang Mai.

April - Terbang ke Johor Bahru, langsung ke Singapore sebelum melanjutkan perjalanan ke Pulau Batam, Indonesia. Percutian singkat di Nongsa/Turi Beach bersama Anita, Ai, Zaimi dan Rhon. Selang seminggu pula, percutian keluarga di Kota Kinabalu, terbang dari Miri dan sebahagiannya dari Johor.

Mei - Ke KL bersama Zoul dengan satu misi penting, berjaya akhirnya -alhamdulillah! Kali pertama bertemu blogger Red Mummy dan FendiOsman ditemani oleh Nurul Serial Plant Killer di KLCC. Dua minggu kemudian, ke KL sekali lagi untuk transit sebelum berlepas ke Jeddah untuk menunaikan Umrah. Dari Jeddah ke Makkah, dan seterusnya di Madinah.

Jun - Awal Jun di Madinah dan Jeddah. Transit di KL sebelum terbang pulang ke Johor Bahru. Penghujung Jun, ke KL sekali lagi untuk memenuhi suatu misi yang tidak kesampaian.

Julai - Pulang ke Johor Bahru kerana ada keluarga yang kurang sihat. Sempat pula menyeberang 'causeway' untuk shopping di Singapore. Memandu dari Johor Bahru ke KL menghantar Anita ke KLIA. Bulan ini juga aku ke Brunei untuk membeli-belah bagi persiapan Aidilfitri - bersama Wan, Zoul dan Rn8.

Ogos - Berhibernasi di Miri, tetapi tetap meriah dengan pelbagai aktiviti.
September - Awal bulan aku ke KL dan Shah Alam-UiTM - setelah beberapa tahun tidak menjejakkan kaki ke sini, terlalu banyak perubahan. Sekembalinya dari KL, ke Brunei pula membawa rakan-rakan yang datang berziarah dari Johor. Awal ramadhan pula aku terbang ke Singapore melalui Kuching, dan menginap di Johor Bahru.
Oktober - Ke Brunei lagi untuk berbuka puasa/sungkai bersama Nuriz, Wan dan Zoul ikut sama. Mula bercuti di KL sebelum terbang ke Johor Bahru menyambut Aidilfitri. Sepatutnya ke Delhi/Jaipur/Agra dan Kashmir - postpone tahun hadapan.

November - Percutian indah di Phuket, Thailand bersama Wan melalui KL. FendiOsman ziarah ke Miri, dan Bandar Seri Begawan menjadi destinasi seterusnya.

Disember - Sepatutnya aku terbang ke Dubai dan South Africa, disebabkan oleh beberapa perkara, tiket yang sudah dibeli terpaksa dibatalkan. Hujung minggu ini akan terbang bersama Zoul ke Johor Bahru, menyeberang ke Singapore, terbang pula ke Penang dan pulang semula di Miri setelah beberapa hari berurusan di KL/Shah Alam nanti.
Perancangan kembara untuk tahun 2008 belum ada lagi, aku berazam bersungguh-sungguh untuk tidak terlalu kerap travel. Tidak pasti samada akan berhasil atau tidak, sekurang-kurangnya tidaklah sampai setiap bulan perlu terbang keluar dari Miri. Ada dua tempat yang aku ingin kunjungi pada tahun hadapan, salah satunya ke Bali (ini kunjungan ke 5 mungkin, harapnya Syed Fahmi Al-Attas masih di sana) - dan satu lagi ke Agra/Jaipur/Kashmir di India.

From left to right: Rn8, Wan, Rush, Zoul, Haizul and Khairul.
Tahun 2007 juga menyaksikan aku bertemu dengan ramai rakan baru, terutamanya di Miri. Awal tahun aku berjumpa dengan kenalan-siber, Khairul Luaqdomeezplanade, kemudian dengan rakan-rakan beliau Rn8 dan Haizul. Dari situ pula aku berkenalan dengan Zoul, kemudian Hilmi dan isterinya Niah, Ani dan juga Khal. Beberapa bulan kemudian berkenalan pula dengan orang Semenanjung yang bekerja di Miri, Wan Hidayat yang kebetulan bekerja di tempat yang sama dengan Khal. Baru-baru ini Whitelighter; rakan dari Johor mendapat tawaran bekerja dengan Syarikat yang sama di Miri. Dari beliau aku berkenalan pula dengan Hani dan Da'a. Pergaulan aku di Miri banyak berkisar dengan nama-nama yang disebut di atas. Rakan-rakan inilah yang sebenarnya menceriakan hari-hari aku di Miri.....dan hari ini genap 2 tahun aku mengembara mencari rezeki di bumi Miri ini. Selamat menyambut tahun Miladiah 2008, semoga kita semua menjadi manusia yang sukses dunia akhirat!

Friday, December 21, 2007

Eid-ul-Adha is here again.....

Salam Aidil Adha kepada semua umat Islam. Ini merupakan kali ke-5 berturut-turut aku tidak menyambut Hari Raya Korban bersama keluarga di Johor. Kali kedua menyambut perayaan ini di bumi Miri, dan kali ini ianya sungguh bermakna dan meninggalkan kesan yang mendalam. Tahun ini juga kedua orang ibubapa dan Anita membuat korban lembu di Kulai, manakala aku mewakilkan ibadah korban lembu di sebuah perkampungan terpencil umat Islam di Kemboja. Walaupun tanpa kaum keluarga di sekeliling untuk menyambut Aidil Adha bersama, suasananya kali ini tetap meriah. Semoga kita semua memahami, mendalami dan mengambil iktibar dari cerita Nabi Ibrahim A,S bersempena dengan arahan melaksanakan ibadah korban. Pengertian 'korban' itu sendiri terlalu luas dan pelbagai tafsir, apa pun hendaklah segalanya mendapat keredhaan Allah S.W.T. insyaAllah......

Sehari sebelum tanggal 10 Zulhijjah, aku dan Wan sudah bersiap sedia membeli bahan mentah untuk dibuat juadah khas, memasak untuk sekitar 40 orang. Pelbagai menu telah dirancang, antaranya Rendang Daging, Ayam Masak Merah, Dalca, Acar, Nasi Briyani dan Nasi Tomato, semuanya kami masak sendiri dengan dibantu oleh Hani. Malam itu kami tidur sekitar jam 2 pagi setelah selesai menyediakan bahan-bahan untuk ditumis esoknya. Seawal jam 7 pagi kami sudah bersiap sedia untuk solat di Masjid An-Naim, Lutong. Da'a, Hani dan Yus berkonvoi bersama kami dan setibanya di sana jemaah masih lagi tidak ramai. Kelihatan beberapa ekor Kerbau ditambat di batang pokok kelapa di persekitaran kawasan masjid. Terasa keheningan dan kesyahduan di awal pagi sambil kedengaran alunan merdu Takbir memuji-muji keagungan Allah. Ada suatu kelainan di masjid An-Naim ini, mungkin juga budaya masyarakat di sini. Sementara menunggu masuknya waktu solat, 2 orang AJK masjid mengenakan seakan 'apron'/pouch berwarna putih yang diikat sekeliling pinggang, berjalan perlahan bersalaman dengan jemaah dari satu saf ke satu saf yang seterusnya. Dan jamaah pula akan memasukkan wang kertas atau syiling ke dalam 'pouch' tadi. Selesai bersolat dan mendengar khutbah, kami bersalam-salaman, sempat juga berposing di luar masjid.

Terima kasih kepada talented Mr. Da'a yang menjadi fotografer pada pagi itu (jengah-jengah ke blog Da'a yang banyak foto menarik). Sebahagian gambar kami buat kenang-kenangan. Ada tetamu yang kami raikan pada malam itu, keluarga kakak Nuriz yang datang dari Kulai. Ibu mereka sempat membekalkan masakan hari raya untuk kami, ketupat, sambal goreng pengantin, rendang daging, ayam kari dan sambal kacang. Terima kasih buat Nuriz sekeluarga! Malam itu mereka menginap di Miri sebelum bertolak ke Brunei keesokkan harinya untuk bercuti. Sekali lagi Wan, Yus dan aku tidur lewat, mengemas mana yang patut sambil berbual kosong merehatkan badan yang terlalu letih.

Monday, December 10, 2007

Terengganu Songket For Sale

WHAT IS SONGKET?
Very appropriately dubbed Malaysia's 'Cloth Of Gold', the decorative kain songket is a member of the brocade family of textiles. It is an extremely rich and lustrous ceremonial fabric. Handwoven in silk or cotton, the kain songket is intricately patterned in gold or sometimes silver threads.The fascinating art of songket-making came about as a consequence of the region's early trade with China (for the silk) and India (for the gold and silver threads). It was during those times that this most complex handicraft was handwoven by court artisan for the exclusive use of the local royalty. The fascinating art of songket-making came about as a consequence of the region's early trade with China (for the silk) and India (for the gold and silver threads).It was during those times that this most complex handicraft was handwoven by court artisan for the exclusive use of the local royalty. The term 'songket' comes from the Malay word 'menyongket' which means 'to embroider with gold or silver threads'. But strictly speaking however, the songket is not a piece of embroidered work. It is actually a piece of fabric which has been woven using what is commonly known as the weft technique. When in the process of songket weaving, the extra or supplementary threads, of gold or silver, are inserted in special lengths in between the silk weft (latitudinal) threads of the main background cloth.

Traditionally, costumes made of songket are worn by the Malays during ceremonial functions such as installations, investitures, religious celebrations, and weddings, as well as ceremonies marking the circumcision of young boys, the ear-piercing of young girls, the observance of shaving the hair of a newborn baby, and the rites performed for a woman who is seven months with child. Once reserved for royalty, the usage and wearing of the kain songket is nowadays most obviously apparent at formal and ceremonial occasions like weddings, convocations and state functions.
SONGKET FOR SALE
Few weeks ago, a friend of mine came to see me asking for some financial advices. Me, as an amateur 'spend-drifter' and always-broke-person have no clue how to give advise on such topic, so we ended-up with not-so-bad idea on how to make money by doing something "not so risky". To make it short, she brought to my office a bunch of hand-made gorgeous and beautiful Terengganu Songket (not the one that are popular now, which is made in India and Pakistan), all for sale. The price offered here are so reasonable (very cheap compared to other online or offline seller), the price shown inclusive of shipping charges to all over the world, but for Malaysian buyer the price is in Ringgit Malaysia whereas for the rest is in US Dollar. So, here you are, the original, authentic, exquisite and beautiful handwoven Terengganu Songkets for grab!

Big Black Songket

ITEM NO:BBS05. Colour of cotton: Black with Silver threads. Size: 4.5 Meters with shoulder shawl. Price: RM2,000. / USD$1000.00


Big Green Songket

ITEM NO: BGS05. Colour of cotton: Green with Gold threads. Size: 4.5 Meters with shoulder shawl. Price: RM2,000. / USD$1000.00

Purple Songket

ITEM NO: SPS02. Colour of cotton: Mangosteen Purple with Silver threads. Size: 2 1/4 Meters (Men's Kain Samping). Price: RM550.00 / USD$400.00 - SOLD



Green Songket

ITEM NO: BGS05. Colour of cotton: Green with Gold threads. Size: 4.5 Meters with shoulder shawl. Price: RM750.00 / USD$500.00


Black Songket

ITEM NO: SBS02. Colour of cotton: Black with Gold threads. Size: 2 1/4 Meters (Men's Kain Samping). Price: RM300.00 / USD$200.00

Blue Songket

ITEM NO: SBLS02. Colour of cotton: Royal blue with Silver threads. Size: 2 Meters - stitched/joined (Men's Kain Samping). Price: RM300.00 / USD$200.00

Those who interested to buy these beautiful Songkets (and to get more info), kindly email to me at rushmurad@hotmail.com. All prices shown are negotiable. Note: These Songkets are Owner's own collection and still in excellent condition.

Kain-kain Songket yang dipaparkan di atas telah berusia lebih 10 tahun, corak-corak yang tertera juga merupakan corak klasik dan sukar di dapati pada hari ini. Songket-songket tersebut masih dalam keadaan terbaik, tidak pernah digunakan (ianya menjadi koleksi pemilik) dan bermutu tinggi. Saiz Songket juga lebih panjang dan lerangnya lebih lebar dari biasa.

Tuesday, November 27, 2007

The Kedayan's Wedding in Miri

Upacara Mukun atau bergendang. Bermula sekitar jam 8 malam dan berakhir sekitar jam 2 pagi tanpa berhenti. Saling berpantun dan menari ala joget lambak.

Pertama kali menyaksikan adat perkahwinan orang Melayu dari etnik Kedayan di Miri. Memandangkan Zoul 'Chekered Boxes' berketurunan Kedayan dari sebelah ibunya, maka banyak persoalan mengenai adat-istiadat perkahwinan orang Kedayan aku ajukan. Sementelah yang berkahwin itupun merupakan Ibu Saudara Zoul. Beberapa hari sebelum majlis akad nikah, kaum keluarga yang jauh dan dekat sudah mula berkumpul dan menziarahi rumah pengantin perempuan untuk bertanya khabar, mengambil tahu persiapan dan membantu mana yang perlu. Malam setelah berlangsung majlis akad nikah (sebelah siang), diadakan pula sesi karaoke keluarga, tetapi jiran tetangga dan rakan-taulan boleh ikut serta. Sesi menyanyi ala-karaoke ini diadakan di halaman rumah dengan sound system dan speaker yang lengkap. Sehari sebelum majlis jadi (Ahad), diadakan acara Mukun atau Bergendang di sebelah malam. 3 orang wanita pemukul gendang/rebana berpantun seloka, berbalas-balas dengan sesiapa sahaja yang berminat untuk berbalas pantun. Sambil memegang mikrofon dan menari joget, si penjual pantun akan melantunkan suara sambil mengikut rentak gendang. Yang kerap menjual pantun selalunya golongan lelaki, tua mahupun muda. Acara Mukun ini memakan masa beberapa jam, sambil disaksikan oleh warga kampung dan penduduk sekitar Kampung Luak. Hari berlangsung majlis pula, tidak banyak perbezaan dengan etnik Melayu di Semenanjung Malaysia. Untuk gambar dan cerita selanjutnya, bolehlah melayari blog FendiOsman, yang ikut serta dalam majlis tersebut sempena dengan kunjungan muhibbahnya ke Miri dan Brunei.
Adat perkahwinan Kedayan, disampaikan oleh Piah Bte Karim (umur 70 tahun, 2000), Limbang, Sarawak.
"Adat perkahwinan masa dulu ani ialah kepala baiyairinya ialah kinkin pembuka mulut kayis laki-laki yang mengantati arah bini-bini karang ani inda lagi ada usuri sebagai penggantinya mun kelangkahan dulang adik kahwin dulu bagi yang bini-bini yang laki-laki inda pulang ada bagi kelangkahan dulang laki-laki ani masti bagi kinkin kepada yang dilangkahi dulang atu sepasang seorang tu sama seperti yang di bagi kepada pengantin perempuan kalau bangsa lani lagi banyak ankup dangan sepasang kasut kinkin sebantuk dan tudung dulang jua tanda bertunang kinkin sebantuk pembuka mulut seperti basar-basar jarum atu mulanya seratus saja belanja hangus kaban lima belas ijib saja seekong jadi kira mulanya belanja karun masa dulu atu."
Bangsa Kedayan.
Sejarah awal kemunculan suku kaum Kedayan di Borneo agak samar-samar sifatnya. Ensiklopedia Sejarah dan kebudayaan Melayu (1995 : 1120) umpamanya mencatatkan bahawa terdapat sumber lisan yang menyatakan orang Kedayan ini berasal dari Indonesia. Setelah beberapa abad mereka menetap di Brunei, mereka berhijrah ke Sabah dan Sarawak. Setakat ini, pengkaji yang membuat penyelidikan atas asal usul orang Kedayan sering mengaitkan tempat nenek moyang suku kaum ini dengan kepulauan Indonesia, khususnya dari Jawa. Namun Hose (1912) dalam kajian sejarah suku kaum Kedayan mendapati bahawa suku kaum ini mempunyai pertalian darah dengan pribumi di Kalimantan, oleh itu beliau mencapai keputusan bahawa orang Kedayan berasal dari Kalimantan.- En. Low Kok On, BA., MA. (USM) Pensyarah Sastera Rakyat.
Kedayan in Wikipedia
The Kedayan are an ethnic group residing in Brunei, Labuan, Sabah, and parts of Sarawak on the island of Borneo. They are also known as Kadayan, Kadaian or simply badly spelled as Kadyan by British. The Kedayan language (ISO 639-3: kxd) is the de facto national language of Brunei. It is spoken by less than 50,000 people in Brunei, 46,500 in Sabah and 37,000 in Sarawak. In Sabah they are mainly live in Sipitang, Labuan, Beaufort and Kuala Penyu. In Sarawak, Kedayans mostly reside in Lawas, Limbang, Miri and Sibuti area. Amazingly indigeneous people in Kutai, Kalimantan (Indonesia) share more than 90% similarity with Kedayan language although they do not called themselves as Kedayan. It is also interesting to note that Kedayan and Banjarese is somehow related in term of language.

The origins of Kedayans are somewhat uncertain, with some Kedayans claiming to have Javanese origins. However, most researchers consider them indigenous to Borneo, having become Islamised and influenced by Malay culture, after the establishment of the Sultanate of Brunei. Historically, the Kedayan people have occasionally rebelled against control (taxation) by the Brunei nobles. Kedayan are mainly padi farmers or fishermen. They have a reputation for knowledge of medicinal plants, which they grow to treat a wide range of ailments or to make tonics.

The Kedayan tend to settle inland in a cluster pattern, with houses built in the center and with fields radiating outwards. The Kedayans traditionally tended to be a rather closed community, discouraging contact with outsiders. Intermarriage among relatives was encouraged for economic and social reasons. As Kedayan do not follow Islamic inheritance laws, women are entitled to own land. If the husband dies, his property goes to the wife, but only as an administrator. She cannot sell the land without the permission of their children. When she dies, the children equally divided the property, regardless of sex or age. Sometimes the excess land is transferred free to friends or relatives if they are landless.

The Kedayan wedding ceremony is similar to that of the Bruneians Malays, with the difference that the bride is seated surrounded by candles and decorations, and the older folk will go up to her one at a time, and mark her forehead with powdered spices, similar to the Bajau practice. Aduk-Aduk is a ceremonial dance performed by the Kedayan people during holidays, especially at the end of the harvest season.

Song: Bapak Mek Datang by Miak Serawak

Tuesday, November 20, 2007

Health: Brisk Walking


Kawasan perumahan Desa Senadin tempat aku tinggal memang mendamaikan, selesa dan cantik. Di hadapan rumah sahaja sudah terbentang tasik biru buatan manusia. Pohon-pohon sekitar tasik sudah mula membesar dan memayungi kawasan pejalan kaki. Kenapa tidak aku ambil kesempatan ini untuk beriadah sambil cuba meningkatkan kesihatan tubuh badan?. Setelah dua hari berturut-turut aku berjalan kaki (brisk walking) selama lebih sejam setiap sesi, aku rasakan suatu kelainan, dari sudut fizikal dan emosi serta mental. Sambil berjalan laju, sambil menggerakan tangan, menggoyangkan punggung seakan-akan berdansa.... mp3 player pula rancak mendendangkan lagu-lagu dari album Kaer. Kenapa Kaer? aku suka rentak muzik yang pelbagai genre dalam album ini, lirik yg memberi kesan positif dan tempo yang tidak menjemukan. Selesai berjalan, aku sambung beberapa minit untuk stretching ala-Yoga, ala-TaiChi, ala-Silat, ala-Salsa. Aku tak peduli apa orang lain fikir setelah melihat aku seakan-akan mahu terbang, menumbuk, mencangkung, jingkit ballet dan kerap pula menari rentak Salsa sendirian. Aku dalam dunia aku sendiri, aku dengan perasaan yang berbaur (yang pastinya aku cukup kagum dengan ciptaan Allah di sekelilingku) dan aku tahu setiap gerak yang tercipta untuk kesihatan tubuh badan.... dan memenangkan stress.

Benefits of Walking
More energy to enjoy life
Weight management, with toned muscles and less body fat
Stress reduction
Deeper more restful sleep
Healthier bones and joints
Reduced risks for heart disease, diabetes, colon cancer, stroke, high blood pressure, and osteoporosis.

Why Walk?
There are many benefits to be gained from walking. These can include more energy, deeper and more satisfying sleep, stronger leg muscles, less knee pounding than running, lower body fat, higher metabolic rate, and reduced stress. Many students who walk or exercise study more effectively and have better recall. Daily physical exercise may also reduce your lifelong risks for heart disease, cancer, stroke, and high blood pressure, and may even slow the aging process. While 30 to 60 minutes of walking per day is ideal, you can still benefit from just a little bit of walking.

Nowadays, our lifestyles have changed from the past through dependence on vehicles, labor-saving devices, sedentary recreation, and a fast-paced lifestyle that leaves little room for physical activity. One result of this has been a dramatic increase in the rate of obesity in America. The Surgeon General has recently established the "obesity epidemic" as the single greatest threat to the public's health with an estimated 65% of adults overweight or obese (National Center for Health Statistics, 2004).

According to a CNN story, If each American walked for a half hour a day (the recommended minimum for good health) instead of driving, we would save the planet 64 million tons of carbon dioxide, 6.5 million gallons of gas, and incidentally lose 13 pounds a year. Walk to save the Planet?

Song: Seribu Impian sung by Kaer.

Sunday, November 18, 2007

Cik Sri Siantan's Letter....

Semenjak aku berblog segala, banyak juga email yang aku terima dari pembaca, pemerhati, rakan-rakan sekampung/sekolah yang dah berbelas tahun tak jumpa, serta mereka yang mencari maklumat mengenai tempat-tempat percutian/pelancongan yang pernah tersiar di laman Tepak Sireh ini. Ada juga yang mengirim email bertanyakan hal-hal yang tidak bersangkut-paut dengan apa yang dipaparkan, ada yang bersifat peribadi, dan ada juga yang meminta nasihat dalam perkara-perkara tertentu. Sebelum aku meneruskan apa yang hendak dipaparkan kali ini, ingin aku melambai tangan sambil mengucapkan 'Bon Voyage' kepada Kak Zam dan rombongannya dari Putrajaya yang akan bercuti ke Bandung - mudah-mudahan maklumat dan tips yang diberikan dapat membantu. Kepada Arni, selamat berhoneymoon awal bulan depan ke Bali, ucapan terima kasih juga kepada laman blog Pato&Pearl yang banyak menyumbang maklumat mengenai Bali.

Baru-baru in aku mendapat email dari seorang teman siber, katanya telah lama mengikuti perkembangan Tepak Sireh bla bla bla bla....Beliau mengajukan banyak soalan peribadi kepada aku, antaranya; bagaimana ingin sentiasa gembira dan ceria, bagaimana mengatasi masalah hidup/kerja/persahabatan/percintaan, bagaimana ingin berjaya dan banyak lagi. Aku pernah siarkan dahulu mengenai 'mencapai kebahagiaan' yang bersangkut paut dengan kerja dan rezeki yang Allah berikan etc. Dipendekkan cerita, aku sertakan email dari pengirim tersebut yang telahpun aku edit serba-sedikit. Mungkin ada antara pembaca yang boleh memberi nasihat atau buah fikiran kepada beliau (sebab bab nasihat orang lain ni memang aku kurang arif). Pengirim ialah seorang remaja lelaki, graduan yang baru 2 tahun bekerja dan kini sedang membina karier dalam bidang IT. Beliau bersetuju untuk email ini dipaparkan.

"........Bro, saya memang amat sayang kepada lover saya.... i love her so much!. Walaupun baru beberapa bulan kenal dia, kami seperti sudah terlalu lama kenal dan jumpa. Before this, saya pernah bercinta semasa di university dulu, tetapi tidak sekuat ini, rasa seperti baru pertama kali bercinta..... i'm deeply in love. Saya sangat sayang kepada dia. Kami datang dari negeri yang berlainan tetapi sekarang bekerja di bandar XXX. Semenjak bertemu dengan dia, setiap hari kami akan berjumpa, makan bersama, menonton movie, shopping etc. Dia sahajalah yang ada dalam fikiran saya. Dia memberikan saya motivasi untuk kerja kuat, fokus dan sememangnya membuatkan saya happy selalu. Baru-baru ini dia ada memberitahu yang ada seseorang meminati dia, saya tidak ambil peduli kerana orang yang admire dia tinggal beribu batu jauhnya, rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara. Semenjak itu saya perasan yang dia kerap menerima panggilan telefon atau sms dari admirer tersebut. Dia juga kerap menghubungi admirer tersebut, dan alasan yang diberi "dia cuma kawan biasa...". Kelmarin saya singgah ke rumah dia untuk lunch, kemudian saya ternampak ada bungkusan hadiah di biliknya, saya buka dan baca isi surat/kad yang dikepilkan bersama hadiah. Memang mereka sedang dilamun cinta, berjanji itu ini (naik pelamin?). Saya serta-merta menjadi down dan tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Saya juga dapat tahu yang dia bercadang untuk melawat/berjumpa admirer tersebut suatu hari nanti. I dont know when. Dia selalu memberitahu yang dia sangat sayangkan saya, saya inilah sahaja kekasihnya. Tetapi setelah apa yang berlaku, saya yakin, bukan saya seorang sahaja yang bertakhta di hati dia. Dia seperti tidak sedar atau buat-buat tidak sedar dengan apa yang sedang berlaku. Saya fikir cara terbaik ialah untuk mengundur diri dengan baik dan membiarkan mereka. Saya tidak suka menimbulkan konflik dan berbalah. Saya yakin dia amat matang dalam hal ini dan tahu apa yang sedang dia lakukan. Mungkin jodoh dia bukan dengan saya, saya bukan yang terbaik untuk dia dan mungkin juga sudah tersurat di azali, dia akan bersatu dengan admirer tersebut. Saya ingin melihat dia gembira, saya ingin dia sentiasa gembira, saya ingin dia mendapat apa yang dicitakan..... insan sempurna buat dia. Bro, adakah tindakan saya ini betul? bagaimana saya ingin menghadapi dia yang sangat saya sayangi itu? .......memberitahu tentang isihati dan perasaan saya ketika ini...."

Itulah dia, keluh-kesah seorang insan. Aku tak ada komen selanjutnya mengenai masalah tersebut buat masa ini. Terpulanglan kalau ada pembaca yang ingin membantu memberi pendapat dan nasihat.

Wednesday, November 14, 2007

Memorable Vacation in Phuket!

My Phuket Trip 2007

Penghujung 2004, bandar peranginan ini dilanda musibah alam yang begitu dahsyat. Mengorbankan beribu-ribu nyawa manusia dan haiwan serta memusnahkan infrastruktur yang bernilai berbillion Dollar. Phuket, setelah berduka dan compang-camping dilanda Tsunami, kini bangkit dengan tekad dan rupa yang baru. Amat sukar ingin menyelami kedukaan mereka yang terlibat dengan bencana Tsunami di sini kerana hampir tiada kelihatan kesan-kesan bencana. Phuket yang pernah aku lawati hampir 9 tahun dulu amat berbeza dengan Phuket hari ini. Banyak bangunan baru didirikan di sepanjang Patong Beach, begitu juga dengan Phi Phi Island yang terletak di dalam daerah Krabi, telah berubah rupa sama sekali. November merupakan permulaan 'high season' percutian di sini, ramai pelancong dari Eropah datang berseronok dan menikmati keindahan alam Tropika yang mendamaikan. Penerbangan AirAsia AK876 meluncur laju dari Kuala Lumpur menuju Phuket Airport kurang dari 1 jam setengah, dan sejam kemudian kami sudah sampai di perkarangan hotel C&N, Patong Beach. Petang itu kami habiskan masa dengan membuat tempahan aktiviti atau 'tour' yang akan dilakukan sepanjang berada di sana.

My Phuket Trip II 2007

Tidak sah kalau melancong ke Phuket sekiranya tidak ke FantaSea, sebuah persembahan pentas bertaraf antarabangsa yang sungguh menakjubkan. Persekitaran luar pentas pula dihias seperti berada di alam kayangan beserta dengan taman tema yang begitu menyeronokkan, apatah lagi anda disambut dengan senyuman dan ucapan 'Sawasdeekhap'. Dengan bayaran tiket sebanyak RM150 seorang, anda dapat menikmati pelbagai hiburan di taman tema yang menarik; Lost Jungles of Pimai, Secret Garden of Nimanaradi, Holy Temple of Dheviviman dan Tiger Kingdom of Singhaviharn yang mempunyai beberapa sangkar dan kotak kaca mengandungi haiwan hidup seperti Harimau Belang, Lemur, Ular Sawa Albino, Katak Puru Gergasi, Burung Merak, Kambing Gunung, Burung Udan dan banyak lagi. Pelbagai irama muzik dapat didengar di sekitar kompleks FantaSea ini dan berbagai jenis cenderamata menarik juga turut dijual. Kamera dan video serta telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam pentas semasa persembahan. Malam itu kami labuhkan tirai dengan menikmati makanan Thai di sebuah restoran Arab-Thai disekitar JungCeylon.

My Phuket Trip III 2007

Pagi itu hujan turun dengan renyai-renyai dan matahari masih lagi belum muncul di celahan awan yang mendung. Selesai menikmati sarapan, kami bergegas pula menaiki van yang disewa khas untuk pakej hari itu - Rafting Safari di Phang Nga yang sejauh 2 jam perjalanan. Selesai penerangan mengenai aktiviti, kami dibawa menyusuri hutan dara menuju ke kawasan air terjun Tone Pariwat Wildlife Sanctuary Station. White Water Rafting di sini sungguh mencabar berbanding dengan pengalaman sebelum ini di Kiulu River, Sabah. Rafting sejauh 5km itu tidak terasa kerana terlalu fokus dengan 'kejutan-kejutan' arus deras, batu besar dan tujahan-tujahan tebing. Belum sempat berehat setelah makan tengahari yang disediakan, kami dibawa pula ke Kem Gajah Island Safari, menyusuri anak sungai dengan menaiki Gajah. Suasana petang yang cerah dan berlembayung memang sungguh mengasyikkan, ditambah pula dengan dendangan 'muzik hutan' - damai!

My Phuket Trip IV 2007

Sebuah kompleks membeli belah yang hebat dinamakan JungCeylon (Jongkang/Bahtera Sri Lanka) di bina di tengah-tengah kesibukan deretan kedai dan restoran di Patong Beach. Kompleks yang mengandungi beberapa buah tema beli-belah (Sino-Thai, Robinson, Carrefour) tersebut dibina dengan rekabentuk moden dan mesra alam. Sebuah bahtera bersaiz sebenar diletakkan di tengah-tengah medan pertemuan, menyediakan persembahan percuma 'Light & Sound' selama 20 minit. Ianya sesuatu yang baru bagi aku kerana pertama kali melihat percikan air dijadikan skrin penceritaan dengan cahaya laser berwarna-warni dan latar muzik hebat. Keseluruhan tingkat bawah kompleks tersebut dijadikan bazaar menjual pelbagai jenis kraftangan dan makanan hasil penduduk Thailand yang dilabel dengan nama 'That's Siam'. Tanggal 10 November, Wan Mohd Hidayat atau The Cronicles menyambut harijadinya yang ke 23 tahun. Kami menyambutnya dengan sederhana di Kafe Aiskrim Swensen, aku memesan aiskrim yang diletakkan lilin di atas sepotong pisang dan pihak Kafe memberikan sekeping gambar Polaroid secara percuma. Malam itu sekali lagi kami menjamu selera masakan Thai di Restoran Cairo, Arab-Thai berhadapan dengan JungCeylon.

Banyak kenangan manis terpahat dalam memori sepanjang percutian kali ini. Menaiki kapal persiaran Sea Angel di tengah-tengah Laut Andaman sambil bermandikan terik cahaya matahari, snorkeling bersama ikan di Maya Bay, makan tengahari di Phi Phi Island sambil beriadah, rafting di sungai deras berlatar hutan tropika, menyusuri anak sungai dengan menaiki Gajah bak seorang Hulubalang zaman dahulu-kala, terpegun menonton persembahan FantaSea yang setaraf Disneyland, persembahan mencuit hati Cabaret ala-Moulin Rouge di Maya- Paradise Complex...... semuanya menjadi antara kenangan terindah!

Monday, November 05, 2007

Cik Kiah's Entourage

Tu diaaaa..... aku dah packing barang segala nak pergi bersantai ke suatu destinasi percutian. This is going to be a 'very short trip' but it will be a memorable one. No... no... no... I'm not going back to my forefather's homeland to celebrate Diwali.... I'm going for some Scuba Diving, Sunbathing and Snorkeling at some beautiful white sandy beaches. Tapi tersilap terminal pula, sepatutnya pergi terminal kapal terbang..... tetiba sampai kat stesyen keretapi! How? Just ignore the above picture, tiada kena mengena... cuma beg yang dia jinjing tu macam kampit beras Basmathi (I like!), masak Nasi Briyani kah? Anyway, Happy Deepavali @ Diwali to all Indian readers.... I can't celebrate Diwali with you guys this year, so please keep some Idly, Dalcha and Lamb Curry for me when I'm back.

Di manakah destinasi percutian kali ini? Kali terakhir aku ke sana kurang lebih 9 tahun yang lampau. Banyak peristiwa manis semasa kali pertama jejak kaki ke sana, maklumlah masih muda remaja, dan pula bercuti seorang diri ala-ala membawa diri - adventurous. Kali ini pergi ke sana beramai-ramai, rombongan Cik Kiah gayanya, sebab lebih 10 orang ikut serta, hampir kesemuanya bujangan dan semuanya lelaki sahaja. Ustaz pernah mengajar, tidak boleh bercampur lelaki dengan perempuan yang bukan Muhrim dalam aktiviti 'laut' ni. Foto di atas tu merupakan salah satu pemandangan di tempat percutian yang akan dituju. Maldives? Mauritius? Bali? Batam? Pattaya? San Marino? Sri Lanka? Phuket? Danau Toba? Kita tunggu entry selepas pulang dari percutian. I've just lost my newly bought Sony camera, so tak der lah foto-foto yang menarik nanti. Sedang fikir-fikir nak cari kamera apa...
Beberapa hari lepas, sedang warga Miri sibuk dengan acara JomHebohTV3, aku terserempak pula dengan seorang sahabat yang begiru akrab dengan aku semasa tinggal di KL. Sudah lebih 6 tahun aku tidak menerima khabar berita dari Rizwienta, dan tetiba terserempak di lobi hotel. Tidak banyak perubahan yang aku lihat pada Riz ni, seperti 15 tahun lampau, semasa mula-mula aku kenal dia. Semasa di KL dulu, aku cuma mempunyai 2 orang teman rapat, Riz dan Cikgu Johan Arif, kemana-mana selalunya kami berdua atau bertiga sahaja, berkongsi cerita suka-duka, pergi menonton konsert, clubbing, shopping, outing.... hampir semua aktiviti kami lakukan bersama. Sekarang ni aku lihat Riz lebih cemerlang, berkahwin dan sedang menunggu cahayamata yang ketiga. Kerjaya sebagai seorang banker juga telah lama dia tinggalkan, dan sekarang ini bekerja sebagai Pengurus Promosi SRC - syarikat rekod yang mengedar album Siti Nurhaliza dan terbaru Erra Fazira. Selepas ni pastilah kami akan lebih kerap berhubung, walaupun tidak 'semeriah' sewaktu muda remaja dahulu.

Monday, October 29, 2007

The 15th Day of Syawal

Open House Aidilfitri 2007

Buat pertama kalinya aku mengadakan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman aku di Miri. Ini merupakan sambutan Aidilfitri kedua aku di Bumi Kenyalang, semenjak berpindah ke sini. Seawal Ramadan lagi aku sudah merancang untuk mengadakan majlis Rumah Terbuka, sementalah kini aku mempunyai ramai kenalan di kalangan warga tempatan. Alhamdulillah, perancangan awal dan rapi, berserta bantuan rakan-rakan menjadikan majlis ini sempurna dan amat meriah.

My creation

Separuh dari jemputan terdiri dari kakitangan di bawah kelolaan aku, bersama keluarga mereka. Selebihnya ialah rakan-rakan yang berkerja di Shell, kenalan warga Semenanjung yang bertugas di sini dan teman-teman warga tempatan. Kemeriahan majlis Aidilfitri memang terasa seawal melakukan persiapan seperti mengemas rumah dan memasak secara 'bergotong-royong. Aku sengaja tidak mengupah 'Caterer' untuk menyediakan juadah majlis, sebaliknya aku memasak sendiri kesemua juadah pada malam itu. Antara juadah yang disediakan ialah Ketupat, Nasi Briyani, Ayam Masak Merah, Rendang, Sayur Lodeh, Acar Darat, Fried Seafood Spaghettii, juga dihidangkan buah-buahan tempatan (pelbagai jenis buah Pisang, buah Tampoi yang pertama kali aku merasanya, Papaya, Nenas, Limau Madu, Semangka), berbelas jenis kuih-muih/biskut/kerepek yang dibawa dari KL dan Johor, pencuci mulut yang diberikan oleh rakan-rakan (Kek 'Hati Pari' dari Rn8-Kuching, Cream Caramel dari Tyah-Miri, Amplang dari Lan Haris-Sabah, Kuih Cincin dari Hani-Sabah, Kek Batik dan Maruku dari Nuriz-Brunei, Kek Cokelat dari Anne & Boy-Miri).

My creation

Para pengunjung didendangkan dengan alunan muzik Zapin (Yayasan Warisan Johor) sepanjang malam itu. Di hujung-hujung majlis, beberapa orang teman, termasuklah Tuan Rumah menunjukkan kemahiran berzapin. Walaupun majlis dijangkakan selesai sekitar jam 11pm, tetapi ianya berlarutan melewati pukul 12 malam, kerana masing-masing masih seronok bersembang sambil menjamah kuih-muih (ada juga yang ulang makan.....sedap ke?). Alhamdulillah, syukur ke hadratNya, diberikan cuaca yang amat baik sepanjang hari itu (kalau ikutkan ramalan keadaan cuaca, petang dan malam itu sepatutnya 'Thunderstorm'), kesemua makanan menepati kesesuaian rasa dan rupa (tiada yang mengadu sakit perut atau muntah-muntah selepas makan - masyaAllah....ramai yang memuji pula!), dan yang paling utama ialah hadirin yang hadir semuanya berasa sungguh selesa (sambil menghayati sedikit budaya Johor/Semenanjung).

My creation

Terima kasih tak terhingga kepada semua hadirin yang sudi datang memeriahkan majlis tersebut. Terutamanya rakan-rakan yang berhempas pulas menyinsing lengan menyediakan persiapan - Wan Hidayat "The Cronicles", Zoul "The Chekered Boxes", Rn8, Khairul "Luaq Dome Ezplanade", Sham "Whitelighter", Hani, Antz "Save The World", Suraya, Farah, Aishah, Nuriz, 'Miss Dietician' dan lain-lain.

Tuesday, October 16, 2007

Celebrating Eid Mubarak......

At Suria KLCC, one of the most beautiful Eid Mubarak deco in a Mall. They even have live performances of Arab and Malay's traditional music.
Kemeriahan suasana Aidilfitri masih terasa di Miri, walaupun berjauhan dari kaum keluarga dan rakan-rakan di Johor. Aku bercuti awal seminggu sebelum Aidilfitri, 'berpeleseran' beberapa hari di Kuala Lumpur, berpeluang berbuka puasa bersama teman-teman lama dan baru (Adam Hamid dan Datin I), sempat bershopping di The Gardens, Pavillion (terserempak dengan rakan blogger Wahdi's), Mid-Valley Mall (the best Hari Raya deco), Suria KLCC, Lot10, Subang Parade (lebih 5 tahun aku tak jejak tempat ni), IKEA, The Curve dan tak lupa juga Bazaar di Jalan Masjid India (tersangatlah sesak, padat, sempit, semput!). Dari KL aku terbang pulang ke JB, dalam perjalanan dari airport ke rumah, sempat singgah di kedai menjual cat - perancangannya untuk mengecat rumah di pagi itu juga. Mission accomplished! Anita dan beberapa orang adik bergotong royong mengecat beberapa bahagian rumah, termasuklah 'feature wall' (perkataan favourite Eric Leong) yang diwarnakan dengan hijau Zaitun muda, pagar berwarna Madu dan bahagian dinding luar yang tersilap warna menjadi Merah Bata terang-benderang ala-ala Stadhuys di Melaka (tapi Mak kata dah macam rumah Keling!).
At Senibong, a Malay fishing village in Johor, facing the busy Singapore port. Now, it is one of the seafood heaven in Johor. Waiting for breaking Ramadan's fasting.
Di Johor Bahru lain pula ceritanya, lebih tertumpu untuk membuat persiapan Aidilfitri buat keluarga. Mood untuk bershopping masih berkobar-kobar, dan tidak sah sekiranya kalau tidak singgah ke Plaza Angsana untuk mencuci mata (rabun kah?). Setelah selesai berbuka puasa bersama Tuan Punya Hotel M-Suites (terima kasih Datuk R dan Datin M); dihadiri sama keluarga Datuk KP Johor, aku dan Noreen bergegas ke Plaza Angsana untuk menyelesaikan misi, sekali lagi mission accomplished. Sehari sebelum itu, beberapa orang rakan dari PTP (ex-majikan) telah mengatur majlis berbuka puasa di perkampungan tepian laut Senibong yang terkenal dengan makanan laut. Terima kasih kepada Mira yang bersusah payah mengatur pertemuan, dan rakan-rakan yang turut serta; Zaidi, Ali, Hafiz, Azham dan Intan. Malam itu kami bersama-sama menyaksikan secara langsung Angkasawan pertama Malaysia meluncur laju menaiki Soyuz-15 ke Orbit. Perasaan gentar berbaur bangga dengan kejayaan rakyat Malaysia - gentar akan kemungkinan-kemungkinan perkara buruk akan berlaku seperti Challenger dan bangga menjadi rakyat negara Malaysia!

Malam sebelum datangnya 1 Syawal, aku bergegas ke Plaza Angsana sekali lagi, kali ini menemankan Sham membeli persiapan terakhir Aidilfitri, belum beli baju Melayu, Songkok dan butang baju. Airry juga begitu yang masih belum membeli kopiah (sebab dia mengenakan Jubah di pagi raya). Sekitar jam 12pm kami keluar dari Plaza Angsana yang masih dikerumuni ramai pelanggan. Kami menyinggah di Restoran Singah Selalu untuk mengenangkan nasib berhari raya di tengah kota, tiada bunyi mercun, tiada ayam itik lari bertempiaran, tiada lembu atau kambing yang diheret, tiada kanak-kanak berkejaran di halaman luas/bendang, tiada berpanggang lemang ketupat.... walau apa pun, kami tetap bersyukur dengan kemeriahan dan kemakmuran negara ini, terutamanya Bandaraya Johor Bahru yang begitu pesat membangun.

Aidilfitri 2007

Aunties busy chatting but the focus here is on the fresh flower arrangement by myself, the crazy sisters trying to eat my Mak's Epiphytes Dendrobium orchid, photo of the day (my Mak really can act, dont you think so?), my little cute niece - Sarah.

1 Syawal, kami sekeluarga menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Rezeki yang Allah berikan melimpah ruah - bukan sekadar materialistik tetapi yang penting kesihatan yang bagus, nikmat menjalani Ramadan dengan tenang dan selesa serta rasa keinsafan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Semoga Allah kekalkan dan lebihkan lagi nikmat yang diberiNya ini.............

Terima kasih juga diucapkan kepada teman-teman blogger yang sudi mengutuskan kad hari raya. Maaf dipinta sekiranya aku tak sempat membalasnya..... Nurul - Serial Plant Killer, Zeyn, Shahril Aley, Dirty Pap, Dari Bilik Ini dan beberapa pembaca setia Tepak Sireh.

Di kesempatan ini juga, aku ingin memohon ampun dan maaf, zahir dan batin kepada semua pembaca blog Tepak Sireh sekiranya ada tulisan di dalam blog ini menyentuh sensitiviti individu, menggunakan bahasa yang kurang sopan, maklumat yang kurang tepat dan sebagainya.
============================================================================

200th Post..............
And it’s the 200th post on the blog since I started on June 2005! Not bad at all for a novice cyber-writer like me. Tak pasti berapa lama lagi blog Tepak Sireh ini akan bertahan dan berapa banyak lagi posting akan dibuat. Daripada idea asal ingin berkongsi hanya pengalaman mengembara berserta gambar, akhirnya menjadi sebahagian sebuah catatan perjalanan kehidupan.... dan perjalanan pengembaraan yang boleh dikongsi bersama pembaca/pengunjung. Ramai yang menyokong penghasilan blog Tepak Sireh ini, tidak kurang juga yang menjadi pembaca setia. Dari blog Tepak Sireh ini juga aku mengenali beberapa orang insan istimewa, rakan-rakan blogger yang sentiasa memberi sokongan moral, dan yang pastinya menjadi wadah kepada ahli keluarga mengikuti perkembangan aku yang jauh di mata. Terima kasih kepada semua!

Monday, October 01, 2007

Speeding To Bandar Seri Begawan

Nasi Tomato ala-Johor, Fruit Salad, Rojak Mamak, Sup Herba, Kuih-muih dan Air Tebu. Pic courtesy of Luaq Esplanade.

Berbanding tahun lepas, Ramadan kali ini aku banyak berbuka puasa atau Sungkai (dalam bahasa Melayu sini) di luar. Tahun lepas aku berbuka puasa seorang diri, tahun ini oleh kerana aku mempunyai rakan-rakan yang sentiasa berada di sisi, makanya aku lebih memilih berbuka puasa di luar. Hari pertama berpuasa aku memasak di rumah, Pasta bersos tomato dan sedikit kuih-muih. Pada satu hujung minggu, aku memanggil beberapa orang rakan untuk makan bersama di rumah. Menu kali ini ialah Nasi Tomato, dan beberapa hari lepas aku memasak Pasta sekali lagi untuk berbuka. Paling tidak dapat aku lupakan ialah bersungkai di atas kapal, terima kasih kepada Wan dan rakan-rakan beliau dari PBJV kerana memberi kesempatan bersungkai bersama-sama di atas Penta Perkasa. Lain sungguh terasa semasa di atas kapal, makan seperti ala-kantin tetapi lauk-pauk yang dihidangkan cukup pelbagai dan banyak. Kami juga pernah sekali bersungkai di hotel, sengaja ingin bertukar selera, dan hidangan bersungkai di Park Everly Hotel memang tidak mengecewakan (ada disiarkan di blog Luaq Esplanade).

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Hari Sabtu lepas aku bersungkai di Bandar Seri Begawan, di atas pelawaan rakan sekampung yang bertugas di sana. Terima kasih kepada Nuriz dan rakan-rakan kerana sudi menjemput kami bersungkai di BSB, makanan ala-Indonesia di restoran Pondok Sari Wangi memang menepati citarasa aku. Dari Cendol yang cukup manis dan lemaknya, sehinggalah kepada Ayam Bakar sos Sate dan Tauhu Telur berkuah kacang yang semuanya sempurna.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tidak sah berkunjung ke BSB sekiranya tidak membeli ole-ole Bohemia Crystal, dah lebih-lebih lagi ada jualan murah ketika ini (DBI pasti makan hati dengar.....dah ler murah, ada 40% diskaun lagi). Di Gadong Mall pula ada didirikan Bazaar Ramadan yang menjual pelbagai jenis barangan keperluan rumah, kuih-muih serta pakaian. Wan membeli 2 pasang Kain Samping atau Sinjang (Bahasa Brunei) untuk dikenakan dengan Baju Melayu berwarna Perak dan Biru, aku pula membeli beberapa helai tudung Turki dan kain pelikat. Dalam perjalanan ke BSB, kami singgah di Kuala Belait untuk mengambil Baju Melayu yang ditempah jahit. Jangan tidak percaya kalau aku katakan upah menjahit Baju Melayu Teluk Belanga di sini cuma B$15 sahaja sepasang!!!! Dan disesetengah tempat upahnya cuma B$12-13 sepasang!. Makanya kami menempah 2 pasang baju sekaligus di dua buah kedai yang berbeza. Kain untuk baju-baju tersebut juga dibeli di Brunei, berkualiti dan murah harganya. Tukang-tukang jahit di sini kebanyakannya warga India dan Filipina, dan di pekan sekecil Kuala Belait itu sahaja, terdapat lebih 10 buah kedai jahit. Terima kasih juga kepada Zoul yang turut menemani 'speeding to Bandar Seri Begawan'......

Monday, September 24, 2007

The Eight Paragraph's Story

It has been one of a hectic weeks for me.... Whilst in KL, I managed to grab a flight ticket to go somewhere-not-on-the-list-in-next-five-years-time and have to erase the idea of going to the "middle earth".... Che Sayda, next time saja lah I pi melawat kat tempat you tu. So, I'm going to visit 2 countries at the end of the year.... in a shoe string. Sambut Aidil Adha di Dubai, kemudian terus ke Johannesburg, dan seterusnya ke Cape Town. Sambut tahun baru Miladiah juga di Dubai nanti. Ada sesiapa nak join ke South Africa dan Dubai? Let me know, manalah tau ada nak berkongsi itinerary dan pengalaman, you are most welcome!
Banyak hal dapat aku selesaikan ketika bercuti di KL pada kali ini, antaranya bertemu dengan Pensyarah di UiTM Shah Alam yang pernah mengajar aku, beliau baru sahaja selesai menjalani pembedahan mata. She is so nice to me during my student years, tetapi semua orang kata dia garang, Pensyarah paling garang dan paling suka gagalkan student in her subject. Ada pada satu kali tu, dia cuma luluskan seramai 8 orang pelajar dari hampir 60 orang!!!!! Dan yang pastinya aku adalah antara pelajar yang lulus, bukan setakat lulus tetapi cemerlang.... Semasa Valentine Day, aku hadiahkan dia sekuntum bunga Mawar, dia suka sangat, senyum meleret-leret, riuh satu kelas.... "Tak pernah sebelum ni ada orang hadiahkan saya bunga ros during Valentine...." tragis tak statement dia?

Pulang dari bercuti beberapa hari di KL, sambung pula berkursus di Singapura, ambil kesempatan untuk merentasi Tambak Johor pulang menyambut Ramadan di kampung halaman. Memandangkan aku tidak begitu berselera ingin makan macam-macam, segala lauk-pauk juadah berbuka hanya aku jeling-jeling jer. Ditambah pula dengan aku yang tiba-tiba terkena 'rashes' satu badan sebelum bertolak dari Miri.... selera makan tiada langsung, asyik tergaru-garu semasa di dalam pesawat. Memandangkan 'rashes' aku begitu parah sehingga menyebabkan muntah-muntah dan pitam, Doktor menasihatkan aku supaya tidak berpuasa dan diberikan suntikan ubat. Dah rongak sehari puasa aku tahun ni, begitu juga dengan solat Terawih.

Aku sempat juga berbuka puasa dengan Tunku 'S' dan rakan-rakan. Selepas selesai solat Maghrib dan berbuka ala-kadar, kami menuju ke Grand Straits View restaurant untuk santapan seterusnya. Sedang enak menjamu selera, seorang ejen dari sebuah kumpulan kebudayaan menghampiri bilik VIP kami dan menawarkan persembahan tarian Zapin. Maka berzapinlah penari-penari dengan rentak muzik rancak dan mengasyikkan, serta lenggok tari yang sempurna. Kami diajak berzapin bersama dan sebagai warga Johor yang terbiasa dengan Zapin, ianya bukan satu masalah untuk berjoget Zapin Lambak beramai-ramai. Dengar cerita kumpulan ini akan berada di China selama 5 minggu.... semakin laris kumpulan-kumpulan kebudayaan dari Johor.
Aku juga sempat berbuka puasa dengan rakan-rakan lama di Johor, kali ini kami hanya berbuka di Singgah Selalu cawangan Plaza Kotaraya, alasannya kerana ada masjid di dalam kompleks tersebut untuk memudahkan solat. (Kompleks membeli-belah pertama di Malaysia yang didirikan masjid di dalamnya). Selesai solat kami sambung bersembang mengenai cerita 'nostalgia' dan perkembangan terkini rakan-rakan. Terima kasih kepada Jepun, Mira dan Zaidi yang sudi berbuka bersama..... sebelum raya nanti bolehlah jumpa sekali lagi.

Rancangan untuk berbuka puasa di Singapura juga tidak menjadi.... mungkin kalau ada rezeki di lain kali, terima kasih kepada Pato&Pearl..... apa kata yang di sana datang berbuka di JB pula, makan ikan bakar, Laksa Johor, Mee Rebus, Soto etc....... ok?
Nowadays, so much has been talked about the portable audio players and most of us want to own one. The first name that comes to our mind when talking about portable audio players is of course iPod. But there are at least dozens of other big brands now, come out with such devices and Philips is one among them. I've been eyeing for this gadget since I went to Low Yat Plaza few weeks ago..... but at the end I got this cute little music player when I'm at the Changi Airport. The price is not much different and furthermore I still have some Singapore Dollar in my wallet. The performace of Philips SA1355 is very good. The best thing I liked about this player is the quality of the sound. Even in the max volume is pleasant to the ears. I should mention here that the max volume in this player is comparitively low than its counterparts. Its very sleek and weightless, so its very easy to carry and feels very lite in the pocket. The ear piece is nicely designed, with a small conical shape to it, to fit in comfortably. It will be very useful when while waiting at the airport or during long haul journey by bus/train.

I'm going to get this handphone by today, maybe I will stop by at the shop in Imperial Mall on my way for breaking fast. This is the kind of handphone that I'm looking for, sleek, stylish, slider and most of all within my budget. Samsung SGH E840 - the slimmest slider in the world, 10.6mm in depth, tampered glass on the skin (as a mirror), feather light (betul ke?).... dan entah apa-apa lagilah. Jatuh cinta pandang pertama bila tengok handphone ni semalam, sampai terbawa ke dalam mimpi......

Thursday, September 06, 2007

Puasa Dan Kesihatan

Puasa atau menahan diri dari makan dan minum telah menjadi amalan manusia dari berbagai kaum dan agama sejak dahulu kala lagi. Ada yang berpuasa dari makan tetapi tidak dari minum. Ada pula yang menahan dari makan berhari-hari dan ada juga yang berminggu minggu. Terdapat juga mereka yang berpantang dari memakan dedaging dan hanya memakan sayur. Pendek kata, puasa telah digunakan sebagai ibadat, amalan atau kepercayaan manusia.
Artikel yang diselitkan pada kali ini fokus kepada puasa dan kesannya kepada kesihatan. Apakah di sebalik hikmah puasa dan apakah manfaatnya dari segi kesihatan? Puasa adalah suatu proses pembersihan rohani dan jasmani. Jika kita lihat pada definisi puasa iaitu "menahan diri dari makan dan minum serta menahan (mengawal) diri dari semua perkataan, pemikiran atau pendengaran perkara-perkara yang tidak baik". Faedah yang ketara dari amalan di atas ialah kekuatan rohani. Kita kurang mengetahui faedah atau kelebihan puasa dari sudut kesihatan fizikal. Lumrahnya kita kurang faham tatacara puasa yang boleh mendatangkan faedah kesihatan kerana terlalu mengikut tradisi yang telah menjadi kebiasaan kita bila berpuasa. Amalan puasa yang diwarisi sejak turun temurun ini bukan sahaja tidak memenuhi kaifiat puasa, malah ianya akan mengurangkan pahala puasa dan boleh mendatangkan mudharat kepada orang yang berbuat demikian.
Bagaimanakah cara puasa yang berkesan? Apakah fasa-fasa yang dialami semasa berpuasa? Apakah amalan yang akan memudharatkan orang yang berpuasa?
(Keadaan biasa). Di dalam keadaan tidak berpuasa, banyak tenaga badan digunakan untuk proses penghadaman
makanan. Pada masa yang sama, proses metabolisma dalam sel-sel sentiasa berjalan selagi kita makan dan minum. Sel-sel badan juga mempunyai fungsi memproses bahan makanan untuk dijadikan bahan yang boleh digunakan oleh sel dan badan. Semasa menjalankan proses ini, bahan buangan turut dihasilkan dan perlu di keluarkan dari sel. Jika sel-sel badan terlalu sibuk memproseskan makanan yang diterima, proses pembuangan ini akan menjadi kurang efisyen.. Pada kebiasaannya, pergerakan zat makanan (dan toksin) adalah ke arah lemak dan daging. Oleh itu, makanan yang diambil dengan kadar lebih dari yang diperlukan oleh badan akan menyebabkan terkumpulnya bahan-bahan simpanan - yang disimpan sebagai lemak. Di samping itu, jika fungsi perkumuhan bahan pembuangan kurang efisyen, maka toksin yang wujud pun akan tersimpan di dalam lemak.
Sewaktu kita tidak berpuasa (dan tidak pula melakukan senaman), proses pembakaran lemak akan menjadi tidak efisyen. Maka secara tidak langsung proses pembuangan toksin juga akan turut tergendala. Ini adalah kerana lemak dalam badan merupakan tenaga yang tersimpan dan hanya akan digunakan jika bahan bakar biasa yang terhasil dari karbidrat tidak mencukupi. Jika proses perkumuhan sentiasa dalam keadaan tidak efisyen, lama kelamaan sel-sel badan akan berfungsi dengan tidak optima kerana proses pembuangan tergendala. Ini akan menyebabkan sistem-sistem lain dalam badan seperti sistem pertahanan, sistem penghadaman dan lain-lain akan turut tergendala. Akibat dari gangguan berbagai sistem ini, kita akan mengalami gegala-gegala gangguan kesihatan seperti lenguh badan, cepat letih, senang demam dan lain-lain lagi.

Semasa berpuasa, aktiviti memproses makanan akan berkurangan (atau berhenti bagi tempoh waktu yang telah ditetapkan). Tetapi proses perkumuhan atau pembuangan masih tetap berjalan. Oleh kerana sel badan dapat memberi tumpuan kepada proses pembuangan bahan buangan dan toksin, proses ini dapat berjalan dengan lebih efisyen. Dalam keadaan ini juga, badan kita akan mengalihkan sumber tenaga dari glukosa kepada lemak yang tersimpan. Pembakaran lemak ini akan mengeluarkan toksin dari sel dan seterusnya dapat dibuang keluar. Bagi proses perkumuhan ini, hati dan buah pinggang memberi lebih tumpuan kepada pembuangan toksin dan bahan buangan lain kerana dapat berehat dari memproses bahan makanan. Pada masa yang sama, darah (bersama oksigen dan bahan buangan dari sel-sel) dapat mengalir ke otak dan organ-organ lain.

Perlu dinyatakan bahawa proses pembuangan toksin dari badan yang berlaku semasa berpuasa tidak akan dapat dilakukan dengan baik jika seseorang itu mengalami sembelit (susah membuang air besar). Usus besar adalah di antara organ perkumuhan utama badan. Organ perkumuhan lain termasuk hati, ginjal, paru-paru dan kulit. Jika kurang air di dalam badan, buah pinggang akan menjadi kurang efisyen. Oleh itu semasa puasa, usus besar dan buah pinggang perlu dijaga supaya berupaya menjalankan proses perkumuhan yang akan membersihkan badan dan memulihkan fungsi sel secara optima. Proses pembuangan toksin dari dalam sel-sel badan terutama sel lemak akan menyebabkan pengaliran semula toksin ini ke saluran darah sebelum ia dapat keluar dari badan. Proses pengaliran toksin ini akan menimbulkan gejala-gejala yang sering berlaku pada awal puasa. Di antara gejala-gejala yang mungkin dialami pada awal puasa ialah:-

  • Sakit kepala - ini berlaku kerana toksin yang terkumpul dalam sel mengalir ke saluran darah sebelum ia dikeluarkan dari badan
  • Lengoh badan
  • Lidah berdaki dan mulut berbau
  • Kencing pekat dan berbau
  • Cirit-birit
  • Letih lesu - keadaan ini berlaku di awal puasa kerana badan kita tidak menggunakan tenaga yang tersimpan dalam badan dan masih mengharapkan tenaga dari makanan dari luar. Maka gula di dalam darah berada di tahap rendah dan badan terasa lemah longlai, walaupun pada hakikatnya tenaga tersimpan dalam bentuk lemak mencukupi untuk beberapa bulan tanpa makan!

CARA BERPUASA YANG TIDAK BERKESAN
Berikut adalah beberapa cara atau kebiasaan yang harus dijauhi supaya kita mendapat manfaat puasa sepenuhnya –

  • Makan terlalu banyak samada pada waktu sahur atau berbuka
  • Memakan makanan yang pedas, berempah atau payah dihazam
  • Memakan terlalu banyak daging binatang terutama bagi mereka yang mengidap batu karang, gout, allergi, alahan)
  • Suka mengulangi makanan sepanjang malam
  • Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan.
  • Tidur selepas makan (perut kenyang)
  • Minum terlalu banyak kopi atau teh.

Jika kita masih meneruskan amalan di atas, kita bukan sahaja akan kurang mendapat manfaat puasa, malahan kita akan merasa letih dan mungkin juga akan mengalami berbagai masalah kesihatan akibat amalan tersebut. Malangnya masih ramai orang Islam yang berpuasa sedemikian. Dr. Alan Cott menyatakan dalam bukunya `Fasting: The Ultimate Diet' bahawa, "...Muslims fast religiously and unhealthily for a whole month. They eat and drink nothing during the day and gorge themselves at night." Tidak boleh dinafikan memang ada kebenaran dari apa yang dikatakan oleh Dr. Alan Cott mengenai cara orang Islam berpuasa. Walaupun pahit, kita harus menerima hakikat ini dan berusaha untuk membaiki diri agar kita akan mendapat manfaat sepenuhnya dari amalan puasa.

Puasa yang berjaya adalah puasa yang diamalkan mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w. dan bukan puasa tradisional Melayu. Puasa yang berjaya akan membuahkan keadaan rohani dan jasmani yang dinamik, bersih dan diperbaharui!
Kunci bagi kejayaan puasa ialah kawalan yang baik semasa berbuka dan bersahur. Cadangan saya semasa berbuka ialah memakan makanan yang senang hadam, yang mengandungi banyak serat dan dalam kadar yang sederhana. Amalan Rasulullah s.a.w. memakan buah tamar semasa berbuka adalah baik sebab tamar mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi di samping mengandungi asid amino - diantaranya ialah triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan. Yang saya tahu, Rasulullah s.a.w. berbuka dengan buah tamar sahaja dan tidak mengikuti dengan nasi serta lauk pauk atau kuih muih. Kawalan berbuka seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. mungkin terlalu susah bagi kita ummat Muhammad di abad 21 untuk mencontohi. Tetapi jika kita beringat, perkara ini akan menyenangkan kita untuk mengawal nafsu makan.

Bagi tujuan mengawal pengambilan kuantiti makanan atau minuman secara berlebihan, kita perlulah bersederhana semasa menghidang juadah berbuka dan makan sahur. Jika banyak yang dihidang dari anika jenis dan rasa, sudah tentulah sukar untuk mengawal apa yang sudah ada di depan mata. Kita harus mengambil peluang ini untuk berjimat khususnya bagi belanja ke atas makanan pada bulan puasa. Oleh itu bilangan dan kadar makanan harus dihadkan. Begitu juga dengan air minuman. Sediakan air minum dari bahan semula jadi serta elakkan menggunakan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan. Sebagai gantian kepada gula putih, anda boleh guna gula merah, madu lebah atau jus buah asli.

Amalan yang baik untuk menyenangkan pembuangan air besar ialah dengan meminum air yang yang ditambah dengan kembang semangkuk dan biji selaseh serta getah anggur semasa berbuka. Selain dari membantu membuang air besar, ramuan ini juga mencuci usus. Elak juga kopi dan teh kerana minuman ini mempunyai kafein yang boleh memberi banyak rangsangan kepada saraf dan jantung semasa berpuasa. Kafein juga memberi rangsangan kepada perut menyebabkan peengeluaran asid hydroklorik secara berlebihan, dan ini boleh menyebabkan keadaan pedih perut atau gastrik.

Protein binatang adalah makanan yang paling komplex dan susah untuk dihadamkan. Ia juga adalah makanan yang mempunyai kandungan bahan buangan yang paling banyak. Keadaan ternakan dan cara yang diamalkan sekarang menyebabkan protein binatang menjadi bahan yang paling tercemar dengan bahan kimia dan berbagai jenis racun termasuklah kuman, hormone, antibiotik dan logam-logam berat serta racun serangga dan lain-lain lagi. Untuk menambah manfaat puasa adalah wajar kita kurangkan memakan protein binatang semasa puasa. Sebagai gantian, kita boleh makan banyak protein sayur dalam bentuk kekacang seperti kacang dhal, kacang soya, kacang hijau, kacang merah dan lain lain. Walaupun protein di dalam sayur tidak lengkap, dengan mempelbagaikan sayuran dan mencampurkan jenis yang dimakan, ia akan melengkapkan diantara satu sama lain. Bagi memudahkan kefahaman, saya bahagikan proses puasa (bulan Ramadhan) kepada:-

Fasa Pertama ( 2 – 3 hari berpuasa )
Fasa Asidosis ( 3 – 14 hari seterusnya )
Fasa Akhir ( 14 hari hingga akhir Ramadhan )

Fasa Pertama
Masa : 2 – 3 hari pertama berpuasa
Gejala : Perut lapar, badan letih, cepat marah – gejala disebabkan kadar glukosa dalam darah rendah. Di dalam fasa pertama inilah sipuasa terasa amat terduga dan inilah yang paling susah hendak dilalui sebab badan belum biasa dangan keadaan perut kosong dan rutin baru yang di amalkan oleh sipuasa.

Fasa Asidosis
Masa : hari ke 3 – 14
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi `putih` atau berdaki - akibat keadaan ketosis ini gejala yang mungkin dialami oleh sipuasa. Untuk menangani fasa ini, iaitu keadan di mana sipuasa mengalami tekanan darah rendah dan senang gelap mata, sipuasa dinasihatkan tidak berdiri atau bangun dengan tiba tiba. Jika dari baring hendak berdiri, kenalah duduk dulu seketika sebelum bangun. Sipuasa tidak perlu menghentikan aktiviti jasmani atau perkerjaan sebab fasa ini tidak bererti badan menjadi lemah. Bekalan lemak seorang yang berbadan sederhana adalah cukup untuk beberapa bulan dan yang berbadan gemuk mempunyai bekalan lebih dari itu!

Di fasa ini badan mulai mengambil lemak sebagai bahan bakar dan tidak karbohidrat disebabkan bekalan karbohidrat sudah berkurangan. Keadaan ini hanya akan dihasilkan jika pengambilan makanan sipuasa kurang dari keperluan badan. Jika sipuasa mengurangkan penggunaan tenaga atau melebihkan rehat serta memakan berlebihan dan menukar aktiviti / jadual hariannya , keadaan ketosis ini tidak akan terhasil. Fasa ini adalah fasa pembuangan toksin dan bahan kotor dari badan. Gejala-gejala yang dihadapi berpunca dari pembuangan toksin ini. Lagi banyak toksin di dalam badan, lagi lamalah keadaan ini akan berlarutan. Jika anda mengesyaki badan anda mengandungi banyak toksin (selalunya orang yang berbadan gemuk, banyak memakan barang yang tercemar, banyak memakan ubat jenis `drugs', mengidap sembelit atau buang air besar jarang-jarang, mengidap penyakit yang berpunca dari toksin seperti sesetengah jenis penyakit artritis), anda boleh kurangkan kesan asidosis ini dengan membuat persediaan yang rapi dan latihan pra-puasa yang baik. Jika tidak, mungkin badan tidak mendapat sepenuhnya manfaat puasa dan mungkin membawa mudharat kepada hati yang terpaksa menanggung beban pembersihan toksin.

Fasa Akhir
Masa : Dari 14 – akhir puasa Ramadhan
Gejala : Lidah jadi bersih, nafas hilang berbau, selera makan baik, tenaga mula pulih, kadar glukos kembali normal
Mental, emosi dan badan semakin `optima` dan anda menjadi `orang baru`. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses `asidosis & ketosis` didalam badan berjalan lancar. Seperti yang disebutkan tadi, persediaan sebelum puasa akan dapat mengurangkan gejala-gejala yang dihadapi semasa puasa Ramadhan. Persediaan pra-puasa ini bertujuan membersihkan hati dan mengoptimakan fungsinya serta dapat mengurangkan toksin didalam badan. Tanda-tanda seseorang itu mempunyai banyak toksin di dalam badan atau mempunyai hati yang fungsinya kurang optima, ialah:

  • mengidap sakit kepala bila ia terlepas waktu makan
  • sembelit
  • sukar menghazamkan lemak
  • mengantuk selepas makan.
  • kerap kembung perut
  • mulut terasa pahit
  • jerawat dan ruam atau kulit kering
  • gemuk
  • nafas berbau
  • alahan makanan
  • masalah penghazaman
  • selalu merasai tekanan emosi, baran, cepat marah, sensitif

Semoga maklumat yang diberi sedikit sebanyak dapat membantu kita secara fizikal dalam menghadapi bulan Ramadhan yang akan tiba tidak berapa lagi, dan seterusnya sentiasa sihat dan cergas dalam melakukan ibadah-ibadah sepanjang Ramadhan.